Berkenalan dengan pencuri (episod 4)

***

3 februari 2010 – 4.09 p.m – perkarangan mujamma’ abu nur

Seperti hari-hari sebelumnya, aku berjalan sendirian menuju mujamma’ abu nur tempat aku belajar. Kali ini aku terlewat sedikit dari waktu kuliah yang sebenar. Bagaimana pun lewat bukan alasan untuk tidak langsung hadir ke kelas. Teringat aku pada satu kata-kata hikmah: ‘lebih baik buat sedikit dari tidak berbuat apa-apa’.

Sedang aku berjalan sambil memerhati sekeliling, mata aku tertangkap pada satu makhluk yang aku kira sangat dikehendaki. ‘Most wanted person in my life’. Makhluk ini jarang-jarang ditemui. Tetapi sekali terjumpa, mustahil aku akan lepaskan. Inilah makhluk yang aku cari selama ini. Masih hidup lagi rupanya. Rambut dan pakaiannya Nampak berbeza. Tetapi mukanya tidak sesekali boleh menipu mataku. Dia ternampak aku. Mata kami bertembung. Aku buat selamba dulu. Aku tahu dia cuba buat-buat tidak Nampak kehadiran aku disitu. kemudian Dia cepat-cepat masuk ke dalam cc. tidak mengapa, aku sudah ada rancangan. Kau tunggu sahaja di dalam itu. Tahu la apa yang akan aku lakukan selepas ini. Alhamdulillah, sejuta kesyukuran aku panjatkan kepada Allah kerana memakbulkan doa aku selama ini. Sekurang-kurangnya pencuri ini telah aku temui.

Aku tidak terburu-buru mendapatkannya. Aku segera mengeluarkan handphone sony ericsson w508 yang baru dibeli dua bulan lepas hasil belas kasihan ayah. Aku cuba menghubungi muaz hasan(nama sebenar). Muaz kawan aku ini katanya pernah terserempak dengan mamat arab yang cuba menipunya dua minggu lepas. Dia ni pun hampir-hampir terkena jerat si arab. Tapi tidak menjadi. Dan aku yakin arab yang dimaksudkan olehnya itu ialah mamat arab ini. Kali ini aku mahu muaz datang sendiri melihat didepan matanya. Sekaligus menambah saksi untuk menyabitkan mamat arab ini sebagai pesalah.

handphone baru ku. sony ericsson w508

Sambil aku menunggu muaz turun, yang ketika itu dia sedang dalam sesi pembelajaran, aku menunggu di depan pintu cc ini. Aku memerhati dengan berhati-hati. Supaya mamat arab ini tidak keluar dan lari dari aku. Kebetulan ada seorang pelajar Malaysia lalu di kawasan itu. Aku memanggilnya untuk berlakon bersembang denganku dan memberitahu niat sebenar aku ketika itu. Jadi kami bersembang supaya mamat arab ini tidak mensyaki sesuatu.

Setelah beberapa minit kemudian, akhirnya muaz muncul bersama kawan arabnya yang bermuka bengis dan mempunyai badan yang tegap. aku kira cukup untuk menumpaskan mamat arab pencuri ini. Mereka menghampiri ku. Aku menerangkan serba sedikit keadaan sebenar. Aku pun menunjukkan kepada mereka bahawa mamat arab yang dimaksudkan ketika itu berada didalam cc. Kawan muaz ini dengan beraninya memanggil mamat arab pencuri itu. Ketika ini riak ketakutan terpampang jelas diwajahnya. Takut gamaknya. Ah, padan muka. biarkan dia takut, selama ini dia menipu dan mencuri handphone ku tanpa ada sedikitpun rasa bersalah. Hari ini biarlah menjadi hari balasan untuknya.

Mamat arab tu pun segera disoal siasat oleh kami. Bila ditanya adakah dia yang mencuri handphone aku, dia tidak mengaku. Berkali-kali soalan yang sama ditujukan, tetapi jawapannya tetap sama. Apabila diminta bersumpah dengan nama Allah, dia bersumpah. Cukup tidak takut dia pada Allah. Berani menipu depan Allah. Aku hanya mampu beristighfar panjang dalam hati. Mamat arab ini memang jenis tak makan saman. Kalau nak menipu, apa-apa pun sanggup dilakukan. Orang arab kawan muaz ini menariknya ke belakang sedikit dan menyoal secara peribadi. Aku tahu kawan muaz ini mahu selesaikan cara mudah, tetapi jika terpaksa, cara kasar akan digunakan. Kami menunggu sambil memerhati dari tepi.

Muaz: “izzy, dia ni la yang nak tipu ana dua minggu lepas. Anta pasti ke dia ni curi handphone anta?”

Aku: “kompem sangat la dia pencuri. Dia nak tipu kita la tu. Tak mengapa, lama-lama dia mengaku la.”

Muaz: “payah juga kalau dia keras kepala macam ni. Kita tak cukup bukti dan saksi nak sabitkan dia sebagai pesalah, siapa lagi yang ada waktu handphone anta kena curi hari itu?”

Aku: “ha…nasib baik anta ingatkan ana. nasrul ada masa kejadian. Ana kontek dia sekejap.”

Aku terus mengambil handphone baru ku ini dan cepat-cepat menghubungi nasrul yang ketika itu sedang berada didalam kelas. Aku menerangkan kepadanya serba sedikit keadaan yang berlaku sekarang. Nasrul faham dan akan turun secepat mungkin. Aku mengucap syukur didalam hati.

Dalam masa sama, kami bertiga terus menerus menyoal siasat mamat arab ini. Nampak seperti sukar untuk menemui titik noktah. Arab ini pula dengan penipuan yang tiada sudahnya. Tiba-tiba nasrul datang kepada kami. Dia di minta oleh kami untuk mengecam muka mamat arab ni. Nasrul yakin dia lah pencuri itu. Alhamdulillah, sekarang sudah bertambah saksi kejadian. Setelah empat orang mengepungnya sambil mengugutnya untuk mengaku, dia tetap dengan jawapan yang sama. Aku tahu dia sedang menipu dan sedang berfikir bagaimana cara untuk melepaskan diri.

Setelah hampir 45 minit kami menyoal, dia tetap dengan jawapannya. Aku sudah mula bimbang, takut nanti dia akan terlepas lagi. mamat arab ni pula sudah mula Nampak tidak selesa. Dia meminta untuk turun ke kawasan yang lebih tersorok. Alasannya malu orang yang lalu lalang disitu memerhatinya. Aku pada mulanya hairan dengan permintaannya. Bimbang dia sekali lagi menggunakan helah untuk melepaskan diri. Tetapi kawan-kawan ku yang lain termasuk arab kawan muaz ini bersetuju. Aku tidak mampu untuk membantah.

Mamat arab ini di bawa kami ke satu lorong menuruni tangga untuk ke kawasan lain. Tangga itu sempit dan hanya tiga orang yang boleh berjalan seiring dalam satu masa. Dia berjalan ditengah-tengah manakala tangan kanannya dipegang oleh arab kawan muaz dan tangan kirinya dipegang oleh muaz sendiri. Aku dan nasrul berjalan mengiringi mereka dari belakang. Selangkah demi selangkah kami menuruni tangga itu. Semakin hampir dengan kawasan lapang, aku mula rasa tidak sedap hati. Seakan-akan perkara yang tidak diingini bakal berlaku.

Sedang kami sedikit leka, tiba-tiba mamat arab itu Berjaya melepaskan diri dari kami. Dia berlari laju menuju kearah jalan raya berhampiran, dari situ kami sedikit terpaku. Betul-betul mengejut. Secara serta merta kami berempat berlari mengejarnya sepenuh hati. Cukup kuat kudrat mamat arab itu. Sehingga kami seperti tidak mampu lagi mengejarnya. Semakin lama semakin jauh dari kami.

Adakah kami mampu mengejar dan menangkapnya?

Nantikan sambungannya…

 

Comments
8 Responses to “Berkenalan dengan pencuri (episod 4)”
  1. hana ahmad says:

    nak tunggu sambungan dulu ke ni? hehe

  2. Hadijah says:

    mesti baca ni sambungannya..
    licik betul mamat arab tu, nak tau jgak apa kesudahannya..
    geram pun ada..

  3. aqeyls says:

    tunggu2.. smangat nak bacer neyh^^

    betoi ke tak mat arab tuh yg mencurik. kemain takmo ngaku. letak letrik baru taw.,

  4. misza says:

    1st time lepak sini. bc ni 1-4. nnt dtg lg.
    baru ni dgr citer stdent syria. sblm ni Al Azhar & Jordan jer.
    tp Arab dia lebih kurang je kan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: