Berkenalan dengan pencuri (episod 2)

18 november 2009 – 6.15 p.m – ahad
***
Selepas selesai solat isyak berjemaah, aku terus bergegas menuruni tangga bangunan mujamma’ abu nur. kali ni aku terpaksa ponteng satu kelas semata-mata ingin mendapatkan tempat di cc. Almaklumlah, tidak mahu jadi seperti minggu lepas, tunggu punya tunggu akhirnya habuk saja dapat. lagipun kelas yang aku ponteng ni tidak berapa susah sangat. Dan aku yakin boleh score masa imtihan(exam) nanti. Tapi insyaallah minggu depan dan seterusnya aku tidak akan ulang lagi amalan kurang soleh ni. aku buat semua ini kerana terdesak saja. Aku perlu guna internet hari ini juga. Sebab aku ni kalau baru seminggu tidak guna internet dah rasa macam setahun lamanya.

susunan dalaman cyber cafe di syria yang tidak berapa cantik

Jadi seperti yang dijangka, strategi aku kali ni menjadi. banyak tempat kosong di cc kali ini. akhirnya dapat juga aku merasa keselesaan duduk di atas kerusi empuk dengan perasaan berbunga. Tanpa melengahkan masa, tangan aku ligat mendapatkan tetikus, menekan apa-apa yang patut. aku cukup berpuas hati dengan cc ini kerana kelajuan internet di sini adalah antara yang terpantas berbanding cc lain di sekelilingnya. Kali ini dapatlah aku download video bola, kerana kebetulan semalam ada perlawanan penting liga inggeris antara arsenal dan newcastle united. Sementara menunggu video siap download, aku baca berita harian, nak tau juga perkembangan terbaru di malaysia dan negara-negara lain. Selain itu aku dapat update friendster(dulu friendster la, sekarang facebook), semak email, download update anti virus kaspersky, chat dengan kenalan dan lain-lain.

sedang aku seronok melayari internet, tiba-tiba ada satu suara manusia menegur aku dari belakang, memanggil namaku, bunyi macam orang arab, tapi boleh jadi orang malaysia yang sengaja nak takutkan aku dengan menyamar suara seperti arab. Bila aku toleh je belakang, alamak!!
***
Macam mana mamat ni boleh ada di sini pula?adus!malas betul la tengok muka dia ni. Tak ada kerja lain la tu. Mesti nak ajak aku ke rumah dia. Aduh! Apa aku nak buat ni?

** sekali lagi perbualan bahasa arab ini telah siap diterjemah ke dalam bahasa melayu moden **

Arab: “assalamualaikum ahmad, apa khabar? Ingat aku lagi?”
Aku: “waalaikumussalam, alhamdulillah. ingat lagi. Buat apa di sini?” aku layan acuh tak acuh.
Arab: “tak kan lupa janji kita? Ko kan janji nak format komputer aku hari ni, minggu lepas ko cakap”
Huh! Dah agak dah, mamat ni tak putus asa lagi! Cis..Alasan apa pula aku nak guna kat mamat arab yang tak faham bahasa ni?ishk!
Aku: “emmm, yeke ada janji? Aku rasa tak pernah pun janji nak tolong format komputer ko?”
Arab: “ada la, aku cakap nak tunggu ko kat sini”
Aduh, betul-betul kurang faham bahasa la mamat ni, apa aku nak buat sekarang ni. Ya Allah ya tuhanku, KAU selamatkan lah aku, lepaskanlah aku dari situasi yang tidak aku suka ini. Haa..baru aku ingat, ustaz aku pernah ajar aku macam mana nak lepas dari malapetaka, baca ‘Ya Latif’ dalam hati sebanyak 100 kali. Lebih pun tidak mengapa. Baca sekarang, Ya Latif..Ya Latif.. Ya Latif..Ya Latif.. Ya Latif..Ya Latif.. Ya Latif..Ya Latif..
***
“ahmad, kenapa diam je?” mamat arab ni tiba-tiba menegurku. Aku sedikit terkejut.
Fuh…lemah semangat aku, kacau betul la dia ni, aku nak berzikir pun tak sempat habis. Hampes betul la. Ha, datang idea secara tiba-tiba. Kali ini pasti berjaya menghalau mamat ni pergi jauh dari hidup aku.
Aku: “aaa.. macamni, aku ada hal nak chat dengan famili aku sekarang, mungkin lama lagi kot nak selesai, ko tunggu la ye. Aku tak janji boleh selesai cepat hal aku ni, mungkin 2-3 jam”
Arab: “hmm, ok la kalau macam itu, aku tunggu ko di sini”
Alamak, apa aku nak buat ni? Dia nak tunggu la pula. Takpe lah, ko try la tunggu aku, aku boleh je duduk kat cc ni 2-3 jam, dah biasa. Ko tahan la sejuk dekat luar tu. Aku tak bertanggungjawab kalau ko mati kesejukan. Hahahaha. Padan muka ko, rasakan. Siapa suruh tak faham bahasa.
Maka menunggu la mamat arab itu dengan penuh kesabaran di luar cc. seKejap pusing sana, sekejap ke sini, sekejap tengok aku, sekejap tengok orang lain. Nampak seperti kebosanan. Sambil menggeselkan serta meniup-niup kedua belah tapak tangan supaya dapat mengurangkan kesejukan. Kemudian memasukkan kedua belah tangan ke dalam poket seluarnya. Tujuan yang sama, bagi mengurangkan kesejukan.
***
Setelah hampir 30 minit aku melayari internet, mamat ni datang bertanya padaku bila mahu selesai. Aku jawab la lagi 2 jam. Muka mamat arab ni dah mula berubah. Tadi nampak cool, sekarang dah macam tensen sedikit. Aku rasa kali ini strategi aku mesti menjadi. Hahaha. Rasakan penangan orang malaysia. Arab ni macam cuba memikirkan sesuatu. Tiba-tiba..

arab: “ahmad, ko ada handphone tak? Pinjam sekejap, aku nak telefon kawan aku la. Hal penting ni”
aku: “eh? Ko tak ada handphone ke?”
arab: “ada, tapi tertinggal di rumah la. Sekejap je aku telefon dia. Ada hal penting ni” mamat arab ni merayu sambil membuat muka tidak bersalah.
boleh percaya ke mamat ni? Aku nak bagi pinjam ke tak ni? Ragu-ragu la pulak. Mana tau dia nak bawa lari handphone aku ni. benda bukan beli guna daun, tapi guna duit. kalau aku tak bagi pinjam kat dia, nanti dia kata apa pula. Sebab hari itu cakap nak berkawan, aku pula tak tolak. Aduh..bagi je la, aku rasa dia tak kan boleh lari dari sini, sebab ramai orang di kawasan ini. Kalau dia cuba lari, aku kejar la. Ok, keputusan muktamad, bagi je la.
Aku: “sekejap je tau telefon kawan ko tu. Kredit aku tak banyak, nah” sambil aku menghulur handphone aku pada dia dengan rela hati.
Arab: “ok” dia mengambil handphone dari tangan aku sambil mengucap terima kasih. Serta-merta menekan-nekan button handphone aku. Gamaknya sedang cuba menghubungi seseorang.

ini lah handphone kesayangan ku. sony ericsson k800

***
Aku terus memerhati setiap gerak-gerinya. Tiba-tiba timbul perasaan curiga dalam hatiku kerana setelah hampir 2 minit tetapi tiada sebarang perkataan yang keluar dari mulutnya. Tadi cakap nak telefon kawan sebab hal penting? Aish..mencurigakan.
Aku: “akhi, dapat telefon kawan?, kenapa lama sangat?”
Arab: “entah la kenapa, aku dah cuba banyak kali ni, mungkin salah nombor kot. Sekejap ye, aku cuba lagi sampai dapat”
Haish..jawapan dia ni menambahkan lagi kesangsian dalam hatiku. Memang tak boleh jadi kalau macamni. Aku kena lakukan sesuatu sebelum apa-apa yang buruk terjadi. Aku terus log out internet, tanpa perlu pergi membayar pada muallim cc kerana aku sudah mempunyai kredit masa di cc ini. Aku terus menghampiri mamat arab ini. Diri disebelahnya. Kalau dia cuba lari, aku pasti dapat kejar.
Aku: “macam mana? Dapat telefon kawan ko? Dah 5 minit ni. Tadi cakap sekejap je?”
Arab: “aku tak dapat telefon dia la, salah nombor la rasanya”
Hmm…dari tadi alasan sama, kali ini aku betul-betul dah tak boleh percaya. Aku perlu bertindak segera.
Aku: “bagi sini handphone aku, biar aku cuba telefon kawan ko tu, ko cakap je berapa nombornya biar aku taip”
Arab: “eh tak mengapa, dah hampir-hampir boleh telefon dia tadi, sekejap saja lagi” arab ni buat-buat menaip nombor dalam handphone aku dan meletakkan ke telinganya seakan-akan menunggu panggilannya disambut oleh kawannya.
Apa aku nak buat ni? Keras kepala pulak mamat ni. Geram betul!.. ah, apa susah, aku cakap la aku ada hal sekarang di rumah aku.
Aku: “akhi, aku ada hal la kat rumah sekarang, bagi handphone tu….”
Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, tiba-tiba datang kawan baikku, nasrul islam(nama sebenar) menegurku. Alhamdulillah, kau datang tepat pada waktunya nasrul. Kau datang untuk selamatkan aku dari bencana ini..

Bersambung…

Comments
6 Responses to “Berkenalan dengan pencuri (episod 2)”
  1. Hadijah says:

    Semakin menarik kisah ni..tertanya2 kesudahannya..

  2. cepat sambunganyaaa.. hiii

  3. esok aku xde. g amman. lusa la aku baca.. hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: