Lif berpenghuni (episod 7)

Ahad – Flat sri wangi – kelana jaya

Pagi itu khair meneruskan niat asalnya berpindah di flat itu. Dia mahu mencari kebenaran disebalik kejadian yang menimpa rakan sekerjanya beberapa minggu lepas. Khair mahu menemui mr.cheng di rumahnya.

Khair menekan loceng mengharapkan sahutan dari tuan rumah. Beberapa saat kemudian mr.cheng membuka pintu. “selamat pagi mr.cheng” khair memaniskan roman wajahnya. “selamat pagi, ya encik khair. Nak apa datang pagi-pagi ni? Ada masalah ke kat rumah tu?” mr.cheng sedikit hairan dengan kehadiran khair secara tiba-tiba itu. “maaf ganggu mr.cheng pagi-pagi ni. Saya datang ni sebab nak berbincang sikit. Ada benda yang saya nak tanya. Boleh kan?” khair merasa sedikit bersalah. “hmmm, tak apa. Tak ganggu pun. Lagipun saya seorang saja sekarang. Diorang semua keluar berjalan. Jom masuk duduk dulu” mr.cheng menjemput khair duduk. Sementara mr.cheng ke dapur untuk membuat air dan makanan ringan.

Khair memerhati sekeliling rumah mr.cheng. itu ialah kali kedua dia ke situ. Terlintas sedikit rasa kagum dengan keadaan rumah itu yang tersusun dan kemas. Nampak simple tapi elegant. Rumah ini seperti sudah siap sedia menerima tetamu pada bila-bila masa. Khair merasa tenang melihat suasana rumah itu. Meskipun mr.cheng ini penganut kristian, tetapi aspek kebersihan tidak pernah diketepikan. ‘indah sungguh rumah mr.cheng, akhlak islam telah dilaksanakan walaupun tidak menganut islam. Berbeza dengan kebanyakan orang islam, tidak menunjukkan akhlak islam walaupun telah menganut islam.’ Khair menggeleng seorang diri apabila mengenangkan keadaan rumah arwah zack yang bersepah sebelum dia menginap disitu.

Khair memerhati sekeliling ruang tamu. Matanya tertangkap pada satu bingkai gambar yang tergantung di dinding. khair membuat andaian bahawa semua yang berada di dalam gambar itu ialah ahli keluarga mr.cheng. meskipun khair tidak pernah bertemu dengan mereka semua, tetapi dia yakin andaiannya pasti tepat kerana melihatkan pada kemesraan dan senyuman yang terukir di wajah masing-masing. Tambahan pula mr.cheng juga ada di dalam gambar itu. Khair juga membuat andaian bahawa lelaki yang paling tua itu ialah ayah mr.cheng dan perempuan tua di sebelahnya pula ialah ibunya. ‘nampak seperti keluarga bahagia. Macam mana lah keadaan ibu di sana. Semoga dia sedang bergembira dengan segala nikmat yang di kurniakan Allah kepadanya. amin’.

Lamunan khair terhenti apabila Mr.cheng datang membawa segelas air jus dan sedikit biskut. “jemput minum encik khair. Jangan risau, semuanya halal” mr.cheng memberi senyuman. “terima kasih banyak. Hmm..mr.cheng tak ke mana-mana ke hari ni?” khair bertanya sambil menyuapkan sekeping biskut ke dalam mulutnya. “saya memang biasa berehat di rumah saja hujung-hujung minggu macamni. Nak hilangkan penat selama seminggu. Tambahan pulak minggu ni lagi sibuk. Empat rumah perlu dibersihkan. Sebab diorang pindah.” Fasih dan teratur bahasa melayu yang digunakan oleh mr.cheng. “hmm, kenapa ya diorang pindah?” khair mula mengajukan soalan berunsur sensitif. “tak tahu la nak cakap macam mana encik khair, mungkin kurang selesa kot duduk di flat ni” mr.cheng sengaja membuat andaian. “yeke? Bagi saya selesa je duduk di flat ni. Mungkin sebab lif rosak kot. diorang penat nak gunakan tangga setiap hari” khair sengaja memancing. Muka mr.cheng mula berubah. “emm, mintak maaf kalau mr.cheng kurang selesa dengan andaian saya” khair sengaja meredakan keadaan. “eh, tak mengapa. Biasa la tu. ha, apa hal yang penting sangat encik khair nak bincang sampai sanggup datang pagi-pagi ni?” mr.cheng cepat-cepat menukar tajuk. “ok, macamni. Saya nak tanya pendapat mr.cheng tentang kejadian pembunuhan di flat ni baru-baru ni..” belum sempat khair menghabisi ayatnya, mr.cheng cepat-cepat mencelah “kejap encik khair, saya kira kes pembunuhan tu dah ditutup. Pihak polis dah bagitahu encik khair kan?”

“dah, Cuma saya inginkan kebenaran. Saya tak rasa arwah membunuh diri. sebab saya sangat kenal dengan arwah. Kalau dia ada masalah, dia akan bagitahu saya ataupun rakan sekerjanya yang lain”

“itu saya tidak tahu, tapi apa yang saya tahu, kita tak perlu bangkitkan lagi persoalan ni. Biarlah dia berlalu. Lupakan saja ya”. Mr.cheng seperti ingin bangun dari duduknya.

“sekejap mr.cheng, kita tak selesai berbincang lagi, duduk dulu. Kenapa mr.cheng seperti mengelak dari sesuatu? Apa yang mr.cheng takutkan sangat?”

“bukan saya mengelak, tapi saya tidak mahu perkara ini disebarkan dan seterusnya menyebabkan orang ramai takut untuk mendiami flat saya ni. Saya rasa lebih baik kita tak bincang hal ni lagi.”

“maaf mr.cheng, saya sikit pun tak berniat nak ganggu perniagaan mr.cheng, tapi saya perlu mencari kebenaran. Saya bimbang nanti akan ada lagi orang yang tak bersalah menjadi mangsa. Dan saya rasa ada kaitannya dengan lif flat…”

Mr.cheng segera mencelah “dah, saya rasa setakat ini saja perbincangan kita.” Mr.cheng segera bangun dari duduknya dan menyuruh khair untuk keluar dari rumahnya. khair akur dan segera berjalan keluar dari rumah mr.cheng. sebelum khair berlalu pergi, dia sempat menjeling semula ke arah mr.cheng dan berkata “mr.cheng, suatu hari nanti saya pasti akan tahu kebenarannya” mr.cheng cepat-cepat menutup pintu rumahnya. sedikit kuat. Seakan-akan melepaskan geram. Khair hanya tersenyum seorang diri. dia dapat rasakan mr.cheng mempunyai kaitan kuat dengan semua kejadian yang berlaku di flat ini.

***

Selepas solat isyak, khair segera merebahkan badannya di atas katil. Dia keletihan. Kerana otaknya seharian bekerja tanpa henti. Memikirkan siapa yang terlibat dengan kematian arwah zack. mr.cheng ialah suspek utama setakat ini. Tetapi khair tidak mahu cepat menuduh tanpa bukti. Dia Cuma membuat andaian. Dan dia akan pastikan orang yang bersalah mendapat balasannya. Sedang khair memerah otaknya, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. “ting tong..ting tong”

‘siapa pulak datang malam-malam ni? Aku tak ada janji temu dengan siapa-siapa pun?’ khair segera menuju ke ruang tamu yang sudah gelap dan mendapatkan pintu rumahnya. “siapa tu?!” khair bertanya dahulu sebelum membuka pintu sebagai langkah berhati-hati. “siapa di luar?” khair mengulangi soalannya. Tapi tiada sahutan. Khair membiarkan sahaja dan menuju semula ke biliknya. ‘siapa pulak yang main tekan loceng ni? Budak-budak kot. biarkan lah’ khair segera merebahkan semula badannya di atas katil. Melihat jam dinding yang baru sahaja menunjukkan tepat pukul 10.12 malam. ‘awal lagi ni, tapi dah mengantuk sangat ni, tidur dulu la. Mudah sikit bangun tahajud nanti’ khair segera melelapkan matanya. Tetapi fikirannya masih ligat bekerja. ‘siapa mr.cheng? kenapa dia takut sangat bila cakap pasal lif? Dia seolah-olah tahu kejadian yang sebenar. Tapi.. huh, dah la. Penat aku fikir, tapi tetap tak dapat jawapan. Ya Allah ya tuhanku, Kau bantulah aku mendapatkan jawapan ini. Aku perlu tahu kebenaran. Bantulah aku. amin’ khair berdoa dalam hatinya mengharapkan supaya Allah menunjukkan padanya kebenaran.

Bersambung….

Comments
21 Responses to “Lif berpenghuni (episod 7)”
  1. Cik Rabbit says:

    ala…bersambung lagi..:( ngah syok2 baca..:)

  2. zue says:

    salam izzy..lama tol menunggu tok episod ni..tuptup dh abih bc dh..emmm xsabau nak bc next episod..huhuhuuhuhuhu

    emmm ni mesti kije hantu cina mr. cheng! hehehehehehe

  3. zue says:

    izzy, hope u dont mind if me pon wat ‘lif berpenghuni edisi zue’ hehehehehehe

    http://aderkukisah.blogspot.com/2011/02/mood-seram-lif-berpenghuni.html

  4. dina darwina says:

    izzy ne smpi episod brpe??? lama kot tggu nk tauw ending hehehe

  5. misza says:

    dah jadi penyiasat pulak khair.

  6. sharifah nor says:

    akak baca dlm email jer..masa tu akak cuti dua hari..Alahai..sambung lagi…

  7. Hadijah says:

    salam izzy..lama betul tunggu sambungan citer ni..
    mmg best2..geram betul dgn mr.cheng ni..iskh..
    nk tunggu al kisahnya penyiasatan khair ni..

  8. aina says:

    sambung lagi.. aduyy.. x sabar2 tunggu next episod!🙂

  9. zue says:

    salam izzy, kemanakah dikau menghilang bersama dengan lif berpenghuni?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: