Berkenalan dengan pencuri (episod 3)

 

***

Nasrul menghampiriku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya dengan penuh keikhlasan.

Nasrul: “izzy, nasib baik anta ada kat sini, penat ana cari anta tadi. Macam ni, ana nak anta teman ana ke suq hamidi(pasar terkenal di syria), ada makcik-makcik dari malaysia tengah tunggu di sana. Diorang minta ana teman beli barang. Jom ikut sekali. Bosan la pergi seorang. Jom la”

Aku: “sekarang ke? Sekejap, bagi 2 minit lagi kat mamat arab ni, dia pinjam handphone ana la. Sekejap tau”

nasrul memerhati mamat arab ni, kemudian membuat isyarat mulut dan mata bertanya kepadaku siapa gerangan mamat arab ni.

Aku: “dia ni pinjam handphone ana, katanya nak telefon kawan dia, tapi dari tadi tak cakap apa-apa pun, katanya salah nombor la, apa la..”

Nasrul membuat sekali lagi isyarat mulut dan mata bertanyakan siapa. Kawan sekelas atau kenalan biasa.

Aku: “owh, dia ni la yang ana cerita kat anta minggu lepas, kononnya nak jadi kawan ana la, nak ajak ana pergi rumah dia tolong format komputer dia”

Mamat arab tersebut terus menggunakan handphone aku seolah-olah menghubungi seseorang sambil memerhati gelagat kami berdua.

Nasrul: “ishk, apa ni izzy, bahaya anta bagi dia pinjam handphone anta, takut-takut dia ni pencuri”

Aku: “ana bukan nak bagi dia pinjam pun, dia ni pelik sikit, dah try bagi alasan macam-macam, huh…tapi susah la nak explain kat anta sekarang, nanti kat suq hamidi ana cerita..”

Belum sempat aku menghabiskan penjelasan aku, Muka nasrul tiba-tiba berubah serius. Aku tau dia marah aku sebab tidak berhati-hati. Dulu dia pernah pesan pada aku jangan mudah percaya orang arab. Sekarang ni baru aku teringat pesanan dia. Nasrul tiba-tiba seperti hilang sabar. Dia menghampiri mamat arab tadi. Aku hanya memerhati. Dalam hati, Aku Cuma berharap agar nasrul dapat selesaikan masalah ini dengan segera. Aku tahu nasrul mampu sebab dia seorang yang tegas. Insyaallah.

Nasrul: “akhi, bagi sini handphone tu, aku dengan izzy ada hal penting sekarang, nak pergi suq hamidi”

Arab: “sekejap, tadi aku hampir dapat telefon kawan aku tiba-tiba putus, aku pun tak tahu kenapa. Sekejap ye aku cuba lagi”

Nasrul: “bagi sini cepat, aku ada hal lagi penting dari ko, pergi la pinjam handphone orang lain” nasrul meninggikan sedikit suara.

Arab: “aaaa.. korang dua nak pergi suq hamidi kan? Aku ikut boleh? Kat sana ada kedai pakcik aku, dia jual kain”

Nasrul macam sudah mula hilang sabar dengan karenah mamat arab ni, aku dengan segera redakan dia. Bimbang perkara lain pula yang akan terjadi.

Aku: “nasrul, ana rasa biarlah dia ikut kita pergi suq hamidi, nanti lepas dia guna handphone ana, dia bagi la balik. Lagipun kan dia jalan dengan kita, jangan risau la”

Nasrul: “tapi tetap bahaya zy, kita tak tahu apa niat sebenar dia. Kalau tiba-tiba dia lari macam mana? Ana tak percaya dia zy”

Aku: “ok macamni, kita jalan je dulu, kita tengok sejauh mana dia nak ikut kita, ana pun sebenarnya rasa tidak sedap hati ni, tapi tengok lah macam mana dia punya alasan tadi, nanti paksa-paksa, takut bertumbuk pula”

Nasrul: “huh..ikut suka anta la izzy oi, ana tak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa. Jom la cepat, makcik-makcik tu dah lama tunggu kita, nanti diorang marah pula.” Nasrul melihat jam ditangannya dan terus memulakan langkah.

Aku: “ok”. Aku menjawab pendek kerana tidak mahu menambahkan lagi keserabutan dalam kepala nasrul. Dia dah la baru habis kelas, pastu ada janji dengan makcik-makcik di suq hamidi pula, nak cepat. tambah dengan penat dan karenah mamat arab ni. Aku faham keadaan nasrul sekarang. Silap tegur, meletup la gayanya.

***

Aku memberi isyarat kepada mamat arab tadi untuk follow kitorang dengan segera. Nasrul sudah berada 3-4 langkah dihadapan aku. Aku meminta nasrul supaya memperlahankan langkah. Kerana aku risau tertinggal bersama arab ni. Apa-apa pun bakal berlaku seperti kata nasrul tadi.

suq hamidi, pasar terbesar dan terkenal di damsyik

Kami terus berjalan menuju ke stesen bas. Untuk ke suq hamidi, kami perlu menaiki bas, kerana tiada servis yang akan menuju straight ke suq hamidi dari sini. Nasrul melajukan langkahnya kerana risau makcik-makcik di sana menunggunya lama. Manakala mamat arab ni pula berjalan perlahan. Lebih perlahan dari aku. Bermakna pada ketika itu, aku tersepit antara dua situasi. Pertama, aku perlu berjalan laju bersama nasrul kerana bimbang terlewat untuk ke suq hamidi. Situasi kedua pula aku perlu memperlahankan langkahku kerana mahu berjalan seiring dengan mamat arab ni. Sambil berjalan boleh juga aku memerhati setiap tingkah laku dia. Takut-takut dia lari bersama handphone ku.

Nasrul sempat berpesan supaya sentiasa memerhati mamat arab ni. Kerana lorong menuju ke perhentian bas agak gelap dan tidak ramai orang. Tetapi dalam masa sama nasrul menyuruh aku cepat. Aku pula menyuruh mamat arab ni agar melajukan langkah. Tetapi dia tetap begitu, berjalan perlahan sambil merapatkan handphone ku di pipinya. Ketika ini aku  semakin serabut. Berjalan perlahan rasa bersalah, berjalan laju pun rasa bersalah. Tiada apa yang dapat aku lakukan ketika itu selain memalingkan kepala ku ke depan dan ke belakang berulang kali. Sekilas memandang nasrul yang terus berjalan laju, sekilas pula ke arah mamat arab ni. Sekilas ke arah nasrul, sekilas ke arah mamat arab ni. Sekejap ke arah nasrul, sekejap pula ke arah mamat……..haaaaa??

Bagaikan tidak percaya. Jantungku bagai disentap. Nafasku turun naik dengan pantas. Kakiku mula lemah. Mukaku berubah pucat. Rasa bagai tidak berpijak di bumi nyata. Mimpikah ini semua? Aku memerhati sekeliling, melihat belakang dan hadapan. Kanan dan kiri. Memang sah! Mamat arab itu telah hilang. Hilang bersama handphone kesayangan ku. Aku terdiam. Nasrul tiba-tiba menerpaku.

Nasrul: “wei izzy, mana arab tu???”

Aku: “entah, dah hilang la kot”

Nasrul: “haa?? Dah hilang? Habis mana handphone anta??”

Aku: “dia dah bawa lari”. Aku menjawab dalam keadaan separuh sedar. hanya aku dan ALLAH sahaja tahu gelojak perasaan ku ketika itu. Sukar dijelaskan. Aku beristighfar panjang.

***

bas yang digunakan untuk ke suq hamidi

Di dalam bas nasrul terus menerus memesan kepadaku supaya sabar dengan ketentuan-NYA. Aku hanya diam mendengar ceramah ringkasnya. Aku sedar Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya. Pasti ada. Cuma apa hikmahnya itu kita tidak tahu. Mungkinkah ALLAH mahu menguji tahap keimanan kita ketika itu? Atau DIA mahu menghapuskan segala dosaku selama ini? Atau DIA mahu menggantikan kepadaku sesuatu yang jauh lebih baik? Apa-apa pun persoalannya, aku redha apa yang terjadi. Aku pasti suatu hari nanti, aku akan tahu apa hikmahnya. Insyaallah.

Dalam diam aku Cuma berdoa agar si pencuri akan mendapat balasan yang setimpal. Jika ikutkan tahap kesabaran aku yang rendah ketika itu, mahu sahaja aku doakan semoga dia terus dilanggar kereta dan mati di tempat kejadian. Tetapi cepat-cepat aku beristighfar. Aku tahu doa orang dizalimi pasti akan dimakbulkan oleh ALLAH. Lagipun tidak elok rasanya mendoakan kecelakaan menimpanya. Aku rasa lebih baik aku berdoa agar aku dapat berjumpa semula dengan pencuri tersebut. Ya, doa itu lebih baik. Insyaallah dengan segala rendah diri, aku memohon kepada-MU ya Allah semoga KAU temukan aku dengan pencuri itu semula. Biar cepat atau lambat, tetapi aku mahu berjumpa dengannya semula. Ya Allah, perkenankanlah doaku ini. Ameen.

Di sebelahku Nasrul yang sedari tadi berdiam diri kerana menyedari emosi aku ketika itu perlu dibiar reda sendiri. Setelah dia yakin aku sudah dapat meredakan emosi diri, dia menegurku.

Nasrul: “izzy, bersabarlah. Insyaallah ada hikmahnya”

Aku hanya membalas dengan sebuah senyuman yang diukir dengan paksaan.

Nasrul: “apa yang anta fikirkan lagi?, benda dah jadi”

Aku: “ana dah doa. Insyaallah akan dimakbulkan”

Nasrul: “apa yang anta doa?”

Sekali lagi aku tersenyum. Kali ini lebih manis dari sebelumnya.

Aku: “ana doa semoga ana dapat berjumpa semula dengan pencuri tu. Lambat atau cepat tu hal kedua, yang penting ana akan jumpa dia semula”

Nasrul: “ok, ameen” nasrul memegang bahu kananku isyarat supaya aku terus bersabar. kemudian kami kembali terdiam seribu bahasa sehinggalah tiba di suq hamidi.

 

Bersambung….

Comments
4 Responses to “Berkenalan dengan pencuri (episod 3)”
  1. Hadijah says:

    Dpt jumpa pencuri tu x? kena baca sambungan ni..iskh, suspen betul..

  2. Hadijah says:

    oh,ok2..tapi paling beri kesan pada akak, bile ttg doa..mmg ‘tertampar’ jugak sbb kdg bukan senang nak fikir mcm tu bile tengah marah..Alhamdulillah, bila baca jadi insaf..ermm..ckit2 terdidik jugak bila membaca..

    • izzysabki says:

      hmmm….2 la..sy cuma tulis ape yg sy lalui waktu 2..xdpt nak buat ape2 kcuali beristighfar dn memikirkan dosa2 dulu.sambil berdoa sgguh2 supaya dpt jumpe blik pncuri 2…wallahua’lam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: