Marah yang membuak-buak

2008 – Damsyik

Pada suatu petang, aku menaiki servis(kenderaan awam di Syria) untuk pulang ke rumah aku yang terletak di bab musolla(nama tempat). Aku duduk di sebelah muallim(pemandu servis). Setelah membayar 10 lira, aku melepaskan pandanganku ke luar tingkap. Servis terus meluncur laju membelah jalan. Servis ini hampir penuh dengan penumpang. Kebiasaannya servis akan betul-betul penuh ketika ditengah perjalanan nanti. Kerana servis ini akan mengambil penumpang yang menanti di tepi jalan-jalan utama. Penumpang yang ingin menaiki servis akan menunjukkan syarat tangan kepada muallim. Sekiranya masih mempunyai ruang, muallim akan menghentikan servisnya dan penumpang akan naik.

Di tengah-tengah perjalanan, servis sudah pun dipenuhi oleh penumpang. Cuma tinggal ruang untuk mencangkung. Tiba-tiba ada seorang yang sedang berdiri di tepi sebatang jalan bersama barang-barangnya. Mungkin barangan perniagaannya yang ingin dibawa ke suatu tempat. dia membuat isyarat tangan kepada muallim untuk menaiki servis. maka muallim cepat-cepat membalas isyarat menggunakan tangannya bahawa servis sudah dipenuhi penumpang. Tetapi kebetulan ketika itu servis terhenti sekejap kerana jalan sesak dipenuhi kenderaan. Orang itu cepat-cepat menaiki servis itu meskipun dia tahu servis itu sudah penuh. Dia terus menghulurkan duit kepadaku supaya diserahkan kepada muallim yang berada di sebelahku. Tetapi tindakannya mengundang rasa marah muallim.

***

Muallim terus melepaskan rasa marahnya kepada penumpang tersebut. Sumpah seranah dan maki hamun dilepaskan tanda dia betul-betul sedang marah. Penumpang-penumpang lain hanya melihat kejadian tersebut tanpa mahu berkata apa-apa. Muallim terus menerus memarahi penumpang itu. Disuruhnya untuk turun dari servis itu. Tetapi penumpang itu hanya buat bodoh sahaja. Buat selamba. Sepertinya tidak melakukan sebarang masalah. Ya, memang pada hakikatnya masih ada ruang untuknya mencangkung di situ, tetapi muallim sudah awal-awal menunjukkan syarat tangan bahawa servis itu penuh. Aku mengagak muallim sangat-sangat marah kerana egonya seolah-olah tercabar. Ditambah pula penumpang itu tidak menghiraukan arahan muallim itu supaya turun.

gambar sekadar hiasan

Jadi muallim terus menerus memarahi penumpang itu. Sekali-sekala muallim itu sengaja menghentikan servisnya dan menyuruh penumpang itu turun dari servisnya. Tetapi reaksi penumpang itu tetap sama. Berdiam diri. Cuma sekali dua bersuara meminta muallim meneruskan perjalanan. Penumpang-penumpang lain pun kadang-kadang bersuara meminta muallim supaya bersabar dan meneruskan perjalanan. Aku di sebelah muallim sedari tadi menjadi mangsa maki hamunnya. Masakan tidak, mulut muallim hanya berjarak sejengkal dari telingaku. Suara muallim itu sudah lah kuat, ditambah mood marahnya masa itu. Cuba bayangkan. telinga aku sakit menahan tujahan-tujahan keras itu.

***

Setelah hampir 15 minit muallim itu berleter, tiba-tiba penumpang itu meminta muallim menghentikan servis untuk menurunkannya. Mungkin sudah sampai ke destinasi yang dituju. Muallim yang sedari tadi masih memarahinya, meneruskan leterannya kepada penumpang itu tanpa rasa letih. Kemudian dia menghentikan servis dan membiarkan penumpang itu turun. Penumpang itu pun turun dari servis dan mengucapkan terima kasih. Dia pun meneruskan langkah pergi dari servis ini. Belum sempat dia menghilang dari pandangan kami, dia dipanggil oleh muallim. Aku berbisik dalam hati: “habislah kali ni, aku rasa penumpang ni mesti kena tumbuk dengan muallim ni nanti. Tak sanggup aku melihatnya”. Penumpang itu terus mendekati muallim dengan membawa barangannya tanpa ada sedikit pun rasa takut.

Setelah penumpang itu betul-betul berada di depan mata muallim, tiba-tiba muallim itu menyalaminya dan mereka saling bermaafan. Mereka berpelukan sambil pipi mereka saling dirapatkan di kiri dan kanan tanda ukhuwah yang kuat tanpa ada rasa sedikit pun dendam. Aku bermonolog dalam hati: “aik? Aku ingatkan nak bertumbuk, rupa-rupanya nak bermaafan. Tak sangka betul”. Setelah itu penumpang itu  terus beredar dari situ dan servis pun meneruskan perjalanannya. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Keadaan kembali normal seperti sedia kala.

***

masjid Abdullah ibnu Rawahah di Bab Musolla

Setelah sampai ke bab musolla, aku pun meminta muallim untuk menurunkan aku di simpang jalan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan terus berjalan menuju ke rumahku yang tidak jauh dari situ. Di dalam langkahku, aku terfikir sejenak kejadian sebentar tadi. Hairan dan pelik. Kenapa muallim begitu mudah memarahi dan terus memaafkan tanpa ada sedikitpun dendam. Kisah seperti ini pernah diceritakan oleh seorang rakan kepadaku. Katanya: “arab mudah naik angin, tetapi cepat reda. Sebab bila dorang marah, dorang akan lepaskan semua yang dorang rasa masa tu. Dorang tak simpan. Inilah antara Bezanya orang melayu dengan orang arab. Orang melayu pulak tak cepat naik angin, tapi simpan dalam hati bila marah. Jadi bila dah banyak sangat simpan, tu yang berbunuh-bunuhan. Sebab dendam yang disimpan dah bernanah dalam hati.”

Aku kembali berfikir ada benarnya katanya itu. Kali ini betul-betul berlaku didepan mata. Alhamdulillah Allah tunjukkan kejadian seumpama itu padaku, supaya aku betul-betul mengambil pengajaran. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

# Pesanan kepada pembaca: kalau korang nak marah atau ada benda tak puas hati dengan aku, terus luahkan kepada aku secara peribadi tanpa perlu berdendam. Tetapi jika memaafkan tanpa marah itu jauh lebih baik. Semoga kita sama-sama mengambil pengajaran dari kisah ini. Peace no war (^_^)Y

Comments
21 Responses to “Marah yang membuak-buak”
  1. Cik Rabbit says:

    suka cerita ni😉 betui la orang melayu mmg suka simpan dalam hati😉 macam saya lah..xpndai nak marah2..T_T

  2. dina darwina says:

    menarik sgt menarik citer izzy kali ne..bien..(n_n)v

  3. misza says:

    bagus sikap macam ni. tak terjadi mengumpat.

  4. Merley says:

    Betol2. Member aku pon cakap camtu. Melayu mmg suka simpan dalam. Lama meletup. Tupasal ade berlaku kes ‘amok’. Bunuh anak bini. Penyakit hati beb. Peace🙂

  5. zue says:

    hehehehe..me pon sama suka simpan dulu nti pasang bom kasi malatop! kababommmm! xelok sebenarnya kan..

    pndai bab karang mengarang ni kan..leh publish buku la pahni..suka baca ur n3 even ni 1 time zue singgah sini..so terus folo je la..

    slmt berkenalan yea..izzy;-p

  6. Hadijah says:

    Bagus sgt kisah ni..
    Bab marah ni biasa kita anggap remeh je, ye la semua mesti ada rasa marah..bermasam muka, berdendam, bermusuh..tapi, xsangka betapa kita ni sebenarnya kena belajar sikap mereka ni..demi ikatan sillaturrahim, xde sekelumit dendam pun kat hati..susah tau bila lepas marah je nak terus memaafkan..ikhtibar2..teruskan menulis dik..:

  7. sabar sabar. sabar itu separuh daripada iman.

  8. matahariku says:

    as salam…kalo begitulah perangai org Arab, pttlah dlm hadith Rasulullah, baginda smpai 3 kali ulang “jangan marah…jangan marah…jangan marah”. Wallahhualam

  9. mJ o mJ says:

    wah , kalaulah orang melayu macam ni , cepat memaafkan. kan baik … tapi , mJ pon seorang yg memendam rasa..senyap bila rasa tersinggung… tapi nk melepaskan rasa marah , toyak (menangis) je…hehe… kalah betoi dengan perasaan ! izzy toyak x ?

  10. Hawa 'iffah says:

    Btoi3x…tp suma ni susah nk terapkan dlm dri kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: