Cukup syarat?

Apa yang cukup syarat ni? Cukup syarat masuk kerja? Atau cukup syarat sebagai calon menantu? Tidak….di sini sebenarnya aku nak mengenengahkan kepada korang semua tentang satu fenomena yang kurang baik yang berlaku di kalangan kita samada secara sedar atau tidak.

Fenomena cukup syarat ini ialah satu fenomena yang sebenarnya boleh menjerumuskan diri kita pada satu lembah kemurkaan Allah. Silap hari bulan hanya kerana sikap cukup syarat kita ini boleh menggolongkan kita ke dalam golongan ahli neraka. Na’uzubillah min zalik.

Masih belum faham dengan cukup syarat? Mari sini aku terangkan. Cukup syarat ini bermaksud satu sikap yang memberi maksud membuat satu kerja cukup-cukup syarat tanpa memikirkan hasilnya baik atau tidak.

“alah, ok la ni..yang penting cukup syarat”

Berhati-hati lah korang semua dengan sikap ni. Ada mara bahayanya yang jarang-jarang orang perasan. Mari sini aku bawakan kepada korang dialog ringkas tentang perkara ni.

Si A : “ahmad, aku tengok kau solat macam laju je? Khusyuk ke solat macam tu?”

Si B : “ala, kau peduli apa aku solat laju ke slow macam siput ke, yang penting aku dah solat. Cukup syarat kan?”

Si A : “memang cukup syarat, tapi kalau solat tanpa khusyuk kan sia-sia je”

Si B : “kau ni malaikat ke boleh tau solat aku khhusyuk ke tak?”

Ha, Nampak tak macam mana fenomena di atas. Sikap si B yang tidak bersungguh dalam melakukan ibadah hanya menggunakan alasan cukup syarat. Adakah dia tahu bahawa Allah tidak mengkehendaki ibadah macam tu? jom tengok dialog kedua.

Si C : “nur, mintak maaf aku nak tegur sikit, kau punya tudung tu Nipis sangat kot. Nampak rambut kau sikit”

Si D : “ek eleh, ok la ni aku pakai tudung. Kau tak tengok kat luar tu lagi ramai tak pakai langsung tudung.”

Si C : “tapi masalahnya, kalau kau pakai tudung macamni, bagi aku baik kau tak pakai langsung, sebab dosa sama je macam orang tak pakai tudung”

Si D : “weh, sekurang-kurangnya aku pakai ni cukup syarat tau tak. Lagi bagus dari dorang kat luar tu la.”

Perasan tak dua dialog diatas. Agak-agak korang sikap cukup syarat ni bagus ke tak? Mesti tak kan. Sebab sekadar melakukan ibadah dan kewajipan dengan cukup-cukup syarat, maka ibadah atau kewajipan itu sebenarnya tidak sempurna. Kalau tidak sempurna maka sebenarnya Allah telah murka. Korang tidak percaya? Cuba kita umpamakan diri kita dalam dialog ni pulak.

Kita : “mamak, nasi goreng satu”

Mamak: “ok, siap”

Selepas beberapa minit maka siaplah nasi goreng dihidang pada kita.

Kita : “mamak, kenapa nasi goreng ni tak sedap? Tak rasa garam? Sayur pun tak ada? Lauk pun langsung tak ada ni? Nasi goreng ke apa ni??”

Mamak: “aiyoyo, saya masak saja. Awak mintak nasi goreng, saya bagi la nasi goreng. Sedap atau tak hal kedua la. Yang penting cukup syarat. Ada nasi dan digoreng.”

nasi goreng cukup syarat

Ha, kalau kita di situasi atas, mesti marah kan. jelas tak sekarang ni? Inilah yang dimaksudkan dengan sikap cukup syarat. Sikap ini sangat tidak elok. Begitu jugalah sikap kita pada Allah. Kalau kita hanya mengamalkan sikap cukup syarat dalam semua hal ibadah dan kewajipan kita terhadapnya, agak-agaknya Allah marah tak?

Jom fikir-fikirkan…..

Wallahua’lam…

Comments
22 Responses to “Cukup syarat?”
  1. wanzi says:

    betul tu… janji cukup syarat semua jadi

  2. terliur gak aku tgk ni.. walaupun x cukup syarat.. wahahaaa

  3. kpah k-poh says:

    Asal cukup syarat..mmg tak leh pakai betul..ibarat melepaskan batuk di tangga…

  4. dina darwina says:

    cukup syarat..secara terus terang dina insaf bile bc entry izzy ne..nak bertaubat…T_T

  5. Miss Meen says:

    Wah betul tue ..
    Terima kasih atas inf0 kam0 ..
    Amat berguna ..
    Akan diambil kira dalam kamus hidup Miss Meen ^_^

  6. wanzi says:

    singgah sini mesti lapar bila tengok nasi goreng bro…. leh oder ke?

  7. Hadijah says:

    Cukup syarat ni ada kaitan dgn keikhlasan..
    kalau buat keje xikhlas..mmg semuanya nk mudah..
    dh hilang keberkatannya walu kita ingt kita buat prkara tu baik..
    1 muhasabah utk akk..
    terima kasih izzy.
    teruskan menulis..gunakan bakat dlm usaha brdakwah..
    subhanallah..

  8. yang nasi tu nmpak mmg ckup syarat! makan lum tentu lg ckup syaratnya hihi ^_^

  9. misza says:

    cukup syarat tapi tak sempurna la tu. buat ala kadar je.
    semoga kita semua dijauhi dari sikap yang begitu.

    nasi goreng nampak mantap. ^_^

  10. syaea says:

    ish3..dasat an..kdg2 kite un ta sdar wat cmtu..smg kite snts dbri ptunjuk olehNya..insyaAllah..amin ^^

  11. Hawa 'iffah says:

    Ringkas tp menyentuh.terbaik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: