Kembara nawa dan busra ( 1 )

3 feb 2008

Pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Aku dan 4 orang rakan mengembara ke tempat yang mempunyai sejarah tersendiri. Kenapa aku katakan pengalaman ini tidak boleh dilupakan? Kerana ada dua sebab. Sebab pertama ialah aku dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh berkat. Tanah lahirnya dan bersemadinya seorang ulama’ yang tidak asing lagi di kalangan orang islam. imam nawawi. Di sinilah tempatnya. Dan sebab kedua ialah kerana… kerana apa? Nak tahu? jom ikuti pengembaraan ini.

***

Pengembaraan bermula dari ibu kota damsyik, syria pada pukul 10 pagi. Kami menaiki bas menuju ke nawa. Di nawa kami menunaikan solat zohor di sebuah masjid berdekatan. kami tidak membuat solat jamak qasar kerana nawa berada Cuma 50 km dari damsyik. Seusai menunaikan solat, kami tidak membuang masa. Tujuan ke situ Cuma satu. Ke makam imam nawawi. seorang ulama’ yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat islam secara umumnya dan masyarakat Syria secara khususnya. Nama sebenar imam nawawi ialah abu zakariya yahya bin syarafuddin. Dikenali dengan gelaran nawawi kerana beliau berasal dari tempat ini, nawa.

al imam abi zakariya yahya bin syarafuddin an nawawi

bergambar bersama penjaga makam

Setibanya kami ke makam ini, kami disambut oleh seorang penjaga. Dia adalah seorang arab yang berasal dari tempat ini. Dia telah menjaga makam ini dari perbuatan khurafat dan bid’ah oleh sesetengah orang yang datang melawat makam ini. Selain itu, dia juga menjaga khazanah alam ini supaya terus terpelihara dari sebarang kerosakan dan memelihara kebersihan kawasan sekitarnya. Makam imam nawawi dikelilingi oleh kubur-kubur lain yang sudah berusia lebih beratus tahun.

kubur yang berusia beratus tahun

Makamnya dikatakan mempunyai keberkatan dan keistimewaan. Memandangkan beliau seorang ulama’ yang sangat warak dan sentiasa memikirkan untuk menyebarkan ilmu kepada seluruh masyarakat ketika itu. Terlalu banyak kisahnya samada sohih atau tidak. Tapi apa yang pasti, kisahnya yang banyak ini sangat elok untuk dikongsi bersama. Sekurang-kurangnya kita mempunyai pandangan yang baik terhadap para ulama’ dan seterusnya timbul rasa hormat terhadap mereka. Terutamanya ulama’ yang menghabisi masanya dan dirinya semata-mata untuk menyebarkan dakwah islam.

makam imam nawawi

Antara cerita menakjubkan tentang imam nawawi:

1-      pada suatu malam, sedang beliau menulis kitab, lampu tiba-tiba terpadam kerana kehabisan minyak. Dengan izin Allah, tangannya mengeluarkan cahaya yang terang menyebabkan beliau dapat meneruskan penulisan kitab itu.

2-      Imam nawawi seorang ulama’ yang terkenal kerana ilmu yang dikurniakan Allah kepadanya sangat banyak sehinggakan beliau tidak mempunyai masa untuk berehat dari menulis. Biliknya dipenuhi kitab-kitab yang dikarangnya sehingga tiada tempat untuk baring. Dikatakan, apabila dia penat menulis, dia akan tidur dalam keadaan duduk. Dan apabila dia tersengguk dan terjaga dari tidurnya, dia akan meneruskan menulis kitab-kitabnya. Antara kitabnya yang terkenal dan menjadi rujukan sehingga kini ialah ‘arbain nawawi’. Sebuah kitab hadis yang disusunnya mengikut peringkat-peringkat tertentu.

3-      Beliau tidak mempunyai masa untuk memikirkan hal dunianya kerana terlalu sibuk menulis kitab. Sehinggakan beliau meninggal dunia dalam keadaan bujang dan tidak pernah merasai alam pernikahan meskipun umurnya ketika itu mencecah 43 tahun.

4-      Pokok yang tumbuh di tengah-tengah kuburnya dikatakan mempunyai kelebihan tertentu. Daunnya suatu ketika dahulu diambil oleh orang sekeliling untuk dijadikan ubat.

pokok di makam(1)

pokok di makam(2)

5-      Kawasan ini menjadi sangat subur kerana adanya keberkatan imam nawawi. Sehinggakan kawasan ini sangat sesuai dijadikan tempat bercucuk tanam sehingga hari ini.

6-      Pada suatu ketika dahulu, Israel pernah menggugurkan bom ke kawasan ini, tetapi bom tersebut tidak meletup.

7-      Di tengah-tengah batang pokok yang tumbuh di kubur ini dikatakan mempunyai ukiran kalimah Allah. Ukiran ini terbentuk sendiri dengan izin Allah.

ukiran kalimah Allah di pokok

Dan sebenarnya masih banyak cerita tentang ketokohan ulama’ ini. Cuma kita sebagai manusia biasa kena yakin bahawa segalanya adalah dari Allah. Tidak hebat seseorang itu jika Allah tidak mengizinkan. Tapi apa yang jelas disini, Allah pasti akan memberi kelebihan dan keberkatan kepada hamba yang dikehendakiNYA, terutamanya seorang ulama’ yang menghabiskan masanya untuk menyebarkan ilmu ke seluruh alam. Wallahua’lam.

kisah imam nawawi terukir di dinding makam

“Seumpama ulama’ di bumi adalah seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk di dalam kegelapan bumi dan laut.  Apabila dia terbenam maka jalan akan kabur”.  (HR Imam Ahmad)

Pengembaraan bersambung…

Comments
20 Responses to “Kembara nawa dan busra ( 1 )”
  1. dhia says:

    salam..seronoknya dapat jalan2 luaskan pemandangan n tambahkan ilmu pengetahuan..

  2. dina darwina says:

    sangat menarik..kdg2 membuatkn dina nk g study kat sana jgk

  3. Cik Rabbit says:

    waaaa…syria😉 mau pergi jugak ! sedihnya…

  4. Hadijah says:

    Salam izzy, wa..akk suka kisah ni..
    Subhanallah, tersentuh akak baca yg imam nawawi menghabisi masanya dan dirinya semata-mata untuk menyebarkan dakwah..huhu, insafnye diri. tapi tu la, Allah Maha Berkuasa, Semuanya datang dari Allah dengan izinNya.Kalau baca kisah ulama’ ni mmg bgus utk muhasabah diri.Dulu, akak wak2 study ada kaji ttg imam Ahmad bin Hanbal yg diseksa dlm berdakwah..
    Beruntung Izzy dapat lihat sendiri makam Imam Nawawi, semoga isi yg disampaikan ini membri manfaat kepada kita bersama..InsyaAllah.

  5. salam..
    kaifahal org mafraq??
    sibuk study ke?? hahaha
    amacam? dah tgk ke liverpool chelsea hahaha…

  6. PG says:

    pengalaman y menarik…syukur diberikan peluang =)

  7. misza says:

    berangan juga nak htr anak ke timur tengah. skrg otw nak amik stam. ok tak izzy.

  8. blog walking di petang hari..makaseh lawat blog sy..subhanallah..nice place..doakan la moga2 murah rezeki..leyh pijak bumi anbiya’.insyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: