Berkenalan dengan pencuri (episod 1)

15 november 2009 – 6.30 p.m – khamis
***
Kaki ku laju mengatur langkah menuruni tangga dari bangunan mujamma’ abu nur (universiti tempat aku belajar) menuju ke suatu tempat yang aku gemari. inilah rutin mingguan aku di syria. dalam 1 minggu, aku akan cuba meluangkan masa 1 hari atau 2 hari untuk ke tempat ini. tempat inilah yang membolehkan aku melihat dunia luar termasuk malaysia. tempat ini tidak lain tidak bukan ialah cyber cafe (cc).

Menjadi kebiasaan bagi pelajar malaysia di syria ini untuk selalu ke cc. kerana pada ketika itu kebanyakan pelajar malaysia di sini tidak memasang internet di rumah, mungkin disebabkan kos yang mahal atau sebab-sebab lain. jadi cc menjadi satu-satunya tempat yang akan dituju untuk menggunakan internet. Di sini macam-macam perkara boleh dilakukan, yang baik ataupun kurang baik. tapi pelajar malaysia menggunakan cc untuk tujuan yang baik antaranya untuk menghubungi keluarga dan mengetahui perkembangan semasa dunia luar.

Setibanya aku di hadapan pintu masuk cyber cafe dot net (cc kegemaranku), muke aku tiba-tiba berubah dari ceria kepada muram. masakan tidak, cc sudah dipenuhi pelanggan. Cc di sebelah pun penuh. Cc di kawasan berhampiran pun turut penuh. Menambah kecewa di hati. Cc ni hanya bersebelahan dengan mujamma’ abu nur. hanya beberapa langkah. Dari sini boleh dilihat bangunan universiti yang tersergam indah dengan jelas. Universiti ini adalah salah satu dari tempat belajar yang terkenal di kalangan pelajar malaysia di syria. Meskipun sijil yang diperolehi hasil 4 hingga 6 tahun belajar di mana-mana tempat belajar di syria ini tidak diiktiraf di kebanyakan tempat, tetapi ilmu syariah yang diperolehi mungkin melebihi dari universiti lain di dunia. Sukar diceritakan mengapa, mungkin kerana sistem belajar yang berbeza, namun hanya mereka yang pernah melalui dan merasainya sahaja akan tahu kelebihannya.

jam di tanganku menunjukkan tepat 6.32 p.m. waktu isyak telah pun berlalu sebentar tadi. Tidak menjadi sesuatu yang pelik jika Waktu isyak seawal 6.00 p.m pada musim syita’ (sejuk) kerana musim bertukar bermakna waktu pun turut akan bertukar. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang berada di negara 4 musim ini. seperti waktu solat asar seawal 2.30 p.m dan waktu solat subuh seawal 3.00 a.m.

mujamma' abu nur @ mujamma' syeikh ahmad kiftaro

mujamma' abu nur @ mujamma' syeikh ahmad kiftaro

tiada apa yang boleh aku lakukan di hadapan cc tersebut kecuali bersabar menunggu giliran untuk menggunakan internet disitu. aku membuat agakan bahawa selepas 30 minit pasti akan ada pelanggan yang selesai menggunakannya. sedang aku menjenguk-jenguk keadaan, memerhati kawasan sekeliling, ada seorang mamat arab berusia dalam lingkungan 15-16 tahun datang menegurku.

*dialog ini dalam bahasa arab tetapi telah di terjemah kepada bahasa melayu moden*

Arab: ”assalamualaikum, orang malaysia?”
Aku: ”waalaikumussalam, ya aku orang malaysia, ko orang syria?”
Arab: ”ya aku orang syria, ko pelajar abu nur ke?”
Aku: ”aah, ko pun?”
Arab: ”tak, aku belajar di maahad basyar asad (bukan nama sebenar). Nama aku abdullah (pun bukan nama sebenar), buat ape disini? Tunggu guna internet ke?”
Aku: ”macam tu la gayanya, 30 minit lagi kot, cc penuh la. nama aku ahmad (nama sebenar), ko nak guna juga ke?” aku membuat agakan.
Arab: ”eh tak, aku datang sini nak jalan-jalan je, lagipun aku tak pandai guna internet” sambil tersenyum.
Tak pandai guna internet? aku tengok gaya pakaian dan muka tak la kuno sangat, tapi tak kan la tak reti guna internet?? pelik bin ajaib. Takpe la, layan je la.
Aku: “owh, tak pandai guna internet ke? Jadi ko datang sini tak kan semata-mata nak berjalan je?”
Arab: “sambil jalan-jalan aku ingat nak belajar guna internet la, ko boleh ajar aku tak?”
Aih..kenapa tiba-tiba je mintak tolong aku ni? Banyak lagi arab kat sini ko boleh mintak tolong.
Aku: “aku tak la pandai sangat, biasa-biasa je. Tu kat sana ada orang arab, ko tak mahu mintak tolong diorang ke?” sambil jari telunjukku menunjuk pada seorang arab yang sedang menggunakan internet di dalam cc.
Arab: “aku mintak tolong ko sebab aku nak kawan dengan ko, aku tau orang malaysia baik”
Aku: “owh, takpe la, nanti kalau aku dah boleh guna internet, aku tunjuk cara-cara guna internet kat ko.”
Arab: “ok, aku tau ko baik”. mamat ni seakan-akan memikirkan sesuatu kemudian diam.

Arab ni dah lain macam je aku tengok, tiba-tiba nak kawan pastu tiba-tiba pula puji aku baik. ini mesti ada udang di sebalik mee. Malas pula aku nak layan dia ni. Lebih Baik aku diam, lama-lama bosan la mamat ni.

Beberapa minit selepas aku berdiam diri, tiba-tiba mamat arab ni tegur aku semula.
***
Arab: “aku rasa lama lagi peluang kita nak guna cc ni, dah lebih 15 minit kita tunggu ni. Kebetulan komputer aku kat rumah tu rosak. Aku tak pandai format komputer, ko boleh ajar aku?”
Aiya, dia ni la. Ada-ada je topik nak sembang. perlu cakap ke aku pandai format komputer? Kalau cakap aku pandai, nanti dia tanya macam-macam pula. Kalau cakap tak pandai, jatuh la maruah aku, malu seh kalau cakap tak pandai format komputer.hehe. ajar je la sikit-sikit. Bukan susah pun.
Aku: “aku pandai la sikit-sikit, tak la profesional. mudah je, ko beli cd windows, ko letak cd tu dalam cd rom pastu ko restart komputer pastu…” tak sempat aku habiskan ayat aku, mamat ni potong pulak.
Arab: “susah la kalau cerita macam tu, aku tak faham, aku rasa lagi senang kalau ko format komputer kat rumah aku, lagi mudah faham”
Aku: “kalau macam tu, nanti kalau aku dapat guna internet kat cc ni, aku tunjuk kat ko macam mana nak format komputer, mudah saja, pastu ko balik rumah, ko buat la sendiri”
Arab: “takpe la, lagi senang kalau ko pergi rumah aku”
***
Mamat ni terus berkeras nak ajak aku pergi rumah dia. Bukan aku tak mahu pergi rumah dia, tapi aku lebih memikirkan keselamatan aku. Mana tidaknya, waktu-waktu malam macamni, bahaya rasanya aku pergi rumah seorang arab yang tidak aku kenali. Lagipun hati aku dah mula rasa tidak sedap. Yang lebih menghairankan aku, mamat ni baru je sembang dengan aku tak sampai sejam, tapi dah nak jemput ke rumah dia dengan alasan nak mintak tolong aku format komputer dia. Macam tak masuk akal pun ada. Tak kan la dia ni tak ada seorang kawan pun yang pandai format komputer? Aku pun dah mula naik muak bila mamat ni tak putus asa mengajak aku ke rumah dia. Terpaksa la aku membatalkan niat aku untuk menggunakan internet pada minggu ini. Terpaksa tunggu minggu depan la. Sebab bila aku dah balik rumah, malasnya nak ke cc ni. Dengan jauhnya, tambah musim sejuk pula.

Jadi misi kali ini adalah melarikan diri dari mamat arab ni, terpaksa la aku menipu demi kesejahteraan negara.
***
Aku: “hmm, mintak maaf sangat-sangat, aku baru teringat aku ada hal sekarang, aku balik dulu ya.”
Sambil berlakon melihat jam dan membelek mesej-mesej didalam handphone aku.
Arab: “ha? Ada hal? Tapi tolong la sekejap je ke rumah aku, tak jauh pun dari sini, belakang bangunan tu je” sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah sebuah bangunan yang tidak jauh dari mujamma’ abu nur.
Aku: “owh, tapi maaf sangat-sangat, aku memang ada hal tadi sepatutnya, tapi aku terlupa. Aku dah lewat sangat ni,nanti kawan aku marah. Maaf la ye, lain kali je la.”aku meneruskan agenda lakonan aku demi negara tercinta. Mamat ni pulak macam dah buntu idea macam mana nak ajak aku ke rumah dia. Aku rasa aku akan menang kali ini.hehe.
Arab: “hmm, ok la kalau macam tu, minggu depan aku tunggu ko kat sini”
Aku: “hmmm, aku tak janji aku akan gunakan internet minggu depan, minta maaf banyak, aku balik dulu, betul-betul lewat ni. Assalamualaikum” mamat arab ni pun menjawab salam dengan nada kecewa sambil berjabat tangan dengan aku.

Aku melajukan langkahku pergi dari situ sambil tersenyum. Tersenyum kerana berjaya pergi dari situasi berbahaya. Aku tak tau apa akan berlaku seterusnya jika aku terus melayan karenah mamat arab tu. Dalam masa sama aku rasa sedih sebab tidak dapat menggunakan internet pada minggu ini, perlu skip ke minggu depan pula. Nasib badan. Semua gara-gara mamat arab tadi. Kalau dia tak ada kan senang. Huh! Nak ke cc lain ke? Hmm, rasanya tidak kot, sebab internet di tempat lain tidak selaju di cc tadi. Tidak mengapa, minggu depan saja.

syiling syria

duit syiling syria : atas=25 L.S , kiri bawah=10 L.S , kanan bawah=5 L.S

Sampai sahaja di perhentian servis (kenderaan seperti van yang dijadikan kenderaan awam di syria), aku terus menaiki servis yang telah siap sedia menunggu penumpang. Aku duduk di sebelah muallim (panggilan untuk tauke kedai atau pemandu kenderaan awam) dan membayarnya 10 lira syria (10 L.S = 75 sen). Setelah penumpang hampir memenuhi segenap ruang di dalam servis tersebut, muallim terus memandu laju membelah kegelapan malam. Aku lebih suka menaiki servis setiap hari untuk ke mana-mana lokasi di syria termasuk lah untuk ke universiti. Jika servis sukar ditemui atau sudah dipenuhi oleh penumpang ketika itu, barulah aku akan menaiki bas. Kerana servis lebih laju dari bas.

teksi=warna kuning , servis=warna putih

teksi=warna kuning , servis=warna putih

Aku melantunkan pandanganku ke luar jendela servis. Suasana malam ketika itu seperti biasa, dimana-mana ada sahaja orang yang berjalan-jalan. namun hari ini lebih ramai dari hari sebelumnya. Kerana esok ialah hari jumaat iaitu hari cuti bagi penduduk syria. Tidak hairan la jika jalan raya ketika ini juga dipenuhi oleh kenderaan. Sambil pandangan ku menjamah suasana di luar servis ketika itu, fikiranku kembali ke situasi sebentar tadi. Berdialog dengan seorang pemuda arab yang tidak aku kenali. Apa agenda dia sebenarnya sehingga tidak putus-putus berusaha mengajak aku ke rumahnya? Adakah dia seorang yang jahat? Kalau dia jahat, apa yang dia ingin lakukan kepadaku? Mencuri? Merompak? Atau menipu? Apa-apa pun muslihatnya tadi, aku sedikit pun tidak terpedaya. Alhamdulillah. Allah lah sebaik-baik tempat aku mengadu. Semoga aku jauh dari segala malapetaka dan bencana. Semoga aku tidak lagi menemui mamat arab tadi.

Bersambung…..
***

Comments
6 Responses to “Berkenalan dengan pencuri (episod 1)”
  1. wahhhh.. akhirnya pdate gak blog ni selepas 2 minggu daftar… heeee

  2. Hadijah says:

    nice story dik..xsabar bc next post story bahagian 2. Teruskan menulis..

  3. firdaus says:

    Assalamualaikum. Sya seorang bapa yang berminat untuk menghantar anak saya ke Syria untuk pengajian hadis. Anak saya dah katam 30 juzuk. Dengarnya disana ada ramai dermawan untuk sponsor pengajian-pengajian Islam? Boleh bantu sya? firdausi72@yahoo.com Tel: 60192200285

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: