Di sebalik April Fool

april fool

Pasti ramai orang tahu dan faham bahawa hukum meraikan April Fool adalah haram di sisi kita sebagai seorang islam. Tetapi tidak ramai yang mengetahui kisah di sebalik April Fool. Bagaimana perayaan ini muncul? Dan kenapa sampai jadi haram? Jom koreksi bersama.

Sejarah ringkas April Fool

Segalanya bermula pada suatu ketika dahulu di Negara sepanyol. Ketika itu Negara sepanyol adalah sebahagian dari tanah jajahan pemerintahan khalifah islam. Nak dijadikan cerita, ketika itu zaman kejatuhan khalifah islam dan golongan kristian Berjaya menawan semula sepanyol dari tangan orang islam. Dan waktu itu semua orang islam dihalau keluar dari Negara sepanyol. Dan ramai orang islam yang menyembunyikan diri di dalam rumah masing-masing kerana takut dibunuh oleh pemerintah kristian ketika itu. Dan pemerintah kristian mahu semua orang islam dibunuh dan dihapuskan dari bumi sepanyol. Dia mendapat satu idea bernas. Dia ingin menipu orang islam ketika itu dengan memberitahu bahawa mereka boleh keluar dari sepanyol dengan selamat tanpa sebarang peperangan. Dan kapal akan disediakan kepada mereka.

Kemudian orang islam menghantar wakil untuk melihat kebenaran kenyataan dari pemerintah kristian itu. Memang kapal telah disediakan. Dengan serta merta dan tanpa rasa ragu, orang islam pun mengemas segala benda dan pakaian untuk keluar dari sepanyol. Maka pada keesokan harinya, iaitu 1 april, orang islam beramai-ramai keluar dari rumah masing-masing bersama barang-barang keperluan untuk berlayar meninggalkan sepanyol. Tetapi malangnya, ketika itulah perangkap dan tipu helah orang kristian menjadi. Kapal dibakar dan semua orang islam dibunuh beramai-ramai termasuk budak kecil, orang tua dan perempuan.Maka bersempena hari itulah, mereka menamakan 1 April sebagai April Fool. Hari dimana orang islam diperbodohkan.

Hokum meraikannya

Di sini aku bawakan sebuah hadis yang bermaksud: “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah di dalam kalangan mereka”. jadi jelas disini hukum meraikan april Fool adalah haram disisi islam kerana menyerupai orang kristian. Tambahan pula 1 april ini sepatutnya menjadi hari kesedihan bagi umat islam kerana saudara kita dahulu dibodohkan dan dibunuh beramai-ramai. Jadi sungguh tidak relevennya jika orang islam masih ingin meraikannya.

Fikir-fikirkan….

Wallahua’lam..

Comments
14 Responses to “Di sebalik April Fool”
  1. dina darwina says:

    Ya Allah..betapa kejamnyerw mereka mempermainkan umat Islam..april fool bukan budya kite..rs nk nangis bile bc entry ne izzy..huhu sedey😦

  2. caliph says:

    sesuai dgn namanya.. budaya paling bodo pnah wujud.. mereka x akan puas hati selagi kita x ikut cara hidup mereka, huh…

  3. ramai tau tapi masih sambut ……..

  4. Hadijah says:

    Astagfirullah..
    kadang2 kita sndiri yg jahil, xmau menyelidik sejarah..
    hanya menurut, mudah sgt terikut2 dgn apa pun yg dihidangkan..
    sama halnyer juga dgn teori revolusi manusia..
    satu bntuk penyelewengan sejarah yg jelas..

  5. mJ o mJ says:

    itu sejarah… belum lagi cara depa ni melawak.. melawak kadang2 melampaui batasan.. gurauan berunsur penipuan.. kan haram dalam islam menipu + melampaui batasan.. Itu pandangan mJ sebagai sebahagian daripada masyarakat kat mesia..

  6. ni ke citer sebenanrnye..?
    huhu
    naseb la ak x pernh sambut
    aprill fool… =(

  7. misza says:

    terima kasih.sebelum ni tak tau sejarah dia.
    tapi tak sambut pun. bila dah tau ni rasa
    sedih lak. memang fool la orang Islam yang
    meraikannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: