Pelajar yang sangat bijak

gambar sekadar hiasan

Pada suatu pagi, sekolah tengku arsyad mengadakan perhimpunan umum bagi mengumumkan sebuah peraturan baru. Iaitu bagi sesiapa pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah, hendaklah memberitahu ibubapa seterusnya ibubapa sendiri perlu memaklumkan kepada pihak sekolah secepat mungkin.

Hakim yang mendengar pengumuman itu serta merta mendapat suatu idea yang bernas untuk ponteng kelas pada esok hari. Dia dan kawannya telah merancang untuk ke Bandar untuk bermain bowling dan berjalan-jalan.

***

Pada keesokan hari, hakim berlakon demam pada ibubapanya. Jadi ibubapanya pun percaya dan menyuruh hakim berehat sahaja di rumah. Setelah ibubapa hakim pergi ke tempat kerja, bermulalah rancangan hakim.

Hakim segera mendapatkan telefon rumahnya dan menghubungi pejabat sekolahnya. Seorang kerani menjawab panggilan. Hakim membesarkan suara untuk menyamar sebagai ayahnya.

Hakim: “assalamualaikum, ini pejabat sekolah tengku arsyad ke?”

Kerani: “ya, saya kerani di sini, ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

Hakim: “saya ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa hakim dari kelas 1 chempaka tidak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana demam”

Kerani: “ok, saya akan maklumkan kepada guru kelasnya secepat mungkin. Ada apa-apa pesan lagi?”

Hakim: “tak ada”

Kerani: “emm..ok. Maaf bertanya, siapa yang sedang bercakap ni?”

Hakim: “bapak saya”

Comments
17 Responses to “Pelajar yang sangat bijak”
  1. dhia says:

    Hahaha..Hakim x cukup bijak..kantoi,,

  2. IeDa says:

    hmmm.. pelajar ni mmg bijak..

    btw, blog ni ok.. ringkas dan padat…🙂

  3. Hadijah says:

    hahaha..dia xpandai tipu la..
    mcm ne le dia leh ckp bapa dia..
    teruskn menulis..kalau dh dtg semangat tu maknanya dh serasi la tu..

  4. kantoi ditengah jalan.. hahaaa

  5. xcyber says:

    haha.. kantoi jugak dia..

  6. eika says:

    hahaha. kelakar jepp.
    gelak guling guling😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: