Mengembara ke halab

***

21 januari 2008 – halab, syria

Alhamdulillah kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki di salah satu tempat yang menarik di Syria. Tempat ini adalah bandar kedua terpenting di Syria selepas damsyik. Tempat ini boleh dikatakan lebih menarik dan tersusun jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain di Syria kerana kebersihan bandarnya dan bangunan-bangunan yang tersusun. Ini ialah kali pertama aku menjejakkan kaki disini. Ketika itu aku menjelajah bersama lapan orang teman termasuk enam orang yang sedang menuntut di irbid, Jordan.

Kami memilih menggunakan perkhidmatan keretapi untuk ke destinasi dan menolak untuk menggunakan bas. Mungkin disebabkan kos yang lebih murah dan ingin mencuba merasai pengalaman pertama kali menaiki keretapi di Syria ini. Kami mengambil masa Lebih kurang 7 jam untuk sampai ke sana dengan selamat. Kami mengambil kata pepatah : “biar lambat, asal selamat”.

stesen keretapi yang tak cantik (1)

stesen keretapi yang tak cantik (2)

Kami bertolak dari stesen keretapi di damsyik pada pukul 12.30 malam dan sampai disana pada pukul 7.00 pagi. Setelah sampai, kami terus menjamah sarapan pagi sebagai mengalas perut dan kemudian kami berjalan menyusuri Bandar halab yang cantik. dikatakan telah wujud tamadun di Bandar ini sejak 3000 SM lagi. Dan suatu ketika dahulu Bandar ini pernah menjadi antara Bandar yang terpenting kerana aspek kedudukan geografinya yang strategik. Kami singgah sebentar di sebuah taman rekreasi di Bandar itu. Kebetulan ketika itu, musim sejuk. Jadi sejuknya waktu itu hanya Allah yang tahu. Sehingga permukaan air kolam di taman itu pun boleh menjadi ais.

kolam yang telah menjadi ais

cover macho untuk bergambar

Setelah kami puas bergambar di taman yang tak berapa cantik itu, kami bergerak pula menuju sebuah tempat yang lebih menarik. Iaitu kota halab yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri. Mengikut kata-kata orang, kota ini telah diiktiraf sebagai kota paling lama dan terbesar yang pernah dibina didunia yang masih bertahan sehingga saat ini. Kota ini mempunyai menara-menara yang cantik dan memiliki ketinggian sehingga 40 meter. Disekitarnya pula dikelilingi oleh parit besar sebagai salah satu strategi menghalang musuh dari menyerang kota tersebut.

kota halab

pintu gerbang kota halab

pandangan sisi kota halab

dalam kota halab

Dari atas menara kota tersebut, kami dapat memerhatikan sebahagian suasana Bandar halab yang cantik dan tersusun. Kami menghabiskan masa hampir 3 jam untuk mengelilingi keseluruhan kota ini sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Kemudian kami keluar dari kota ini untuk menuju ke sebuah lagi tempat bersejarah.

suasana bandar halab yang dapat dilihat dari atas menara kota halab

Tempat yang bersejarah itu ialah masjid umawi. Masjid ini dinamakan bersempena pembinaannya sewaktu pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik ketika khilafah umawiyah. Anda jangan pula terkeliru, masjid ini tidak sama dengan masjid umawi di damsyik. Mungkin kebetulan namanya sahaja sama. Jadi di masjid ini, terdapat makam nabi Zakaria a.s. Tentang kesohihannya, tidak dapat dipastikan. Apa-apa pun, makam ini tetap menjadi tempat sejarah kepada umat islam untuk mengingati kisah nabi dan pejuang islam.

Setelah selesai menunaikan solat jamak zohor dan asar disini, kami menyelusuri semula Bandar halab dan singgah semula ke taman rekreasi tadi. Kami mencari Sesuatu untuk diisi ke dalam perut kami ini. Maklumlah, musim sejuk begini, perut mestilah diisi selalu. Sementara menunggu ketibaan keretapi untuk ke damsyik semula. Setelah hari hampir gelap, kami pun menaiki keretapi untuk ke damsyik. Setelah 7 jam perjalanan, kami pun tiba di damsyik dengan selamat.

Sedikit info tambahan tentang halab:

1-      Di Bandar halab, terdapat sebuah muzium yang menempatkan kesan-kesan sejarah tamadun awal manusia yang masih kekal sehingga hari ini.

2-      Kota halab pada mulanya telah dibina sebagai tempat ibadah yang telah diubah fungsinya pada tahun 312 SM oleh Salukis Nikator kepada sistem pertahanan dalam peperangan. Setelah itu, kota ini dapat ditawan oleh tentera muslimin yang telah diperbaharui binaannya beberapa kali.

3-      Pintu kota diperbuat daripada besi dan dikelilingi oleh parit yang dalam sebagai langkah pertahanan.

4-      Kota halab dikatakan sebagai sebuah kota tertua dan terbesar pernah dibina yang masih kekal sehingga hari ini.

Comments
34 Responses to “Mengembara ke halab”
  1. Cik Rabbit says:

    T_T sangat jeles dapat melancong sambil belajar (!)

    * best kan😉

  2. su manje says:

    jemput singgah blog su manje

  3. farah says:

    bestnya kota halab…farah suke tempat2 yg banggunan dia cam tu..;)

  4. mJ says:

    wah ! tak payah terbang ke syria , tgk perjalanan cerita pon merasa mcm ada kat sana! hehe.. i wish i’m there. eh..eh.. tak cantik lagi cam tu ? cantik ok!

  5. dina darwina says:

    indahnya seni bina Islam..rasa nk smbg study kat sane jerw n_n

  6. diary says:

    waaaw
    nice pict
    macam nak datang sini juga la

  7. eika says:

    woahh ! bestnye. jelous jelous. ngaaa~

  8. tiefazatie says:

    wah bese nya!leh jalan2..hihi

  9. aLya says:

    seronoknya dapat lawat tempat2 orang🙂

  10. eika says:

    okay ta jelous. cemburu je. nak pergi jugakk. wee~😀

  11. eika says:

    guna duit sendri? oh, bukan awk yg sponsor ehh?
    haha. baru nak excited😀

  12. nadia says:

    bestnye dapt tgk negra orang🙂

  13. bestnya tempat nih..nk pegi juga ^_~

  14. Hadijah says:

    Subhanallah….mmg cantik..
    bersyukur ye dapat menjejakkan kaki ke tempat yg penuh dgn kisah sejarah ketamadunan Islam..
    malah..dijadikan kubu pertahanan di dlm peperangan..

  15. azwa says:

    salam..terima kasih krn menunjukkan tempat sejarah islam..
    walaupun tak pernah sampai ke sana…tapi dpt juga melihat keindahan ciptaan Allah…
    ^_~

  16. Hawa 'iffah says:

    Cntik! Lawa! Jeles!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: