Lif berpenghuni (episod 3)

“ting tong” loceng rumah berbunyi, tanda seseorang menekannya. “zack, ada orang datang tu. mungkin khair” bad menyuruh zack membuka pintu. “kau tolong buka bad, aku nak pergi dapur siap-siap makanan” zack berdalih memberi alasan. Dia terus berjalan menuju ke dapur rumahnya. Alex pula sedang menonton televisyen tanpa menghiraukan apa yang berlaku. Bad malas berfikir panjang, dia tahu zack sengaja tidak mahu buka pintu. Takut gamaknya. Bad pun membuka pintu. Serta merta terpacul muka khair keriangan.

“assalamualaikum bad! Sori sangat-sangat. Aku keluar lambat dari rumah tadi. Ada kerja tak selesai. Ha, mana zack dan alex?” khair terus masuk ke rumah tanpa menunggu jawapan dari bad. “zack ada kat dapur, siapkan makanan katanya. alex ada kat situ” bad menghalakan jari telunjuknya pada alex yang sedang duduk menonton televisyen. Alex yang perasan kehadiran khair, terus menerpa ke arahnya. “weh khair! Apasal kau lambat? Aku ingat kau tak mahu datang dah. Meh sini duduk” alex segera menarik tangan khair untuk duduk disampingnya. Bad turut serta duduk di ruang tamu itu. “weh khair, cuba kau cerita sikit apa yang jadi tadi? Aku dengar sampai sesat masuk flat”. khair menjadi hairan dengan kenyataan itu: “eh? Apa yang salah flatnya? Betul la aku masuk flat ni. Kalau sesat tak ada lah aku sampai sini. Apa la korang ni. Sapa yang pandai-pandai cakap aku sesat ni?” khair mengangkat sebelah keningnya berkali-kali meminta jawapan dari bad dan alex. “kau tak sesat masuk flat? Jadi tadi kau naik….ha?! jap-jap, kau naik lif ke tadi?” bad memohon jawapan jujur dari khair. Mereka seolah-olah tidak percaya jawapan yang keluar dari mulut khair sebentar tadi. “yela, korang pun satu, kenapa tak cakap awal-awal yang lif flat zack ni rosak, jenuh aku try tadi. Nasib baik aku tak sangkut dalam lif tu” khair memberi jawapan yang betul-betul menyentap ulu hati alex dan bad. Mereka terdiam seketika. Memandang sesama sendiri. Khair menjadi hairan: “weh, korang ni kenapa? Ada masalah ke? Kenapa dengan lif tu? cuba cerita sikit. Aku pun nak tau jugak” khair semakin galak untuk mengetahui perkara sebenar yang berlegar-legar dalam kepala bad dan alex ketika itu. Bad cuba meredakan keadaan: “hmm, tak ada apa-apa la khair, kitorang pun sebenarnya naik lif tu jugak tadi. memang ada masalah. Tapi zack tak bagitau kitorang awal-awal..” kata-kata bad mati disitu apabila zack muncul membawa makanan dari dapur. Bad berbisik pada khair “psst khair, nanti kita sambung cerita ok. Kita makan-makan dulu”

Zack meletakkan makanan dan snek di atas meja ruang tamu. “wah. Bukan main lagi korang bersembang. Mengumpat pasal aku la tu. ha, khair. how are u?”. “Alhamdulillah sihat” khair membalas dengan senyuman. zack sengaja memaniskan roman muka meskipun banyak soalan yang masih belum terjawab di dalam benaknya. ‘Kenapa khair boleh gunakan lif tu? sedangkan lif tu dah rosak. Dan siapa yang tekan loceng rumah aku tadi? Bila buka je tak ada orang? Padahal sebelum ni tak pernah ada orang main tekan-tekan loceng rumah aku’. Bad dan alex hanya memerhati tingkah laku zack yang seolah-olah memikirkan sesuatu. mereka tahu roman wajah zack sengaja dimaniskan. Zack juga sedar bad dan alex sedang memerhatikannya “ha, korang berdua ni kenapa? Tadi bukan main bising lagi. aku datang je terus diam macam ada malaikat lalu” bad dan alex sedikit tersentak dengan soalan zack sebentar tadi. “eh, tak ada lah, kitorang sengaja bagi peluang kat kau dan khair bersembang. Dari tadi kitorang je yang sembang dengan kau. Mesti kau muak bersembang dengan kitorang kan? dah-dah, jangan buang masa lagi. jom mula karaoke!” bad segera berlari menekan suiz karaoke di bawah televisyen dan mendapatkan empat buah mikrofon dan diberikan kepada masing-masing. “weh, sori la, aku sakit tekak la. Korang je la nyanyi, aku tengok je sambil makan”. Khair menolak permintaan itu dengan baik. Dia yang sejak tadi memerhati tingkah laku rakan-rakannya, merasa hairan. Mereka tidak seperti sebelum ini. Seolah-olah ada sesuatu yang terjadi antara mereka. khair malas berfikir panjang. Diluputkan segala persoalan yang sedang berlegar di fikirannya ketika itu. ‘ah! Malas nak fikir panjang. Berbaik sangka ialah jalan terbaik’.

***

Khair melihat jam di dinding rumah zack. Kemudian menjeling pula pada jam di tangannya. “astaghfirullah al ‘azim…” beristighfar panjang khair apabila mengetahui jarum jam sudah menunjukkan tepat pukul 1.20 pagi. “weh korang, aku rasa kena balik sekarang la. Dah lewat sangat ni”. Zack yang sedari tadi leka dengan mikrofonnya cuba memujuk khair supaya tidak pulang segera “ala khair, awal lagi ni. Lagipun esok kan hari ahad. kita cuti. Kenapa nak kalut-kalut balik? Ni makanan banyak-banyak ni sapa nak makan?” jari telunjuk zack diarahkan pada makanan yang berada di atas meja. Masih banyak berbaki. “la, aku dah makan banyak gila, kembung perut aku ni. korang je yang tak sentuh lagi. Leka sangat dengan karaoke tu. tapi serius weh, esok aku dah janji dengan abang aku nak bawa ayah aku berjalan. Aku kena balik juga ni” khair bangun dari duduknya. Membetulkan pakaiannya. zack cuba memikirkan sesuatu supaya khair tidak pulang lagi. “ha, jap khair, aku ada cadangan. Apa kata kau tidur kat rumah aku je malam ni. Esok lepas subuh, kau balik la” zack tersenyum. Alex dan bad masih lagi leka berkaraoke tanpa menghiraukan apa yang dibincangkan oleh khair dan zack. “ok lah, aku tidur sini. Tilam dan selimut kau letak mana?” jawapan khair membuatkan zack tersenyum. “kau pergi dalam bilik aku, kau tidur je kat katil tu. nanti alex dan bad tidur kat bilik tetamu, aku tidur sebelah kau”. “ok, aku masuk tidur dulu” khair berlalu pergi dan mempersiapkan diri untuk melayari mimpi. Bad dan alex yang baru perasan khair tiada disitu bertanya pada zack. Zack memberi jawapan dan sedetik kemudian mereka meneruskan berkaraoke.

***

4.38 a.m

Khair terjaga dari tidurnya. Dia menggeliat membetulkan urat saraf yang bercelaru. Kebiasaannya di rumah, khair akan terjaga dengan sendirinya pada pukul 3 pagi setiap hari. Selepas itu dia akan segera membersihkan diri kemudian bersolat tahajud dan berwirid alquran. Tetapi kali ini dia terlewat sedikit dari kebiasaannya. Khair segera melihat jam tangannya yang berada di atas meja. ‘astaghfirullah…’ khair beristighfar dalam hati.

gambar hiasan

Khair mengambil wuduk di bilik air yang terletak di dalam bilik tidur zack. Beberapa minit kemudian khair keluar sambil mengelap air wuduknya di tuala yang telah disediakan di atas kerusi. khair memerhati sekeliling. Mencari sejadah. Samar-samar pandangannya. Sengaja tidak dipasang lampu bilik. Hanya memasang lampu tidur. Fikirnya bimbang mengganggu zack. Setelah mengelilingi bilik berkali-kali, tidak juga ditemui sejadah. Kali ini khair tekad untuk bertanya pada zack. Dia cuba membangunkan zack dari tidurnya. Diraba-raba katil. Mencari sesusuk tubuh zack. Tetapi tidak ditemui. Rupanya zack tiada disitu. ‘aik?, mana zack ni? Aku mati-mati ingat dia ada tadi. Tertidur kat ruang tamu la tu’ khair terus pergi ke ruang tamu mencari zack. Tetapi dia tiada juga disitu. Sedang khair mencari sesuatu, dia terdengar bunyi tapak kaki manusia sedang berjalan di luar rumah zack. Tersentak sedikit khair apabila mendapati pintu rumah sedang ternganga luas. ‘ada pencuri ke?’ Segera khair berlari keluar rumah untuk memerhati keadaan di luar rumah zack. Suiz lampu luar rumah ditekan. Sekali lagi khair tersentak. Ada seseorang sedang berjalan perlahan-lahan pergi dari situ. Khair berasa kurang enak. Tapi dia memberanikan diri. “weh! Siapa tu? pencuri ke?” khair terus berlari menangkap sesusuk tubuh itu. Khair tersentak sekali lagi. Didapatinya orang itu ialah zack. “weh zack, kau buat apa kat luar malam-malam ni? Ngigau ke?” zack masih berdiam diri. Matanya tertutup rapat. “zack! Kenapa kau ni, jom masuk dalam. Teruk jugak gaya kau mengigau. Kalau aku biar tadi, entah-entah kau dah jalan sampai pejabat” khair berusaha menarik tangan zack untuk pulang ke rumahnya. “apa la nak jadi dengan kau zack, kesian siapa yang jadi bini kau nanti, malam-malam buta kena bangun tarik kau masuk bilik semula. Dah la badan kau ni berat macam..” belum sempat khair menghabisi ayatnya, lidahnya kelu berbicara. Tiba-tiba Zack muncul dari muka pintu. “weh khair, apa bising-bising tu? cakap sorang-sorang macam orang gila. aku dah la tak cukup tidur, kau pulak bising-bising kat luar. Cepat sikit masuk” zack menggosok-gosok matanya sambil menguap. Khair seakan-akan tidak percaya apa yang dia sedang lihat. “haa?! Zack? Jadi dengan sapa aku bercakap tadi?” perlahan-lahan khair menoleh ke belakang. Tiada siapa di situ. “astaghfirullah…astaghfirullah. ‘auzubillahi minassyaitonirrojim” berkumat-kamit mulut khair beristighfar. “cepatlah khair, kau cari siapa lagi tu? aku masuk dulu la ye. Nak sambung tidur. Nanti kau dah masuk, kunci pintu tau”. Sambil menguap panjang, zack meninggalkan khair berseorang di situ. Khair terpaku sejenak. Memikirkan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Sekali lagi mulut khair berkumat-kamit membaca ayat kursi meminta pelindungan dari Allah.

Bersambung ke post akan datang…nantikan…

Comments
19 Responses to “Lif berpenghuni (episod 3)”
  1. Hadijah says:

    Izzy ni,..iskh2 dah la baca memalam..suspens tadi.nsb baik makhluk yg menyerupai Zack tu xwat pape.semakin bertambah tanda tanya kat kepala akak ni..huhu..continue2..

  2. mimi says:

    wow….
    Nice blog and templete..rius nie…

    sumanje@ymail.com
    leh ajar su manje buat tak…?
    se

  3. akeep says:

    waduhwaduh suspender ni. .haha. .

    seramm

  4. nAmE says:

    bakat terendam..eh terpendam:) tahniah teruskan berkarya

  5. mantap~~~ ramai peminat nk tahu seterusnya.. cepat2 update.. hihi

  6. sarah says:

    huuuu,takut2…tp x sabar nk bc lagi..

  7. Cik Rabbit says:

    sambung lagi T_T huhu..

  8. sharifah nor says:

    waaaa…dah lewat sehari….suspen..nak tunggu lagi sambungan seterusnya…hantu ke??

  9. dina darwina says:

    dina ingatkan dh nak ending rupenyerw blum g..huhuhu

  10. misza says:

    hantu lif dah jalan-jalan sampai kerumah. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: