Si tua dan seliparnya

***

gambar hiasan

Di sebuah kampung yang jauh dari bandar, ada seorang tua yang sangat kuat beribadat. Dia dikenali dikalangan penduduk kampung dengan sifatnya yang mudah memaafkan orang dan seorang yang redha dengan takdir.

Seperti kebiasaan, orang tua tersebut bersama penduduk kampung yang lain menuju ke surau untuk menunaikan solat asar bersama. Mereka menyusun selipar di tempatnya dan terus masuk untuk mengerjakan solat berjemaah. Selepas beberapa minit, selesailah penduduk kampung menunaikan solat berjemaah dan berwirid. Kemudian keluarlah mereka seorang demi seorang dari surau tersebut untuk pulang ke rumah. Tetapi orang tua itu tetap dengan zikir dan doanya.

Setelah beberapa minit kemudian, orang tua itu pun keluar dari surau untuk pulang ke rumahnya. Perlahan-lahan orang tua itu berjalan menggunakan tongkatnya. Sampai sahaja di luar surau, orang tua itu tercari-cari sesuatu. Seperti ada yang hilang. Orang tua itu terus menerus berpusing-pusing mengelilingi surau tersebut sambil menggaru-garu kepalanya. “mana aku letak ni? Pelik, tadi ada disini.”

Tiba-tiba seorang penduduk kampung hairan melihat karenah orang tua itu yang seakan-akan mencari sesuatu. Dia pun bertanya kepada orang tua tersebut.

Orang kampung: “assalamualaikum pakcik, cari apa tu? Tertunduk-tunduk, tergaru-garu kepala tu. Apa yang hilang?”

Orang tua: “waalaikumussalam..haa..pakcik sebenarnya cari selipar pakcik, kamu ada Nampak tak?”

Orang kampung: “laa..cari selipar rupanya, tu la pakcik, saya dah pesan dulu, kalau lepas habis solat, terus balik rumah. Kat kampung kita ni dah kecoh masalah kecurian selipar, lebih-lebih lagi kalau selipar berjenama”

Orang tua: “owh..dah hilang la selipar aku…” dia seolah-olah memikirkan sesuatu. Tiba-tiba orang tua itu tersenyum puas. Mukanya tiba-tiba bertukar ceria.

Orang kampung itu hairan melihat gelagat orang tua itu. Fikirnya orang tua ini sudah gila, sepatutnya sedih kalau seliparnya hilang, bukan gembira seperti ini.

Orang kampung: “er..pakcik ok ke? Kenapa lepas tahu selipar pakcik hilang tiba-tiba suka pula? Sepatutnya sedih”

Sambil tersenyum, pakcik itu menjawab: “Alhamdulillah selipar aku hilang, kalau aku pakai selipar aku tadi, entah-entah dengan aku-aku pun hilang sekali”

Orang kampung itu berbisik dalam hati “sah pakcik ni dah gila”

 

Comments
16 Responses to “Si tua dan seliparnya”
  1. nUmara says:

    eee… pakcik tu optimis.. bersikap positif la.. xbaek ckp pakcik tu gila.. :p

  2. mia liana says:

    terkeliru juga… selipar je yang hilang… kesian pakcik ni..

  3. ummiarissa says:

    ingat kan pakcik tu……senyum…senyum..nanti semua orang berjangkit..

  4. dina darwina says:

    hahahahahha..pak cik pakcik..pkai kasut jerw lh..x yah pkai pkai selipar..hehehe

  5. mJ says:

    Wah… pakcik ni, sungguh paranoid. erk..yelah kot..hehe

  6. iema says:

    slumber pkcik ni buat lawak…

  7. Hadijah says:

    Mgkin pak cik tu ckp mcm tu sbb cara dia fikir mengikut cara orang tua berfikir..
    Maklumlah, bila kita makin berusia..kita mesti smakin takut sama ada diri kita ni selamat atau tak..
    Tambahan2 kalau xde yg melindungi..
    hehe..lari topik ni..(ni mksd tersirat..)

  8. Hawa 'iffah says:

    Pasni sy nk pkir mcm ni gk la.hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: