Lif berpenghuni (episod 5)

“apasal la zack tu? tekan loceng berjuta-juta kali, tapi tak sahut. Handphone pun tutup. Lepas tu pasang tv kuat-kuat. Dah macam orang putus cinta je” khair mengomel seorang diri. geram dia pada zack dilepaskan didalam keretanya sahaja. Masakan tidak, jauh khair memandu ke kelana jaya semata-mata mahu bertanya tentang pemilik flat itu. Tetapi zack pula berkurung di rumah. “astaghfirullah.. apa aku ni? Suuzon kat kawan aku. Mungkin dia ada masalah dengan keluarga dia kot. Aku mana tahu. Eh, dia mana ada keluarga. Lupa pulak aku.Tak apa la, insyaallah kat pejabat esok aku Tanya dia” khair meneruskan pemanduan menuju ke rumahnya untuk berehat. Teringat khair pada kisah zack dulu. Dia adalah anak yang lahir atas dasar cinta nafsu satu pasangan. Kemudian dibuang ke rumah anak yatim. “kesian zack, lahir tak dipinta. Lahir-lahir je terus kena buang. Memang mak bapak dia ni dasar manusia hati binatang. Malah binatang lagi baik dari mereka ni!” sekali lagi darah khair bergelora mengenangkan kisah zack yang diceritakan kepadanya.

Setelah sampai di rumah, khair terus menuju ke bilik air untuk mandi. Kemudian bersiap untuk ke surau ar-rahman, surau yang berdekatan dengan rumahnya. dia mahu solat maghrib berjemaah bersama penduduk sekitar dan seterusnya mendengar ceramah dari ustaz Ibrahim yang dikaguminya.

Seusai solat jemaah, ustaz Ibrahim yang mengimami solat tadi, terus mengambil dan meletakkan meja di hadapannya dan mikrofon kecil diselitkan pada jubah putihnya. Seorang lelaki mendekatinya dan meletakkan sebuah kitab di atas meja. Setelah semua hadirin duduk rapat ke hadapan, ustaz Ibrahim pun memulakan sesi ceramahnya. Khair tersenyum melihat wajah ustaz Ibrahim yang bercahaya. ‘inilah wajah mereka yang amanah dengan ilmu yang diberikan Allah kepadanya. Sentiasa bercahaya. Kerana mereka berdakwah tanpa mengharapkan sedikit pun keuntungan dunia.’

Tajuk ceramah malam itu menyentuh tentang kematian. “ingat semua para hadirin sekalian, ajal maut itu di tangan Allah. Dia yang menentukan bila manusia itu akan mati. Semua kita telah ditetapkan tarikh kematian, Cuma kita tidak tahu bila kita akan mati. Mungkin ana yang akan mati dulu. Atau mungkin anda yang berada di depan ana sekarang. Masa pun kita tidak tahu, mungkin esok, atau mungkin selepas ini. Kita semua tidak tahu. Kerana itulah kita perlu sentiasa bersedia menghadapi kematian yang entah bila akan menjemput kita. Apabila tiba saat itu, Allah tidak akan sekali-kali mempercepatkan atau melambatkan ajal kita walau sesaat.” Ustaz Ibrahim bersungguh-sungguh menyampaikan ceramahnya sehingga kadang-kala terkedu dan menitiskan air matanya. Semua hadirin cukup terkesan dengan isi yang disampaikan. Malah khair juga turut menangis kerana mengenangkan dosanya yang bertimbun. Lebih-lebih lagi ustaz Ibrahim menyentuh soal kematian. ‘Ya Allah, aku mengharapkan ampunan dari MU. Aku malu pada MU kerana sentiasa melakukan dosa. Aku bimbang aku mati dalam keadaan KAU tidak mengampunkan aku.’ khair membiarkan air matanya mengalir tanpa menghiraukan pandangan hadirin di sekelilingnya.

Isnin – 8.32 a.m – GARUDA HOLDINGS SDN BHD

Khair tiba awal di pejabat dengan penuh semangat. Mukanya ceria. Pantang berjumpa dengan rakan sekerjanya, pasti dia akan memberi salam. Dia terkesan dengan ceramah ustaz Ibrahim semalam. Meskipun ceramahnya hanya sejam lebih, tetapi isi yang padat sudah cukup memberi impak yang besar di dalam diri khair.

Pagi itu khair membuat kerjanya seperti biasa. Menyelesaikan tugas yang tertangguh. Bad dan alex juga sama. Sibuk dengan kerja masing-masing. Cuma zack sahaja tiada. Bila khair bertanya kepada semua rakan kerjanya, mereka semua tidak tahu menahu tentang zack. Khair bertambah hairan kerana pada kebiasaannya, jika zack mempunyai masalah, dia akan terus menghubunginya. Tetapi hari itu zack langsung tidak memberitahunya atau kepada rakan sekerjanya yang lain.

Khair sekali lagi cuba menghubungi zack. Masuk kali ini sudah berpuluh-puluh kali dia mencuba, tetapi tetap juga tidak dapat dihubungi. ‘kenapa dengan zack ni? Dari semalam aku cuba kontek dia, tapi tak dapat-dapat. Tak kan masalah besar sangat sampai waktu kerja pun dia tak datang?. Pelik zack ni.’

***

Khair dan bad memanfaatkan waktu lunch dengan berehat-rehat sambil makan di restoran melayu berdekatan. Mereka berdua menempah menu yang sama. Nasi goreng kampung extra pedas dan air milo ais.

“khair, zack apa cerita? Dari semalam aku try kontek dia. Tapi tak boleh. Dia tutup handphone. Macam tak mahu orang kacau dia. Kau rasa-rasa la, dia ada masalah apa ek?” Bad bertanya. “aku pun tak tahu nak cakap macam mana, bimbang jugak aku dengan dia. Semalam aku dah pergi rumah dia, saja nak jenguk dia. tapi bila aku tekan loceng, dia tak menyahut. Bukan sekali dua aku tekan loceng dia, berpuluh kali. Tapi dia tetap tak sahut. Dah tu, dia pasang pulak tv rumah dia kuat-kuat. Bingit telinga aku dengar dari luar. Nasib baik jiran dia boleh bertolak ansur, kalau jiran dia gangster jalanan ke, tak ke naya kawan tu kene belasah” khair hanya tersenyum. Kemudian pelayan datang menghidangkan menu yang ditempah kepada mereka.

“haha.. pelik sangat tu, sebelum ni kalau ada apa-apa masalah, dia akan cerita kat kita kan. Ini dah la tak cerita, pastu ponteng kerja pulak. Khair, masa kau tekan loceng rumah dia, kau ada bau apa-apa tak? Busuk ke? Mana la tau kan.. entah-entah dia dah ma…” belum sempat bad menghabisi kalamnya, khair memotong “dah-dah, tak payah nak merapu kat sini. Makan cepat, kita dah lewat ni, nanti bos marah pulak” khair tahu bad hanya bergurau, tetapi khair tidak suka gurauan yang bersangkut paut dengan kematian. Kerana baginya kematian bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main. “ok, sori, gurau je. Jom habiskan makanan cepat” bad serta merta melajukan suapan. Lagaknya umpama seorang yang kelaparan.

***

gambar hiasan

ketika mereka sedang membayar di kaunter bayaran, tiba-tiba telefon bimbit khair berdering. Khair segera menjawab panggilan. “waalaikumussalam alex, ye kenapa?” khair mengangguk. Alex menceritakan sesuatu yang penting kepada khair. Tiba-tiba khair membesarkan sedikit matanya. Lagaknya seperti terkejut “betul ke ni? Innalillah..” mulut khair berkumat kamit membaca doa dan beristighfar. Dia yang pada mulanya ceria, tiba-tiba bertukar serius. “ok, nanti kita jumpa di pejabat. Assalamualaikum” Dia mangangguk dan segera mematikan telefon bimbitnya. Kemudian Khair memandang pada bad dengan riak wajah yang sangat serius.

“weh khair, kau ni kenapa? Serius semacam je. Apa yang alex bagitau tadi? Cerita la kat aku”

“aku harap kau bersabar ye bad. Ada berita yang kurang enak” muka khair bertambah serius.

“berita apa pulak ni? Cakap je la. Ada kaitan dengan aku ke? Kau jangan la takutkan aku” bad makin resah.

“ada kaitan dengan aku dan kau. pasal kawan kita. Zack.”

“ha! kenapa dengan zack? Dia sakit ke?” bad tidak senang bila nama zack disebut.

“bukan sakit, tapi dia dah meninggal. Jom cepat kita pergi ke rumah dia. Alex tunggu kat pejabat” meskipun khair sedih, namun dia cuba tabahkan hati menghadapi kenyataan itu. Tetapi muka bad sudah menunjukkan riak-riak sedih. Jantungnya berdegup kencang mendengar berita itu. Bad hampir rebah. Tetapi khair sempat memaut bahunya. “sabar bad, setiap yang bernyawa pasti akan mati” kali ini air mata bad tidak dapat ditahan lagi. Mengalir deras. Namun dia tidak percaya. Dia mengharapkan semua itu hanya gurauan. “khair.. betul ke kau cakap ni? Kau jangan gurau dengan aku” bad masih bertanya dalam esak tangisnya. “betul, tak kan aku nak gurau dengan hal macam ni. Jom kita ke pejabat cepat. Kita pergi dengan alex, dia dah tunggu tu” khair terus membayar di kaunter dan meninggalkan restoran sambil memaut bahu bad yang masih lemah satu badan. Semua di restoran hairan melihat gelagat mereka sebentar tadi.

3.43 p.m – Flat sri wangi, kelana jaya

Mereka bertiga tiba di flat sri wangi dalam keadaan yang sangat duka cita. Di tingkat 13 sudah ramai orang berkerumun. Hampir tiada ruang bagi mereka untuk menghampiri tempat kejadian. Sebentar tadi, Alex diberitahu oleh pihak polis bahawa mayat zack ditemui di dalam lif. Mereka menghampiri lif namun keadaan sangat sesak. Dan pihak polis sudah meletakkan ribbon di sekeliling kawasan kejadian bagi menghalang orang ramai menceroboh masuk. Setelah alex memperkenalkan diri kepada pihak polis bahawa mereka bertiga ialah rakan sekerja zack, polis membenarkan mereka untuk masuk ke dalam.

Melihat pada keadaan mayat zack, bad sekali lagi tidak dapat menahan sebak. Air matanya bercucuran tanpa henti. Khair cuba menenangkan bad yang semakin lemah. Mayat zack dalam keadaan yang mengerikan. Ada sebilah pisau ditangan kanannya. Kedua belah matanya seolah-olah dicucuk pisau tersebut. Darah penuh memercik ke dinding lif. Lantai lif penuh dengan darah. Mereka bertiga tidak sanggup berlama disitu. Semakin lama disitu, semakin loya tekak mereka.

gambar hiasan

Mereka kemudian bertemu dengan pihak polis untuk memberi maklumat berkaitan bagi membantu pihak polis melakukan siasatan selanjutnya. Khair menceritakan segala yang berlaku semalam. Alex dan bad juga sama. Polis membuat catatan untuk mengumpul maklumat. Setelah beberapa minit, polis menyatakan bahawa kes itu akan disiasat dibawah jabatan penyiasatan. Cuma setakat ini, polis hanya boleh membuat andaian bahawa kematian itu diketegorikan sebagai kes bunuh diri. dan mayat zack akan dibawa ke unit forensik untuk dibedah siasat. kemudian semua orang yang berada di situ termasuk mereka bertiga diminta beredar dari kawasan kejadian bagi memudahkan kerja polis.

“innalillah wa inna ilaihi roji’un…” hanya kalam ini yang dapat dikatakan oleh khair ketika itu. Seakan tidak percaya zack pergi terlebih dahulu darinya. Umurnya baru mencecah 24 tahun. Muda setahun dari khair. ‘memang benar kata-kata ustaz Ibrahim semalam. Kalau ajal dah tiba, Allah tidak akan mempercepat atau melambatkan walau sesaat’ beristighfar panjang khair sebelum melangkah pergi dari kawasan kejadian. Bad dan alex sudah jauh berjalan meninggalkannya.

Khair sempat menoleh semula ke tempat kejadian sebagai penghormatan terakhir kepada arwah zack. Tiba-tiba matanya tertangkap pada seorang lelaki muda. Orang cina. Dia sedang berbincang sesuatu dengan pihak polis di dalam kawasan kejadian. Khair membuat agakan bahawa kaitan orang itu pasti penting dalam kes tersebut. ‘siapa orang itu? Semua orang sudah beredar dari kawasan kejadian, tapi dia masih berbincang dengan polis. Nampak seperti perbincangan serius. Mungkin dia jiran zack. Atau mungkin juga dia….pemilik flat?’

Bersambung……

Comments
18 Responses to “Lif berpenghuni (episod 5)”
  1. achie says:

    pnjg cite ni bro..buat sndri ke??heehee

  2. adwa says:

    incik sye singgah
    makaseh sudi singgah blog sye

    x brani nk bce post nie smpai abes,almaklumlah penakut orgnye..hehe

  3. Hawa 'iffah says:

    Wah,izzy..makin xsbr ieha nk tau ni

  4. zue says:

    salam izzy..zue dtg lagi..wah makin seram ceritanya!!huhuhuhu..kesian zack..xexpect plak sampai dia meninggal…suspen..suspen..xsabo ni nk tgu episod seterusnya!

  5. sharifah nor says:

    huh..tunggu..tunggu..sabar..sabar…boleh buat novel ni…

  6. dina darwina says:

    izzy reka sendiri ke citer ne?? best mcm citer thriller hehehehe

  7. misza says:

    best. memang suka baca citer camni.

  8. Hadijah says:

    wah..semakin thriller kisah ni, leh wat novel penyiasatan ni.

  9. Cik Rabbit says:

    huhu,,..T_T zack mati..huhuhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: