Makhluk halus

***

Perkataan hantu atau makhluk halus mesti tidak asing lagi bagi mereka yang pernah tinggal di asrama. Lebih-lebih lagi kalau asrama itu berhampiran dengan hutan atau tanah perkuburan. Nak tahu cerita tentang makhluk halus yang sentiasa mengganggu aku sepanjang di asrama dulu? Jom ikuti cerita ini.

gambar hiasan

Tahun 1995 – 10.45 p.m

Cerita bermula pada satu malam yang sunyi dan hening. Kami semua warga asrama baru sahaja pulang dari prep(studi waktu malam). Setiap malam kecuali hujung minggu, Kami semua akan prep di sebuah rumah sewa kosong yang terletak di hujung jalan kawasan perumahan lorong haji said. Rumah sewa ini juga turut dijadikan bilik darjah bagi pelajar darjah 4. Terlalu banyak cerita tentang hantu yang kami dengari. Sehingga Setiap langkah kami menuju dan pulang dari prep pasti mendatangkan seribu satu perasaan tidak sedap. Bagaimanapun malam itu kami tetap memberanikan langkah untuk pulang ke asrama tanpa perlu menoleh ke kanan atau ke kiri.

Sampai sahaja di asrama selepas beberapa minit berjalan, kami terus meletak buku di tempat asalnya dan merehatkan badan di katil masing-masing. kebiasaannya waktu ini warden asrama akan menyediakan supper(makan malam). Biskut mayat dan teh panas. Tapi ketika itu warden masih belum menyiapkan supper kami. jadi kami pun sembang-sembang kosong. Waktu ni la ramai yang membuka cerita tentang hantu. Bergoyang lutut juga masa tu sebab asrama kami dah la tepi bukit, sekeliling pula rumah-rumah sewa yang masih kosong. Sedang kami bersembang-sembang, tiba-tiba…………

“Pop!” Bunyi Letrik putus. Tunggu apa lagi, kami semua menjerit ketakutan la: “aaaaaaahhhhhh!!!!”

Kecoh juga waktu tu. Sebab jarang-jarang letrik putus waktu-waktu macamni. Aku pun sempat peluk kawan aku yang duduk sebelah aku. Dia pun membalas pelukan. Semua kalut keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu. Haa..masa ni lega sikit, sebab semua sudah berkumpul di ruang tamu. Kurang sikit la ketakutan. Walaupun samar-samar, tapi aku dapat cam suara masing-masing. Gelap sungguh waktu ni. Sebab bukan sahaja eletrik asrama terputus, tapi satu lorong haji said ni. Tiba-tiba di dapur seperti ada yang menyalakan lilin. Tapi kami pelik. Sejak bila pula budak asrama pandai pasang lilin. Dapat mancis dari mana. Sebab mancis adalah antara barang yang dilarang bawa ke asrama. Jadi siapa gerangannya di dapur itu? Adakah?……

***

Cahaya lilin semakin menghampiri kami. berdebar-debar juga menanti siapakah lembaga yang membawanya. Dalam hatiku hanya terbayangkan lembaga hitam yang besar dan bermata merah yang pernah diceritakan oleh kawanku satu ketika dahulu. Cahaya itu semakin hampir dengan kami. tiba-tiba lembaga itu berbunyi: “haa..mari sini dekat-dekat. Ustaz nak cerita benda best ni. Cepat-cepat. Sementara menunggu ustaz amin beli biskut kat kedai adam” ustaz zul berjalan menuju ke satu sudut di ruang tamu dan duduk diatas sebuah kerusi.

Laaa…ustaz zul ke? Ingatkan lembaga mana la tadi. Aku bermonolog dalam hati.

Setelah semua duduk merapati ustaz, beliau pun membuka bicara. “assalamualaikum semua. Harap-harap sihat selalu. Sebenarnya dah lama ustaz siapkan teh kat dapur tu. Tapi biskut belum sampai lagi. Sementara tunggu ustaz amin sampai, ustaz nak cerita sikit tau. Semua bagi tumpuan tau. Cerita ni berdasarkan pengalaman sewaktu awal-awal menjadi warden di asrama ni..”

Semua excited dan seorang kawanku bertanya: “ustaz, cepat cerita ustaz. Mesti best kan cerita ustaz. Tak sabarnya nak dengar”

Kami menyahut: “betul-betul” sambil tersenyum girang.

Ustaz menyambung ceritanya: “ok, cerita ustaz sebenarnya tak berapa best pun. Biasa-biasa ja. Tapi ustaz nak semua dengar betul-betul tau. Ini bukan cerita main-main. Ini cerita pasai makhluk halus..” belum sempat ustaz menghabiskan ayatnya, sudah ada yang berbunyi. “ustaz, takut la ustaz. Cerita pasai benda lain la. Takutnya…”

gambar hiasan

Ustaz terus menyambung: “tak ada apa nak ditakutkan. Makhluk halus tu pun makhluk Allah. Jadi kenapa perlu takut.” Semua mengangguk tetapi masing-masing sudah tidak segirang tadi. Kelihatannya sudah ada yang pucat. “ceritanya bermula waktu ustaz mula-mula jadi warden disini. Masa tu pelajar asrama tak sampai 15 orang. Sebab waktu tu Cuma ada darjah 1 dan 2. Dan masa tu hujung minggu, tinggal 3-4 orang saja kat asrama. Ustaz amin pun tak jadi warden lagi waktu tu. Jadi ustaz tidur seorang diri dalam bilik tu” sambil menunjuk isyarat ke bilik tidur menggunakan bibir.

Semua orang khusyuk mendengar cerita ustaz. Ada yang sudah mula berpegang tangan.

Ustaz menyambung cerita: “malam tu sunyi sangat, ustaz pun tak sedap hati nak tidur. Sebab rasa ada makhluk halus yang ganggu ustaz.” kali ini bila mendengar perkataan makhluk halus keluar dari mulut ustaz, terus bulu roma aku tegang. Seramnya masa tu hanya Allah yang tahu. “ustaz baru nak lelap mata, makhluk halus tu ganggu ustaz. Bila ustaz buka mata, tak Nampak apa-apa. Masa tu ustaz hanya boleh baca doa-doa tertentu didalam hati. Supaya dengan berkat doa itu, makhluk halus tu akan pergi jauh dan tak ganggu ustaz”

Kawanku tiba-tiba mencelah: “ustaz, lepas tu makhluk halus tu kacau ustaz lagi tak?”

“makhluk halus tu tetap mengganggu ustaz. Kali ni lebih teruk lagi, dia berbisik-bisik di telinga ustaz. Ustaz pun cuba halau lagi. Tapi dia tetap datang ganggu. Makin lama makin banyak berbisik di telinga ustaz.” Muka ustaz mula berubah serius.

Beliau menyambung: “hati-hati la korang semua malam ni. Ustaz risau nanti makhluk halus tu akan ganggu korang pulak.”

Aduh! Makin berdebar jantung aku ni mendengar cerita ustaz zul. Risaunya aku kalau makhluk halus tu betul-betul mengganggu aku malam ni.

Ustaz menyambung: “haa..tapi ingat semua, ustaz ada tips nak halau makhluk halus ni. Sebab malam tu ustaz dah cuba dan Berjaya.”

Seorang Kawanku bertanya: “macam mana ustaz? Ajarlah kitorang. Takut malam ni jadi betul-betul”

Ustaz masih dengan muka serius. “mudah saja, kalau makhluk halus tu berbisik kat telinga korang, korang tampar kuat-kuat guna tapak tangan korang macamni, pow!” ustaz menunjukkan demontrasi dengan kedua-dua tapak tangan dirapatkan seperti menepuk sesuatu.

Kami semua kehairanan. Tampar? Makhluk halus boleh kena tampar ke?

“haa..jangan pelik, tampar je sampai kena. Kalau susah sangat, ambil racun serangga kat dapur tu, sembur je. Selesai masalah” ustaz mula tersenyum. Melihat reaksi kami yang lambat faham apa yang cuba diceritakan ustaz itu.

Tiba-tiba seorang kawanku mencelah: “laaa….makhluk halus yang ustaz cerita tu NYAMUK ke? Hahaha” kami semua tergelak girang sambil diperhatikan oleh ustaz zul yang hanya tersenyum.

***

Haha..itulah kisah makhluk halus yang diceritakan oleh ustaz zul. Mati-mati aku ingat cerita tentang hantu. Rupanya nyamuk.

makhluk halus a.k.a nyamuk

Jadi di sini, aku nak bawakan sedikit info berkaitan dengan nyamuk:

1-      Nyamuk tiruk boleh menyebabkan penyakit malaria, nyamuk aedes pula penyebab denggi. Dan nyamuk Culex pula menyebabkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) dan juga selesema burung.

2-      Nyamuk hidup dengan jangka hayat yang pendek iaitu antara 10 hingga 14 hari.

3-      Nyamuk mempunyai 2700 spesies. Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg dan mampu terbang antara 1.5 hingga 2.5 km/j.

4-      Nyamuk betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protin yang diperlukan. Berbeza  pula nyamuk jantan kerana bahagian mulutnya yang tidak sesuai untuk menghisap darah.

5-      Pepatung, merupakan agen pengawal yang berkesan. Larva Pepatung memakan jentik-jentik dalam takungan air sementara pepatung dewasa pula memburu dan memakan nyamuk dewasa.

Comments
33 Responses to “Makhluk halus”
  1. lilY says:

    kah kah kah
    ku sangkakan betol…
    berani kamu tipu saya ya ustazzzz…
    ekekkekek

  2. Shenn says:

    hahaha,lucu2x,ingat seram da..huhu

  3. Shenn says:

    haha,lucu2x,ingatkan seram,NYAMUK rupanya..

  4. farah says:

    even hantu tu makhluk Allah, tapi kita tetap takut gila kan…..tapi tang makhluk halus yang satu lagi, memang benci sangt kat dia time tido..haha

  5. Hadijah says:

    la…ingat tadi apa..nyamuk rupanya..
    nyamuk ni mmg kecil..tapi bila dh bawak penyakit..
    mmg boleh jadi mslah besar…

  6. tiefazatie says:

    hahaha..semangat je baca..
    sekali..nyamuk!
    haha

  7. dina darwina says:

    ooo..tema kasih share informasi ne

  8. dang says:

    mantap r ji… koleksi2 serita kite2 dulu(untuk an z la, x sempat). masih fresh diingatan nta. he2…

  9. misza says:

    walaupun kecik tapi berupaya membunuh.

    tapi best citer ni. mula² suspen ingatkan kisah bunian ke.

  10. dhia says:

    Hahaha..mula2 igt psl ‘makhluk halus’ yg hantu syaitan tu..tp bl dh bc separuh br dpt agak..pandai yer ustaz tu bercerita.. (^,^)

  11. dina darwina says:

    dulu dina prnh gak demam malaria..mmg terseksa..huhu

  12. cha says:

    adehhhh…ingat betulllll!!! ceit! 😛

  13. ryn says:

    keh keh….ingat hantu mane la…tapi citer ne ustazah sy pon ade citer jgk…laen sket je…huhuhu…

  14. Hawa 'iffah says:

    Izzy2..huhuhu..

  15. cik miera says:

    haha…terkena plak..adeii!! ingatkan betul2..

  16. peace says:

    Hahha buat lawak je. Ini abang lpsan SMIK ye?

Leave a reply to dhia Cancel reply