Lif berpenghuni (episod 10)

“jadi mana encik joe?” khair semakin teruja mendengarkan kisah yang diceritakan oleh mr.cheng. semuanya diluar jangkaannya. Dia tidak menyangka semua itu keluar dari mulut mr.cheng. khair tahu semua yang diceritakan adalah benar tanpa sebarang maksud tersirat kerana segala jalan cerita itu terkena 100% padanya dan keluarganya.

“entahlah. Saya pun tak tahu. dia hilang begitu sahaja. Sedangkan pihak polis sendiri dah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengesannya, tetapi tidak Berjaya. Encik joe seolah-olah sudah hilang dari dunia nyata. Dia ghaib. Mungkin dia telah menggunakan ilmu batinnya..”

“ha,ilmu batin. tekaan mr.cheng mungkin ada betulnya. Tidak mustahil seorang pengamal ilmu batin dapat menghilangkan dirinya. Saya perlu cari dia sampai dapat. Tapi mr.cheng tahu nama sebenar dia?”

“saya pun tidak tahu. Saya dah tanya pihak polis yang bertanggungjawab mencari individu ini, tetapi mereka sendiri tidak tahu. Dan sebelum ini pun ayah saya tidak pernah bagitahu apa nama sebenar encik joe”

“susahlah kalau macam tu. nampaknya encik joe ni bukan sebarangan orang. Dia pasti mengamalkan ilmu batin yang luar biasa. Tapi sehebat-hebat dia, ilmu pencipta dia jauh lebih hebat dan kuat. Dia hanya manusia biasa.” Khair terlupa yang dia sedang bercakap dengan seorang kristian.

“er..maaf encik khair, apa yang encik khair maksudkan? Pencipta dia lebih hebat? Maksud encik khair Allah?” mr.cheng secara spontan membalas dengan soalan yang agak sensitive.

“eh tak ada apa. Tersasul sikit. Maaf. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya beredar dulu. Kebetulan saya ada kerja sikit di klang. Terima kasih banyak. Kalau ada apa-apa nanti, saya hubungi mr.cheng dengan segera. Jumpa lagi”. khair terus beredar dari rumah mr.cheng selepas berjabat tangan dengannya. Misi seterusnya ialah menuju ke klang. Mencari ketenangan dan jawapan dari Allah. ‘semoga aku akan temui jawapan di sana’.

Rantau panjang – klang – 8.15 p.m

Khair menziarahi ayah dan abangnya di rumah lamanya. mereka makan malam bersama. Banyak cerita dikongsi bersama. ayahnya yang sudah tua masih kelihatan sihat. Abangnya yang semakin menginjak tua pula masih seperti dulu. Kurang bercakap dan hanya ketawa apabila khair membuat jenaka. Ketika ini khair merasakan kebahagian yang tidak diperolehinya di tempat lain. ‘keluarga adalah sumber bahagia. Jika ikatan kekeluargaan renggang, maka seluruh urusan lain turut terganggu. Aku yakin dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, Barangsiapa menjamin untukku satu perkara, aku jamin untuknya empat perkara. Hendaklah dia bersilaturrahim (berhubungan baik dengan keluarga dekat) nescaya keluarganya akan mencintainya, diperluas baginya rezekinya, ditambah umurnya dan Allah memasukkannya ke dalam syurga yang dijanjikanNya.’

Setelah selesai menunaikan solat maghrib berjemaah, Khair bersama para jemaah surau duduk tekun menunggu untuk mendengarkan ceramah agama yang akan disampaikan oleh ustaz Ibrahim. Ustaz yang dihormati dan disayangi dikalangan para jemaah dan penduduk sekitar. Malam itu ustaz Ibrahim akan membuka kitab arab bertajuk ‘kabair’. Kitab ini ialah kitab yang menyenaraikan dosa-dosa besar yang digariskan oleh islam yang disusun dan dikarang oleh imam azzahabi mengikut tahap-tahap tertentu.

“insyaallah, hari ini ana akan menyambung sesi pengajian kita pada tajuk seterusnya iaitu sihir” ustaz Ibrahim memulakan ceramahnya meskipun kelihatan ustaz Ibrahim seperti kurang selesa. Namun Khair tetap teruja untuk mendengarkan tajuk yang akan disampaikan oleh ustaz Ibrahim. Kerana tajuk itu berkaitan rapat dengan pencariannya kini. Misi mencari encik joe. Pengamal ilmu sihir.

“jadi bila kita melihat pada dosa sihir, maka kita mengetahui dosa ini adalah antara dosa yang paling besar di dalam islam. Kerana dosa ini berkaitan dengan perbuatan syirik, ia berkaitan dengan aqidah. Jika seseorang itu mengamalkan sihir, maka dia akan mendapati bahawa syaitan akan menjadi penemannya dan jin akan menjadi pembantunya. Dengan serta merta hatinya bukan lagi meletakkan pergantungan pada Allah, tetapi pada makhlukNya. Tambahan pula sihir ini bertujuan jahat. Menganiaya orang. Jadi jelas dosa ini bukan lagi dosa kecil, tetapi sudah diketegorikan sebagai dosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan. Baginda ditanya, Apakah dosa itu wahai Rasulullah?. Baginda berkata, Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.”

Jika pelakunya sudah insaf, maka wajib atasnya meminta keampunan daripada Allah bersungguh-sungguh bagi membuang segala dosa syiriknya kepada Allah seterusnya memperbaharui syahadahnya. Allahuakbar….besarnya dosa ini…nauzubillah min zalik.. Astaghfirullah…”. Para jemaah tekun menanti ayat seterusnya. Namun secara tiba-tiba Ustaz Ibrahim memberhentikan ceramahnya. Dia memanggil pembantunya mendekatinya dan membisikkan sesuatu. Beberapa detik kemudian, ustaz Ibrahim bangun dari duduknya dan memberi salam kepada semua. Dia beredar dari situ membawa begnya dan membiarkan kitab kabair di atas meja. Kemudian pembantunya mengambil alih tempat duduk ustaz Ibrahim. Merapatkan mikrofon pada mulutnya. Khair yang hanya memerhati berasa hairan. Kerana jarang-jarang sekali ustaz Ibrahim menangguhkan ceramahnya secara tiba-tiba tanpa memberitahu sebarang alasan terlebih dahulu.

“assalamualaikum semua, pertama sekali ana selaku pembantu kepada ustaz Ibrahim memohon beribu-ribu kemaafan kepada para jemaah yang dihormati sekalian. Kerana ustaz Ibrahim secara tiba-tiba berasa kurang sihat. Dan dia tidak dapat meneruskan ceramahnya. Jadi ana dipertanggungjawabkan oleh beliau untuk mengambil alih ceramah hari ini. Sekali lagi ana minta maaf bagi pihak ustaz Ibrahim”. Pembantunya meneruskan ceramah yang tertangguh sebentar tadi. Khair dan para jemaah tekun mendengar setiap butir perkataan yang keluar dari mulut pembantu ustaz Ibrahim. Dia tidak kurang hebatnya berbanding ustaz Ibrahim dari segi ilmu pengetahuan. Cuma gaya penyampaiannya masih tidak setaraf ustaz Ibrahim kerana ustaz Ibrahim lebih lama mencuburi dalam bidang ini berbanding pembantunya itu. Tapi semua itu tidak penting bagi khair, apa yang penting kini, dia perlu mengutip sebanyak mungkin mutiara-mutiara berharga yang terdapat dalam salah satu dari taman-taman syurga ini.

Restoran haidar – klang

“jadi macam mana razak?” khair dan razak bersemuka sekali lagi. tapi kali ini di restoran lain dan mereka duduk di meja yang agak hujung dan privasi.

“ok insyaallah saya dah bersedia menceritakan segalanya. Itu pun kerana saya dah janji kat encik khair minggu lepas. Tapi sebelum tu, saya nak encik khair janji dulu supaya cerita ini tidak disebarkan kepada orang lain. walaupun kepada kawan baik dan keluarga. sebab apa yang saya nak cerita ini bersangkut paut dengan aib seseorang.” Razak memulakan ceritanya.

“insyaallah saya tidak akan menceritakan hal ini kepada orang lain. kecuali dalam keadaan terpaksa”

“apa maksud encik khair?”. Razak kehairanan.

“maksudnya, saya tidak boleh berjanji akan simpan rahsia ni. Sebab saya takut kalau sampai masa yang mendesak, saya terpaksa ceritakan hal ni pada orang lain.”

“owh, Jadi jelaslah yang encik khair melanggar perjanjian. Perjanjian terbatal. Saya pergi dulu. Masih banyak kerja yang lebih penting saya perlu buat. assalamualaikum” razak bangun dari duduknya tanda dia membantah sikap khair.

“sabar dulu razak, kita bincang slow-slow. Duduk dulu”. Namun razak tidak mengendahkan panggilan khair. Tiba-tiba khair mendapat idea untuk memberhentikan langkah razak.

“jadi betullah razak terlibat dengan kes ni. Bersubahat samalah balasannya dengan orang yang melakukan dosa. Dosa besar pula tu. Bimbang nanti kalau Allah tidak mengampunkan dosa itu, maka neraka lah tempatnya…”

Rancangan khair menjadi. Razak tiba-tiba berhenti. Dia berpaling dan mendekati khair. Kini jarak mereka hanya beberapa jengkal. Sangat rapat. Muka razak tiba-tiba berubah merah. Khair panik.

“dush!!” segempal penumbuk melekat pada pipi khair. Khair hampir jatuh dari duduknya. Nasib baik tangannya sempat berpaut pada meja. Razak meluncurkan sekali lagi segempal penumbuk. Namun kali ini Berjaya dielak oleh khair. Dan segera tangan razak ditangkap kemas. Dengan serta merta pergelangan tangan razak dipulas kuat sehingga dia tersimpuh ke lantai.

“aduh aduh! Cukup-cukup!” razak mengerang kesakitan. Khair segera melepaskan tangannya. Beberapa pelanggan memerhati dari jauh. Tetapi tidak diendahkan.

“dah razak, duduk atas kerusi tu. kita bincang elok-elok ye. Saya tak berniat nak mengasari razak. Tetapi saya terpaksa. Apabila diserang, saya patut menyerang balas. Minta maaf”. Razak masih diam dan tertunduk. Dia bangun dari simpuhannya dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. khair memegang pipinya yang kemerahan. Kesan lebam mula kelihatan.

“razak, dengar baik-baik. Saya tahu razak tak bersalah dalam hal ni. Tapi kenapa razak terlalu takut mendedahkan perkara sebenar pada saya. Saya hanya mahukan kebenaran dan pesalah perlu dihukum. Itu sahaja. Saya tidak meminta lebih dari itu. Saya harap razak faham” khair bersungguh-sungguh memujuk razak. Tapi razak masih lagi berdiam.

“razak, kenapa razak nak simpan lagi rahsia ni? Razak nak keadaan bertambah teruk? Nak tunggu ada mangsa seterusnya? Cukup-cukuplah razak. Semua yang saya nak buat ni semata-mata untuk kepentingan ramai orang. Bukan kepentingan peribadi semata-mata.”

“tapi…..” razak mula bersuara. “pesalah itu dah bertaubat. Kenapa mesti menjatuhkan hukuman keatas seorang yang dah bertaubat?”

“meskipun dia dah bertaubat, tetapi dia masih belum menunaikan 1 syarat dalam bertaubat. Maka taubatnya dikhuatiri tidak diterima oleh Allah. Dia bersalah pada manusia, maka dia perlu meminta maaf pada orang yang dia zalimi. selagi orang yang dizalimi tidak memaafkan, selagi itulah taubatnya masih tergantung. Tidak sampai pada Allah..” kata-kata khair betul-betul menyentap ulu hati razak. Razak tersekima. Air matanya dibiar mengalir tanpa henti. Tidak lagi mempeduli orang yang memerhati sejak tadi.

“saya….” “saya tak tahu nak cakap macam mana” khair menanti penuh debar setiap butir yang keluar dari mulut razak.

“sebenarnya memang semua ni ada kaitan rapat dengan saya”

“siapa dia? Kawan razak?” khair membuat andaian.

“bukan…”

“jadi siapa? Abang razak?”

“bukan…orang itu ialah ayah saya” terlopong mulut khair mendengar jawapan dari mulut razak. Tidak disangka.

“jadi encik joe ialah ayah razak??”

“encik joe? Owh, johari. Iya, memang ayah saya bernama abdullah johari. Pengamal ilmu batin yang telah insaf”

BERSAMBUNG……..hihihi..tunggu next episod..jangan marah:D

Comments
16 Responses to “Lif berpenghuni (episod 10)”
  1. Cik Rabbit says:

    nak marah gak !!😦 saspen la encik izzy ni haaa. cepat2 sambung taw😉

  2. dina darwina says:

    alaaaaaa…izzy ne..nmpknya konflik dh dpt dirungkai 1 persatu..best…hehehehe..nk taw g smbgn nyerw…tp izzy yg pengembaraan siri kedua kat tmpt izzy tu pun izzy belum update g kn…ke dina yg x perasan..huhu

  3. kpah k-poh says:

    alaaa..patutlah razak tu dulu emosional sgt..rupa2nya pasal bapak dia…suspen lagi….

  4. Hadijah says:

    Haaa?
    laa..encik Joe tu org melayu ke?
    kalau akk tau melayu..dh lama akk kaitkan dgn razak..huhu
    heheee…suspens menjadi..

  5. zue says:

    salam izzy,..lama xmenyinggah tgk lif ada penghuni ke x! hehehehehehehe dh berhabuk dh blog xdupdate (akaknyer blog tu y xdtg sini tu),..kemalasan melanda,..hahahahaha citer ni pon akak miss 2 episod but overall best,..akhirnya dh nmpak klu2 tok next episod..cannot wait!

  6. dhiera says:

    sebelum ni baca diam2 je..tapi makin tak sabar nak tahu sambungan cerita ni~

  7. misza says:

    kekusutan khair hampir terlerai.
    cara nak menyelesaikan je belum tau. hihi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: