Kaki pelacur

Di sebuah pekan di pahang, ada seorang lelaki yang bernama mat atau lebih dikenali dikalangan rakan-rakannya sebagai mat pelacur. Dia dikenali sebegitu kerana dia ialah seorang yang suka melanggan pelacur di mana-mana sahaja dia pergi. pantang meronda ke Bandar KL atau Bandar-bandar selainnya, pasti dia akan melanggan pelacur. Pelacur yang dilanggan pula tidak mengira taraf. Ada yang murah, ada yang mahal. Mengikut pada moodnya ketika itu. Pendek kata, hampir setiap minggu dia pasti melanggan pelacur.

***

Tetapi sejak kebelakangan ini, dia sudah mula merasa bosan dengan pelacur dan memasang tekad untuk menikah dengan seorang perempuan yang dia rasakan baik dan solehah. Dia berazam untuk mendirikan rumah tangga yang harmoni dan aman. Hidup tenang bersama isteri dan anak-anaknya. Jadi tanpa membuang masa, dia terus melangsungkan perkahwinannya dengan segera. Tetapi selepas berlalunya malam pertama, dia ingin bertemu dengan rakannya abu di sebuah gerai pada malam itu juga. Katanya dia ingin menceritakan masalah perkahwinannya kepada rakannya ini.

***

Melihat kepada muka mat yang muram, Abu memulakan bicara: “mat, apa kena dengan kau ni? Ada masalah apa lagi?”

Mat: “huh…susahlah mat, aku tersilap waktu malam pertama aku ni”

Abu: “tersilap? kau buat silap apa? Tak kan silap sikit pun jadi masalah besar kot. Cuba cerita kat aku mat”

Sambil menggaru-garu kepala, Mat berkata: “aku rasa menyesal la pulak banyak melacur sebelum ni. Baru hari ni aku sedar. kau nak tau apa yang aku silap?”

Abu: “mestilah, apa kau buat?”

Mat menarik nafas dalam dan meneruskan bicara: “firstly kau faham la kan yang aku ni biasa melacur sebelum ni, jadi lepas malam pertama dengan bini aku tadi, aku terhulur duit kat dia. Macam yang aku biasa buat lepas aku melanggan pelacur la. Dah dapat servis, aku terus bayar la kan”

Abu: “ha? Adusss..macam mana kau boleh terhulur kat dia duit pulak? Kau pun satu, tak berhati-hati. Habislah kau. Mesti bini kau marah kau kan.” Abu meneka.

Mat: “kalau dia marah aku tak kisah, ni lagi teruk”

Abu: “kenapa? Bini kau mintak cerai?”

Mat: “tak la, lepas aku terhulur duit kat dia, tiba-tiba dia ambil duit tu dari tangan aku dan dia berkata: “terima kasih ya bang, lain kali datang la lagi.” Mat mati kata-kata.

Abu: “hahahaha. Nasib kau la mat, kaki pelacur berjodoh dengan pelacur la”

***

# pengajaran: beringatlah sebelum terlambat. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 26: “perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik..” malas cakap banyak. lu fikir la sendiri.

gambar hiasan. sumber: deviantart.net

Comments
33 Responses to “Kaki pelacur”
  1. sarah says:

    berdebar baca tajuk..
    rupanya cerita kelakar..
    nice entry..thank you for sharing (^_^)

  2. atie says:

    entry menarik..🙂

  3. mimie says:

    citer lawak yg penuh pengajaran..
    n mmg lelaki baik untuk perempuan baik..

  4. Hadijah says:

    Alhamdulillah..mesej yg sgt berguna akak dpt dr cerita ni..
    Terasa kerdil..ntah berada di golongan yg mana..;(
    Apapun, akak msh berusaha…terima kasih atas kisah ni ye..

  5. Cik Rabbit says:

    suka2 entry ini😉 hehe😉

  6. Merley says:

    sangat bermanafaatlah tulisan anda!🙂

  7. best2 story ni hehee..dua2 terkena ekekke =P

    thumb up!

  8. seimura says:

    hehehe, pernah terbaca cerita lawak ni.

    sama-sama kita perbaiki diri untuk jadi lebih baik dan soleh.

  9. najwa says:

    hehe yeah, pompuan baik utk lelaki yg baik. gitulah sebaliknya.🙂

  10. dina darwina says:

    lama x dtg blog izzy…dina slalu jerw bc blog izzy lepaskn tensen jap..best citer ne..p pelacur pun makhluk Allah jgk x boleh pndang jijik..hehehe..mmg lelaki baik hnya utk pmpuan yg bek jerw

  11. mira_nas says:

    what goes around comes around… mahu pasangan yang soleh solehan.. kena lah jadi orangnya dulu..

  12. aLya says:

    salam. selalu baca lawak nie tapi bile di’interpret’ ngan cara nie, nampak impaknya. alya sdirik berpegang pada firman tu n setiap kali kenal ngan laki yg baek mesti rase cam nak tarik diri awal2 bcoz i noe im not dat good. tapi kawan pernah cakap bila kita berusaha berubah jd yg baek n kenal ngan yg baek, terima je. tak baek menafikan jodoh yg baek. kan?

    harap mampu berubah seikhlasnya untuk DIA dan dijalanNYA

    *terpanjang lak komen..hehe

  13. nUmara says:

    heee…. ayt tu slalu di mana2… nk yg elok, yg dpt imamkan kita, bimbing dunia dan akhirat, tapi kita mcm tu ke? same2 la muhasabah diri..🙂

  14. Hawa 'iffah says:

    Izzy,i like it. pngajaran bt laki yg mcm ni.huhuhu.best!

  15. Hawa 'iffah says:

    Hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: