Syiah pembunuh sebenar ahli bait

imam-imam dalam syiah..

“sesungguhnya mereka itu menangisi kami tetapi siapakah yang membunuh kami kalau bukan mereka?” – Al-Imam Zainal Abidin

***

Telah dimaklumi dikalangan pengikut syiah bahawa sandaran cinta mereka hanya pada ahli bait. Seterusnya mereka telah pasakkan didalam benak fikiran anak-anak mereka sejak dari kecil bahawa para sahabat telah menzalimi ahli bait. Kerana telah menumpahkan darah dan mencemarkan maruah mereka.

Namun apabila melihatkan kepada sumber dan kitab muktabar mereka, jelas sekali bahawa hakikat yang gah dilaungkan oleh mereka itu sebenarnya tipuan yang nyata. Pada hakikatnya mereka sendiri lah yang telah menumpahkan darah dan mencemar maruah ahli bait.

***

Berkata Ali r.a: “kalau aku kenal pengikut dan penyokongku, nescaya aku hanya akan mendapati semua mereka adalah golongan yang menyifatkan Allah, kalau aku menguji mereka, nescaya aku akan mendapati mereka akan murtad dan jika aku saring mereka, nescaya tiada seorang pun yang akan lepas” – kitab Al-Kafi

Berkata Al-Imam Al-Husin (imam ketiga syiah) ketika mendoakan keatas pengikutnya(syiah): “Ya Allah, kalaulah Engkau mengekalkan mereka hingga suatu ketika, maka pecah belahkan mereka, jadikan mereka berbagai puak yang berlainan dan jangan jadikan penguasa berasa senang dengan mereka. Sesungguhnya mereka telah menyeru kami supaya membantu kami kemudian memusuhi dan membunuh kami” – kitab irsyad al-mufid

Al-Sayid Muhsin Al-Amin: “sebanyak 20 ribu penduduk iraq membaiah(membuat perjanjian) dengan Al-Hussain. Mereka itulah yang mengkhianati dan memberontak ke atasnya sedangkan mereka telah membaiah dengannya serta membunuhnya” – kitab a’yan as-syiah.

Jadi jelas di dalam kitab muktabar mereka sendiri menukilkan kebenaran yang selama ini tidak diketahui oleh kebanyakan ahli sunnah. Mereka ini sering menuduh bahawa ahli sunnah adalah pembunuh ahli bait. Tetapi pada hakikatnya syiah sendiri yang melakukan pembunuhan itu. Mereka adalah syiah dari penduduk kufah.

***

Berkata lagi Al-Hasan: “demi Allah aku mendapati Muawiyyah lebih baik terhadapku daripada mereka yang menganggap diri mereka sebagai penyokongku dalam keadaan mereka hanya mahu membunuhku dan mengambil hartaku” – kitab Al-ihtijaj.

Maka telah terang dan jelaslah bahawa tuduhan golongan syiah terhadap ahli sunnah hanyalah rekaan semata-mata bagi mengaburi mata pengikutnya yang buta dan tuli dari melihat kebenaran ini. Sesungguhnya pembunuh sebenar ahli bait adalah syiah. Bukan ahli sunnah.

***

Tajuk buku : ‘kenapa aku meninggalkan syiah’
Karangan : Syeikh Al-Allamah Dr. Hussain Al-Musawi

Comments
12 Responses to “Syiah pembunuh sebenar ahli bait”
  1. Hadijah says:

    emm..ternyata, syiah ni suka menafikan kebenaran..bahaya betul.
    kat malaysia ni pun dh ramai yg terpesong..lg2 generasi muda..
    lg bhaya kalau dia mempengaruhi dan org yg dipengaruhi pula jenis xfikir pjg..
    percaya bulat2 tanpa merujuk pd org yg lbh tahu..huhu
    Alhamdulillah, akk pernah diselamatkan dari hasutan2 mcm tu..
    terima kasih Izzy..=)

  2. caliph says:

    menanti hari puak syiah & ahli sunnah bergabung dlm memerangi musuh2 Islam…

    • izzysabki says:

      huuu….susah sbnrnye….sbb pnyebab prmusuhan ialah syiah sndiri…dn syiah sbnrnye ditubuhkn oleh yahudi utk memecah belah org islam…org kata musuh dlm slimut….nntkan episod pmbongkaran strusnya..nnt en.caliph akn tmui byk kbenaran yg xprnah trfikir….nantikan^^

  3. dina darwina says:

    terima kasih izzy..kongsi maklumat ne n_n

  4. zue says:

    salam izzy,..wah n3 penuh ngan pengisian,..bahayakan bila ada musuh dlm selimut ni,..lagi plak y menyesatkan,..thanks 4 sharing!

  5. ila says:

    salam.
    syukran atas perkongsian:)
    hmm..nak tanya kat jordan amek kos ape ye??

  6. mrcetobery says:

    salam..memang bahaye pengaruh syiah skrg ni..kat UIA saje pon da ramai pengikut syiah..nauzubillah..
    harap Allah dapat membuka pintu hati dorg..en3 yg terbaek!!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: