Berkenalan dengan pencuri (episod 5 ~ akhir)

***

Meskipun hampir mustahil untuk mengejarnya, namun kami tidak berputus asa. Pantang menyerah kalah sebelum lawan. Mamat arab itu terus menjauh dari kami. Tetapi nasrul yang sedari tadi berlari perlahan, mula membuka langkah besar. Mujur kaki nasrul panjang. Dia mengerah semua kudratnya. Aku yang membawa beg sendeng yang terisi dengan buku pelajaran, hanya mampu berlari anak. Melihat aksi kejar mengejar yang semakin menghilang dari pandanganku. Tiada apa yang mampu aku lakukan ketika itu kecuali beristighfar panjang dan berdoa semoga mamat arab itu tertangkap. Meskipun semuanya sudah hampir mustahil. Tetapi di sudut kecil hatiku tetap terdetik, tiada apa yang mustahil di dunia ini jika Allah mengkehendakinya.

***

Beberapa detik kemudian, aku mendengar sedikit kekecohan berlaku di simpang jalan. Kelihatan dari jauh seperti susuk nasrul sedang bertelagah dengan sekumpulan kecil orang-orang arab. Aku melajukan langkah ke arah itu. aku Terkejut bercampur gembira ketika itu. Tidak disangka. Nasrul sedang memegang erat kedua-dua belah tangan mamat arab itu sambil dikelilingi beberapa orang arab yang melihat kejadian. Muaz dan kawannya juga sudah ada di situ. Alhamdulillah. Ketika ini aku tidak tahu bagaimana lagi aku ingin mengucapkan syukurku kepada-NYA. Teramat bersyukur.

Namun demikian, perkara ini masih belum selesai. Apabila kami meminta handphone ku yang dicurinya itu, katanya sudah dijual di suq harami(pasar gelap). Ah, aku dah agak. Dia pasti mahukan duit, bukan handphone ku. Meskipun hasil jualannya tidak seberapa kerana usia handphone ku yang hampir mencecah 3 tahun. Apabila kami meminta duit sebagai ganti rugi, katanya waktu itu dia tiada duit. Memang betul dia tidak membawa duit. Kami menyeluk semua poket baju dan seluarnya, yang ada hanyalah handphone nokia murah. Memang licik betul mamat arab ni.

Arab kawan kepada muaz ini mencadangkan supaya mamat arab pencuri ini dibawa menghadap mudir(pengetua) kuliah mujamma’ abu nur. Memandangkan hari semakin gelap, ditambah pula karenah arab di sekeliling yang memerhati kami sejak tadi.

***

Mamat arab ini di bawa ke dalam bangunan mujamma’ abu nur. Kali ini kami memegangnya lebih erat dari tadi. Dia dibawa ke dalam pejabat mudir. Diletakkan sementara di situ sambil menunggu mudir datang. Ketika itu mudir sedang ada urusan. Kerani memanggil mudir untuk segera menyelesaikan kes ini.

inilah muaz hasan. hensem kan. (maaf muaz, amik gmbr ni tnp kbenaran.hihi)

Akhirnya mudir datang dan kami menceritakan hal yang sebenar. Mudir ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan ketua polis Syria. Jadi tidak salah rasanya kami meminta bantuannya. Mudir memulakan bicaranya dengan mamat arab pencuri itu.

**semua perbualan ini di dalam bahasa arab ‘ammi(bahasa pasar)..tetapi telah siap ditukar ke dalam bahasa melayu moden**

Mudir: “kamu curi handphone dia ya?” bernada tenang sambil jari telunjuknya mengarah ke arah aku.

Pencuri: “hmmm….ya, saya yang curi” jawapannya mendatar.

Mudir: “kenapa kamu curi handphone dia? kamu tahu tak dia tu pelajar abu nur. saya mudirnya. Saya bertanggungjawab ke atas keselamatan dia”. suaranya sedikit meninggi. Mamat arab itu sekadar terdiam. Lidahnya kelu dari berkata apa-apa. Sambil mukanya tertunduk menghadap lantai pejabat.

ini pula nasrul islam. hensem jugak kan.

Mudir menyambung, “sekarang ni, saya nak kamu telefon mak ayah kamu sekarang, saya nak cakap sesuatu dengan diorang” suara mudir semakin tegas. Mamat arab ni sekadar mengangguk tanpa berkata apa-apa.

“kenapa kamu diam lagi?,cepat ambil telefon saya di atas meja itu dan telefon diorang. Kalau kamu tidak mahu cakap dengan diorang, biar saya yang cakap. Bagi nombor telefon rumah kamu cepat!” mudir meneruskan ketegasannya. Kami hanya terpaku melihat perbualan mereka. Kemudian mudir bertanya kepadaku. “berapa harga handphone kamu yang dia curi tu?” mudir melembutkan suaranya. “masa beli dua tahun lepas, harganya L.S 10000(RM 750), sekarang mungkin dah semakin murah” aku menjawab mendatar. “ok” jawab mudir pendek.

Kemudian mudir menghubungi mak ayah mamat arab itu setelah diberikan nombor telefon rumahnya. Setelah mudir menceritakan segalanya kepada mak ayah mamat arab ni, barulah mukanya berubah merah. Seperti menahan malu. Aku kurang faham apa yang diperbualkan oleh mudir dan mak ayah mamat arab ini, kerana bahasa arab yang digunakan terlalu pasar dan laju. Tetapi aku dapat menangkap satu ayat yang aku kira betul-betul menyentap hati mamat arab ini.

Kata mudir kepada mak ayah mamat arab itu : “kalau kamu tidak datang sekarang bawa bersama duit L.S 10000, saya akan bawa dia ke balai polis, disitu hukuman yang akan dikenakan lebih berat. mungkin akan dipenjarakan. saya ada hubungan rapat dengan ketua polis. Kamu jangan main-main dengan saya”

L.S 1000 x 10 = L.S 10000 (RM750)

Aku Tersenyum puas didalam hati menandakan kemenangan semakin hampir memihak kepadaku. Kemudian mamat arab itu pula menghubungi mak ayahnya sambil diperhatikan mudir. Menangis teresak-esak sambil memujuk supaya mak ayahnya datang dengan segera. Tidak sanggup lagi dia menunggu di situ seperti didalam kandang pesalah di dalam mahkamah gamaknya. Ketika ini, kami bergilir-gilir menunaikan solat maghrib. Dua orang solat, dua lagi menunggu di pejabat.

***

Setelah hampir 30 minit kami menunggu, akhirnya abang kepada mamat arab ni datang. Mak ayahnya tidak bersama kerana ada perkara lain yang ingin di uruskan. Abangnya terus mengeluarkan duit sejumlah L.S 10000 dari dompetnya. Diserahkan kepada mudir. Setelah dikira berulang kali, mudir menyerahkan duit itu kepadaku. Tiada apa lagi yang dapat aku lakukan Ketika itu kecuali mengucap syukur berulang kali. Setelah mamat arab itu mengisi beberapa surat perjanjian dan menandatanganinya, dia pun meminta diri untuk beredar dari situ. Sebelum keluar dari pejabat, dia sempat meminta maaf dan berjabat tangan dengan kami. kami pun memaafkan. Sedangkan nabi memaafkan umatnya. Betul tak?hihi..

***

Begitulah berakhirnya salah sebuah episod suka duka aku di Syria ini. Banyak yang boleh mengajar aku tentang kehidupan. Kesimpulannya korang sendiri boleh tentukan. Aku tahu semua pembaca pandai menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Apa-apa pun, berjuta terima kasih aku ucapkan kepada semua pembaca. Nantikan kisah suka duka aku di lain waktu. Akhir kalam, aku ingin bawakan satu peribahasa melayu:

“sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.

Assalamualaikum..

 

Comments
22 Responses to “Berkenalan dengan pencuri (episod 5 ~ akhir)”
  1. dhia says:

    Alhamdulillah..dpt gak tgkap pencuri itu..wow..hensem la Muaz n Nasrul..hehehe..

  2. Hawa 'iffah says:

    Best,menarik.susunan bhsa yg teratur..tahniah,izzy

  3. Hadijah says:

    Syukur..Alhamdulillah..semuanya Allah yang rencanakan..
    Nak menguji tahap kesabaran hambaNya..
    Allah sygkan hambaNya dengan mengujinya seperti mana Allah menguji Nabi trdahulu..
    Tapi, Dia Maha Mendengar, apabila hambaNya sentiasa meminta pertolonganNya..
    insaf2..

  4. misza says:

    hero selalu kalah dulu, akhir baru menang.

  5. Hadijah says:

    Syukur Alhamdulillah..
    insaf2 bila baca kisah ni..
    Dia Maha Merencana.Dia juga Maha Memberi & Mengasihani..
    jika hambaNya sentiasa yakin akan ujian yg diberikan olehNya..
    adalah satu tanda yg Allah mahu menguji iman hambaNya..

  6. dhia says:

    hehe..amboi Izzy..dan2 je back-up Nas n Muaz..awat xde gmbar Izzy??

  7. anamizu says:

    sipbek dapat tgkap pencuri tu..
    aahla hensem..tapi dah t availanle ek? huhu

    recent post : |maksud tersirat pelekat P|

  8. hawa 'iffah says:

    welcome…ni mmg pengalaman izzy ka??susunan cerita 2 menarik…ieha xreti nk bt mcm ni…^_^

  9. ira_ishiko says:

    wahh.. blogger dr syria kah??
    terima kasih sbb singgah~

  10. Salam ziarah. Seronok lak bca kisah ni.🙂

  11. bella says:

    like this . hee !🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: