Sambutan hari lahir?

selamat hari jadi kepada.......:)

Apabila menyebut tentang hari lahir, pasti ramai yang terbayangkan sambutan dan ucapannya. Lebih-lebih lagi tarikh keramat itu ialah hari lahir kita sendiri, sahabat handai dan juga teman rapat. Sehingga menjadi suatu adat apabila tiba tarikh lahir seseorang, maka kita akan memberi ucapan khas bersempena hari lahirnya. ‘selamat hari lahir’, ‘sanah helwah’, ‘happy birthday’ dan lain-lain ucapan yang sewaktu dengannya.

Persoalannya disini, mengapa kita sering mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat kita? Atau adakah ia menjadi satu kewajipan sehingga terkadang kita bersungguh-sungguh menunggu sehingga 12 malam semata-mata mahu menjadi orang pertama mengucapkan hari lahir kepada sahabat kita? Semua persoalan ini tidak membutuhkan jawapan yang pasti, kerana masing-masing mempunyai jawapan yang berbeza. Berbeza cara berfikir, maka berbeza juga jawapannya.

Tetapi di sini aku hanya ingin memperkatakan tentang peri pentingnya hari lahir ini. Meskipun ia bukanlah dari ajaran islam pada asalnya, tetapi menyambut hari lahir sahabat kita dan seterusnya mendoakan untuk kebaikannya itulah cara islam yang sebenar. Bukankah apabila kita mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat kita, maka perhubungan kita dengannya semakin baik? Kalaupun tidak banyak, tetapi sekurang-kurangnya ada sedikit. Kerana seorang sahabat yang mengingati hari lahir sahabatnya yang lain, membawa maksud bahawa sahabatnya itu tidak pernah dilupakan dari ingatannya. Itu juga tanda dirinya dihargai sepanjang perkenalan. Bayangkan pula jika hari lahir kita sendiri diingati seseorang, sudah pasti itu suatu yang menggembirakan dan rasa diri dihargai. Bohong jika anda katakan tidak.

Seperkara lagi yang perlu diingatkan, tidak salah menyambut hari lahir dengan mengadakan jamuan makan atau yang seumpamanya, tapi janganlah ia sampai melalaikan dan lari dari tujuan sebenar. Ditambah pula janganlah ia disambut seperti kaum kafir yang tidak memahami islam. Mengadakan parti besar-besaran sehingga larut malam dan dihidang dengan arak dan habuan nafsu. Semua itu lari dari konsep sebenar islam yang mengajarkan kita untuk saling mendoakan kebaikan dan kesejahteraan sahabat kita.

Ucapan hari lahir juga merupakan doa dan janganlah ia dipandang remeh. Kalaupun doa itu pendek, tapi mana tahu satu doa dari puluhan doa yang dihulur, dimakbulkan oleh Allah. Jadi janganlah lupa mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat kita yang mengucapkan dan mendoakan pada hari ulangtahun kelahiran kita.

Kepada diri empunya badan yang menyambut hari lahirnya pula, jangan terlepas pandang. Kerana setiap detik, umur sentiasa meningkat. Baki usia semakin berkurang. Maka hari lahir inilah sepatutnya menjadi hari terbaik untuk mengingatkan diri sendiri bahawa usia kita di dunia ini tidak pernah bertambah, malah sentiasa berkurang. Berkurangnya usia, bermakna semakin hampir kita untuk menemui-Nya. Sekadar peringatan buat diri. Semoga bermanfaat untuk semua insyaallah.

*P/S: segala perkongsian di atas ADA kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Selamat hari lahir kepada sesiapa yang menyambutnya pada hari ini (26 julai 2011)… semoga usia yang bertambah seiring dengan penambahan iman. Insyaallah.

Comments
14 Responses to “Sambutan hari lahir?”
  1. ila says:

    sedapnye cupcake tu^^
    syukran atas perkongsian.
    peringatan wat dri yg trkadang lupe…petambahan umur semakin dekat dgn kematian.masyaAllah,take note wahai dri..may Allah bless us always=)

  2. dhiera says:

    salam izzy.. kiranya kalau kita sambut dengan kek hair lahir pun tak ape la kan? macam tu?
    pertama kali, tahu pendapat sambutan hari lahir yang berbeza dengan lain. sungguh menginsafkan dan memperingatkan~

    • izzysabki says:

      wslm dhiera…
      xda masalah sambut dgn kek…walaupon ada pndapat yg kata xbllh tiup lilin,sbb mniru kaum kafir..tp kek xda masalah,sama je klu kite hidang dgn mknan lain,tujuannya cume 1,utk dimakan.
      insyaallah smoga bermanfaat~

  3. cheqna says:

    Assalamualaikum Izzy,

    Posting yg cantik..saya simpan tarikh2 lahir keluarga dan sahabat2 sebab sekurang2nya ada sebab untuk bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan mereka pd hari tersebut..
    :-)

    • izzysabki says:

      wslm cheqna…

      alhmdulillah wat mcm 2…sama la mcm kakak sy..simpan sume list trikh lahir adik bradik..tp kbanyakan pompuan mcmni la…
      apa2 pon hari lahir dpt mngeratkn lg hubungan kekeluargaan dn persahabatan..

  4. tomato says:

    yuppp dorang suka kalau kita wish tpi kalau wish tu biar lah dengan doa dan benda2 baik kan .. ;)

    p/s : mama cakap patot mama yg dpt hadiah sebab lahirkan kita . tapi kenaap kita yg dapat hadiah ? hi

  5. dina darwina says:

    walauapaupun terjadi meskipun saya jarang berhubung dgn izzy wat masa skrg..dina tetap ingatkn sahabat dina ne…post yg selalu memberi nasihat yg berguna kat dina..teruskan g yerw post mcm ne izzy..hehehehe

  6. ifwat says:

    kalau dah sambut bufday dengan arak bagai, yang tu tak patut la..

  7. hadijah says:

    Seperti kata ustaz pahrol, ketika menerima ucapan selamat panjang umur, hakikatnya umur semakin pendek..Orang yang berhak hidup dalam ketenangan adalah orang yangsentiasa bersedia menghadapi kematian..syukran izzy, atas ingatan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: