Lif berpenghuni (episod 11)

Flat sri wangi – kelana jaya

Sejak tadi Khair membetulkan duduknya. Dia tidak selesa dengan apa yang dirasanya ketika itu. Hatinya bercampur baur diantara gembira, sedih, teruja dan resah. Dia tidak tahu mana satu perasaan yang patut dilayan dan mana yang patut diabaikan. Dia teringat perbincangannya bersama razak petang tadi. Segalanya dirasakan terlalu pantas. Pencariannya hampir pada penghujung. Kisahnya hampir menemui titik penamat. Kerana razak sudah berjanji akan memujuk ayahnya untuk datang menemui mr.cheng. Namun hatinya tetap berdetik kerisauan. Bimbang mr.cheng tidak dapat menerima kenyataan bahawa encik joe yang dicarinya selama ini akan menemuinya esok. Bimbang juga kejadian yang lebih buruk bakal berlaku. Segera khair beristighfar panjang di dalam hati. Perasaannya itu segera dipadam.

“troooot…troooot”. Deringan telefon bimbit mengejutkan khair. Segera diambil dan menjawab setelah memastikan individu yang menghubunginya.

“assalamualaikum razak, ada apa telefon malam-malam ni? Esok jadi datang?”

“waalaikumussalam. Encik khair, ada berita yang kurang baik. Saya dah pujuk ayah saya sungguh-sungguh. Tapi dia tetap tak mahu datang esok. Bila ditanya kenapa, dia cakap bimbang. Bimbang ‘benda’ itu akan kacau dia..”

“hmm..susah kalau macamni. Sebab esok je boleh jumpa mr.cheng. dia tak ke mana-mana esok. Kalau hari lain, takut dia sibuk”

“masalahnya encik khair, dia bukan tak mahu ke sana esok je, tapi hari-hari lain pun dia tak mahu. Dia takut ‘benda’ tu..”

“razak cakap dia dah insaf? Dah kuat ibadah? Selalu solat malam? Jadi kenapa masih takut dengan makhluk?”

“entah lah encik khair, saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin dia risau benda tu akan ikut dia semula. Sebab dia dah lama tak amalkan ilmu hitam dia. Kalau encik khair sendiri cakap dengan dia, boleh?”

“tidak mengapa. Tiada siapa yang boleh memaksanya. Bagi dia masa untuk tenangkan dirinya dulu. Insyaallah lama-lama hati dia lembut la tu.”

“ok, insyaallah. Malam ni saya cuba pujuk dia lagi. kalau jadi atau tak, saya mesej encik khair malam ni juga.”

“terima kasih razak. Tapi ingat, jangan memaksa.”

“ok, insyaallah tak. Terima kasih encik khair. Assalamualaikum.”

“waalaikumussalam”

Khair mematikan talian. Mulutnya kumat kamit mengucap istighfar. Berita yang keluar dari mulut razak betul-betul meresahkan semula jiwanya. Segalanya dah dirancang. Tetapi berita yang kurang enak pula diterima. Segera khair kembali pada Allah. Dia teringat kalam suci di dalam kitab al-quran yang selalu dibacanya ketika sesuatu perancangannya dinafikan oleh Allah, “kamu merancang, dan Allah juga merancang. Tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang”.

Khair bangun dari duduknya dan mengambil wuduk. Gelora hatinya segera ditenangkan dengan mendirikan dua rakaat solat sunat wuduk. Al-quran di atas meja diambil dan dibaca dengan tekun. Setiap huruf dan perkataan di dalam Al-quran diteliti dengan baik. Bagi khair, membaca sahaja tanpa mentadaburnya seakan sia-sia. Lebih-lebih lagi dia sebagai seorang melayu yang kurang mengerti bahasa arab, sangat memerlukan masa untuk memahami satu persatu perkataan di dalam al-quran. Khair semakin tenang dan mula melupakan keresahannya sebentar tadi. “insyaallah ada hikmahnya”.

“bip..bip..bip..bip”. satu pesanan ringkas diterima. Khair tidak membuang masa. Segera diambil telefon bimbitnya di atas meja. Pesanan ringkas dari razak. ‘assalamualaikum encik khair, Alhamdulillah. Ayah saya tiba-tiba berubah hati. Dia mahu sungguh-sungguh jumpa mr.cheng. esok kita jumpa, insyaallah. Salam alaik’.

Khair membalas pesanan ringkas itu dengan menyertakan waktu dan nombor rumah mr.cheng sebagai tempat pertemuan mereka esok.

“Alhamdulillah”. Khair memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah. “semoga esok menjadi titik penamat dalam pencarianku selama ini. Ya Allah, redhailah segala usahaku ini. Amin”.

***

Kedatangan khair pagi itu tidak menimbulkan sebarang syak wasangka dari mr.cheng. Dia menyangka kedatangan khair sekadar untuk bersembang kosong dan membayar duit sewa bulanan. Tetapi sangkaannya itu tiba-tiba meleset apabila khair mula membuka mulut.

“mr.cheng, maaf datang ke rumah mr.cheng pagi ahad ni. Tak ada niat nak mengganggu pun, sekadar menyambung sesi perbualan kita baru-baru ini. Tidak mengapa kan?”

“oh, tidak mengapa. Ha…macam mana? Jumpa encik joe?” senyuman mr.cheng sedikit sinis. Dia seolah-olah sudah tahu jawapan yang akan keluar dari mulut khair. Masakan tidak, jika polis pun tidak dapat mencari encik joe, apatah lagi orang biasa seperti khair. Semua itu berlegar di dalam minda mr.cheng.

“hmmm…memang tak jumpa lagi…”

“dah agak. Tak mengapa lah encik khair, tak perlu susahkan diri sendiri. Memang saya dah tahu, bukan senang nak cari encik joe. Saya pun dah malas nak fikir. Mendiang ayah saya pun sudah selamat dikebumikan. Ruhnya pun pasti sudah tenang di syurga sana. Tak perlu lah susahkan diri encik khair ya.” Ayat mr.cheng betul-betul menyentap perasaan khair. Mr.cheng seolah-olah mencabar wibawanya.

“mr.cheng jangan terlalu cepat membuat andaian. Saya sebagai orang islam, diajar untuk tidak pernah berputus asa. Selagi jawapan belum ditemui, selagi itu saya akan berusaha mencari sampai Berjaya. Dan mr.cheng jangan terkejut kalau sekejap sahaja lagi, orang yang dicari-cari selama ini akan datang menemui kita. Jangan terkejut.” Khair pula mengasak mr.chang dalam usaha menegakkan kebenaran.

“mustahil la. Mana orangnya? Bawa ke mari sekarang juga. Saya mahu jumpa dia. Sekarang juga” sekali lagi mr.cheng mencabar khair.

“ting tong…ting tong..” loceng rumah mr.cheng tiba-tiba berbunyi. Mereka berdua tersentak. Mr.cheng segera menuju ke pintu dan membukanya. Mr.cheng hanya tersenyum apabila bersemuka dengan tetamunya. Khair tidak Nampak siapa yang datang kerana orang itu berada disebalik pintu.

“ya, mahu jumpa siapa?” mr.cheng bertanya dengan mesra.

“mr.cheng ada? Saya razak dan ini ayah saya.”

Sayup-sayup suara razak memasuki corong telinga khair membuatkan hati khair bergetar. Penantiannya kini hampir ke penghujung. Dia yakin razak datang bersama encik joe yang ditunggu-tunggunya.

Bersambung……^^

#maaf lama tak update blog….ada sikit bz^^

Comments
18 Responses to “Lif berpenghuni (episod 11)”
  1. Cik Rabbit says:

    laa..bersambung lagi ;( cepat2 update ye

  2. dhiera says:

    erm..sambung lagi. baru nak excited~

  3. Hadijah says:

    err…kalau en. joe yg dtg,kenapa mr cheng tersenyum pulak??
    mesti la dia terkejut..sbb dia akan rasa malu dgn keangkuhannya sendiri..
    haaa…………mesti razak……..
    huhu, kene tunggu lg ni nk pastikan andaian akk betui..=)

  4. zue says:

    salam izzy,..mak aiii pendeknyer episod kalini,..huhuhuhuhuhu

    eiii xsabo nk tgu next episod!

  5. dina darwina says:

    hahahahahhaa..dh agak mst brsambung g ne..hehehehe

  6. ila says:

    nak lagi=)

  7. mizzapple says:

    alahai!
    bersambung lg ke?
    ingtkan dah sampai penamatnya.

  8. misza says:

    baru nak suspen. ^_^

  9. wanzi says:

    tengok syok nak habiskan… bersambung rupanya… bila nak sambung ni… best citer ni

Leave a comment