Lif berpenghuni (episod 4)

7.05 a.m – flat sri wangi – kelana jaya

Seusai solat subuh, khair memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana masih melindunginya dari sebarang malapetaka. Kejadian pagi tadi membuatkan khair sedikit seram sejuk. Namun ditabahkan semula hatinya dengan menadah tangan berdoa semoga dikuatkan hati dan berharap semoga kejadian seperti itu tidak lagi berulang. Itulah kali pertama dia melalui kejadian sebegitu. Baginya, biarlah ia menjadi pengalaman berharga untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan. Dan khair berharap semoga kejadian seperti itu dapat mendekatkan lagi dirinya kepada tuhan penciptanya. Menambahkan lagi pergantungannya kepada Allah. Dia yakin Allah sengaja mahu menguji tahap keimanannya. ‘kenapa aku perlu takut dengan semua itu? Kalau betul pun ‘benda’ itu wujud, dia tidak akan dapat mencederakan aku kecuali dengan izin-NYA. Ya, aku perlu yakin bahawa ‘benda’ itu juga makhluk Allah sepertiku.’

Meskipun khair redha dengan segala ujian yang diberikan kepadanya, namun hatinya kuat untuk mengetahui perkara sebenar. Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. ‘semalam zack berkelakuan pelik. tidak seceria seperti sebelumnya. Bad dan alex juga seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari aku. Mereka semua seolah-olah merahsiakan dari aku sesuatu tentang rumah ini. Tentang flat ini. tentang lif…haaa! Aku dah ingat, semalam bila aku cakap kat bad dan alex tentang lif yang rosak, diorang seolah-olah terkejut. Sebelum diorang sempat cakap sesuatu tentang lif itu, zack datang bawa makanan dari dapur. Ya, aku sangat yakin. Mereka berdua tahu perkara ini. Aku mesti tahu hal ini sebelum apa-apa yang buruk bakal berlaku’. khair terus bangkit dari duduknya dan melipat sejadah yang digunakannya tadi. Kali ini dia tekad untuk bertanya kepada bad dan alex tentang misteri lif flat ini.

***

8.46 a.m – Lebuhraya kelana jaya – klang

“ah! Aku awal-awal lagi dah agak. Mesti ada sesuatu tentang lif tu”. khair bercakap seorang diri sambil memandu keretanya pulang ke klang bagi melunaskan janjinya untuk keluar berjalan bersama abang dan ayahnya. Jarinya menari-nari di atas stereng keretanya memikirkan sesuatu. Dia sudah tahu serba serbi tentang lif flat rumah zack. Semuanya telah diceritakan sendiri oleh bad, alex dan juga zack. Meskipun cerita itu hanyalah khabar-khabar angin yang bertiup lembut ke telinga mereka, tetapi ada satu perkara yang menghantui fikiran khair ketika itu. “walaupun semua tu khabar angin, tapi aku musykil bila diorang cakap pernah berlakunya pembunuhan kejam dalam lif tu beberapa tahun dulu. Kalau orang pernah gila sebab naik lif tu,aku tak kisah lagi. Ni kes bunuh. Walaupun cerita ni pun tak sohih, tapi kenapa pemilik flat menutupnya? Kalau rosak biasa, aku rasa diorang hanya akan baiki lif tu. tapi ni tak baiki, tutup terus. Pelik. Memang pelik.”

***

gambar hiasan

Khair terus berdialog seorang diri. “masa aku cerita pasal kejadian yang menimpa aku pagi tadi, air muka zack tiba-tiba berubah. Ya, aku tahu dia takut kerana ‘benda’ yang aku temui itu menyerupai dirinya. Mungkin zack takut kalau-kalau ‘benda’ itu ganggu dia pulak. Bad dan alex pula seperti biasa, walaupun aku tahu sebenarnya diorang juga takut. Tapi insyallah tak ada apa-apa akan berlaku pada diorang” sebelum khair meninggalkan mereka di rumah zack tadi, dia sempat mengajarkan beberapa potong ayat al-quran sebagai pelindung dari sebarang malapetaka. Dan sempat juga khair mengingatkan bahawa ayat-ayat itu tidak dapat melindungi mereka kecuali semuanya dengan izin Allah semata-mata.

Sepanjang perjalanan itu khair berdialog seorang diri. banyak soalan yang berlegar di fikirannya. Dia timbulkan persoalan dan dia sendiri yang menjawabnya. Kerana fikirannya sedang tertumpu pada persoalan lif tersebut. Dan kerana dia sendiri sudah mengalaminya. Menemui ‘benda’ yang menyerupai zack. “aku rasa aku kena cari kebenaran. Biar apa pun yang bakal terjadi, aku tetap akan selesaikan masalah ni.” Lagak gaya khair seolah-olah seorang penyiasat professional. Masakan tidak, datuknya seorang penyiasat dalam pasukan polis sewaktu muda dulu. Mungkin darah datuknya sedikit sebanyak mengalir dalam jasad khair. “ha, baru aku ingat, diorang ada cakap yang pembunuhan itu tidak diketahui umum kecuali tuan dan pengurus flat tu. masakan polis juga tidak tahu? Musykil.” Khair bertambah semangat untuk mencari kebenaran yang tersembunyi. “aku mesti siasat!” khair menguatkan tekad sambil menumbuk perlahan stereng keretanya.

2.23 p.m – rantau pajang, klang

Khair merebahkan badannya di atas katil di dalam biliknya seusai pulang dari berjalan-jalan di taman tasik shah alam bersama abang dan ayahnya. Khair merasakan seluruh anggota badannya sakit-sakit seperti seorang ahli sukan yang baru selesai sesi latihan. Letih kerana kurang tidur dan banyak memandu. Ditambah pula otaknya yang sering diperah untuk mendapatkan setitis kebenaran tentang lif flat rumah zack. Khair melihat pada jam pada dinding biliknya. “astaghfirullah..dah lewat ni. Tak solat asar lagi” meskipun badannya membutuhkan rehat yang lebih, namun digagahkan jua untuk bangun dari katilnya menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk bagi menunaikan solat zohor. Terlintas dalam hatinya ‘sebaik-baik rehat bagi orang mukmin ialah solat’.

Setelah selesai mengimami solat jemaah bersama abang dan ayahnya, khair terus mendapatkan laptop miliknya di bilik. Tangannya ligat menekan butang tetikus mencari sesuatu yang menghantui fikirannya sejak tadi. Ditujukan cursor tetikus ke program ‘google chrome’ dan menulis sesuatu di ruang search. ‘kes pembunuhan di flat sri wangi kelana jaya’. Setelah menekan butang search, keluar beratus tajuk yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Tekun khair membaca sebaris demi sebaris tajuk yang tersenarai. Ditukar ke page seterusnya. Tidak juga ditemui yang berkaitan. Ditukar lagi ke page seterusnya. Kali ini sudah hampir 10 page ditukar. Namun tidak juga ditemui. Khair menukar kata kunci di ruang search kepada ‘kejadian di flat seri wangi kelana jaya’. Butang search ditekan. Keluar beratus tajuk yang berkaitan. Kali ini mata khair terpaku pada satu tajuk. Berada pada senarai teratas. ‘KEJADIAN PELIK DI SEBUAH FLAT DI KELANA JAYA’.

Khair tidak membuang masa, segera ditekan tajuk itu. artikel itu ditulis oleh seorang blogger yang tidak dikenali. Khair membaca setiap patah perkataan di artikel yang ditulis didalam blog tersebut. “banyak juga cerita pelik yang ditulis oleh blogger ni. Tiada tarikh waktu kejadian yang dinyatakan oleh penulis. Tapi ada satu dan dua cerita yang menyerupai khabar angin yang diceritakan oleh zack tadi. Cerita tentang lif. Cuma apa yang menjadi kemusykilan aku, kenapa blogger ni tidak menyatakan nama flat tersebut? Mungkin dia tak mahu mamalukan flat tu kot. Atau mungkin juga dia hanya mendengar khabar angin yang tiada dalil sohih tentangnya. Wallahua’lam.” Khair kurang berpuas hati dengan pencariannya itu. Dia terus meninggalkan nombor telefonnya di ruang yang disediakan didalam blog tersebut. Khair mengharapkan jawapan selanjutnya dari pemilik blog tentang flat dan lif yang diceritakannya itu. Dan dari mana dia memperolehi sumber berita tersebut. Kemudian khair menutup laptopnya dan kembali merebahkan badan di atas katil. Fikirannya menerawang jauh menyusun setiap cebisan persoalan yang masih belum tercantum. Seperti bermain puzzle yang mempunyai 1000 cebisan namun tiada satu pun yang sudah tercantum. tetapi sedikit pun tidak melunturkan semangat khair untuk mencari kebenaran. Dia terus bangun dari katilnya dan mengambil kunci kereta di atas meja.

5.13 p.m – Flat sri wangi – kelana jaya

Zack yang tidak dapat melelapkan mata sejak kepulangan rakan-rakannya tadi, sengaja memasang speaker televisyen rumahnya sekuat-kuatnya. radionya juga dipasang kuat. Bergema rumahnya ketika itu. Tidak lagi dihiraukan jiran sebelah. Apa yang penting, dia dapat menghilangkan rasa takutnya.

“ting tong..ting tong” loceng rumah berbunyi dan zack membiarkan tanpa sahutan. “ting tong..ting tong..ting tong” kali ini locengnya ditekan bertalu-talu. Namun dibiarkan sahaja. Dia tidak mahu diganggu ‘benda’ yang diceritakan oleh khair itu. Zack menarik selimut menutup seluruh tubuhnya. Dia menggigil ketakutan. Telefon bimbit segera dimatikan fungsinya supaya tiada siapa akan mengganggu dirinya saat itu.

Bersambung lagi…..

Comments
11 Responses to “Lif berpenghuni (episod 4)”
  1. sharifah nor says:

    Aduh..makin suspen ni…dah ghairah nak tahu lagi ni…

  2. dina darwina says:

    berdebar jerw baca..hahahahahahaha cepat wat ending citer ne izzy hahahaaha

  3. amni says:

    alamkk…

    tercicir…

    nseb baek trperasan crita ni…

  4. zue says:

    wah semakin seram bc cita ni..ape jd ek? huhuuhuhuhu

  5. sarah says:

    tu la tu la, nak ending =P berdebar + saspen

  6. Hawa 'iffah says:

    Izzy ska wt suspen.ketaq bca.dh ar dok demam.huhuhu

  7. Hadijah says:

    semakin berkembang cerita ni, semakin byk la persoalannya …
    tu yg makin suspens tu..next chapter..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: