Tiada yang mustahil

“tiada yang mustahil atas muka bumi ni”. Kata-kata ni mesti kita selalu dengar kan?. Sebenarnya aku nak bawa korang semua ke satu destinasi dalam fikiranku. Nak kita sama-sama fikir. Tapi sebelum tu, aku tau mesti ada yang kurang setuju dengan kenyataan aku ni. Apa-apa pun jom kita koreksi bersama sebelum membuat sebarang andaian.

Kemampuan kita tidak terbatas

Bila kita bercakap tentang kemampuan, maka kita akan mengatakan setiap manusia ada kemampuan masing-masing. Tapi sedarkah kita bahawa kemampuan manusia tidak akan ada batasnya ‘KECUALI’ Allah tidak izin. Jika Allah izinkan, maka kita akan lihat banyak perkara yang hampir mustahil untuk dilakukan oleh manusia boleh dilakukan. Seperti firman Allah dalam surah at-tin ayat 4: “maka kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian”. Banyak contoh kita boleh saksikan di mana-mana laman web. Perkara diluar batas pemikiran kita boleh dilakukan oleh makhluk bernama manusia. Tidak kira perkara ‘gila’ atau perkara ‘baik’. Tetapi perlu yakin, manusia tidak akan dapat melakukan sesuatu perkara kecuali diizinkan oleh Allah. Konsep yang mudah kan?

Kita ada kemampuan, tetapi ramai tidak sedar

Inilah sebab utama apabila kita berjumpa seorang manusia itu tidak mampu melakukan apa-apa pekerjaan. Alasannya mudah, “saya tidak mampu”. Tapi sebenarnya dia lupa akan kemampuan yang Allah berikan padanya. Terlalu banyak perkara yang dia boleh lakukan, tetapi dia tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Sebenarnya dia sendiri yang meletakkan tembok pemisah pada fikirannya. Aku teringat seorang cikgu aku masa sekolah menengah dulu, selalu nasihat aku. Bila aku malu tak bertempat, dia cakap “pecahkan tembok itu”. Bila aku malas baca buku, dia cakap “pecahkan tembok itu”. Bila markah aku rendah, dia cakap, “pecahkan tembok itu”. Apa yang cikgu aku nak maksudkan? Lama kelamaan baru aku dapat jawapannya. Mengatakan “saya tidak mampu” itulah temboknya. Apa salahnya kita pecahkan tembok pemisah itu. Setelah dipecahkan, maka kita akan perhatikan disebalik tembok itu pelbagai perkara yang kita sebenarnya mampu untuk lakukan.

“saya mampu”

Ya, inilah perkataan yang dapat menghapuskan tembok itu. Inilah anak kuncinya. Katakan pada hati, motivasikan pada diri, “aku mampu lakukan”. Pada semua perkara. Yang penting dibolehkan oleh syarak dan tidak memudaratkan orang lain serta diri sendiri. Sebenarnya apabila kita dapat mengatakan “saya mampu”, maka sebenarnya kita sudah hampir dapat melakukan. Mesti korang pernah dengar lagu “fikirkan boleh” kan? Lagu ni lagu motivasi untuk sesiapa sahaja yang rasa nak motivasi diri. apa yang aku nak katakan disini ialah, kita ini selagi mengatakan diri kita mampu dan boleh, maka sebenarnya hampir tiada satu pun perkara di atas muka bumi ini yang kita tidak mampu lakukan. Setuju atau tidak, terserah pada pemikiran korang. Tapi apa salahnya mencuba kan?

Usaha dah, tapi hasil tiada

Sebenarnya, segala usaha yang kita lakukan, tidak semestinya akan mendapat hasil dengan cepat. Kerana kadang-kadang hasil datang kemudian. Pernah dengar tentang kisah KFC? Macam mana KFC boleh bertapak di muka bumi ini dan menjadi antara restoran makanan segera yang paling terkenal? Kisahnya macam ni. Suatu ketika dahulu, selepas pemilik KFC ini bersara dari tentera, dia rasa duit pencennya tidak cukup untuk menampung kos sara hidupnya. jadi dia mahu menjual ayam gorengnya di restoran-restoran besar ketika itu. Tetapi semua restoran menolak resepinya. Sehinggalah restoran ke-1009, barulah resepinya diterima. Maka dengan usahanya itu, hari ini kita lihat KFC adalah antara restoran makanan segera yang mempunyai rangkaian terbesar di dunia. Nampak tak? Kadang-kadang usaha sekali dua tidak cukup, perlukan usaha yang banyak baru kita akan Nampak hasilnya.

Siapa usaha dia dapat

Korang masih tak percaya cakap aku lagi? sini aku bawakan sebuah hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud : “sesiapa yang berusaha, maka dia akan dapat”. Jelas kat sini kan, siapa nak, maka dia usaha. Dan siapa usaha, dia akan dapat. Jadi jangan rasa rendah diri jika melihat orang lain mampu Berjaya. Orang lain mampu bahagia. Sebenarnya semuanya terletak pada diri kita sendiri. Fikiran dan usaha kita. Formulanya amat mudah, jika kita lihat orang kaya seperti bill gates, maka tidak mustahil kita mampu jadi sekayanya. Kita lihat nur madihah yang Berjaya memperoleh 21 A dalam SPM, sebenarnya kita juga mampu berjaya sepertinya. Lihat pula pada para sahabat rasulullah s.a.w, mereka dijanjikan syurga oleh rasulullah s.a.w. maka tidak mustahil kita juga mampu menjadi semulia mereka. semuanya terletak pada usaha kita.

D.U.I.T

Setelah dikumpulkan segala formula tadi, sebagai seorang islam, kita perlu yakin bahawa kita mempunyai kelebihan berbanding orang bukan islam. Sebab kita mempunyai senjata utama yang tidak ada pada mereka. D.U.I.T. Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal. kita ada doa. Kita ada istiqamah. Dan kita ada tawakal. Setelah digabungkan bersama usaha, maka kita akan memperolehi apa yang dihajati. Tapi perlu ingat, setiap yang kita lakukan setelah melalui D.U.I.T ini, jangan mengharapkan ia akan datang segera. Kadang kala lambat, kadang kala tidak dapat langsung. Kerana Allah lebih tahu apa yang diperlukan setiap hambaNYA. DIA tidak memberi apa yang dikehendaki oleh manusia, tetapi memberi apa yang diperlukan oleh manusia.

Mahu Berjaya di sisi Allah atau tidak? Fikir-fikirkanlah…..

sini saja letak video yang aku buat baru-baru ni. sebelum ni aku rasa mustahil untuk buat, tapi rupanya aku lupa nak pecahkan tembok fikiran aku. bila dah pecah, maka aku nampak benda ni tak mustahil aku dapat lakukan.

ni pula link wallpaper yang aku design. diterima oleh iluvislam.

http://www.iluvislam.com/design/wallpaper/1969-anugerah-terindah.html

walaupun tak hebat mana, tapi dulu aku pernah merasakan semua ini mustahil..wallahua’lam.

Comments
14 Responses to “Tiada yang mustahil”
  1. dina darwina says:

    betul tu izzy dina sokong sangat..klu kite kate susah maka susahlah..klu kite kate senang maka senanglah ilmu yng hendak dipelajari..ne bergantung kepada mind set kite..mcm td dina ingatkan minum air epal jd dlm fikiran tu minum air epal sdgkn rupa2nya air laici hahahaha

  2. misza says:

    selepas D.U.I.T apa yang Allah beri & apa yang
    diperolehi adalah yang terbaik buat diri kita.

  3. madammondoq says:

    salam..

    nice blog..
    nak tahu tak apa yg setiap malam..malam pertama?
    salam singgah ke blog saya..

    TQ

  4. Hadijah says:

    Salam Izzy..
    Masyaallah..akk rasa semakin lama hasil tulisan izzy mmg semakin kemas..
    pengisiannya sangat dekat dgn hidup kita, jadi msj tu jadi mudah difahami..
    Bila akk baca post ttg tiaa mustahil ni, sebenarnya akk merasakan akk adalah ‘salah’ seorang insan yg ada di dlm kategori di atas…Ya allah, betul tu. sbnranya jika kita sndiri tak melengkapkan D.U.I.T itu, jgnlah mengharapkan apapun kerana semua elemen itu ada kaitannya..di samping kita kena yakin bahawa Allah itu Maha Luas PandanganNya..kita manusia mmg terbatas utk mengetahui apa yg bakal berlaku..sebab tu kena ada konsep redha, percaya pada ketentuan Qada’ dan Qadar..Sebenarnya, akk tadi baru jer baca blog Ustaz pahrol..sbb isinya ada kaitan antara satu sama lain..
    Alhamdulillah, akk rasa mmg rasional la izzy mengetengahkan topik ni..sbb izzy sudah membuktikan sesuatu yg sebenarnya izzy sendiri tak pernah terfikir sblm ini..jd designer, penulis blog, semuanya adalah kelebihan yg Allah anugerahkan yg Izzy sendiri bijak menggunakan pd jalan Allah..Moga usaha Izzy akan terus diberkati oleh Allah, moga usaha dakwah sentiasa sebati dlm diri..InsyaAllah..

  5. samsalasutin83 says:

    ala…
    asal kes tu tutup…
    curious jer….^^

  6. niza says:

    sy tertarik dgn cerita d blog anda.. i’ll try to leave my trace at ur shoutbox.. but i cant find it.. n i cant find ur follower list.. n coz of that i cant follow u.. can u tell me where ur follow list.. n plz follow me at http://niza-alexander.blogspot.com/

    • izzysabki says:

      maaf sgt2…..sy gune wordpress..mmg xda nak follow2 ni….shoutbox ada sblh kanan..bwh kalender…kne klik dulu bru masuk:D

      klu nak follow,just ikuti prkmbangan cite sy dan tggalkn komen…sy pasti akan slalu mnjadi ‘follower’ anda…sy jamin:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: