Exam? Ada apa dengan exam?

exam oh exam

Exam atau peperiksaan adalah sesuatu yang pasti tidak disukai oleh ramai orang. Betul atau tidak yang pasti tidak ramai yang ingin mengambil exam dalam hidupnya. Kerana exam dianggap sebagai sesuatu yang sukar dan merunsingkan. Juga dianggap sebagai ‘musuh’. Jadi tidak hairanlah kalau tibanya musim exam, ramai akan ‘demam’. Dek kerana terlalu memikirkan tentang si exam ini yang semakin hari semakin menghampirinya. Dan kerana waktu tidur dikurangkan, maka terlahirlah ramainya spesies ‘burung hantu’ berwajah manusia.

Exam sebenarnya bertujuan untuk menguji tahap ilmu yang telah tersemat didalam benak fikiran setiap pelajar. seterusnya para guru atau pengajar akan dapat menilai sejauh mana ilmu yang disampaikan olehnya selama berbulan-bulan itu berkesan atau tidak keatas setiap pelajarnya. Jika keputusan exam tinggi, maka si pengajar akan mengekalkan cara penyampaiannya. Tetapi jika sebaliknya, maka si pengajar akan mengubah teknik penyampaiannya untuk disesuaikan dengan tahap pemikiran atau penerimaan ilmu oleh setiap pelajarnya.

Tetapi malangnya hari ini, ramai yang menganggap exam itu ialah suatu azab seksaan yang berat keatas dirinya. Semakin hampir exam, maka dunia terasa gelap. Semua kerja tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Apabila makan, ternampak rupa dan bentuk buku. Apabila mandi, terasa seperti helaian-helaian kertas menyentuh badan. Apabila tidur, maka muncullah mimpi tentang exam. Kenapa semua ini boleh terjadi? Mari kita koreksi bersama.

mimpi buruk tentang exam

Pertama sekali, kita perlu melihat dari segi keburukan exam ini. Terlalu banyak yang mengatakan exam tiada yang baik kecuali semuanya adalah negatif. Siapa yang negatif sebenarnya? Si pelajar atau si exam? Ya, memang tidak dinafikan exam ada buruknya. Pertamanya, exam akan menyebabkan tumpuan para pelajar hanyalah pada exam. Bukan pada mencari ilmu. Kerana hakikatnya mencari ilmu itu dituntut di dalam islam malah hukumnya jatuh kepada wajib. Seperti maksud sebuah hadis: “menuntut ilmu wajib keatas setiap muslim”.

Perkara negatif lain ialah apabila adanya exam, maka para pelajar akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan markah tertinggi. Dibuatnya segala yang patut asalkan dapat menjawab soalan exam. Haram dan halal ditolak ketepi. Termasuklah meniru ketika exam. Di dalam islam meniru atau menipu dicegah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w: “siapa yang menipu, bukanlah dari kalangan kami”. jelas disini meniru atau menipu bukanlah dari sikap seorang mukmin. Tetapi bila tibanya musim exam, maka ramailah akan lupa akan cegahan ini.

Selain itu, exam juga menggalakkan sikap pentingkan diri dan hasad dengki. Ramai atau tidak, yang pasti akan munculnya individu seperti ini. Setiap pelajar akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan dirinya terbaik, sehingga melupakan sikap berkerjasama dan saling membantu yang sangat di galakkan dalam islam. Seperti firman Allah yang bermaksud: “bantu-membantulah dalam perkara kebaikan dan janganlah bantu-membantu dalam perkara dosa dan keburukan”. Sikap membantu ini bukanlah bermaksud ketika berlangsungnya exam tersebut, tetapi sebelum exam. Jika membantu sewaktu exam, bukan lagi dinamakan membantu dalam kebaikan, tetapi membantu dalam keburukan. Kerana membantu dalam menipu.

Setelah melihat pada perkara-perkara negatif tadi, sudah tentunya kita akan dapat memikirkan perkara-perkara yang positif melalui exam ini. Pertama sekali ialah dengan adanya exam, maka akan lahirnya individu yang teratur dan berjadual. Sikap ini adalah hasil yang baik kerana menyusun waktu dan merancang kerja adalah sangat digalakkan di dalam islam. Ini buktinya apabila saidina Ali r.a berkata: “orang kafir yang tersusun dapat mengalahkan orang islam yang tidak tersusun”. Jadi disebabkan exam tadi, kita dapat melihat ramainya pelajar membuat rancangan awal dalam setiap kerjanya. Menyusun strategi agar dia dapat menghadapi si exam yang dianggapnya sebagai musuh.

Perkara positif lain dengan exam ini, ialah sikap bersungguh-sungguh akan terlahir dalam diri setiap pelajar. Atitud seorang pelajar akan cuba ditingkatkan. Semangat juang untuk menuntut ilmu akan dikemaskan. Seterusnya membangkitkan api perjuangan dalam menghadapi hari-hari sebelum tibanya exam. Kekuatan jiwa dan rohani diasah menjadi tajam. Seterusnya menguatkan lagi akal dan jasmani. Maka ketiga-tiga hak diberikan secukupnya dan lahirnya seorang pelajar yang kuat dari segi rohani, fizikal dan akalnya. Seperti tersebut disebuah hadis: “seorang mukmin yang kuat itu lebih disayangi Allah daripada seorang mukmin yang lemah”.

exam sedang berlangsung

Kemunculan exam juga akan dapat melahirkan seorang yang mendekatkan diri pada Allah. Sangat jelas apabila hampirnya musim peperiksaan, maka seorang pelajar itu akan cuba sedaya upaya melakukan amal soleh seperti sedekah, berpuasa, solat qiyamullail dan membaca alquran. Kerana merasakan bahawa exam adalah medan tempur baginya, maka pertolongan Allah ditagih bersungguh-sungguh. Meminta semoga dimudahkan dan segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Sikap ini amat baik kerana Allah amat menggalakkan hambanya meminta apa sahaja dari-NYA termasuklah kejayaan didalam exam. Firman-Nya: “berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan kabulkan”.

Jelas sudah perkara negatif dan positif berkaitan exam. Jadi apa pandangan anda? Exam ini bagus atau tidak? Jadi sebelum membuat telahan dan memberi jawapan, mari kita kaji semula apakah silapnya diri kita dalam menafsirkan exam tersebut. silapnya ialah sikap diri kita sendiri. Ya, sikap dan fikiran kita. Sebenarnya jika dilihat pada semua perkara, pasti kita akan temui pro dan kontranya. Ini kita tidak dapat nafikan. Termasuk exam. Tetapi yang menjadikan exam itu negatif, ialah diri kita sendiri. Begitu juga menjadikan exam itu positif, pun diri kita sendiri. Kesimpulannya, apabila kita memandang positif pada exam, maka exam akan menjadi positif pada diri kita. Begitulah sebaliknya.

Jadi apa tunggu lagi, jadikan exam itu positif. Kemudian anda pasti akan merasakan kesannya dalam hidup anda. Ingat, buruk dan baiknya exam itu terletak pada sikap kita sendiri.

Sebelum ku akhiri kalamku, aku ingin mengucapkan selamat berjuang kepada sesiapa sahaja yang akan menghadapi exam atau ujian atau test. Bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Juga tidak lupa mendoakan kejayaan adik-adik yang sedang menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada 23 mac ini. Semoga Berjaya. Yang gagal tidak perlu bersedih kerana exam bukan sekali seumur hidup, masih banyak akan kau hadapi pada masa hadapan. Dan gagal kau waktu ini, pasti akan menjadi pemula sebuah kejayaan yang lebih besar dan bermakna.

semoga berjaya....

sebelum terlupa, aku ada sedikit pesanan. Tidak mengapa jika kau gagal exam didunia ini. Tetapi ingatlah, jangan kau gagal ‘exam’ di akhirat sana. Jadi bersiap sedialah menghadapi ‘exam’ disana kelak. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang berjaya di sana. Insyaallah.

p/s: maaf lama tak update blog dan tak blogwalking, sebab baru selesai exam:D

Comments
30 Responses to “Exam? Ada apa dengan exam?”
  1. kpah k-poh says:

    setuju…suksess dunia…dan lebih suksess di akhirat kelak…

  2. agak lama la jugak anda xberblogging😉
    suka, setuju dan sokong dengan kata2 pesanan yang last tu😉

  3. dina darwina says:

    yerw exam medan petempuran bg dina hehehe

  4. misza says:

    burung hantu berwajah manusia. hehehe…

  5. syazee says:

    exam..exam…exam..huhu

  6. mJ o mJ says:

    patut laaaa lama menyepi…🙂 rindu sama kamoooo… neway,amacam exam ? mtx2 najah yeee.. inshaALLAH….

  7. adwa says:

    lemah btl ngan exam nie..rse nk lari jauh2!

  8. kakyon says:

    dengar perkataan exam aje dah pening kepala.

  9. ila says:

    ade adeq amek spm ke

  10. tomato says:

    mmg ramai tak suka exam termasuk sy.. huhuk –‘
    kena jadik suka la ni. huu
    jarang nk meniru ni.. *errr😛

  11. Hadijah says:

    Kesimpulan izzy tu mcm sama je ngan akk..=)
    Akak setuju sgt pasal bkan setakat exam, lebih jauh dari itu, cth dlam kehidupan pun kita ada ujian..ada test yg Allah beri kepada kita…tgok bagaimana penerimaan kita dgn segala yg Allah tentukan sahaja…
    Exam peperiksaan ni juga sebenarnya adalah methode paling baik menilai kefahaman, merangsang minda untuk berfikir secara kritis..mcm2 lagi kalau nk kita ulas..
    Tap paling akak suka bila izzy kaitkan dgn exam’di sana’…Ya allah, banyak lagi ‘nota’ dan ‘ilmu’ nak di terokai..Moga2 bukan sahaja kita berjaya exam di dunia juga biarlah kita berjaya juga menambah ilmu untuk pesiapan exam ‘di sana’ yg lebih mencabar ‘soalan’ & ‘nilaiannya’..

  12. zue says:

    salam dear, ptt la lama menyepi,..so how’s ur exam,..hope everyting ok!;-p hahahaha suka la ur n3,..teringat zaman2 study dulu,..time exam jer mesti kecoh,..

  13. acik says:

    salam ziarah..setelah ana menyelam jauh ke dasar blog ini banyak mutiara ilmu yang boleh dikongsikan dan moga memperoleh manfaat bersama….teruskan mengorak langkah dalam arena penulisan dan kenalilah diri dengan penulisan…Allah yujzikumul khair…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: