Lif berpenghuni (episod 2)

9.49 p.m – lebuhraya persekutuan – klang-kelana jaya

Khair sedang memandu keretanya menuju ke rumah zack. Dia keluar lewat dari rumahnya kerana menyiapkan baki kerja pejabat di rumahnya sebentar tadi. “alhamdulillah siap juga kerja aku tadi. Harap-harap malam ini boleh rehat awal. Esok pagi boleh membawa ayah ke taman tasik shah alam berjalan-jalan” khair bermonolog seorang diri. “Trooott..trooott” telefon bimbitnya tiba-tiba berdering. Khair melihat nama orang yang menghubunginya. “dah agak, zack”. Khair terus menghentikan keretanya di bahu jalan. Dia menjawab panggilan zack itu: “assalamualaikum zack, aku dalam perjalanan ni. Lagi 20 minit sampai la insyaallah. Nanti kita jumpa. Kalau lewat sikit mintak maaf awal-awal” kemudian khair mengangguk-ngangguk tanda faham apa yang dikatakan oleh zack. “ok, aku janji aku datang. Aku dalam kereta ni. Jumpa nanti. Assalamualaikum”. Khair terus memutuskan panggilan selepas zack menjawab salamnya. Khair terus menjeling jam di dashboard keretanya. “aduh, lagi 10 minit ni. Sempat ke aku sampai tepat pukul 10 ni? Kalau lewat mesti zack bising. Ah, biarlah kalau dia nak marah sangat pun. Aku datang pun kira terlebih baik dah”. Khair tidak berfikir panjang lagi. “apa-apa pun, aku dah cuba datang awal. Kalau lambat pun bukan lambat sangat”. Dia serta merta memandu semula keretanya memasuki jalan utama setelah memastikan kenderaan di belakang masih jauh dari keretanya.

gambar hiasan

9.57 p.m – Kelana jaya

Bad dan alex masih khusyuk mendengar cerita yang keluar dari mulut zack. Sementara mereka menunggu khair datang. “aku bukan nak bohong, tapi macam-macam juga cerita yang aku dengar pasal lif tu. Orang kata lif tu berhantu lepas kes pembunuhan yang berlaku dalam lif tu dulu”. Bad dan alex semakin teruja apabila mendengar perkataan ‘berhantu’. Zack masih belum kering air liur bercerita. “ada satu cerita lagi seram, aku dengar, ada seorang perempuan duduk kat perumahan sebelah flat ni datang nak ziarah kawan dia kat flat ni. Kawan dia tu dah bagitahu tingkat berapa dan nombor rumah, tapi perempuan ni tak jumpa-jumpa rumah kawan dia tu. orang cakap lepas beberapa hari, perempuan tu jadi gila. Sebab dengar kata, masa dia guna lif tu, dia tekan tingkat 19, tapi lif tu berhenti kat tingkat 13. Banyak kali jugak dia cuba. Tapi tak Berjaya jugak” zack berhenti seketika. Mengambil nafas. Kemudian mengambil secawan air dan meneguk perlahan-lahan.

gambar hiasan

“zack, terus la cerita, aku dah meremang bulu roma ni. Cepat la sambung” bad tidak sabar-sabar menunggu cerita seterusnya. “sabar la sat, tak Nampak ke orang tengah minum ni” kemudian zack meletakkan cawan yang kosong di atas meja dan menyambung bercerita: “aku dengar dia kena kacau masa dalam lif tu. tapi entah lah, aku nak cakap benda ni benar pun aku tak jamin. Sebab dengar dari mulut orang saja. Tak ada bukti kukuh pun. Cuma cerita tu dah berbulan-bulan lepas aku dengar. Tapi lif ni baru saja tutup minggu lepas. Sehari lepas korang balik dari rumah aku. Ingat tak. Masa tu kan lif elok lagi.” Zack memandang serius muka bad dan alex yang sedari tadi tekun mendengar. “aah, aku ingat lagi. Weh..nasib baik masa aku naik lif tu tak jadi apa-apa kat aku” alex menelan air liur berulang kali. Alex menyambung: “eh, apa kau cakap tadi? Perempuan yang jadi gila tu nak pergi tingkat 19 tapi lif berhenti kat tingkat 13? Rumah kau ni bukan kat tingkat 13 ke?” kali ini alex dan bad seram sejuk. Zack cuba menenangkan keadaan: “ala korang ni, buat teruk la. Kan aku cakap tadi, cerita ni aku Cuma dengar-dengar dari mulut orang. Tak tahu betul ke tak. Kalau betul sekali pun, cerita tu dah lama. Sekarang tak ada apa-apa la. Kan lif tu dah ditutup. Jangan takut la” zack buat-buat senyum. Pada hakikatnya dia pun sudah mula seram sejuk. Tapi dia cuba kawal. Bad dan alex masih terdiam dan saling memandang sesama mereka. Banyak perkara yang sedang bermain difikiran mereka ketika ini. “weh, korang ni pun. Jangan ambil serius sangat cerita aku ni. Belum tentu betul la. Entah-entah cerita dongeng saja” zack cuba menenangkan keadaan sekali lagi. “ha, mana khair ni? Dah dekat 10.30 malam ni. Dia ni kalau janji, mesti tak tepat” zack cuba mengalih tajuk perbincangan. Bad pun cuba melonggarkan ketegangan fikiran mereka ketika itu. “aah la, mana pulak khair ni kan. Mesti kereta rosak tengah jalan. Dia kan ada macam-macam alasan. Haha” bad cuba mengembalikan keceriaan yang sedari tadi hilang antara mereka. alex yang masih diam sejak tadi sudah mula tersenyum.

***

Setelah siap meletakkan keretanya di petak parkir di bawah flat zack, khair melihat jam pada tangannya. “Alhamdulillah sampai jugak, walaupun lewat 10 minit. Sekurang-kurangnya aku dah sampai” khair menggeliat dan merenggangkan urat lehernya untuk mengurangkan keletihan. Kemudian dia terus memulakan langkah memasuki flat. Memasuki ruang lobi. Terang benderang tetapi tiada seorang pun yang ada disitu. Dia terus menghampiri lif, belum sempat dia menekan butang ‘open’, tiba-tiba pintu lif terbuka sendiri. “wah, hebat lif ni, buka pintu ikut niat saja. Hehe” khair bersenda seorang diri. Tanpa berfikir panjang lagi, dia terus memasuki lif tersebut. Menekan butang ‘close’ dan menekan butang nombor 13.

***

“ting tong” loceng rumah zack berbunyi. “ha, baru saja mengumpat, terus datang si khair ni” zack terus pergi ke pintu kerana yakin khair telah sampai. Dia segera membuka pintu. “khair, lambatnya kau datang, sekarang dah pukul be…” kata-kata zack terhenti serta merta. tiada sesiapa pun yang berada di situ. Dia keluar untuk pastikan siapa yang menekan loceng rumahnya. Menoleh ke kanan dan ke kiri. Tapi tiada sesiapa di situ. Zack berbisik dalam hati: “ala, ni mesti budak-budak main ni. Lepas tekan loceng, terus lari”. Zack terus masuk semula ke dalam rumahnya dan tersenyum  kepada bad dan alex. “eh zack, mana khair? Tadi siapa yang tekan loceng?” soalan bad membuatkan zack berfikir sesuatu. dia masih tersenyum dan berkata: “err..khair tak sampai lagi, tadi aku telefon dia, dia masih lagi di tengah jalan. Lagi 15 minit dia sampai kot. tadi ada budak main tekan loceng lepas tu lari. Haha” bad dan alex hanya tersenyum melihat gelagat zack yang seperti menyorokkan sesuatu dari mereka.

pintu lif yang terbuka sendiri. gambar hiasan

“Truuuuttt….truuuuttt…truuuuttt” telefon bimbit zack tiba-tiba berdering. Tertera nama khair di atas skrin telefon bimbitnya. Zack terus menjawab panggilan itu tanpa berfikir panjang. “weh khair, kau kat mana ni? Lambat lagi ke?” khair segera menjawab: “assalamualaikum zack, aku sekarang kat dalam lif flat kau ni, tapi macam ada problem la. Kenapa bila aku tekan nombor 13, dia naik ke tingkat 19?” berdegup kencang jantung zack seakan-akan disentap oleh pertanyaan khair. Muka zack berubah tiba-tiba. Bad dan alex yang sekadar memerhati zack berasa hairan dengan perubahan pada raut wajahnya. “zack, kau dengar tak apa yang aku cakap tadi? Lif kau ni ada masalah ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal lif kau ni rosak?” kali ini betul-betul membuat zack seram sejuk. “ar..er..me..memang masalah sikit lif tu. aku pun pernah kena macam tu dulu. Kau keluar saja dari lif tu. kau gunakan tangga. Senang sikit” perkataan yang keluar dari mulut zack itu didengari oleh bad dan alex. Mereka mula rasa ada sesuatu yang tidak kena. “ok, aku naik guna tangga, lagi 2 minit aku sampai, assalamualaikum” khair terus mematikan talian. Zack terus terduduk. Macam-macam perkara yang sedang ligat bermain didalam fikirannya ketika itu. Alex terus menegur zack yang seakan-akan dipukau. “weh zack, kau ni kenapa? Aku dengar kau cakap pasal lif tadi, kau sengaja takutkan khair ke?” muka zack berubah pucat. “erm, tak ada apa-apa lah. Khair salah flat tadi, dia termasuk dalam lif flat sebelah. Haha” zack buat-buat tergelak untuk meredakan keadaan. “owh, patutlah” bad dan alex tersenyum mendengar jawapan dari zack sebentar tadi. Meskipun mereka senyum, tetapi timbul rasa curiga yang kuat dihati mereka berdua terhadap perilaku zack.

Bersambung di masa akan datang….

Comments
22 Responses to “Lif berpenghuni (episod 2)”
  1. Hadijah says:

    salam..
    iskh..suspen betul la citer ni..xsabar ni nak tahu apa yg akan jadi kat khair..
    cpt2 sambung, ramai menunggu al kisahnya ni..hehe

  2. dina darwina says:

    nk tauw kisah selanjutnyerw izzy..berdebar dina baca..hopefully khair x gila pasne..uhuk3

  3. Hawa 'iffah says:

    Ketaq eh

  4. sharifah nor says:

    sabar menunggu…jgn lupa bgtau yaaa..episod seterusnya…

  5. DiriKu says:

    saya dah baca…suspen je -.-

  6. amni says:

    aduishh….

    tgh duk kusyuk+suspen bce..
    bersambung lagi…..

    huhuhuhu….

    jgn lpe btw smbugan die..(^^)

  7. misza says:

    takut pulak nak naik lif sorang²

  8. iris syuhada says:

    aduiiiiii bile nk tau ni??? ermm aku takut Khair nnt jd giler gak

  9. khairie says:

    apasal aku rasa seram sejuk nih…..apsal aku baca nih….kenapa!!!!!!!!! arghhhhhhhhhh!!!

  10. zue says:

    wah meremang bulu roma bc 2nd episod ni..(zue mmg penakut skit..ngehngeh)..pasni konpem seram jer naik lif sorang2..nasib baik kat sini xde lif..kalo x..konpem teringat2 jer cita ni..suspen2..;-p

  11. yaya says:

    huu haa..
    berdebar-debar..
    addict citer ni..
    nak bce ep 3 pulak..
    cian khair..

Leave a reply to amni Cancel reply