Siapa Abdullah bin Saba’?

syiah...

“Abdullah bin Saba’ hanyalah khurafat dan rekaan golongan Umawi dan Abbasi kerana dengki terhadap Ahli Bayt yang suci. Orang berakal sepatutnya tidak memikirkan dan mengambil endah tentangnya” –Sayid Muhammad Al-Hussain Al-Kasyif Al-Ghito’

Ramai di kalangan ahli syiah menyatakan bahawa Abdullah bin Saba’ ialah satu identiti yang tidak wujud tetapi diada-adakan oleh golongan ahli sunnah bagi tujuan menghentam golongan syiah kerana mendakwa bahawa individu inilah yang mengasaskan fahaman syiah yang masih wujud sehingga kini.

Namun penolakan individu ini hanya terdapat di dalam beberapa kitab utama mereka. sedangkan masih banyak lagi kitab-kitab muktabar mereka yang dikarang oleh para ulama’ dan imam yang mereka sendiri sanjung menyatakan bahawa Abdullah bin Saba’ ini sebenarnya wujud.

***

“sesungguhnya Abdullah bin Saba’ mendakwa dirinya nabi dan mengatakan bahawa Amirul mukminin(Ali r.a) adalah Allah..” – Abu Ja’far (Muhammad Al-Baqir. Imam ke-5 Syiah)

“Abdullah bin Saba’ yang kembali kepada kekufuran dan menampakkan keterlaluan serta melampaui batas” – Al-Mamqani.

“golongan al-Saba’iyyah menyatakan bahawa Ali r.a berhak menjadi imam selepas nabi s.a.w dan ia merupakan kewajipan daripada Allah. Mereka itu merupakan puak Abdullah bin Saba’. Dialah antara orang yang memfitnah dan memburukkan nama Abu Bakar, Umar, Uthman dan para sahabat lain..” – Al-Naubakhti.

“berkata Abdullah bin Saba’ kepada Ali r.a: kamulah tuhan sebenarnya. Maka Ali r.a membuangnya ke luar negeri..” – as-Sayid Ni’matullah al-Jazari.

***

puak syiah yang semakin ramai

Berdasarkan kata-kata para ulama’ dan imam syiah serta banyak lagi yang tidak dinyatakan disini, maka jelas pada kita bahawa golongan syiah sendiri mengakui kewujudan Abdullah bin Saba’. Bukanlah satu indentiti yang direka-reka, tetapi individu ini adalah hakikat yang tidak boleh lagi disangkal.

Berkenaan Abdullah bin Saba’, beliau adalah seorang yang berasal dari yahudi yang kemudian memeluk islam. Namun pada hakikatnya dia masih seorang yahudi. Beliau orang pertama yang menyebarkan fitnah terhadap Abu Bakar r.a, Umar r.a, Uthman r.a dan sahabat-sahabat lain. dan juga merupakan orang pertama yang menyatakan bahawa Ali r.a berhak menjadi imam dan mewarisi nabi s.a.w.

Tidak disangkal lagi mengapa golongan syiah bermati-matian menolak kewujudan individu ini, kerana individu inilah pengasas sebenar ajaran syiah yang masih kekal sehingga kini. Dan ini membuktikan bahawa ajaran syiah sebenarnya dibawa oleh seorang yahudi.

***

Tajuk buku : ‘kenapa aku meninggalkan syiah’
Karangan : Syeikh Al-Allamah Dr. Hussain Al-Musawi

#P/S: tolong doakn aku exam esok k..mekasih:D

Comments
10 Responses to “Siapa Abdullah bin Saba’?”
  1. Hadijah says:

    Alhamdulillah, dgn perkongsian ilmu ini..
    dpt ilmu akk ttg syiah ni..
    nsb baik dulu izzy byk bg akk rencana2 mngenai syiah ni.
    ye la, akk kalau bc bab2 cam ni kena ambik masa lama ckit..
    bkn senang nk fhm..
    sebelum terlupa, good luck utk exam esok.
    Semoga Allah mempermudahkan Izzy menjawab esk ye..=)

  2. wanzi says:

    bagus entry ni… boleh kongsi ilmu

  3. cheqna says:

    Semoga sentiasa dapat menulis ilmu yang bermanafaat..teruskan ye..

    exam? good luck ye..
    🙂

  4. dina darwina says:

    betul ke ne izzy? tema kasih sekurang2nya taw jgk serba cikit sal gol syiah

  5. deleted says:

    terima kasih, saya harap saudara penulis bisa merungkaikan seluruh kesesatan syiah demi generasi umat islam. golongan inilah yg disabdakan Rasulullah : orang yang muflis di akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: