Keldai yang bertuah

keldai tersenyum keldai

Pada zaman dulu kala, terdapat seorang pedagang yang mempunyai hati yang baik. Dia selalu berdagang ditemani seorang anaknya dan seekor keldai peliharaannya yang dijadikan pengangkutan untuk mengangkat barang dagangannya. Pada suatu petang, dia ingin menuju ke sebuah kampung yang dikatakan menjual kain-kain yang berkualiti. Seperti sebelumnya, si bapa akan menunggang keldainya dan si anak akan berjalan mengiringinya.

Ketika di dalam perjalanan, pedagang itu pun melintasi sekumpulan manusia yang sedang bersembang kosong. Apabila mereka memerhatikan pedagang itu, mereka pun berkata sesama mereka: “alangkah kasihannya anak itu kerana mempunyai seorang bapa yang hanya mementingkan diri sendiri. Selesa menunggang keldai sedangkan si anak dibiar keletihan berjalan”

Setelah pedagang itu mendengar umpatan itu ditujukan kepadanya, dek kerana malu dikata orang, dengan serta merta dia menyuruh anaknya menunggang keldai dan dia pula berjalan. Si anak hairan dengan sikap bapanya namun dia tetap patuh tanpa perlu banyak bertanya.

Sedetik kemudian, mereka melintasi satu lagi kumpulan manusia yang sedang bersembang. Apabila mereka terlihat pedagang itu, mereka pun mengumpat sesama mereka dengan berkata: “alangkah kasihannya si bapa itu kerana mempunyai seorang anak yang tidak menghormati orang tua. Dia selesa menunggang keldai itu dan membiarkan bapanya keletihan berjalan”

Apabila si anak mendengar umpatan itu dituju khas kepadanya, dek kerana tidak mahu dikatakan seorang anak yang tidak menghormati orang tuanya, dia pun serta merta meminta bapanya bersama-sama menunggang keldai mereka. jadi mereka berdua pun menunggang keldai itu.

Beberapa minit kemudian, mereka melintasi satu lagi kumpulan manusia yang sedang bersembang sesama mereka. apabila mereka terlihat pedagang tersebut, mereka pun berkata: “alangkah kasihannya keldai itu kerana terpaksa membawa mereka berdua dalam satu masa yang sama. Sedangkan keldai itu pasti kepenatan kerana tidak mampu menanggung beban seberat itu”

Apabila pedagang itu dan anaknya mendengar umpatan itu yang dituju khas kepada mereka berdua. dek kerana malu diumpat orang lagi, mereka berdua pun dengan serta merta turun dan berjalan kaki beriringan dengan keldai tersebut.

Sedetik kemudian, mereka melalui satu lagi kumpulan manusia yang sedang berborak sesama mereka. apabila mereka terpandang pada pedagang itu, mereka pun berkata: “alangkah bodohnya pedagang itu. Mereka mempunyai keldai tetapi tidak pula menunggangnya”

Kali ini pedagang itu dan anaknya tidak lagi mempedulikan umpatan orang terhadap mereka. maka mereka pun meneruskan perjalanan mereka menuju ke destinasi dengan hanya berjalan kaki beriringan bersama keldai mereka. maka tersenyumlah keldai tersebut sepanjang perjalanan.

p/s: moral kat sini nak kata bahawa, Jika dirasakan apa yang dilakukan kita itu betul dan tidak melanggar syariat islam, pedulikan umpatan dan cacian orang terhadap kita. Sama-sama la kita mengambil pengajaran. Walluhhua’lam.

Comments
12 Responses to “Keldai yang bertuah”
  1. hunny says:

    hurm..betul uh..kalau kita buat sesuatu benda yang betul.jangan pedulikan apa orang lain kata..kalau tak,semuanya takkan menjadi..

  2. Hadijah says:

    Salam..betul2, sgt setuju. Kalau kita terlalu memikirkan kata-kata orang walaupun setelah kita fikir dari segi baik & buruk..memang semuanya tidak berkesudahan..Pengajaran yg sgt rasional..

  3. iema says:

    kalau asyik nak dgr cakap orang pun xbetul gak..
    buat la ikut gerak hati, klau betul insyaAllah apa y kita buat 2 diredhai Allah…

  4. iris syuhada says:

    betulla kalau asyik nak puaskan hati orang lain nk watpe?? buatla sesuatu jika kita rasa kite betul dn x menyusahkan org lain pedulikan apa kata org lain asalkan kita tau apa yg kita buat tu betul.
    Tapi bahye gak kalau langsung x nak dengar pendapat orang dia jer betolllll hahahaha….

  5. Cik Rabbit says:

    betui3 ! benda pe kat dunia ni xlari dari orang kata😉 xde kan tink3 !

  6. zue says:

    setuju ngan cik rabbit..manusia tak lari dari berkata2..menyibuk jer memanjang..hehehehehe
    kadang2 kemenyibukkan org lain terhadap kita bagus jugak kan..mksudnya ada jugak org care psal kita..tak gitu! even dorang xkisah pon sebenarnya tapi terasa diri ini diperhatikan jugak kan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: