Kisah seorang ustaz (siri 2)

hargai jasa seorang ustaz dan guru

Setelah aku menceritakan serba sedikit jenis hukuman yang pernah diberikan ustaz ini kepada kami di asrama dulu, kini aku nak ceritakan kepada anda semua bagaimana ustaz ini menjadi begitu garang dan pelik. Kerana sepanjang aku mengenalinya, aku dapat simpulkan bahawa ustaz ini sebenarnya mempunyai sebab dan alasan yang boleh diterima akal atas tindakan kasar pada pelajar-pelajarnya. Dan bagi aku, semua ini pasti dapat membetulkan perspektif kita tentang kehidupan seorang ustaz. Kena beringat selalu, ‘don’t judge a book by its cover’. Teruskan membaca peribadi seseorang sebelum membuat sebarang andaian. Di sini aku akan senaraikan sebab dan alasan mengapa ustaz menjadi garang sebegitu. Mari membaca.

TERKESAN DENGAN KEHIDUPAN BANGSA ARAB

Ustaz ini menamatkan sesi pengajiannya di sebuah university di Jordan. Sebuah Negara arab yang rata-rata penduduknya kasar. Berbeza 360 darjah dengan penduduk di asia terutamanya Malaysia. Adat dan cara pergaulan mereka juga sangat berbeza. Namun sikap kasar penduduknya dianggap biasa bagi mereka. bukan ganjil dan pelik. Malah sikap lemah lembut itulah yang dianggap pelik. Masakan tidak, perempuan arab juga mampu bergaduh dengan lelaki. Bayangkanlah bagaimana kehidupan mereka. tetapi anda jangan tersalah anggap, bukan semua orang arab begitu. Kerana Rasulullah s.a.w adalah bangsa arab. Tetapi baginda amat lemah lembut dan tidak pernah berkasar dengan sesiapa pun. Malah baginda mengajak semua umat islam untuk berakhlak mulia kepada sesiapa pun.

Jadi dek kerana selalu bergaul dengan orang arab yang rata-ratanya berperangai kasar, maka ustaz ini pun terkesan. Suasana dapat mengubah akhlak seseorang. Jadi tidak hairanlah ustaz ini menerima nasib yang sama. Seterusnya sikap kasar itu terbawa-bawa dalam kehidupan sehariannya sebagai seorang yang bergelar ustaz.

KESEMPITAN HIDUP

Aku dapat tahu bahawa gaji seorang ustaz di sekolah menengah agama tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Tetapi memandangkan hidup di negeri yang bertaraf tinggi, maka gaji yang sederhana pasti akan dirasakan amat rendah. Tambahan pula barang keperluan asas semakin hari semakin meningkat. Aku dapat merasai tekanan itu meski belum pernah bekerja sebagai seorang ustaz. Tetapi aku pernah menimba pengalaman bekerja dan tinggal di rumah sewa sendiri bersama kawan. Aku tahu nilai gaji yang diperoleh apabila dibelanjakan. Dan aku pernah merasai kehabisan duit ketika perlu membayar sewa rumah, bil elektrik dan air, barang dapur dan duit belanja makan minum.

Kesempitan hidup seperti inilah bakal memberi tekanan yang hebat kepada sesiapa pun. Tambahan pula jika anda menjadi ustaz. Dikelilingi oleh pelbagai jenis karenah manusia. Ditambah pula dengan tekanan di tempat kerja. Tekanan di rumah. Tekanan berkeluarga. Ya, aku dapat bayangkan.

TUGAS SEBAGAI WARDEN

Tugasnya sebagai ustaz pun sudah memberi tekanan yang tinggi, apatah lagi diberi tugas tambahan sebagai warden asrama. Aku yakin dua tekanan kerja bercantum menjadi satu dalam masa yang sama bakal membuat seseorang meletup. Ustaz ini juga manusia biasa, tekanan tugasan yang tinggi pasti sesekali membuatkan dia hilang kewarasan sebagai manusia normal. Lebih-lebih lagi apabila tugas ini adalah pertama kali dipikulnya. Masih tiada pengalaman sebagai seorang pengajar dan warden. Sudah pasti seorang yang tidak berpengalaman dalam bekerja akan melakukan kesalahan yang banyak. Jadi tidak mustahil semua ini boleh berlaku ke atas hidup ustaz ini.

DITINGGAL ISTERI

Anda pasti terkejut kan? Tapi inilah realiti yang sukar diterima. Ustaz telah berkahwin dengan seorang perempuan arab di Jordan. Dan telah membawa isterinya bersama ke Malaysia. Pada awal kehidupan berkeluarganya adalah seperti biasa. Tenang dan bahagia. Malah mereka juga telah dikurniakan seorang cahaya mata keluarga. Tetapi semua itu hanya sementara. Apabila diberitakan bahawa isterinya bakal ke Jordan bersama anaknya untuk bertemu keluarga. Kalau sekejap tidak mengapa, tetapi berlanjutan berbulan-bulan malah bertahun lamanya. Pemergian isterinya ke Negara asal telah cukup menceritakan betapa tekanan hidup ustaz ini sangat memuncak. Sepasang suami isteri hidup terpisah jauh selama bertahun-tahun, bukan sekadar memberi tekanan, malah bakal menjadikan hidup seseorang terumbang ambing tanpa arah tuju dan pedoman.

Aku tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tetapi aku pernah mendengar dari mulut seseorang bahawa wanita arab amat sukar berpisah dengan keluarganya sendiri meskipun sudah berumah tangga. Ketaatan kepada seorang suami sepatutnya melebihi ketaatan kepada keluarga tidak dipandang penting. Semuanya semata-mata kerana adat dan budaya. Tetapi semua itu hanya andaianku, mungkin ustaz lebih tahu kisah sebenar di sebalik semuanya. Wallahua’lam.

***

Bagi aku, semua sebab dan alasan ini membolehkan aku bersangka baik pada ustaz. Dia lebih merasai apa yang tidak dirasai oleh orang lain yang melihat. Dan dia lebih tahu dari orang lain yang hanya sekadar membuat andaian. Meskipun kadang-kala tindakannya tidak boleh diterima akal, tetapi cukuplah kita menganggap seteruk itu jugalah tekanan yang menerpa jiwanya.

Kini ustaz sudah berhenti bekerja. Aku tidak dapat menghubunginya lagi. aku tidak tahu dia berada di mana. Meskipun kami tidak lagi berjumpa, tetapi sehingga kini aku masih menganggapnya sebagai seorang ustaz. Aku sanjung dan hormatinya sebagai seorang guru dan pengajar. Hukumannya aku anggap sebagai pengajaran berguna di dalam aku menempuh hari-hari dewasaku. Semua yang pernah berlaku aku sematkan di dalam kamus sejarah ku. Meskipun semuanya menjadi sejarah, tetapi individu ini sentiasa hidup dalam ingatanku. Aku tahu aku pernah mengata di belakangnya, tetapi tidak pernah sedetik pun aku membencinya. Aku sayang ustaz. Aku sanjung peribadinya. Aku rindu senyumannya. Aku harap suatu hari nanti aku pasti bertemu dengan ustaz semula. Dan aku sentiasa doakan kebahagian ustaz walau dimana pun ustaz berada sekarang.

Insyaallah…

Comments
8 Responses to “Kisah seorang ustaz (siri 2)”
  1. tomato says:

    err kesian pulak kat ustaz ni .. harap dia baik2 je .. T_T

  2. dhiera says:

    Macam tu ke cerita dia~kesian la plak. harap-harap, satu hari nanti izzy dapat jumpa ustaz tu~

  3. ila says:

    nak jumpe jugak^^

    ouh kesan dari suasana sekeliling,,moga dirimu terpelihara:)

  4. misza says:

    kalau panjang umur & diizinkan Allah tiada yang mustahil.

    dah abis periksa ke? semoga berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: