Kembara hama dan homs

Hari itu, aku menyertai satu lawatan yang ditaja oleh BKASS (Badan Kebajikan Anak Selangor Syria). Kira-kira hampir 50 orang anak Selangor yang berada di Syria telah menyertai lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama warga Selangor di Syria. Selain itu, lawatan ini juga diadakan kerana ingin mengisi masa cuti pelajar dengan perkara yang berfaedah. Dengan kata lain, lawatan sambil belajar. Menambah pengetahuan tentang sejarah islam.

bas yang dipenuhi penumpang

11.57 p.m – 16 ogos 2009 – damsyik

kami bertolak dari damsyik pada pukul 12 malam menaiki bas. Bas bergerak mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Pada esok paginya sebelum subuh, kami sampai di masjid umawi di halab. Ini ialah kali kedua aku menjejakkan kaki di bumi halab. Kemudian, kami menyelusuri jalan menuju ke kota sama’an yang terletak berdekatan dengan masjid umawi. Dan kemudian kembali ke halab untuk memasuki kota halab. Selepas itu kami menuju ke kubur khalifah yang masyhur dalam sejarah islam, khalifah umar abdul aziz r.a. tidak lama kami disini, kerana kami tidak mempunyai banyak masa. Kemudian kami menuju pula ke destinasi seterusnya, hama.

3.45 p.m – 17 ogos 2009 – hama

Di sini tidak banyak yang boleh dilawati, sekadar melihat kincir air yang tua dan masih berfungsi menggunakan sistem kuno. Tidak menggunakan enjin untuk menggerakkannya. Bandar hama ini dikatakan mempunyai usia yang sangat tua. Sejak zaman dahulu kala Bandar ini telah mencapai kemajuan yang menakjubkan terutamanya dalam bidang pertanian. Hama juga antara Bandar yang menyimpan sejarah yang panjang dalam mempertahankan Syria daripada penceroboh tentera asing. Antara peperangan yang terkenal ialah Qarqar, di mana tentera Syria dikalahkan pada tahun 853 SM. Hasil peperangan tersebut, tidak banyak bangunan sejarah dapat diselamatkan. Antara bahan sejarah yang dapat diselamatkan ialah kincir air ini. Kincir air yang dinamakan ‘Nehanhs’ di Orontes ini mempunyai usia setua bandar Hama sendiri.

kincir air (1)

kincir air (2)

bergambar beramai-ramai

Sedang kami menikmati keindahan dan keunikan kincir air ini, tiba-tiba berlaku satu kejadian yang mengejutkan kami semua. Ada seorang budak arab yang secara tiba-tiba memanjat kincir air tersebut. Kami tergamam seketika melihat kejadian itu yang berlaku didepan mata kami. dia seakan-akan cuba membunuh diri. Aku malas nak cakap banyak, korang tengok la sendiri.

Budak itu mula memanjat tetapi cuba dihalang oleh rakannya.

Dia Berjaya mamanjat dan menunggu kincir air itu mengangkatnya lebih tinggi sebelum terjun ke bawah.

Budak itu melompat! Kami hanya tergamam memerhatikan aksi membunuh diri itu tanpa boleh berkata apa-apa.

Aik? Hidup lagi rupanya budak ni. Hehe. Rupa-rupanya dia bukan nak bunuh diri, tetapi nak menunjukkan aksi beraninya kepada kami yang berada disitu. Nak tunjuk hebat la. Orang kata nak tunjuk macho.

Padahal kami pun boleh buat macam tu. bukan susah, tapi kami tak mahu sebab air tu boleh tahan jugak ‘wangi’. Kemudian kami meninggalkan kincir air tersebut untuk menuju ke destinasi seterusnya. Iaitu homs.

5.37 p.m – 17 ogos 2009 – homs

Kami tiba pula di Bandar homs yang mempunyai keunikan sejarahnya yang tersendiri. Kerana homs merupakan bandar ke-3 terpenting di Syria selepas damsyik dan halab. Seperti Petra dan Palmyra, Homs adalah kawasan pemerintahan Arab pada kurun ke-2 SM. Homs juga adalah stesen ke-3 pada laluan sutera selepas Doura Europos. Malangnya banyak bangunan dan benteng di Homs musnah akibat gempa bumi pada zaman dahulu. Hanya tinggal satu benteng di selatan bandar iaitu di pintu masuk Damsyik. Bandar bersejarah ini juga telah melahirkan ramai tokoh hebat seperti Bassianos dan seorang mahor Homs melalui perkahwinan anak perempuannya dengan pemerintah Rom, Septimium Severus, yang memerintah rom pada tahun 193 ke 211. mewariskan tiga pemerintahan iaitu Caralla, Heliogabalus dan Alexender Seberus. Bandar ini menjadi tempat lahir ahli falsafah Syria yang terkenal, Longenius, kaunselor kepada permaisuri Zenobia dan ahli fizik terkenal iaitu Marlian.

masjid khalid bin Alwalid (1)

masjid khalid bin Alwalid (2)

burung merpati (1)

burung merpati (2)

Di antara binaan sejarah yang terpenting di Homs ialah masjid Khalid bin Alwalid r.a, panglima terkenal dalam Islam dan juga sahabat rasulullah s.a.w. Dua binaan batu yang tinggi memberikan cahaya kepada masjid tersebut. Kami cukup teruja dengan seni bina yang terdapat pada masjid itu yang  menggambarkan keagungan binaan arkitek Syria. Kemudian kami sempat menziarahi makam Khalid bin Alwalid yang berada di dalam masjid tersebut. Di dalam masjid itu juga terdapat makam ubaidillah bin umar al-khattab r.a.

makam khalid bin Alwalid

Kami tidak lama disini, hanya 30 minit. Kemudian kami bersiap untuk pulang ke damsyik semula. Suasana dalam bas ketika itu senyap sunyi Cuma sekali sekala di selangi dengan bunyi dengkuran. Cukup untuk menggambarkan keletihan berjalan seharian tanpa henti. Setelah lebih kurang 4-5 jam perjalanan, kami akhirnya tiba di damsyik dengan selamat.

Comments
20 Responses to “Kembara hama dan homs”
  1. Cik Rabbit says:

    beshnya berjalan2😉

  2. dina darwina says:

    bertuah izzy dpt merantau tmpt tamadun islam..gud luck for ur life n_n

  3. amni says:

    wow..bestnyee….

    mau ikott…..o .O

  4. mJ o mJ says:

    mJ nak p jugak , doakan mJ yerr..

  5. sarah says:

    subhanallah..cantinya tempat tu..srnok tgk org jln2..bnyak leh blajar (^_^)

  6. ashrafi says:

    Assalamu’alaikum.

    Seronoknya dapat merantau ke negeri orang. Entah bila saya akan dapat merasa pengalaman seperti ini.

    Salam perkenalan.

  7. Hadijah says:

    Subhanallah..Sesungguhnya tiada yg lebih indah selain ciptaan Allah..
    Akak speechless..kalau tgok gambar mmg cantik apatah lagi kalau pergi melihat sendiri..
    Satu lagi, burung merpati tu mcm patung…walau sbnarnya adalah burung sebenar..

  8. mira_nas says:

    jelesnya tengok.. banyak tempat yang cantik SubhanAllah

  9. iris syuhada says:

    cantiknyer….. itu jer yg boleh diungkapkan

  10. zue says:

    wah cantiknya..bila la leh smpai sana..’akan sampai’ tapi dlm mimpi je la kot..hehehehehe
    best gk kan jd perantau ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: