Kembara nawa dan busra ( 2 )

3 feb 2008

Kami tiba lewat di destinasi seterusnya. Iaitu pukul 5.00 petang. Kerana beberapa minit lagi azan maghrib akan berkumandang. Jadi kami tidak mahu membuang masa. Kedatangan kami disini dengan satu tujuan. Menghayati sejarah yang terdapat di sini. Sebuah tempat yang tidak asing lagi di kalangan penduduk syria khususnya dan masyarakat islam di sekitar syria amnya.

Bandar Busra

Sebuah tempat yang pernah tercatat kemas di dalam kanvas sirah Rasulullah s.a.w. sebagai tanah yang pernah dijejaki oleh baginda suatu ketika dahulu. Busra ialah salah satu tempat persinggahan Rasulullah s.a.w bersama bapa saudaranya, Abu Talib bagi tujuan perniagaan.

kesan tinggalan pasar lama

Sehingga kini, pasar yang menjadi tempat berurus niaga Rasulullah s.a.w dan Abu Talib masih wujud.

pemandangan bandar busra

Di sini juga tercatatnya satu lagi titik sejarah bagi Rasulullah s.a.w sebelum bergelar nabi. Dimana seorang paderi yahudi yang bernama Bukhaira Nastori memberitahu Rasulullah s.a.w tentang tanda-tanda kenabian yang ada pada baginda. Kerana semuanya telah tercatat didalam kitab-kitab nabi terdahulu.

Namun kini, bandar busra diduduki oleh penduduk yang mejoritinya beragama kristian. Telah tercatat juga di dalam sejarah suatu ketika dahulu di mana bandar ini pernah dikuasai pemerintahan rom.

Kota Busra

Kami tidak lama di bandar Busra, kerana kami kesuntukan masa. Kami terus memasuki satu kota sejarah disini. Kota Busra yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kota ini telah dibina sewaktu zaman pemerintahan rom pada tahun 512-513 M.

pandangan sisi kota (1)

Namun kota ini telah diambil alih oleh umat islam ketika zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi, dan saudaranya Najmuddin telah membaik pulih dan merubah kota ini menjadi kubu pertahanan dalam peperangan. Dan yang uniknya, kota ini dibina daripada batu-batu sebesar 1 meter persegi tanpa menggunakan sebarang pelekat untuk mencantumkan batu-batu tersebut.

pandangan sisi kota (2)

Terdapat beberapa bahagian penting di dalam kota ini seperti dewan pementasan, muzium, penjara, bilik air, bilik-bilik khas, tempat penghukuman dan sebagainya. Di atas puncak sekeliling kota ini terdapat lubang-lubang kecil bagi meletakkan para pemanah tentera Rom bagi mempertahankan tempat ini daripada musuh suatu ketika dahulu.

tiang yang megah berdiri

tiang seri

Di sekitar dinding-dinding kota ini pula terdapat lukisan-lukisan antik yang menggambarkan kehidupan penduduk Rom ketika itu.

laluan dalam kota

tempat duduk pentas zaman pemerintahan rom

bergambar sat

dalam kota busra

Di dalam kota ini juga kami tidak boleh lama, kerana sepatutnya kota ini telah pun ditutup kepada para pengunjung untuk sesi hari itu.

pentas yang smart

Tetapi atas jasa baik penjaga kota, kami dibenarkan masuk untuk 30 minit sahaja. Jadi kami perlu bergambar di dalam kota itu hanya untuk 30 minit. cukup ke 30 minit je? Memang tak cukup, kami mengambil masa selama lebih 1 jam untuk selesai bergambar. Meskipun kota ini tidaklah terlalu besar, tetapi kami tetap mengambil masa yang lama untuk mengambil gambar di setiap sudut kota ini. Setelah itu, kami pun keluar dari kota ini dengan membawa hati yang sarat dengan kegembiraan.

***

Sebelum ini aku pernah katakan kenapa pengalaman ini tidak boleh dilupakan. Nak tahu kenapa? Kerana ini ialah pengembaraan terakhir aku bersama seorang sahabatku, Ammar zulkifli. Kerana beberapa bulan kemudian, dia diberitakan telah meninggal dunia di mesir kerana kemalangan. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh di sana. Amin. Al fatihah.

Allahyarham ammar zulkilfli

Comments
8 Responses to “Kembara nawa dan busra ( 2 )”
  1. misza says:

    Al Fatihah…
    kenangan bersama yang telah pergi rupanyer.

  2. Hadijah says:

    MasyaAllah..byk ilmu diperolehi dgn mengembara dik.
    al-fatihah utk sahabat izzy..

  3. lost kitty says:

    al-fatihah.
    semua orang akan mati juga akhirnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: