Didikan di sebalik ujian

kuasa Allah vs kuasa teknologi

Seperti yang telah kita semua maklum, ujian atau bencana yang diturunkan keatas manusia itu mempunyai hikmah dan rencana yang tersirat. Segala yang tersirat itu pasti akan terzahir kemudian. Selama mana ia akan terzahir terletak pada sejauh mana kesabaran seorang manusia itu menghadapi ujian tersebut. ujian tidak mengira berat mahupun ringan, sudah pasti akan ada sesuatu petanda arah yang ditunjukkan oleh Allah kepada manusia. Samada penanda arah itu dituju khas buat mereka yang mengenai ujian tersebut mahupun mereka yang sekadar menjadi pemerhati ujian tersebut.

Kejadian tsunami di jepun baru-baru ini betul-betul menggemparkan dunia. Bagaimana sebuah Negara yang telah mencapai kemuncak kemodenan dan ketemadunan tertinggi di kalangan manusia era ini ditimpa musibah dan ujian yang amat besar. Amat sukar diterima akal manusia berfikrah sekularis mahupun aties bahawa bencana ini boleh memusnahkan banyak kawasan di jepun dalam sekelip mata. Mereka ini hanya melihat bencana ini berpunca dari cuaca alam yang tidak menentu. Malah mereka merasakan bahawa bencana alam ini sebenarnya boleh diatasi jika kerajaan jepun mengambil langkah awal mencegah dan menghalang. Sebenarnya mereka terlupa bahawa segala bencana alam ini adalah hasil dari tangan manusia sendiri. Seperti firmannya di dalam surah Ar-rum ayat 41: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia…”.

Mereka juga lupa bahawa Allah telah merencanakan sesuatu itu termasuk bencana adalah tidak sia-sia. Bahkan ia sebagai peringatan kepada manusia yang sering leka dari mengingatiNya supaya kembali insaf dan bertaubat. Ini disebut oleh Allah dalam sambungan dari ayat yang sama: “…..(timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

hebatnya kuasa Allah

Bencana tsunami yang amat dahsyat itu sebenarnya amat kecil bagi Allah. Dia menghantar sedikit pesanan supaya manusia segera kembali yakin dan percaya bahawa tiada kuasa teknologi ciptaan manusia yang dapat melawan segala kehendaknya.

Kejadian tsunami di jepun sudah memberi bukti kukuh kepada semua manusia di dunia ini bahawa kuasa Pencipta itu jauh lebih hebat dari kuasa manusia. Melalui ujian dan bencana itu, Pencipta sebenarnya memberi amaran keras kepada manusia yang mensyirikkannya supaya segera kembali dan mengakui kekusaanNya. Serta merta memberi didikan dan dalil bermanfaat kepada manusia yang selama ini mentauhidkanNYA. Seperti firman Allah yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?..”. Subhanallah. Hebatnya kuasa Allah di dalam setiap bencana yang ditimpa keatas manusia. Kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dengan menyelitkan didikan berharga. Segalanya mempunyai hikmah yang tersirat dan hanya akan dibuka surat hikmah itu oleh manusia-manusia yang menggunakan akal. Berbeza pula dengan manusia yang tidak menggunakan pancaindera dan akalnya seperti tersebut di dalam surah Al-A’raf ayat 179: “Dan sesungguhnya Kami jadikan isi Neraka Jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”

tiada siapa yang dapat menghalang kuasa Allah

Meskipun bencana tsunami ini tidak sebesar dan sedahsyat tsunami yang pernah melanda acheh suatu ketika dahulu, tetapi rasanya sudah cukup boleh menyedarkan manusia di rantau asia terutamanya umat islam di Malaysia yang masih terselamat dari bencana sebesar ini. Kuasa Allah jangan dicabar. Hukum Allah jangan ditolak. Syariat islam jangan diperlekeh. Jika semua ini jelas terzahir, maka tunggulah bencana dari Nya. Jangankan tsunami, malah lebih dari itu pun Allah mampu. Beringatlah sebelum terlambat. Sudah pasti kesedaran masih belum tercetus dari hati setiap dari kita, kerana bencana ini belum mengenai tepat pada batang hidung kita. Tetapi masakan mahu mengenai hidung sendiri dahulu baru nak tersedar? Mana tahu ketika itu ajal kita sampai dek kerana bencana besar melanda. Dan ketika itu ucapan taubatmu masih belum terluah meminta ampun dari Allah. Insaflah manusia. Sedarlah kau sebelum terlewat. Masa ini masih muda bagimu untuk bertaubat. Jangan kau ulangi kesalahan mu dan jangan kau biasakan dosamu.

Dari bencana ini juga, jelas membuktikan janji Allah yang ditutur oleh lisan nabi Muhammad s.a.w itu benar. Banyaknya terjadi gempa bumi yang menyebabkan terhasilnya tsunami menandakan bahawa dunia ini hampir pada penghujungnya. Berdasarkan hadis yang maksudnya:  “Tidak akan datang hari Kiamat sehingga banyak terjadi gempa bumi”.

Kesimpulannya, beringatlah bahawa segala ujian dan bencana dari Allah itu tidak sia-sia. Pasti ada hikmah dan rencana yang ingin ditunjukkan oleh Allah kepada manusia. Semua hikmah itu hanya terzahir apabila manusia waras menggunakan akalnya. Hebatnya Allah dalam mendidik hati hamba-hambanya yang beriman. Wallahua’lam.

Comments
14 Responses to “Didikan di sebalik ujian”
  1. cikNuurul says:

    Masyallah,.ni Allah nk tnjuk kt mnusia sume,sehebat mane pon negara tu,dunie tu,tp Allah lg Maha Kuasa,.sekejap je dh jd cmni,.

  2. adwa says:

    ting tong ader org sni?

    kuasa tuhan xde sape boleh halang kan..semoga membawa keinsafan kp kite

  3. misza says:

    antara ujian, musibah @ balasan.
    apabila Allah menghendaki maka jadilah…

  4. yup..mommy setuju, semua yang terjadi ade hikmah….

  5. Hadijah says:

    Salam, izzy…
    Masyaallah, akak mmg suka sgt tulisan izzy kali ini..sbb sambil menulis izzy masukkan firman Allah..bila membaca terasa sgt kerdil & insaf dgn Kuasa ALLAh & KebesaranNya…Jika Allah berkehendakkan ia…maka jadilah ia…
    Alhamdulillah, mesej terkini yg izzy sampaikan mmg relevan sgt kepada kita manusia yg selalu lupa akan ada kuasa yg mentadbir alam ini..Jika sebelum ini, masyarakat dunia mengkagumi kecanggihan teknologi Jepun sebagai antara negara termoden di dunia..namun, bila Allah menurunkan ujian sebegini, seharusnya…minda kita harus berfikir lebih dalam dari itu…Maka jelasnya, ada lagi kuasa yg lebih BERKUASA iaitu Allah S.W.T…Moga, ujian ini menjadikan kita lebi insaf, semakin bertambah ketaqwaan kita…Lihatlah ujian Allah ini dengan mata hati, bukan hanya mata kasar…Wallahualam..

  6. zue says:

    salam dear,..setuju sangat ngan kak Hadijah,..setiap n3 yg izzy publish semuanya penuh dengan pengisian,..;-p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: