Demi cinta ilahi (bab 1)

Februari 2010 – damsyik, syria

“sollu ‘ala rasulillah…habibil mustofa….peace be upon the…” Ahmad izzat tersedar dari tidur apabila telefon bimbitnya berlagu deras. Lagu ‘the chosen one’ nyanyian maher zain yang telah di’trimmed’ dipilihnya sebagai nada deringan telefon bimbitnya. Izzat melihat sekeliling bilik tidurnya. tiada siapa ketika itu. Dia keseorangan. Rakan sebiliknya, zarul entah ke mana. Tetapi waktu-waktu petang sebegini, kebiasaannya zarul ke kelas talaqi(kelas di masjid) ataupun kelas khas bersama pelajar Malaysia. Tanpa melihat nombor yang muncul di skrin telefon bimbitnya, izzat terus menekan punat berwarna hijau “assalamualaikum ustaz, maaf mengganggu. ana ustazah ida nak beli barang di almari ekonomi persatuan. Kalau tak keberatan, ana nak secepat mungkin ya. Kalau boleh sekarang. Itu pun kalau tak menyusahkan ustaz” terpacul suara seorang akhawat dari corong telefon bimbitnya. “ok, tak menyusahkan pun. Dah memang tugas ana. insyaallah lagi 10 minit ana sampai. assalamualaikum” Izzat mematikan talian setelah akhawat itu menjawab salamnya. Tidak menjadi sesuatu yang menghairankan di Syria, pelajar-pelajar Malaysia menggunakan kata ganti nama ustaz dan ustazah untuk sebarang urusan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Setelah memastikan jam ketika itu tepat pukul 3.30 petang, sambil menguap dan menggeliat, Izzat bangkit dari tempat tidurnya menuju ke bilik air. Membersihkan diri dan mengambil wuduk. ‘sempat ke ni? Aku tak solat asar lagi ni? solat je dah 5 minit, bersolek 5 minit lagi, jalan ke rumah persatuan 5 minit lagi. Tak apa la, duduk kat negara arab. kalau cakap 10 minit, jawabnya 30 minit la. Minta maaf ye ustazah, tadi ana tak cakap pun janji, ana Cuma cakap insyaallah. hehe’. Tersengih izzat seperti kerang busuk dengan jenakanya sendiri.

***

gambar hiasan

Seusai pulang dari urusan jual beli tadi, izzat terus pulang ke rumah. Setibanya di rumah, didapati zarul sudah ada di bilik sedang membelek-belek kitab ibnu ‘aqil. Sebuah kitab nahu. “hai izzat, bukan main smart ni? Ana ternampak anta pergi rumah persatuan tadi jumpa akhawat. Dating ke?” zarul bergurau. “aah, betul sangat tu, memang dating pun. Ana ni kan hensem. Ramai orang minat. Tak macam anta” izzat membalas gurauan zarul sambil menyalin pakaian dan meletakkan dompet di atas meja komputer. “amboi, gurau kasar nampak. hmm, akhawat tu nak apa? dia beli barang ekonomi ke? Banyak ke tak? Nak catat jualan ni” zarul bertukar normal. “banyak jugak la, stokin tebal warna coklat cair sedozen, majalah persatuan satu, button kpms tiga dan kopi radix sekotak”. Zarul segera mengambil buku jualan biro ekonomi di meja belajarnya dan mencatat setiap butir transaksi jualan yang diberitahu oleh izzat sebentar tadi. Setiap hujung bulan, hasil jualan biro ekonomi ini akan dicatat didalam buku akaun dan akan diserahkan kepada bendahari persatuan untuk dihitung untung rugi pada bulan tersebut. Izzat dan zarul kedua-duanya ialah exco biro ekonomi kesatuan pelajar Malaysia Syria(KPMS) bagi sesi 2009-2010. Kebetulan mereka berdua tinggal di rumah dan di bilik yang sama. Sebarang urusan berkaitan ekonomi persatuan lebih mudah diuruskan dan dibincangkan. Bukan itu sahaja, urusan dan hal peribadi juga sering dikongsi. Pendek kata, zarul dan izzat ialah sahabat karib dari sekolah menengah dulu sehinggalah saat itu.

“izzat, ana nak tanya pendapat anta sikit la” zarul memulakan semula bicara setelah selesai mencatat segala transaksi jualan tadi. “ha, apa dia? Mesti pasal kahwin ni, macam la ana tak kenal anta” meskipun izzat menghadap komputernya, tetapi dia sudah dapat membaca fikiran zarul tanpa perlu melihat perubahan pada muka sahabatnya itu. “hmm..nasib baik anta faham. Macam mana ni? Anta rasa ok ke tak ana kahwin masa belajar ni? Dah la muda lagi, takut nanti tak dapat nak imbang masa belajar dan masa untuk zaujah ana. Tolong la izzat, bagi cadangan sikit” zarul merayu jawapan seikhlas mungkin dari sahabatnya. Izzat terus mengalihkan badannya menghadap zarul. memandang tepat ke mukanya. Direnung dalam-dalam matanya. “macamni la, macam yang ana cakap sebelum ni, secara jujurnya, ana rasa anta mampu kahwin awal. lagipun dari segi kewangan anta jangan risau sangat. Rezeki Allah ni luas. Jangan sempitkan  fikiran anta. Kalau anta rasa anta tak mampu kawal diri anta, kahwin adalah jalan terbaik” izzat terdiam sejenak. Berfikir sesuatu kemudian menyambung. “senang macam ni la, ana tak ada pengalaman nak cerita pasal rumah tangga ni, elok anta Tanya abang abu. Dia kahwin waktu belajar. Dan cuba anta tengok dia, ok je kan?. Tak ada masalah pun. Dia cakap rezeki datang tak putus-putus. Ada je yang akan bantu. Itu belum kira duit dari syeikh-syeikh. Kesimpulannya, rezeki ni dari Allah, insyaallah tak ada masalah” zarul mengangguk dan seolah-olah sedang menghadam segala pandangan izzat tadi. “anta tak payah fikir panjang-panjang sangat. Lagipun ana rasa faridah tu ok je. Cantik, solehah. Dan ana rasa dia akan terima anta kalau anta taqdim dia, ana jamin. Jangan risau la” izzat menguatkan lagi semangat sahabat baiknya itu. Faridah ialah rakan sekelas izzat dan zarul ketika mengambil peperiksaan STAM di sebuah sekolah agama swasta di perlis dahulu. Secara kebetulan mereka melanjutkan pelajaran di Syria. “ana pun tak risau sangat soal faridah tu terima ana atau tak, contoh la kalau dia tolak ana, ana boleh cari orang lain. Cuma yang ana tengah fikir sekarang ni, takut-takut ada masalah lain datang. Pasal kewangan satu masalah. Keluarga dia kat Malaysia pun satu masalah” kata-kata zarul mati di situ apabila izzat mencelah. “ha, itulah masalah ibubapa di Malaysia zaman sekarang. Bila anak nak kahwin awal je, mesti tak bagi. Macam-macam alasan diorang bagi. Kononnya mengganggu pelajaran la, apa la. Padahal umur anak dah sampai had untuk berkahwin. Diorang tak pernah terfikir ke kalau anak diorang memilih jalan zina? Apa salahnya berkorban sedikit kewangan untuk bantu anak diorang mendirikan rumah tangga sementara tidak bekerja. Daripada berzina? Mana lagi baik?” izzat meluahkan isi hati yang lama terpendam kepada zarul. Zarul hanya mengangguk seolah-olah sedang bertalaqi di masjid. “itulah pasal, ana ada baca buku tulisan Abdullah nasih ulwan. Dalam tu banyak la cerita perihal kahwin awal. ana suka dengan satu ayat ni. Dia kan kahwin waktu tahun akhir pengajian dan dia rasa menyesal. Nak tau kenapa dia menyesal? Sebab dia cakap kalau awal-awal dia tahu kebaikan bernikah waktu belajar, dia akan usahakan untuk bernikah pada tahun awal pengajian.” Zarul tersenyum setelah menghabisi kalamnya. Izzat pula mengangguk setuju.

“jadi tunggu apa lagi? Esok tanya lah pendapat abang abu. Ana rasa dia lebih arif bab-bab kahwin ni. Ana Cuma boleh bagi pandangan je la. Pengalaman tak ada lagi” izzat tersenyum kambing sambil menepuk-nepuk bahu zarul di depannya. “ok, insyaallah. Terima kasih bagi semangat kat ana” zarul pula tersenyum bahagia sambil fikirannya menerawang jauh memikirkan hari bahagia itu semakin hampir. “izzat, asyik bagi pandangan kat ana je. anta punya tu apa cerita? Ada kontek lagi?” tiba-tiba zarul menukar tajuk perbualan. Seolah-olah meminta izzat pula menceritakan masalahnya. “ana punya apa pulak ni?” izzat berdalih lalu menghadap komputernya semula. “ala, buat-buat tak tahu pulak. Dia tu la. Siapa lagi. Macam mana sekarang? Ada kontek?” zarul galak bertanya. “entah la, susah nak cerita. Kadang-kadang tu ada juga kontek. Tapi rasa bersalah pula. Tapi kalau tak kontek pun, rasa bersalah juga. Entah la. Payah nak cakap macam mana. Tapi hati ni still macam tu la. Bohong kalau ana kata ana tak rindu. Sekarang ni ana serah kat takdir je la. Ana redha je. Tak apa lah, malas sebenarnya nak cerita pasal ni. Kalau ada jodoh, ada lah tu. kalau tak ada, nak buat macam mana kan” kata-kata izzat mati di situ tanpa menemui titik noktah yang sebenar. Zarul terdiam. Malas nak bertanya lagi. zarul tahu, setiap kali bertanyakan soal hati izzat, pasti dia akan memberi jawapan yang sama. Tiada jawapan pasti. “ok lah izzat, ana mandi dulu. Nak masuk maghrib dah ni” zarul terus berlalu pergi membawa tualanya menuju bilik air. Izzat masih menghadap komputernya. Namun fikirannya bukan lagi di situ. Terbang jauh menuju ke sebuah destinasi yang dia sendiri tidak pasti. Dia sedang memikirkan tentang satu nama. Satu nama yang pernah menghiasi setiap sudut dan ruang hatinya satu ketika dahulu. Nama itu ialah hani. Nurul hani.

Bersambung…..

Comments
12 Responses to “Demi cinta ilahi (bab 1)”
  1. nAmE says:

    thumbs up!permulaan yg menarik:)

  2. Hanna Adzhar says:

    Nurul Hani?
    Well, saya Nurul Hanna. HAHA

  3. hazel89 says:

    saya suka citernya..hehehe…

  4. Hawa 'iffah says:

    Wah.izzy.dh pndai karang bab cintan cinton erk.menark! Suka3x

  5. Hadijah says:

    Salam, alhamdulillah ada lagi karya dari izzy ni.
    Nak tahu kesudahan kisah ni, nampaknya ada nilai yg baik boleh diambil dari kisah ni..

Leave a reply to izzysabki Cancel reply