Lif berpenghuni (episod 9)

“encik khair tolong pergi dari sini…” mr.cheng terus mengarah. “tapi mr.cheng, kita perlu selesaikan perkara ni. Saya bimbang nanti ada orang lain yang akan jadi mangsa seterusnya. Tolong la dengar cakap saya sekejap. Untuk kali ini sahaja” khair tidak putus asa mendesak supaya mr.cheng berlembut hati untuk duduk semeja berbincang tentang kejadian kematian arwah zack. “orang lain jadi mangsa? Apa yang encik khair nak maksudkan? Padahal zack kawan encik khair tu jelas-jelas terbukti bunuh diri kan? Kan polis dah tutup kes tu? nak bincang apa lagi??” jiwa mr.cheng semakin panas meskipun riak mukanya masih boleh dikawal. “sebab itulah saya nak bincang dengan mr.cheng. mungkin ada yang mr.cheng tak tahu dalam hal ni. Kita sama-sama tolong. Bukan saya nak tolong diri saya saja, tapi nak tolong mr.cheng, dan penduduk flat ni…” ayat khair terhenti serta merta apabila mr.cheng membuka mulut semula. “sekejap! Apa yang encik khair nak maksudkan ni? Encik khair nak bantu supaya perniagaan saya berjalan lancar? dengan mendedahkan semua cerita karut kat flat ni pada pihak media? Itu yang encik khair nak??” volume suara mr.cheng semakin meninggi. “bukan. Bukan itu maksud saya. Saya sedikit pun tak berniat nak jatuhkan potensi perniagaan keluarga cheng. Tapi saya Cuma nak bantu mr.cheng mencari kebenaran. Mencari punca kematian ayah mr.cheng. mr.cheng hoi fui” tenang jawapan dari khair. Namun nama cheng hoi fui seolah-olah menampar kuat wajah mr.cheng. dia tersekima seketika. “kenapa mr.cheng? terkejut kenapa saya tahu nama ayah mr.cheng? dan tembah terkejut bila saya tahu ayah mr.cheng dibunuh di dalam lif tu? Dengan keadaan mayat yang sama seperti keadaan arwah kawan saya zack?” kali ini khair pula menyerang bertubi-tubi. Sehingga tidak sempat mr.cheng menjawab soalan itu. Keadaan bertukar sunyi. Hanya bunyi dari jam dinding menjadi pemecah kesunyian.

Mr.cheng masih tertunduk. Khair membiarkan sahaja. Biarkan keadaan tegang menjadi kendur semula. “er…errr…mana encik khair tahu semua tu?” mr.cheng kembali bersuara. Tetapi suaranya bergetar. Seperti menahan sebak di dada. “kalau mr.cheng ingin tahu semuanya, mr.cheng mesti sanggup berbincang masalah ini. Kalau tidak mahu, saya tidak boleh buat apa-apa” khair menyerang lagi. “tapi…” mr.cheng tidak dapat menahan sebak lalu membiarkan sahaja air matanya jatuh menyembah bumi. Khair hanya diam melihat mr.cheng.

5 TAHUN SEBELUMNYA…

Mr. cheng hoi fui dan encik joe bergelak ketawa di sebuah kafe hotel star purnama. “projek kali ni pasti mendapat untung yang besar. Lu tengok la nanti. Gua gerenti. Hahaha”. Mr.cheng seronok apabila syarikatnya mendapat sebuah projek mega lebuh raya yang mengaut untung berjuta-juta ringgit. Mereka berdua ialah rakan kongsi sebuah syarikat engineering yang terkenal di seluruh Malaysia. Bahkan syarikat ini hampir-hampir layak untuk tersenarai didalam bursa saham kuala lumpur.“hahaha….gua dah agak, syarikat kita ni kan bertaraf ‘AA’…mana boleh diorang tolak. Hahaha” kali ini encik joe pula ketawa besar. “ok relek bro. macamni joe, gua cadang, tahun ni gua nak bangunkan sebuah flat yang megah dan tersergam indah kat area kelana jaya. Sebab gua tengok kawasan tu strategic. Dekat dengan klang, shah alam dan kuala lumpur. Apa macam? Ok tak?” mr.cheng bersungguh-sungguh menunjukkan rancangannya dengan gaya tangan tersendiri. “ok gak cadangan lu tu. cukup bernas. Tapi nak beli tanah area tu mahal la. Kos bangunkan flat lagi. gua rasa mencecah jutaan ringgit tu. hampir mahalnya dengan keuntungan yang kita akan peroleh dari projek mega kita tu”. encik joe memberi respon. “lu memang bijak joe, sebab tu gua lantik lu jadi rakan kongsi syarikat ni. Tak sia-sia. Memang gua nak guna semua keuntungan dari projek mega tu untuk bina flat ni”. Kenyataan mr.cheng membuatkan encik joe mula hairan. “guna semua keuntungan? Jadi kalau buat flat tu, maknanya tak ada baki untung untuk buat projek lain?” encik joe mengharapkan jawapan ‘tidak’ dari mr.cheng. “semestinya. Sebab gua rasa bina flat kat area kelana jaya adalah langkah terbaik untuk mengembalikan keuntungan berganda pada syarikat kita. Lu jangan risau la joe, kalau untung, kita juga sama-sama rasa kan. Hahahaha” encik joe hanya diam tidak menyahut gelak besar dari mr.cheng. “eh, kenapa dengan lu ni joe? Senyap saja? Lu tak setuju ke plan gua ni?” muka mr.cheng mula berubah. “bukan tak setuju, tapi gua pun ada rancangan juga. Hasil dari keuntungan projek mega kita tu, gua rasa nak bina rumah kedai kat area shah alam. Gua rasa itu lebih untung. Lagipun kos bina murah dan hanya menggunakan separuh dari keuntungan tu” encik joe mengajukan cadangan. “rumah kedai? Lu biar betul? Untung besar apanya? Gua tengok macam merugikan je? Lagipun income lambat la. Cuba bayangkan kalau terdirinya sebuah flat yang indah, flat sri wangi di kelana jaya” mr.cheng sekali lagi cuba memberi keyakinan kepada encik joe. Tetapi encik joe tetap diam. Memberi reaksi kurang setuju dengan keputusan mr.cheng. “gua tidak kira bro, gua nak juga bina rumah kedai di shah alam. Gua tidak kira!” secara tiba-tiba encik joe naik angin. Menghempaskan tangannya di atas meja. Mr.cheng tersentak. Itu adalah kali pertama encik joe membantah bersungguh-sungguh cadangannya.

“eh? Lu ni apasal bro? tiba-tiba saja mahu naik angin? Relek la..”

“gua tidak kira, lu setuju atau tak, tahun ni kita mesti bina rumah kedai. Apa pun alasan lu, gua tak kira…” jelas terpampang mimik tidak puas hati di wajah encik joe.

“cop cop cop! Lu dengar baik-baik, gua bukan nak tolak mentah-mentah cadangan lu, tapi kali ni gua terpaksa bro. sebab gua rasa cadangan lu ni macam tak berapa bagus la, lagipun…” mr.cheng tidak sempat menghabiskan ayatnya segera dipotong oleh encik joe.

“semua cadangan gua lu tak pernah terima pun! Sejak lu ajak gua join syarikat lu ni, sikit pun cadangan gua lu tak terima! Ya! Dulu lu boleh la bodoh-bodohkan gua. Sebab dulu saham gua dalam syarikat Cuma 20 persen. Sekarang saham kita dah sama! 50-50!” encik joe makin berang. Mr.cheng tidak mahu mengalah.

“weh! Apa lu cakap ni? Lu dah lupa ka gua ambil lu dari syarikat lu yang bodoh dulu, gua ajar lu cara berniaga. Gua bagi saham gua pada lu sikit-sikit sampai jadi banyak macam sekarang. Sekarang lu mahu pijak kepala gua? Apa jenis manusia lu ni hah?!” kali ini mr.cheng pula naik minyak.

“ok fine! Kalau lu ungkit balik cerita dulu, gua tak boleh buat apa-apa bro. gua mengalah, gua tarik diri sekarang juga dari syarikat ni! Gua pun tak ingin berkerjasama dengan orang gila kuasa macam lu la! Tapi lu ingat bro, gua tak akan diam diri. gua akan hapuskan lu. Siap sedialah!” encik joe sudah hilang sabar. Merenung tajam wajah mr.cheng yang hanya tenang menerima tujahan keras encik joe. Kemudian encik joe segera bangun dari duduknya dan mengambil beg galasnya di tepi kerusinya dan pergi dari situ. Mr.cheng membiarkan sahaja rakan niaganya itu berlalu pergi. Pelanggan di kafe itu hanya memerhati kejadian itu.

Mr.cheng menarik nafas dalam-dalam bagi meredakan gelora di dalam jiwanya. Hatinya panas kerana itulah kali pertama dia bergaduh dengan rakan kongsinya yang dianggapnya rakan terbaik dalam syarikatnya. Tetapi semua itu sudah berakhir beberapa minit lalu. Semuanya tiada lagi. kini mereka menjadi musuh dalam perniagaan. Atau mungkin lebih dari itu. Musuh dalam kehidupan.

***

Beberapa tahun kemudian, syarikat yang diterajui oleh mr.cheng Berjaya membina sebuah flat sri wangi di kelana jaya. Sepanjang pembinaan itu, mr.cheng tidak pernah langsung menemui encik joe. Baginya encik joe sudah menjadi orang asing dalam hidupnya. Kisah-kisah persahabatan mereka sudah dianggap sebagai pengajaran berguna padanya. Bukan mudah membantu orang susah menjadi kaya. Tidak semudah ABC. Kadang kala orang susah yang sudah menjadi kaya lupa pada asal usulnya. Malah lebih dari itu, boleh memijak kepala orang yang membantunya. Tetapi mr.cheng tidak menyalahkan sikap encik joe. Baginya encik joe adalah contoh dari kesimpulannya sendiri. Mungkin encik joe ada alasan tersendiri mengapa dia menarik diri dari syarikatnya dan menghilangkan diri darinya.
Selepas pergaduhan yang tercetus dulu, mr.cheng selalu cuba menghubungi encik joe untuk memujuknya kembali menyertainya dalam syarikat itu. Dia telah pun menyediakan modal besar untuk encik joe sekiranya dia mahu membina rumah kedai yang diidamkannya. Tetapi individu itu lenyap. Senyap tanpa sebarang berita.

***

Sejak hari itu, Mr.cheng hidup senang dan bahagia bersama keluarganya di flat itu. Malah syarikatnya semakin hari semakin maju. Sering mendapat projek-projek mega dari kerajaan. Dia telah pun melantik anaknya menjadi pembantu di syarikatnya. Menjadi pengurus flat sri wangi ini sepenuh masa. Anaknya tidak membantah. Malah rasa seronok kerana mendapat kerja
tetap meskipun umurnya masih muda.

Pada suatu hari, dengan tidak disangka-sangka, encik joe muncul. Penampilannya berubah. Tidak seperti dulu. Berbeza 100% dari encik joe yang dikenalinya dulu. Dia bukan lagi ahli perniagaan. Dia kini pengamal perubatan batin. Kehadirannya disambut mesra oleh mr.cheng meskipun sedikit kekok. Encik joe membalas dengan senyum mesra. Tetapi senyuman encik joe menyimpan seribu macam kisah dan rahsia. Seolah-olah ada yang tersirat di hatinya. Niat yang kurang baik. Tetapi mr.cheng tidak mengendahkan semua itu. Baginya segalanya akan kembali seperti asal. Dia telah pun melupakan permusuhan yang tercetus dahulu diantara mereka berdua. Malah dia berjanji akan menyediakan modal berjuta ringgit kepada encik joe sekiranya kembali membantunya dalam syarikat. Tetapi semua itu ditolak mentah-mentah oleh encik joe. Kehadirannya di situ bukan untuk kembali kepada syarikat, tetapi ingin melaksanakan sesuatu yang tidak diketahui oleh mr.cheng. sesuatu yang jauh lebih penting baginya.

Selepas hari itu, encik joe sekali lagi hilang dari hidup mr.cheng. kali ini mr.cheng tidak lagi mengharap untuk bertemu dengannya. Kerana sebelum mereka berpisah, encik joe memberi satu pesanan yang betul-betul menyentap hati mr.cheng : “adat dunia, siapa yang berada diatas, pasti akan jatuh”. Ayat itu sering bermain di fikiran mr.cheng sehingga mengganggunya di pejabat dan kadang kala di rumah. Mr.cheng lebih banyak berdiam diri dari bercakap. Sering duduk berseorangan seperti merenung sesuatu. Dan kadang kala sering berjalan keluar rumah pada waktu malam. Sehinggalah pada suatu hari, dia mengunci rumah ketika semua ahli keluarganya tiada di rumah. Memasang TV dan radio sekuat-kuatnya. Keluarga mr.cheng pada hari itu terpaksa tinggal sebentar di rumah sebelah yang masih belum dihuni oleh sesiapa. Pada mulanya semua menyangka mr.cheng hanya mahu menghilangkan tekanannya, tetapi tidak. Segalanya berakhir pada keesokan harinya. Mr.cheng ditemui mati di dalam lif dengan keadaan yang mengerikan. Darah penuh membasahi ruang lif. Sehingga saat ini, pihak polis tidak dapat mengesahkan kes itu sebagai kes bunuh. Dan kelibat encik joe tidak langsung ditemui oleh sesiapa. Seolah-olah hilang dari alam maya. Malah Pihak polis juga tidak dapat mengesannya. Kes ditutup serta merta. Sehinggalah hari ini. Kes ini masih tidak menemui noktah pengakhiran.

Bersambung…….

Comments
16 Responses to “Lif berpenghuni (episod 9)”
  1. kpah k-poh says:

    bersambung lagi…sabar-sabar….

  2. mizzapple says:

    panjang lagi ke citenye.

    nak tau apa kesudahan cite nie.🙂

  3. Hawa 'iffah says:

    Sambung lg?ala..

  4. misza says:

    ada kaitan dengan ilmu batin.

  5. dina darwina says:

    alaaaaa.izzy!! sambung ag ke? huhuhu..sabo jerw lah..bru tgh imagine td baca citer ne tiba2 bersambung huhuhu

  6. Hadijah says:

    Wah…kematian yg sgt misteri.semuanya mesti ada kena mengena dgn Encik Joe.

  7. Cik Rabbit says:

    bersambung lagi daa~😦

  8. pnjg lgy kew??? aduh la…t da wat smbungn jgn lpe tulis kt my sh0utb0x ek..huhu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: