Lif berpenghuni (episod 6)

“ingat semua hadirin sekalian, setiap anak adam pasti pernah melakukan dosa, samada kecil atau besar, tetapi sebaik-baik mereka ialah yang bertaubat..” kata-kata ustaz Ibrahim terhenti di situ. Dia teresak-esak seketika. Para hadirin turut sama tenggelam dalam suasana sayu itu. “Allah Maha pengampun. Selagi kita hidup, tiada istilah terlambat dalam bertaubat. Kerana pintu taubat sentiasa terbuka luas bagi hamba-hambanya yang mengharapkan keredhaan Allah” sekali lagi ustaz Ibrahim teresak kesedihan. Namun kali ini lebih kuat. Dia mengeluarkan kain sapu dari poket jubahnya dan mengelap air matanya yang deras bercucuran. Khair yang khusyuk mendengar, turut sama merasai kesedihan yang dialami oleh ustaz Ibrahim. ‘aku tahu ustaz ibrahim sedih kerana mengenangkan dosa yang pernah dilakukannya dulu. Meskipun dia seorang ustaz, tapi dia juga manusia, bukan malaikat yang maksum dari dosa’. Fikiran khair melayang jauh mengenangkan kematian zack, rakan sekerjanya yang ditemui mati di flatnya minggu lepas. ‘insyallah ruh zack akan bersama mereka yang dicintai Allah’.

Selasa – balai polis kelana jaya – jabatan penyiasatan

Pagi itu khair, bad dan alex tidak ke pejabat. Mereka meminta cuti kecemasan dari bos kerana pihak polis menghendaki mereka hadir ke balai untuk dimaklumkan keputusan siasatan polis berkaitan kematian zack.

“pertama sekali, saya sebagai wakil kepada jabatan siasatan dan unit forensic mengucapkan sebanyak-banyak terima kasih kepada semua kerana telah memberi komitmen yang tinggi dalam membantu pihak kami menyelesaikan kes ini” seorang polis berpangkat koperal memberi ucapan muqadimah kepada mereka bertiga di dalam sebuah bilik khas. “jadi berdasarkan kepada keadaan zakaria bin Abdullah atau zack, pihak dari jabatan penyiasatan telah mengenalpasti waktu kematian dan sebab kematian. Dan unit forensic juga telah membedah siasat mayat..” kata-kata polis itu segera dipotong oleh bad “maaf mencelah tuan, jadi keputusannya macam mana? Dah jumpa pembunuhnya?” bad seperti tidak sabar untuk mengetahui keputusan. “ok, saya berterus terang sahaja lebih mudah. Cuma sebelum itu saya mahu semua bersabar. Kerana saya perlu mengikut skema sebagai seorang pegawai polis” khair cepat-cepat menyentuh peha bad meminta supaya bersabar. Alex hanya diam menanti keputusan dari pihak polis. “ok, nampaknya semua seperti tidak sabar mengetahui keputusan. Berdasarkan dari semua maklumat yang kami perolehi, mangsa diketegorikan sebagai membunuh diri..” pihak polis membaca keputusan dari sekeping kertas di tangannya. “tapi…” bad cuba mencelah, tetapi cepat-cepat dihalang oleh khair. “tiada tanda-tanda mangsa dibunuh. Tiada bukti kukuh dan tiada saksi sewaktu kejadian. Kerana mangsa mati di waktu semua penduduk sedang tidur. Dan berdasarkan maklumat, sehari sebelum mangsa ditemui mati, mangsa mengurung diri dan memasang tv sekuat-kuatnya..” khair hanya mengangguk setuju. “dan kemungkinan besar mangsa mengalami tekanan jiwa yang sangat berat. kemungkinan fikirannya yang serabut ketika itu memaksa mangsa untuk membunuh diri. jadi kes ini ditutup. maaf sekali lagi dari pihak kami” polis itu mengakhiri ucapannya. Riak wajah bad menunjukkan dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Dia mahu pembunuh yang bertanggungjawab dihukum gantung. Tetapi keputusan itu terus mematikan impian bad. Khair dan alex tidak berkata apa-apa. Mereka redha jika itulah keputusannya.

***

gambar hiasan

Mereka menyalami polis itu dan keluar dari bilik khas itu. Tiba-tiba seorang lelaki muda berbangsa cina melintasi mereka. dia terus berlalu keluar dari balai polis dan memasuki keretanya. Seminit kemudian keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan balai. Khair cuba memerah ingatannya. Dia merasakan seperti pernah menemui lelaki itu. Tapi dia tidak ingat di mana. Khair terus menemui seorang polis di kaunter pertanyaan. Bad dan alex mengekori. “maaf tuan, kalau tuan perasan tadi, siapa lelaki cina yang lalu tadi?” khair bertanya sambil memberi senyuman “sebelum itu, siapa encik bertiga?” polis itu membalas senyuman “kami bertiga ialah saksi kejadian merangkap rakan sekerja mangsa bunuh diri di flat sri wangi baru-baru ini..” khair agak kekok menggunakan ayat baku. “owh, nama dia cheng. Mr. Cheng pha lee. Dia ialah pemilik flat tersebut..” belum sempat polis itu menghabisi ayatnya, khair segera memotong. “ha? Pemilik flat sri wangi kelana jaya?” khair cuba memastikan. “ya” polis menjawab ringkas. “terima kasih banyak-banyak tuan, kami pergi dulu. Ha, sebelum terlupa, dia tinggal di mana?” khair semakin bersemangat. “dia tinggal di flat tersebut. Di tingkat 1. Tetapi saya tidak ingat nombor rumahnya” polis itu seolah-olah sedang memerah otaknya untuk mengingati sesuatu. Dia menyambung “kalau tidak silap saya, nombor 16. Kalau nak kepastian, encik boleh tanya penduduk disitu. Insyaallah mereka lebih tahu.” Polis itu memberikan senyuman. “ok, terima kasih banyak-banyak tuan”. Khair membalas senyuman dan mereka pergi dari situ setelah memberi salam kepada polis tersebut.

***

‘hmmm….mr. cheng…tidak lama lagi aku pasti akan tahu kebenaran disebalik kejadian. Kau tunggu aku’. Muka khair bersemangat ketika memandu keretanya. Bad di sebelahnya hanya memerhati. Alex pula hanya diam memikirkan sesuatu. “khair, sekarang ni kita nak pergi mana? Hari ini kan kita cuti. Kau ada apa-apa cadangan tak?” pertanyaan bad memecah kesunyian. “korang ikut je la, jangan banyak tanya. Aku nak pergi satu tempat” khair menjawab acuh tak acuh sambil memberi tumpuan pada pemanduannya. “kau pergi je la mana-mana, aku ikut je” alex mencelah. “ok, aku pun ikut je” bad akur.

Flat sri wangi – kelana jaya

Beberapa minit kemudian, mereka sampai ke destinasi yang dimaksudkan oleh khair. Flat sri wangi, kelana jaya. Bekas flat yang diduduki oleh arwah zack. Alex dan bad pelik dengan perilaku khair. “weh khair, kau nak buat apa lagi kat sini? Zack kan dah…” belum sempat menghabisi ayatnya, khair segera membuat isyarat dengan meletakkan jari telunjuknya di mulut supaya mereka diam. “ala, korang ikut je la. Ada kerja yang masih belum selesai” muka khair penuh semangat. Bad dan alex hanya akur tanpa perlu bertanya lagi. Mereka mengekori khair dari belakang. Macam-macam persoalan yang timbul di dalam fikiran bad dan alex ketika itu. Namun mereka tidak mengesyaki sesuatu yang pelik akan dilakukan oleh khair. Kerana mereka yakin khair seorang yang professional dan rasional dalam melakukan setiap kerjanya.

Khair menekan loceng sebuah rumah. Rumah itu berada di tingkat 1 dan bernombor 16. ‘aik? Ini kan rumah pemilik flat yang dikatakan oleh polis tadi?, apa khair nak buat dengan dia ni?’ bad berdialog dalam hatinya. Seminit kemudian seorang lelaki muda berbangsa cina membuka pintu dari dalam. Dia tersenyum kepada mereka bertiga. “selamat petang, ini mr.cheng pha lee ke? Pemilik flat ni?” khair membuka bicara. “ya, encik bertiga nak apa?” mr.cheng bertanya sambil mempelawa mereka bertiga untuk masuk ke dalam rumahnya.

Setelah mereka duduk atas sofa yang lembut di ruang tamu, khair meneruskan bicara. “sebenarnya hajat saya datang ke mari semata-mata nak bertanya tentang rumah sewa di flat ni, masih ada rumah yang boleh disewakan?” khair mengharapkan jawapan jujur dari mr.cheng. “emm, ada. Masih banyak kosong. Semalam sahaja dua penyewa telah berpindah. Kalau encik..” khair segera memotong ayat cheng “saya mahu menyewa di rumah bernombor 139, tingkat 13. Bekas rumah zack. Maksud saya arwah zack. Kawan kami bertiga” khair tersenyum manis. Bad dan alex sedikit terkejut dengan jawapan khair. Mr.cheng pun tersentak apabila nama zack disebut. “er…boleh-boleh. Tak ada masalah. Cuma.. rumahnya masih belum dikemas. Barang-barang miliknya juga masih belum dikemas, mungkin minggu ini pekerja saya akan…” sekali lagi ayat mr.cheng dipotong oleh khair “tak mengapa mr.cheng, tak perlu dikemas. Saya akan duduk disitu dan barang-barang zack akan saya jaga. Hari ini juga saya akan masuk” khair menjawab penuh yakin. Bad dan alex memandang wajah khair, tiada sedikitpun riak takut atau bimbang di wajahnya. Mr.cheng tersenyum kelat. Namun dipaksa juga untuk tersenyum. “owh, ok. Kalau macam tu, tunggu sebentar ya, saya masuk ke dalam sekejap, nak berbincang dengan keluarga saya dulu. Sekejap ya” mr.cheng terus menghilang disebalik dinding rumahnya.

gambar hiasan

“weh khair, kau ni kenapa? Tiba-tiba je kau nak duduk rumah arwah zack? Kau nak buat apa sebenarnya ni?” bad hairan dengan perilaku khair. Alex juga begitu. Mengharap jawapan jujur dari khair. “susah nak cakap sekarang, nanti bila-bila aku bagitahu korang berdua.” Khair memperlahankan sedikit suaranya supaya tidak didengari oleh tuan rumah. “tapi aku betul-betul pelik, sebelum ni kau tak pernah pun cakap nak sewa rumah arwah zack, ni tiba-tiba pulak? Cuba bagi ‘clue’ sikit kat kitorang, sekurang-kurangnya kitorang tak la berserabut memikirkan pasal kau” bad masih mengharapkan jawapan yang pasti dari khair. “ok, jawapan dia mudah je, mencari kebenaran” bad dan alex terdiam mendengar jawapan itu. Mereka seolah-olah memikirkan sesuatu. Khair pula tidak ambil pusing apa yang difikirkan oleh mereka. Meskipun jawapan khair tidak cukup memuaskan, tapi sudah cukup untuk mereka berdua membuat andaian. Sekurang-kurangnya mereka tahu kenapa khair menyewa di situ. ‘rupanya ada udang di sebalik batu’.

***

Rantau panjang – klang

Setelah menghantar bad dan alex ke shah alam, khair terus pulang ke rumahnya untuk memberitahu hasratnya berpindah kepada abang dan ayahnya. Sambil itu dia boleh mengemas barang untuk dibawa ke rumah sewa barunya. Ayah dan abangnya tidak menghalang. Lagipun khair meyakinkan bahawa dia buat semua itu semata-mata untuk mencari kebenaran.

Khair membuka laptopnya. Segera menaip alamat sebuah blog. Blog yang pernah menulis tentang kejadian pelik di sebuah flat. Khair berharap semoga ada artikel yang baru ditulis oleh blogger tersebut. khair meneliti satu persatu tajuk dalam blog itu. Tiba-tiba khair tersentak. Matanya terpaku pada sebuah tajuk. ‘pembunuhan di sebuah flat’. Khair tidak membuang masa untuk membaca setiap patah perkataan dalam artikel itu. Khair membuat kiraan bahawa cerita itu 90% adalah serupa dengan kematian arwah zack. ‘kenapa semua yang diceritakan hampir serupa? Keadaan mayat, orang ramai berkumpul dan darah berpercikan di dinding lif. Kalau betul ini cerita tentang kematian zack, pasti blogger ialah salah seorang penduduk di flat itu. Sebab berita tentang kematian zack hanya diketahui oleh penduduk flat dan pihak polis sahaja.’ Khair meneliti tarikh artikel itu ditulis. ‘5 hari lepas? Hampir sama dengan waktu kematian zack. Tetapi blogger tidak menyatakan nama tempat secara tepat.’ Khair bingung sikap blogger yang sentiasa berahsia. Sekali lagi khair meninggalkan nombor telefonnya di ruang komen yang disediakan. Dan meninggalkan pesan supaya blogger segera menghubunginya. Ada perkara penting yang ingin dibincangkan. Setelah itu khair menutup laptopnya dan meneruskan kerja mengemas barang-barangnya. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berdering. Nombor yang tidak dikenali muncul di skrin. Khair terus menjawab tanpa perlu banyak berfikir.

“assalamualaikum, siapa ni?”

“waalaikumussalam, maaf mengganggu. Nama saya razak. Saya blogger yang menulis tentang kematian di sebuah flat. Kalau boleh tahu, saudara ni siapa?”

“ha, Alhamdulillah akhirnya. Nama saya khair. Saya sebenarnya berminat dengan tulisan saudara di dalam blog. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Mungkin kita boleh bertemu di mana-mana?”

“hmm, boleh. Tapi minggu ini saya sangat sibuk. Sebab saya ada exam tak lama lagi. kalau saya free nanti, saya bagitahu encik khair ya”

“eh, tak payah la ber encik. Panggil khair je. Kalau macam tu, tak mengapa la. Kalau razak free nanti, hubungi saya tau. Sebelum itu, boleh saya tahu razak tinggal di mana?”

“saya tinggal di shah alam. Rumah sewa. Sebab dekat sikit dari UITM. Saya pelajar disitu. Ok la khair, saya ada hal ni, nanti free saya kontek khair. Jumpa lagi, assalamualaikum”

Khair mematikan talian setelah menjawab salam dari razak. Perkenalan singkat itu sudah cukup menceriakan khair. Semoga pencariannya akan menemui titik pasti. Khair memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana memudahkan segala urusannya. ‘alhamdulillah ya rabb. Semoga usahaku ini dimudahkan dan diredhai oleh MU. Amin”.

Bersambung lagi…..

Comments
16 Responses to “Lif berpenghuni (episod 6)”
  1. misza says:

    nanti boleh bersaing dengan Ramli Awang Murshid. ^_^

  2. miss ain says:

    wah3~
    bestnya..
    xsabar nk tggu episod lpas nie…
    malam nie mmg kne tido ng member nie..haha

  3. Cik Rabbit says:

    ala..izzy ni..habiskan la..:(

  4. sharifah nor says:

    aduh..tak leh nak baca lagi..nak balas jejak…tak pe..akak baca kat email nanti…

  5. sharifah nor says:

    akak pun tak sabar..dan tak tahu klu..sama macam alex dan bad…errrrr…apa misterinya?? mungkinkan cina pemilik flat itu yg mengetahui jawapan kpd misteri ini…??? sama-samalah kita tunggu izzy perah otak…

  6. Hadijah says:

    salam izzy..wah,betul la suspen thriller ni
    xtau plak akk izzy ni mmg bole tulis citer macam ni..
    akk tunggu kesudahannya..dan pastinya ia semakin menghantui & dihantui..:D

  7. zue says:

    hai izzy..wah makin suspen ni..canot wait to read e next episod..huhuhuhuhu
    asyik meremang jer bulu roma baca cita ni..
    sememangnya sy seorang y penakut..hehehehehe

  8. aina says:

    alla..bila next episode ni…?
    tak sabar dah ni… hehe🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: