Lif berpenghuni (episod 1)

Sabtu – 13 mei 2005 – 03.24 p.m – shah alam

“insyaallah aku datang hari ini, Cuma mungkin lambat sikit, sebab aku sekarang ada di shah alam. Ada urusan sikit. Tapi aku janji malam ini aku datang rumah kau”. Khair bercakap dengan zack melalui telefon bimbitnya.

“ok, janji tau. Aku tak mahu jadi macam minggu lepas, janji nak datang, last-last aku berparti dengan alex dan bad je. Bosan lah kalau kami bertiga je. Janji tau malam ni datang” zack cuba memujuk. Kali ini dia merasakan pasti Berjaya memujuk khair untuk hadir sama dalam parti makan-makan yang ditajanya itu.

“iyalah, aku datang. Kau jangan risau la. Tapi kalau lambat sangat aku sampai, korang mula je la tanpa aku ok. Sebab mungkin tiba-tiba aku ada hal yang tak dapat dielakkan..” tidak sempat khair menghabisi alasannya, zack memotong: “haaa….ni yang menyebabkan telinga aku sakit ni. Tak ada alasan lagi. Ini dah masuk kali keempat aku ajak kau ni. Ada saja alasan kau. Kali ni aku tak mahu dah dengar alasan kau. Aku cakap datang, kau kena datang. Aku tak kira” pujukan zack kali ini lebih berbaur ugutan berbanding sebelumnya.

“ok lah, aku datang. Nanti malam kita jumpa lah” khair terpaksa bersetuju. Dia menyambung: “rumah kau di flat sri wangi kan? Tingkat berapa? Rumah nombor berapa?”

flat yang menyeramkan - gambar sekadar hiasan

“rumah aku nombor 139 tingkat 13. Aku ulang. Nombor 139 tingkat 13. Kali ni tak ada alasan lupa rumah aku lagi macam dulu. Kali ni mesti datang. Kalau kau tak datang, jangan harap aku nak bertegur sapa dengan kau kat pejabat esok” ugutan kali ini betul-betul menyentap hati khair. Dia tiada pilihan lagi. “ye..aku datang la. Ok, aku ada kerja sikit ni. Jumpa malam nanti, tapi kalau-kalau..” sekali lagi khair tidak sempat menghabisi ayatnya. Zack memotong: “dah-dah, cukup ayat kau tu. Aku tak mahu dengar. Yang penting kau kena datang. Ok, pergi la cepat siapkan kerja kau dulu. Aku chow dulu. Tooot…tooot..tooot” talian terus dimatikan tanpa memberi salam terlebih dahulu.

“huh!” khair mengeluh kasar kerana kali ini dia betul-betul tidak dapat menolak pelawaan zack untuk ke parti itu. Khair bukanlah seorang yang terlampau alim, dan parti itu juga tidak lah seteruk mana. Sekadar makan-makan, minum-minum dan berkaraoke beramai-ramai dan tidak pula bercampur lelaki dan perempuan. Hanya mereka berempat. Khair, zack, bad dan alex. Semuanya rakan sekerja. Sekadar suka-suka menghilangkan tension bekerja selama seminggu tanpa henti. Tetapi khair tidak berminat kerana dia merasakan parti itu hanya membuang masa. Lebih-lebih lagi di malam minggu sebegini dia lebih berminat untuk menghabiskan masanya di surau yang berhampiran dengan rumahnya untuk mendengar ceramah ustaz Ibrahim. Lebih berfaedah dan berilmiyah. Kemudian selepas tamat ceramah, dia akan terus pulang ke rumahnya dan merehatkan diri. Khair tinggal serumah bersama ayah dan abangnya yang terletak di rantau panjang, klang. Dia dan abangnya masih bujang dan bekerja. Manakala ayahnya sudah pencen dan ibunya sudah hampir sepuluh tahun meninggal dunia akibat barah otak.

07.18 p.m – klang

Selepas khair menyelesaikan urusannya di shah alam, dia terus memandu keretanya pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, dia terus merebahkan badannya diatas sofa yang empuk di ruang tamu. Letih otaknya setelah bekerja keras memikirkan kerjanya yang belum siap di pejabat. Dia terpaksa pulang awal kerana merasakan tidak mampu untuk menyiapkan kerjanya sebentar tadi. Kerjanya itu dibawa bersama ke rumah. Niatnya untuk menyiapkan kerjanya itu di rumahnya. Kebiasaannya dia akan sempat menyiapkan kerjanya sebelum pukul 7 malam. Tetapi kali ini berbeza. Pening kepalanya dan letih satu badan. Merehatkan diri dirumah sebentar dirasakan jalan terbaik untuk mengembalikan semula semangat dan tenaganya.

Khair melihat jam di tangannya. Jam menunjukkan tepat pukul 7.21 malam. Dia ingin berehat sebentar sementara waktu maghrib tiba. Dia cuba melelapkan mata dan berharap semoga rehatnya yang singkat ini dapat mengembalikan tenaganya semula. Belum sempat dia melelapkan mata, telefon bimbitnya berbunyi. “bip..bip..bip..bip” satu pesanan ringkas diterima. Bunyi itu sudah cukup untuk mengejutkan khair dari lenanya. “astaghfirullah, terkejut aku.” Khair cepat-cepat mengambil telefon bimbitnya di dalam poket seluarnya dan membelek mesej tersebut. ‘ingat khair, malam ni tepat pukul 10 malam di rumah aku. Jangan bagi alasan lagi – zack’ melihat mesej itu, terus hilang rasa mengantuknya. Khair mengeluh panjang. Baru dia teringat malam ini dia sudah berjanji untuk ke parti zack. Niat khair untuk menyiapkan kerjanya itu malam ini di rumahnya dirasakan pasti tertangguh ke hari esok. Khair beristighfar panjang. Baru kali ini dia merasakan masa begitu sempit baginya. Khair membelek sekali lagi mesej dari zack itu dan terus meletakkan telefon bimbitnya di atas meja dan berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’. Bersiap awal untuk ke surau berdekatan bagi menunaikan solat maghrib berjemaah.

9.37 p.m – kelana jaya

“ting tong” loceng rumah zack berbunyi menandakan ada seseorang di luar rumahnya. Dia terus membuka pintunya tanpa perlu bertanya siapakah orang itu.

“hai zack!, apa cerita bro. kau sihat ke?” alex terus menyalami zack dan bad yang sudah berada di situ. “weh zack, mana khair ni? Kau cakap kau dah ajak dia? Tak Nampak batang hidung dia pun?” alex memerhati sekeliling ruang tamu rumah zack. “aku bagitahu dia pukul 10 kita mula. Kau jangan risau la, aku yakin dia datang. Aku dah peras ugut dia kaw-kaw punya. Kecut perut mamat tu. Haha” zack gelak besar sambil disahut oleh bad dan alex. “ha zack, lupa nak Tanya, lif flat kau ni dah rosak ke? Aku try tadi, tapi pintu lif tak terbuka pula. Bunyi pun tak ada. Ada masalah ke?” zack memikir sesuatu. “aah.. baru aku ingat, memang dah rosak lif tu. Minggu lepas lagi. Aku dengar-dengar jiran aku cakap tokei flat ni sengaja tutup lif tu. sebabnya aku pun tak tahu. Malas nak amik pusing. Naik guna tangga pun ok jugak kan. Untuk kesihatan” zack berseloroh. Kali ini bad mencelah: “tapi pelik jugak tokei flat ni tutup lif tu. Mesti ada sebab munasabah. Habis, jiran-jiran kau diam je? Tak buat bantahan? Nasib baik aku ni muda dan kuat, larat la juga nak naik tangga sampai tingkat 13 ni. Kalau orang tua macam mana?” bad sengaja meletakkan tangannya pada bahu alex. Alex terus melatah: “wah..melebih-lebih kau bad, aku tua dari kau 2 tahun je” bad dan zack tersenyum melihat alex yang mula naik angin. Zack terus meredakan keadaan: “ok-ok, relek la alex, bad gurau je. Sebenarnya pasal lif tu, memang penduduk flat ni dah buat aduan dan tulis surat pada pihak pengurusan, tapi diorang tak boleh buat apa-apa. Bila ditanya kenapa tutup, diorang cakap punca masalah ni antara pihak pengurusan dan tokei sahaja yang tahu. Diorang tak boleh cakap” zack menarik nafas dalam dan meneruskan katanya: “aku dengar ada kes pembunuhan dalam lif tu.” zack terus berhenti bercakap dan mukanya tiba-tiba bertukar serius. “dan baru-baru ni jugak aku dengar ada seorang anak penduduk flat ni hilang masa menggunakan lif tu. Mungkin sebab tu lif ni ditutup” kali ini muka bad dan alex pula berubah serius. Bad mula curiga: “abis tu? Polis tahu tak kes ni?” zack terus menjawab: “ tak, macam aku cakap tadi, Cuma tokei dan pihak pengurusan saja tahu hal ni”

Bersambung ke episod akan datang….

lif yang dikatakan berpenghuni - gambar hiasan

Comments
32 Responses to “Lif berpenghuni (episod 1)”
  1. yaya says:

    wahh..citer mcm seram..mesti best!yaya tunggu episod seterusnya kaey..teruskan menulis.. =p

  2. dina darwina says:

    mcm citer The Devil lak..hehehe..x sabar nk tauw citer selanjutnya..hrap2 khair x ap2 dlm citer ne..hehehehe..n_n

  3. fatah says:

    ni yang takut nak naik lif da ni.huhu

  4. zue says:

    wah..suspenyer..mesti khai yang kene nanti ni..xsabau gak nak tahu ni..

  5. Al Adani says:

    wah2.. x sangke sahabat ana ni ada bakat menulis.. jgn la citer skg.. wat terus novel.. mcm hilal.. bru la masyuk…

  6. iris syuhada says:

    x saba nk tggu ntah2 khai yg kene..cian mamat tu dh ler letih nk naik tangga smpai tkt 13 aduiii cian cpt lah update sambungannye

  7. dhia says:

    kisah benar ke ni??

  8. amni says:

    alaaa….

    bersmbung….

    huhuuhuh….

    nty da ad smbgn..btw taw…

    peace(^^)//

  9. cemomoi says:

    gambo tu pon dah misteri tu

  10. sharifah nor says:

    nanti dah sambung episod seterusnya…jgn lupa bgtau yaaa…

  11. Hadijah says:

    mmg seram..suspen ni..huhu, tambah plak mlm2 membaca..
    sblm ni leh guna lif sorang2..
    hehe, gmbar pun dh tnjuk suram je,..
    xsabar ni nk tahu kesudahannya..

  12. wowww..
    suspen suspen suspen…
    cerita hantu ker?? best nak tunggu sambungan.

  13. aim says:

    panjang giler..tak berani nak baca..hoho

  14. cikbib says:

    wah..sangat syok travel negara orang.ni yg jelez ni..hehehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: