Aku ditinggal ayah

gambar hiasan

1994 – asrama Sekolah Rendah Ibnu Khaldun – jumaat

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Iaitu hari cuti hujung minggu bagi pelajar asrama. Sabtu dan ahad. Petang jumaat itu warga asrama sedang sibuk mengemas tilam dan menyusun pakaian serta barang  keperluan ke dalam beg pakaian untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing. Tetapi bukan semua warga asrama akan pulang bercuti bersama keluarga pada minggu itu. Kerana ada pelajar yang tinggal di luar negeri Selangor. Antaranya perak, Kedah dan johor. Tetapi aku dan abangku tinggal di Selangor.

kami juga tidak terlepas dari perasaan seronok mahu pulang ke rumah untuk bertemu dengan keluarga tercinta. Kami bersiap ala kadar kerana hampir setiap minggu kami berhujung minggu di rumah. Lagipun ayah baru sahaja menelefon kami semalam bahawa ayah akan datang menjemput kami selepas maghrib hari ini. Jadi kami tidak terlalu tergopoh gapah mengemas pakaian kami. lepas maghrib nanti pasti masih sempat mengemas.

Jadi sementara menunggu ayah datang, aku sempat melihat karenah rakan-rakan aku yang akan pulang ke rumah masing-masing. Ada yang terlalu teruja apabila melihat kemunculan kereta ayahnya. Ada juga yang tersangat bersorak gembira berjumpa dengan keluarganya. Ada juga yang kecoh dan sengaja menguatkan suaranya memberitahu rakan lain bahawa ayahnya sudah datang. Dan tidak kurang juga yang bersedih. Biasalah, kalau ada gembira, pasti akan ada yang sedih. Sudah pastilah mereka yang tidak dapat pulang pada minggu itu kerana jarak rumahnya yang terlalu jauh dari asrama. Kebiasaannya, mereka ini akan pulang sekali dalam setiap dua minggu. Tetapi ada juga yang hanya pulang sekali dalam 1 bulan. Sudah lumrah hidup di asrama sebegini rupa.

Setelah hampir maghrib, keadaan asrama mula berubah sunyi. Kerana yang tinggal ketika itu hanya beberapa orang sahaja termasuk aku dan abang aku. Meskipun keadaan sunyi, tetapi hatiku tetap ceria kerana yakin ayah pasti akan datang menjemputku tidak lama lagi. Aku melihat jam di dinding, sudah mencecah 7 malam. Maghrib akan tiba bila-bila masa. Aku tetap setia menunggu.

Setelah 30 minit waktu maghrib berlalu, ayah masih belum kunjung tiba. Tapi aku tetap yakin ayah akan datang. Aku husnuzon(bersangka baik). Mungkin ayah sibuk ketika ini. Ada hal yang tidak dapat dielakkan. Ataupun jalan sesak. Maklumlah malam sabtu. Aku tetap menunggu. “ayah pasti datang” aku berbisik sambil tersenyum seorang diri.

Setelah selesai solat isyak, aku melihat jam dinding. Sudah pukul 9.00 malam. “ayah dah nak sampai kot” aku berbisik lagi. Kelihatan abangku mula resah. Tidak senang duduk. Jalan tidak kena, duduk pun tidak kena. Kami pun terus menunggu kedatangan ayah. Janjinya untuk menjemput kami hari ini pasti tidak akan dimungkiri. Kerana sebelum ini ayah pasti datang tepat pada waktunya.

Aku melihat jam dinding. Jarum pendek menunjukkan tepat pada angka 11. “nampaknya sudah pukul 11 malam. Ayah pasti akan datang” aku tetap berbaik sangka. Tiba-tiba abangku datang kepadaku dan meminta izin untuk tidur terlebih dahulu. Aku tahu dia sudah penat menunggu ayah. Pesannya supaya mengejutnya apabila ayah datang nanti. Aku pun mengangguk tanda setuju.

Setelah waktu telah mencecah pukul 12 malam, Aku pula mengantuk. Tetapi aku cuba bertahan menunggu ayah. Walau apa pun terjadi, aku yakin ayah pasti datang. Ayah mungkin terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga terpaksa keluar lewat dari tempat kerjanya. aku meletakkan kepalaku di atas bantal. Merenung lelangit asrama. Kosong dan kelam. Kerana lampu telah pun dipadam sebentar tadi. Aku melayan anganku. Berimaginasi. Otakku terbang jauh keluar dari asrama. Melayang meninggalkan jasadku. Berfikir sesuatu. Mataku tertutup perlahan-lahan. Otakku sudah mula hilang fungsinya. Aku pun terus hanyut dalam dunia tidurku tanpa dipaksa.

***

Sedang lena aku melayan tidur, tiba-tiba muncul satu lembaga mengejutku. “izzy! bangun la..cepat sikit kemas barang, tak banyak masa ni..” suara itu menyuruh supaya aku segera mengemas pakaianku. Aku tidak tahu siapa gerangan yang mengejutku itu. Aku tidak Nampak siapa orang itu kerana suasana gelap. Aku masih mamai. Aku masih berada di alam separuh sedar. Otakku masih belum boleh berfungsi sepenuhnya. Begitu juga pancainderaku yang lain. “izzy! Cepat kemas barang!”. Kali ini suaranya lebih keras dari tadi. Aku masih mamai-mamai.  Aku mengomel dalam hati: “Kenapa orang ini menyuruhku mengemas pagi-pagi buta ni? Kacau orang tidur je la dia ni. Ah, mungkin semua ini mimpi. Lebih baik aku tidur. Mengantuk sangat ni”. Aku pun terus meletakkan kepalaku semula di atas bantal. selimut ditarik hingga ke atas dadaku. “bangun la izzy, kalau malas macamni, ayah balik la. Assalamualaikum”. Suara itu sekali lagi mengugutku. Tapi aku terdengar perkataan ‘ayah’. “ Ayah? Ah,tak mungkin rasanya. Mungkin hanya mimpi.” Aku pun terus melayan tidurku.

***

Keesokan paginya, aku terjaga dari tidur. Waktu itu matahari hampir terbit. Malas-malas aku turun dari katilku untuk ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh ‘gajah’. Mataku belum boleh terbuka sepenuhnya. “pok”. Kakiku terlanggar sesuatu. Aku sedikit tersentak. Perlahan-lahan aku melihat apa yang dilanggar aku itu. “Beg pakaian? Kenapa ada disini? Almari aku terbuka? Aik?” Aku terfikir sejenak apa yang sebenarnya sedang berlaku ni. Rasanya semalam beg pakaian ini aku letakkan di dalam almari. Aku meligatkan fikiran aku. Siapa yang keluarkan beg ni? Tak mungkin ayah….ah?! ayah! Baru aku teringat ayah datang semalam kejut aku. Ayah suruh kemas pakaian dan masukkan dalam beg! Tidak! Ayah dah balik? Hu…ayah dah balik. Huhu..

Terduduk aku di hujung katil. Air mataku menitis tanpa dipinta. Semalam ayah datang untuk menjemputku pulang ke rumah, tapi ayah sudah pulang sendirian kerana aku kurang sedar. aku terleka dengan lenaku. Aku ingatkan hanya mimpi. Ayah! Ayah! Aku terus menitiskan air mataku. Tidak tertanggung lagi kesedihan ini. Abangku tiba-tiba terkejut mendengar tangisanku. Aku menjelaskan semuanya. Aku disalahkan. Huhu. Memang salahku. Aku mengaku.

Pagi itu kesedihan menyelubungiku. Air mata terus menjadi peneman sepanjang hari itu. kesedihan ini hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Aku berbisik dalam hati: “ayah, lain kali aku tidak akan ulang lagi perangai ni. Aku janji. Huhu”. Aku terus menangis tanpa menghiraukan pujukan abang. “waaaaaaaaaaaa!!!!” aku menjerit sekuat-kuatnya dalam hati.

# Pesanan kepada pembaca : korang jangan gelak kat aku pulak. Masa tu aku menangis sebab aku masih kecik dan pertama kali kena tinggal dengan penuh tragis. Mestilah sedih gila. Kalau korang kena macam aku, korang pun akan nangis. Betul tak? Betul la tu. Jangan tak mengaku pulak..hihi..

Comments
35 Responses to “Aku ditinggal ayah”
  1. seimura says:

    alalalalaa.. comelnya kisah ko ni. hahahahah.

    tapi susunan ayat sebiji cam cerpen dan novel. saspen je.

  2. seimura says:

    tak pernah dengar. sebab tu tanya.
    hmmmm…

  3. mJ says:

    nak cakap boleh ?

    padan muka ! hehehe…. mJ dulu selalu je arwah abah tinggal… sampai satu saat arwah abah meninggal, macam tak ada perasa.. Cuma lama – lama , aduh . . Demam seminggu . . rindu !

  4. Fuziani JSR says:

    Mula2 nak senyum2 juga membacanya tapi bila terkenang kisah2 zaman anak2 dulu…. sedih pula….

  5. mamaazfal says:

    hahaha! klakanya boleh plak ayah tinggalkan izzy.lenkali jgn wat tak tau kat ayah..kan dah kena tinggal…sape nangis???izzy jugak…kahkahakh! sori gelak..tapi nak gelak jugek…

  6. iema says:

    manja sgt time kecik2 dlu…
    aku cool xde ngs2 ni,haha

  7. Hadijah says:

    la..mcm tu ke kisahnya? xpe la..dulu mmg pahit, tapi bile kenang skrg zmn dulu2 tu mmg manis..kenangan mengusik jiwa..

  8. hahahaha..lawak la..igtkn kisah seram ker apa td..hahaha..
    buleh plk nangis pg2 tue..hahaha..
    sori yer..

  9. fikriyyah says:

    ni cite tme ko kat asrama mana weyh?? cian pkcik sabki kejot ko tak bangun~haha..pdn muke kne tinggal~huhu~

  10. Hawa 'iffah says:

    Sblm ieha bca cita ni,ieha tgh sdih.tp ieha trgerak utk bkak blog izzy.ieha ingt lg,izzy ckp,izzy nk bt 1 blog yg blh btkn org ketawa.n cita ni btkn ieha trgelak sgt2.mst comey wkt izzy ngis 2,kan?huhuhu.

  11. Hawa 'iffah says:

    Lawak tau x.dok byang muka izzy wkt 2..hihihì

  12. mariam says:

    stuju dgn first commnter.suspen je bce. btw, cter y sronok.

  13. buuwa says:

    Salam
    hek3… cra penyampaian yg best.. jadik cam cerpen.. hehehhe..

  14. efa says:

    ops..maaplah ye…mmg kelakar!hahaha…
    tp yelah, ms kecik2 mmg la akan rasa sedey n nangis tahap gaban…
    faham..faham..tp ok letew dari kecik da berdikari..dok asrama…
    kagum dgn cara ayah awak yang meninggalkan awak..perghhh *garang betul*😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: