Prebet sengal dan jeneral tegas

***

gambar hiasan

Di sebuah kem latihan tentera jauh ditengah-tengah pulau tiga segi bermuda, seorang prebet membuat latihan menembak menggunakan pistol jenis desert eagle. Sambil diperhatikan oleh seorang jeneral yang cukup tegas.

Prebet memulakan tembakan pertamanya ke arah sasaran yang berkedudukan sejauh 10 meter darinya.

Pow!!, bunyi tembakan pertama dilepaskan. Namun tidak mengena pada sasaran.

Pow!!, bunyi tembakan kedua dilepaskan. Namun tidak juga mengena pada sasaran.

***

jeneral menghampiri prebet yang sengal itu dengan muka yang sangat tegas. prebet terketar-ketar sambil menjawab: “maaf tuan, tak kena sasaran tuan”. Prebet terus dimaki bertalu-talu. Kemudian jeneral mendekatkan sasaran kepada 5 meter. Prebet ini tersenyum lebar. Mungkin dia yakin bahawa jarak itu amat mudah baginya untuk menembak tepat pada sasaran. Dia memerhati sambil menghalakan senjatanya pada sasaran.

Pow!!, bunyi tembakan dilepaskan. Sekali lagi tidak mengena pada sasaran.

Pow!!, tembakan kedua juga tidak mengena.

***

Kali ini jeneral yang tegas itu sudah tidak boleh bersabar. dia menghampiri prebet itu dengan muka yang sangat garang. Prebet yang sengal tersebut menjawab dengan serba salah, “maaf tuan, tak kena sasaran tuan”.  kesabaran jeneral sudah berada pada tahap maksimum. Bila-bila masa sahaja boleh meletus. Prebet sengal itu hanya mampu tersenyum kelat apabila telinganya dihujani perkataan maki hamun dari jeneral.

desert eagle

Kali ini jeneral yang tegas itu tahu apa yang patut dilakukan kepada prebet yang sengal dan tiada masa depan ini. Dia terus memberi arahan dengan tegas kepada prebet sengal itu supaya pergi ke belakang bukit berhampiran dan menyuruhnya menembak kepalanya sendiri. Prebet sengal itu berlari tergesa-gesa ke arah bukit yang ditunjuki oleh jeneral tersebut tanpa sebarang bantahan. Sedetik kemudian..

Pow!!, bunyi sedas tembakan dilepaskan.

Jeneral yang tegas itu tersenyum puas kerana yakin prebet yang sengal dan tidak berguna itu telah mati menembak dirinya sendiri. Sedetik kemudian..

Prebet yang sengal itu datang menghampiri jeneral yang tegas itu dan berkata: “tuan, tak kena sasaran tuan”.

 

Comments
19 Responses to “Prebet sengal dan jeneral tegas”
  1. lawak je…+ mengong tol..hehehe

  2. Hadijah says:

    best2..suspen tu. ingat tadi dh mati..hahaha..mmg patut la jeneral dia xtahan..haha

  3. Hadijah says:

    hehe..tapi mmg best..akak post kat facebook ye..

  4. Hadijah says:

    betul2…lawak ada makna trsirat..

  5. Cik Cahaya says:

    haha lawak..lurus bendul betul prebet nih..nasib baik la xkena sasaran.. ^_^

  6. wanzi says:

    singgah sini….. tabik sarjan

  7. che sakinah says:

    tembak terbalik tuu… hahahahahhaa… ape la.. lawak2:)

  8. ieQa says:

    hihihi…aduhyai…

  9. misza says:

    pjg umur sebab sengal.^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: