Lif berpenghuni (episod 8)

Khair terasa seolah-olah ada ‘benda’ yang menarik tangannya untuk bangun dari tidurnya. Dia kini dalam keadaan separuh sedar. Badannya keletihan dan terpaksa akur kerana ‘benda’ itu kuat menariknya. Seolah-olah ‘benda’ itu ingin membawanya ke satu tempat yang tidak diketahuinya. Khair masih akur dan mengikut sahaja tanpa menentang. Khair berusaha mencelikkan matanya. Kini Khair sedar dia ditarik ‘benda’ yang agak besar dan berwarna hitam. Khair cuba melawan, tetapi tidak termampu. Dibacanya segala macam ayat pelindung dari al-quran. Tetapi tetap juga ‘benda’ itu menariknya. Malah semakin kuat.

‘benda’ itu menariknya keluar dari rumah. Khair hairan kerana pintu rumahnya terbuka luas. Keadaan di luar masih gelap. Hanya terlihatkan sedikit cahaya dari bulan yang samar-samar. Khair sempat membuat andaian bahawa ketika itu baru pukul 2 atau 3 pagi. ‘benda’ itu tetap menariknya tanpa henti. Sekali lagi khair cuba melawan. Tetapi tetap juga tidak mampu. Kali ini khair cuba menjerit sekuat hati, tetapi suaranya seperti tersangkut di dalam rongga tekaknya. Tidak terluah walaupun sedikit.

“khair…kau jangan menentang!, kau ikut sahaja aku!”. ‘benda’ itu yang sejak tadi berdiam diri, akhirnya bersuara. Suaranya agak kasar dan serak-serak basah. Khair tidak dapat mengecam suara siapakah itu. Kerana itulah kali pertama dia mendengarnya. ‘benda’ itu terus membawanya ke satu destinasi yang masih samar-samar. Kawasan sekeliling masih gelap seperti tadi. Tiba-tiba ‘benda’ itu berhenti di satu tempat. Khair tersentak dan cuba memastikan di mana dia berada. Khair memerhati sekeliling. Akhirnya dia dapat pastikan. Dia kini sedang berada di depan lif flatnya. ‘benda’ itu masih memaut kemas tangannya. “khair…nanti kau akan temui kebenaran!”. ‘benda’ itu seolah-seolah cuba memberitahunya sesuatu. Tiba-tiba lif terbuka dengan sendirinya. “astaghfirullah…astaghfirullah” beristighfar panjang khair apabila mendapati mayat seorang lelaki berbangsa cina di dalam lif itu. Agak tua. Khair tidak mengenalinya. Tapi apa yang pasti, Mayat itu mati dalam keadaan yang hampir serupa dengan keadaan mayat arwah zack. “astaghfirullah…” khair segera menolehkan wajahnya ke arah lain. tidak termampu lagi dia melihat keadaan mayat yang cukup mengerikan.

'benda' yang tidak dikenali

“inilah mayat cheng hoi fui!.” ‘benda’ itu memberitahu sesuatu. Fikiran khair ligat memikirkan nama itu. Dia menoleh kembali ke arah mayat itu. Cuba mengingati sesuatu. ‘ya, lelaki ini aku pernah Nampak di dalam gambar yang tergantung di rumah mr.cheng. lelaki tua yang aku andaikan sebagai ayahnya. Tetapi itu hanya andaian.’

***

Tiba-tiba khair merasakan tangannya ringan. ‘benda’ itu sudah melepaskan tangannya. Dia cuba mencelikkan matanya seluas-luasnya. Kedua tangannya meraup wajahnya. Menggosok mata. Khair melihat sekeliling. Khair tersentak apabila menyedari bahawa dia sedang berbaring di atas katilnya. Di dalam bilik tidurnya. ‘astaghfirullah..aku mimpi ke tadi?’. Khair melihat jam dinding yang samar-samar. ‘baru pukul 3 pagi?’ khair segera beristighfar panjang sambil bangkit dari baringnya dan segera menuju ke bilik air.

***

Setelah selesai menunaikan solat tahajud, khair segera menadah tangan dan memanjatkan doa meminta semoga Allah memberinya sebarang petanda atas kebenaran yang diperolehinya di dalam mimpinya sebentar tadi. Khair cuba mengingati semula nama yang diperolehinya di dalam mimpi itu. ‘Cheng hoi fui. Nama itu tidak pernah aku dengar sebelum ini. Tapi apa yang pasti, nama itu ada kaitannya dengan mr.cheng. ya. Dari keluarga yang sama. Keluarga cheng. Dan muka mayat sama seperti muka orang yang ada di dalam gambar yang terdapat di rumah mr.cheng. kali ini aku cukup yakin. Petanda yang aku perolehi dari mimpi aku tadi adalah petunjuk dari Allah. Semoga pencarianku selama ini akan menemui titik akhir.’ Khair tersenyum puas kerana sedikit demi sedikit persoalan yang bermain dalam benaknya terjawab. Dia bernekad akan ke rumah mr.cheng untuk berbincang semula perkara ini dengan lebih mendalam. tetapi dia tidak mahu terburu-buru untuk menemui mr.cheng semula. Dia tahu kondisi mr.cheng masih tidak stabil sepenuhnya. Khair perlu memberi masa kepada mr.cheng untuk meredakan dirinya.  “tidak mengapa, minggu depan sudah akhir bulan. Aku akan datang ke rumahnya dengan alasan untuk membayar sewa. Ya, aku tahu dia tidak akan menolak”.

***

Restoran darul hikmah – shah alam

Khair sedang menunggu di sebuah meja sambil menyedut sedikit demi sedikit milo ais di depannya. “mana pulak razak ni? Janji nak datang pukul 1 petang, ni dah dekat pukul 2 petang”. Khair mengeluh seorang diri sambil melihat jam tangannya. khair sebenarnya sedang menunggu kedatangan razak si pemilik blog yang pernah menulis di blognya tentang kematian di flat kelana jaya. Misteri yang tersemat kemas di minda khair dan masih belum terungkai sepenuhnya.“aduh, aku banyak kerja lagi nak buat ni, kalau bos tahu aku kat sini, gerenti dia marah gila”. Khair segera mendapatkan telefon bimbitnya dan membelek nombor razak. Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang dari belakang. “Assalamualaikum. Encik khair ke ni?” seorang lelaki muda yang tidak dikenali menegurnya. “waalaikumussalam, ya saya encik khair. ini razak ke?” khair membuat andaian. “ya” ringkas jawapan razak sambil dijemput duduk oleh khair.

“maaf encik khair, saya lupa nak bagitahu tadi saya buat assignment yang perlu saya siapkan segera. Esok saya perlu hantar. Itu pun masih belum siap sepenuhnya”

“ok, tak apa. Kalau saya tahu razak sibuk macam ni, saya tak akan ajak datang berbincang sekarang. Boleh tangguh kemudian hari”

“eh, alang-alang saya dah sampai, kita teruskan saja. Apa yang encik khair nak bincangkan sangat? Kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong, saya akan tolong. Insyaallah”. Razak membetulkan duduknya.

“hmmm. Pertama sekali saya nak mintak maaf sebab mungkin perkara yang saya nak bincang ni menyentuh sensitiviti razak. Saya cuma nak bertanya tentang artikel yang razak tulis dalam blog razak. Tentang kematian di flat..” khair sengaja tidak menghabiskan ayatnya kerana dia tahu razak sudah dapat mengagak.

“owh. Pasal kematian di flat di kelana jaya kan? Saya dah agak. Jadi encik khair nak tahu apa lagi tentang cerita tu? rasanya saya dah cerita semuanya dalam blog saya tu”.

“hmmm, maksud saya, saya mahukan maklumat yang lebih detail. Lebih terperinci. Dan dari mana razak tahu kejadian tu? Mungkin razak tahu, tapi razak sengaja rahsiakan dari khalayak”.

“maaf, secara jujurnya saya hanya tahu setakat itu. Dan saya tidak boleh bagitahu encik khair dari mana saya perolehi sumber berita itu. Mintak maaf sangat. Kalau encik khair mahu tahu lebih detail, boleh cuba tanya orang lain”.

“ok, kalau macamtu tidak mengapa. Maaf mengambil masa razak. Saya rasa tidak ada apa lagi nak dibincangkan. Saya pergi dulu”. Sambil menunjukkan mimik muka hampa, Khair segera bangun dari duduknya. khair sengaja menggunakan taktik ‘psyco’. Dia tahu taktik ini pasti akan menjerat razak.

“eh, encik khair mahu ke mana? Tak kerja ke hari ni?” razak Nampak sedikit resah dengan tindakan khair.

“hmmm, sepatutnya saya ada kerja hari ini. Tapi saya terpaksa ponteng semata-mata nak berjumpa dengan razak. Mungkin gaji saya akan dipotong akhir bulan ni. Oklah, saya nak balik dulu. Semoga kita jumpa lagi” khair meneruskan serangan psyco keatas razak.

“alamak, mintak maaf sangat. Saya tak sangka pula encik khair sanggup ponteng kerja semata-mata untuk tahu pasal kejadian di flat tu”. razak mula rasa bersalah.

“tidak mengapa, kalau memang betul razak tak tahu pasal kejadian tu, saya tak boleh buat apa. Bukan salah razak sebab razak memang tak tahu. Lagipun saya tahu razak tak akan sanggup bersubahat dalam kes ni. Sebab razak mesti tahu hokum orang yang bersubahat dalam perbuatan salah, dosanya sama besar dengan dosa orang yang melakukan kesalahan tersebut..” ayat khair terhenti apabila razak mencelah.

“er…er…sebenarnya….” Razak gagap-gagap cuba memberitahu sesuatu. “sebenarnya saya tahu pasal kejadian tu. maaf berbohong. Saya…Saya bukan apa, saya cuma takut kalau saya cerita nanti akan membuka aib orang lain…” razak berubah menjadi serba salah. Lagaknya seolah-olah pesalah juvana yang membuat pengakuan berani pada pihak polis. Khair hanya tersenyum melihat reaksi spontan razak yang hanya memandang meja tanpa berani mengangkat kepalanya.

“ok razak, releks. Tiada siapa yang akan dihukum disini. Saya Cuma mahu mencari kebenaran. Kejadian pembunuhan yang berlaku di flat itu ada kaitannya dengan saya. Mangsa ialah kawan saya. Dia tidak bersalah. Dan saya mahu pesalah dan penyebab kematiannya dijatuhkan hukuman setimpal” khair bercerita penuh semangat sambil memegang bahu razak untuk menenangkannya.

Secara tiba-tiba razak mengalirkan air matanya. Khair tersentak. Dia tidak menjangka razak akan menangis. Badannya terhenjut-henjut seiring bunyi esakan yang semakin menguat.

“aa…a…ra..razak ok ke? Kenapa tiba-tiba menangis ni? Maaf kalau saya ada tersilap cakap” khair pula merasakan diri bersalah.

“er…hmmmm….tak mengapa encik khair. Encik khair tak bersalah pun. Sebenarnya yang patut rasa bersalah ialah saya” kata-kata razak terhenti di situ. Mengambil nafas dalam-dalam dan meneruskan ayatnya: “pertama sekali saya nak mintak maaf sangat kat encik khair. Saya bersimpati dengan kejadian yang menimpa kawan encik khair. Saya tidak menyangka juga keadaan itu akan berlaku. Kerana saya ingat dah selesai dulu…” Razak menyambung esakannya sebelum sempat menghabisi ayatnya.

“hmmm…apa maksud razak dah selesai dulu?” khair semakin teruja mendengar segala kenyataan yang keluar dari mulut razak. Namun sempat Khair memerhati sekeliling. Khair merasa sedikit terganggu apabila dia menyedari tingkah laku mereka berdua diperhatikan orang ramai di restoran itu.

“ok la razak, macamni, kita bincang tempat lain kot. sini ramai orang tengok la. Tak sedap pulak rasanya. Macam mana?”

Razak masih tenggelam dalam tangisannya. namun esakannya mula berkurang. Keadaan yang tegang mula mengendur. Lama juga khair menunggu respon dari razak.

“boleh, tapi saya rasa kita bincang hari lain. bagi saya sedikit masa lagi. saya janji akan ceritakan semuanya pada encik khair. Saya janji.” Razak segera mengambil tisu yang berada di atas meja dan mengesat air mata yang bersisa di pipi dan matanya. Khair hanya memerhati razak. Timbul rasa hairan di hati khair kerana reaksi razak yang tidak disangka-sangka itu.

Setelah selesai mengesat sisa air matanya, razak memandang tepat ke muka khair. Kali ini dia sudah mampu mengukir senyuman meskipun hambar. “maaf sekali lagi encik khair, saya ni emosi sikit. Hati lembut. Mudah sangat menangis”. Khair hanya membalas dengan senyuman. Segera khair teringatkan ustaz Ibrahim yang juga mudah menangis.

“tak mengapa. Bukan salah razak, memang setiap manusia dicipta berbeza dari segi batin dan zahir. Ok la, kalau macam tu, kita jumpa lain kali. apa-apa nanti, saya kontek razak. Insyaallah. Terima kasih sekali lagi dan maaf sebab mengambil  masa razak”. khair segera bangun dari tempat duduknya dan menuju ke kaunter bayaran. Setelah selesai membuat bayaran, khair kembali ke mejanya tadi dan menyalami razak. Razak juga mahu beredar dari situ. Mereka berpisah disitu dan membawa haluan masing-masing.

***

Flat sri wangi, kelana jaya

Di rumah, khair termenung jauh. Memikirkan perbincangannya bersama razak sebentar tadi. Seribu macam persoalan yang muncul di benaknya. Semuanya menjurus kepada razak. Terkadang syaitan datang membisikkan hasutan. ‘mungkin razak adalah dalang semua ini, dia mengupah orang untuk membunuh zack’. khair dengan segera mematikan sangkaan buruknya itu. “astaghfirullah al’azim. A’uzubillahi minassyaiton arrajim”. Berkumat kamit mulut khair beristighfar. Sambil meraup wajahnya. Khair kembali berfikir apa kaitannya razak dalam kes ni. “razak bunuh zack? tak mungkin. Sebab razak masih budak. Dan melihat pada mukanya, aku tak rasa dia terlibat. Tapi kenapa dia sungguh-sungguh menangis tadi? Seolah-olah dia terlibat. Huh!” Namun soalan tetap menjadi soalan. Masih belum muncul jawapan sebagai pemati segala persoalan itu. “ya Allah ya tuhanku. Ampunkan segala dosaku. Mudahkanlah segala urusanku di dunia dan di akhirat. Kau bantulah aku mendapatkan jawapan dari segala persoalan ini. Amin ya Rabb”.

Bersambung pada episod akan datang………..:D

Comments
22 Responses to “Lif berpenghuni (episod 8)”
  1. Cik Rabbit says:

    lorh..sambung lagi..saspennye😦

  2. Hadijah says:

    persoalan????…siapa razak ni…
    kenapa dia emosional sgt?
    next episode…=)

  3. zue says:

    salam dear,..wah akhirnya,..ada jugak penghuni lif ni eee,..seelah berminggu2 menunggu dgn penuh sabar,..hehehehehe

    makin suspen ni izzy,..razak?..

  4. misza says:

    boleh buat novel ni Izzy.

  5. dina darwina says:

    izzy..cepat2 lah wat sambungannya ne ehehehehe

  6. kpah k-poh says:

    razak…hmmmmm….sabar..sabar…tunggu lagi…

  7. DeaNDiaN says:

    adush…
    suspen punye cite….^^

  8. mizzapple says:

    nie cerpen ke cerita betui?
    sory baru baca. hehe

  9. pnjg lgy kew?? x sbr na taw ending ni..🙂

  10. SuManje says:

    sambung pulak….adusssssssssssssss…!!!!! 1st time sampai dan bace semua post kat sini…em kecewe,,,,,,,,,kerna BERSAMBUNG hukhukhukhuk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: