Aku dan rokok



rokok memendekkan jangka hayat anda

Aku teringat dahulu pernah ada seorang kawan aku bertanya kepada aku, “kenapa kau tidak merokok?” Jawapan aku mudah je, “aku tak minat” sambil tersenyum. Dia faham dengan jawapan itu tanpa perlu banyak bertanya.

Bercerita Tentang rokok, baru-baru ini ada seorang sahabat yang aku hormatinya sebagai seorang kakak bertanya tentang hukum merokok. Aku hanya memberi jawapan secara ringkas dan mudah difahami. Bila ditanya apa hukum merokok, aku hanya jawab ada pendapat yang mengatakan harus, ada makruh dan ada haram. Tetapi pendapat tentang pengharaman rokok lebih masyhur dan sohih. Tetapi dalam entry kali ini aku tidak ingin menjelaskan panjang lebar tentang hukum rokok, cukup aku katakan rokok itu haram berdasarkan fatwa Dr Yusuf al- Qardhawi di dalam bukunya ‘Halal & Haram dalam Islam’. Juga tidak perlu rasanya aku menerangkan kesan-kesan buruknya. Semua pasti tahu. Wallahua’lam.

***

Disini aku Cuma ingin bercerita tentang kisah aku dan rokok sewaktu di asrama dahulu. Ketika itu umur aku baru 6 tahun. Darjah 1. tahun 1994.

Pada suatu petang hujung minggu, aku di ajak oleh dua orang rakan asrama keluar berjalan-jalan. Aku mengikuti mereka kerana bosan duduk bersendirian di asrama yang kosong kerana warga asrama yang lain kebanyakannya pulang bercuti bersama keluarga masing-masing. Jadi kami berjalan di kawasan berhampiran. Aku Tidak tahu apa yang ingin mereka lakukan, aku sekadar mengikut. Nak dijadikan cerita, petang itu seorang dari dua orang rakan aku ialah penghisap rokok. Ketika itu umurnya baru mencecah 9 tahun. Darjah 4. Seorang lagi pun berumur 9 tahun. Setelah ditanya, Rupa-rupanya Mereka merancang untuk mencari batang rokok yang masih berbaki di jalan raya. Kebetulan di kawasan itu terdapat ramai buruh binaan dari Indonesia menggunakan jalan itu. mereka menanti dengan penuh sabar di celah-celah semak. Aku hanya memerhati gelagat mereka.

rokok membunuh

Tunggu punya tunggu, akhirnya benda yang dicari itu muncul di depan mata mereka. Sebatang rokok yang Cuma tinggal suku, masih berasap di atas jalan raya. mereka pun cepat-cepat mengambilnya sebelum rokok itu rosak di pijak orang yang menggunakan jalan itu. Kami bertiga terus berlari semula di celah-celah semak tadi. Tiada siapa disitu perasan gelagat kami ketika itu.

rakan aku yang juga perokok itu tidak membuang masa. Menghisap dengan penuh keyakinan. Dihembuskan semula asap ke ruang udara. Ketika itu hatiku mula berbelah bagi. Nampak best merokok. Aku memuji dalam hati, dia Nampak macho dan hebat. Tidak sabar rasanya untuk aku pula mencubanya. Dia menghulurkan rokok itu kepada aku. Tetapi aku memberi peluang kepada seorang lagi rakan aku ini untuk mencuba dahulu. Dia merapatkan rokok ke mulutnya. Dihisap dalam-dalam. “uhuk..uhuk..uhuk!!” dia terbatuk kuat ditepiku. Merah matanya. Terlepas rokok dari tangannya. Aku panik. Aku bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Belakang badannya di tepuk-tepuk oleh rakan aku yang merokok tadi sambil berkata padanya: “relek-relek, biasalah tu, orang baru nak belajar rokok, lama-lama ok la tu. Mula-mula je macam ni”.

Aku yang sedari tadi panik, bertekad untuk meninggalkan tempat itu dengan segera. Aku takut aku pula yang akan terbatuk nanti. Pasti sakit kerana bunyi batuknya cukup kuat. rakan aku itu cuba menghalang hasratku untuk pergi dari situ. Tetapi aku tetapkan pendirian. Pergi tetap pergi. Terdetik dalam hati aku ketika itu, kalau macam ini lah merokok, terbatuk-batuk, baik aku tidak merokok. Jadi petang itu aku balik segera ke asrama untuk mandi seterusnya mempersiapkan diri untuk menunaikan solat maghrib yang semakin hampir. aku biarkan dua orang rakan aku itu dengan kerja mereka. Tidak ambil peduli lagi.

***

Jadi sejak hari itu, aku tidak pernah merokok walaupun sedikit sehinggalah hari ini. Alhamdulillah. Aku tahu semua itu takdirku. Allah sudah menetapkan aku untuk tidak merokok waktu itu. Aku amat yakin, sekiranya ketika itu aku cuba untuk merokok, kemungkinan besar sekarang ini aku adalah salah seorang perokok tegar. Nauzubillah. Mereka berdua? Ya, aku dapat tahu mereka sekarang ialah perokok tegar. Hanya Kerana satu kesilapan waktu silam, atas dasar seronok-seronok, kesannya terbawa sehingga hari ini. Semoga mereka terus berusaha membuang tabiat yang buruk ini.

***

Sedikit Info tentang rokok:

1-      Di USA, bilangan perokok lelaki adalah 36% dan perempuan adalah 29%.

2-      kesan rokok : Barah paru-paru, Kelelahan, Sakit jantung, Kerosakan pada salur darah, Air mani tidak normal, Kanser pundi kencing dan lain-lain.

3-      kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai(arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “bilik gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi.

4-      Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun: 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok.

5-      asap rokok bukan sahaja memberi kesan kepada perokok, malah orang di sekelilingnya turut sama mendapat kesan buruk.

Comments
14 Responses to “Aku dan rokok”
  1. tika leh says:

    rmi yg dh thu roko tu bhaye tp still hisap gak.xsuke prokok yg tak menghormati org laen..kat kdai mkn pun merokok ape kes..

  2. good dikk…jauhi rokok. Semua dah tahu byk yg buruk dr baik tp ada gak org nak hisap rokok kaann..

  3. Salam. Aku bangga tidak merokok, kerana aku memilih untuk tak merokak. Ayah aku merokok gudang garam sehari dua kotak. Masa skolah aku berkawan dgn perokok. Masa tu aku pernah belajar hisap. Tapi sampai sekarang aku tak rasa merokok sesuatu yang best. Xda macho nya. Kalau nak merokok sekalipun, malu la beli rokok dgn duit mak bapak.

  4. che sakinah says:

    darjah satu dah duk asrama iye?
    awalnye la hai tahu merokok korang ni… budak2 mmg kuat terpengaruh
    kalau ingat2 balik zaman 90han mmg banyak iklan rokok.. siap nyanyi2 untuk hari raya lagi.. (iklan salem)
    apekebestnye pon tak tahu lah.. selamat la awak tak merokok.. alhamdulillah:)

  5. Hadijah says:

    Betul jugak..mgkin takdir..
    Allah dah bagi petunjuk kat Izzy waktu kwn tu batuk2..
    dan mgkin kerana tu HATI KUAT mengatakan TAK MAHU MENCUBA..
    ermm..pelik, mmg dulu sana sini iklan rokok, Dunhill, Salem..penaja utk sukan bola sepak dulu pun Dunhill..
    harap pengharaman rokok ni di susuli dgn petanda yg positf..
    mgkin bkn skrg…mgkin satu hari nanti..
    InsyaAllah..

  6. misza says:

    biasa merokok ni memang bermula dengan suka².
    sebab tu jangan mencuba.

  7. fikriyyah says:

    so, ko jgn merokok tau izzy! skng ni susah btul nk cari laki2 yg bebas dr rokok~mostly yg aku jumpe semuanya heavy smokers~hmmm~ ==”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: