Bandar Damsyik, Syria

Damsyik atau Damascus adalah Bandar yang tidak asing lagi bagi masyarakat yang tinggal di sekitarnya mahupun masyarakat dunia. Bandar ini unik kerana terkenal dengan jolokan Bandar tertua di dunia. Meskipun sudah berabad lamanya usia Bandar ini, namun nilai-nilai dan seni binaan zaman dahulu kala masih dijaga rapi dan jelas terukir di kebanyakan bangunannya.

bangunan lama yang masih digunakan

Damsyik ialah ibu kota bagi Negara Syria. Yang dahulunya terkenal dengan nama ‘negeri syam’. Dimana negeri syam ini adalah pada hakikatnya meliputi 4 buah Negara. Iaitu Syria, Jordan, palestin dan lubnan. Tetapi telah melalui proses pemecahan dan pengasingan sempadan oleh kerajaan kafir eropah suatu ketika dahulu. Meskipun telah terpisah kepada 4 buah Negara, namun Syria masih kuat disebut-sebut dengan gelaran negeri syam kerana terdapat didalamnya ibu kota damsyik.

seni bina unik yang masih kekal

binaan yang unik

Bumi syam mempunyai nilai dan harga yang amat tinggi. Pernah tersebut di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang mendoakan keberkatan negeri syam. Maksud sebuah hadis: Rasulullah s.a.w berdoa:  “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Hadis ini jelas menunjukkan bahawa negeri syam adalah sebuah tempat atau kawasan yang di dalamnya mempunyai beribu keberkatan. Jadi tidak hairanlah pelancong atau pengunjung yang tiba di syria akan merasai aura keberkatannya. Selain itu di dalam Al-quran juga membuktikan bahawa negeri syam ialah kawasan yang diberkati oleh Allah. Maksud dari surah al-isra’ ayat 1: “Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda
(kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. Maksud ‘sekelilingnya’ yang terdapat di dalam ayat ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai bumi syam. Selain dari hadis dan ayat al-quran ini, masih banyak hadis lain yang menceritakan tentang kelebihan negeri syam dan damsyik.

negeri syam - syria,palestin,jordan dan lubnan

Masjid umawi

Antara keunikan damsyik ialah masjid umawi. Masjid ini ialah masjid terbesar dan tertua di damsyik. tapak pembinaan masjid ini sudah beribu-ribu tahun menjadi tempat beribadat bagi banyak agama. Pada awalnya tapak ini merupakan tempat ibadah bangsa Aram yang menyembah Dewa Semitik Hadad, iaitu bangsa Arab Suryani kuno sejak 3000 tahun sebelum Masihi. Di awal abad Masihi tempat ini telah berubah menjadi tempat ibadah penyembah Dewa Jupiter ad-Dimasyqi pada zaman romawi. Ketika agama Kristian berkembang di Damsyik pada abad ke-4 Masihi, tempat ini berubah menjadi gereja yang bernama “St. John the Baptist Basilica” bersempena terdapatnya Makam John The Baptist iaitu nabi yahya a.s di kawasan tersebut.

makam nabi yahya a.s yang terletak di dalam masjid umawi

Ketika Islam masuk ke damsyik pada tahun 636 Masihi, umat Islam dan Kristian bersepakat untuk membahagi tempat ibadah tersebut menjadi dua bahagian, bahagian timur dijadikan Masjid dan bahagian barat menjadi Gereja. Mereka beribadah secara bersama-sama dalam suatu tempat yang hanya dipisahkan oleh dinding pemisah. Umat Islam mengumandangkan azan, sedangkan Kristian membunyikan loceng. Keadaan ini berterusan selama 70 tahun iaitu sehingga tahun 705 M.

pintu utama masjid yang penuh dengan ukiran

Kemudian, Khalifah Al Walid bin Abdul Malik berfikir untuk membangunkan sebuah Masjid yang megah sesuai dengan keperluan kaum muslim dan pemerintahan Islam waktu itu. Berdasarkan hasil perbincangan antara kedua belah pihak islam dan kristian, maka sebagai gantinya Khalifah mengizinkan supaya dibangunkan gereja-geraja di daerah Bab Touma dan sekitarnya. Selepas itu sekitar 10 tahun berdirilah Masjid Umawi yang besar dan megah dengan ukuran panjangnya 150 m dan lebar 100 m.

ruang legar masjid 1

ruang legar masjid 2

ruang solat

Masjid ini telah berdiri megah selama lebih 1200 tahun meskipun pernah melalui pelbagai cabaran dan ancaman. Pada tahun 1893M, Ia pernah diserang oleh Mongol kemudian ditimpa gempa bumi dan kebakaran. namun semua itu tidak pernah dapat melumpuhkan struktur asal masjid ini yang sehingga kini menjadi tapak ibadah yang utama di damsyik.

Pengembaraan bersambung…..

Comments
25 Responses to “Bandar Damsyik, Syria”
  1. nazilanazir says:

    subhanallah…cantiknya…walau xdapat kesana tp melalui gambar pun sudah terbayang keindahan dan keunikannya syria…

  2. dina darwina says:

    cantik sungguh seni bina masjid kat sana..rs tertarik pulak…izzy terima kasih gtauw info sal ne…

  3. misza says:

    izzy bagi info lengkap dengan sejarah sekali.
    belum @ tak berpeluang gi sana. dapat tenguk kat sini.

  4. mizzapple says:

    terima kasih atas perkongsian.

    cantiknya. rasa tertarik nak pegi sana.

  5. Islam dengan Kristian bertolak ansur je dulu . sekarang …….. hurm ….. tapi memang cantik binaan dia , walaupun dah lama . nak kena masuk dalam list places to go ni muehehe ^^

  6. mJ o mJ says:

    mashaALLAH,.. Terasa seperti mengembara ke sana.. Syukran akhi Izzy, sebab bawa mJ jelajah syria….

  7. DeaNDiaN says:

    uniknye seni bina islam…^^

  8. Hadijah says:

    Subhanallah..mmg cantik..bkn sajer cantik..bumi yg penuh dgn berkat,
    berada di bumi ambia’ ni byk keberkatan kalau kita menilai apa yg ada di sana..
    Alhamdulillah, izzy xlokek berkongsi pengalaman ada di sana..
    tu semua gambar sendiri ke..wah, mmg ada bakat jd photographer..Insyaallah, bolehlah jd
    jurugambar Islamik satu hari nanti ye..
    Izzy dh baca novel Rona-rona cinta Damascus..kena baca tu izzy..
    Bgus sgt novel tu..^_^

  9. ida says:

    kaki hamba dah sampai…dan sudah duduk bersandar dekat makam nabi yahya…subhanallah..memang bangunan yang penuh bersejarah..mac 2011..cuaca sejuukkk.

  10. Intan faizah says:

    Cerita yang menarik dan bermanfaat..tq

  11. Ayatullah Muhammadin Alfath says:

    meskipun negara negara Syam saat ini di jajah, di rebutkan oleh bangsa yahudi n nasrani yang sebenarnya mereka mengakui adanya nabi Muammad adalah nabi terakhir buktinya mereka memerebutkan negara negara Syan dimana negara itu pernah di doakan oleh nabi Muhammad sebagai negara yang makmur… salam satu kota tiga Tuhan

    • izzysabki says:

      ya benar knyataannya itu…sjak dahulu lagi semua bangsa yahudi dan nasrani mmg mngakui adanya Allah sbgai tuhan sbnar..cuma mreka takabur dan mrasa diri mreka boleh mlawan tuhan dan dengki pada bangsa lain..lebih2 lagi kpd bangsa arab kerana nabi terakhir turun dari kalangan arab..mreka mngakui nabi muhammad tetapi sifat sombong dan ego mreka mngatasi semuanya..hatta tanah syam yang nabi doakan kesejahteraan pun mereka percaya…

      cuma komen ‘salam satu kota tiga tuhan’ itu tidak enak dituturkan..lbih baik dikomen salam satu kota tiga agama..:)

  12. sitisaleha says:

    Thumbs up

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: