Saintis muda

1995 – asrama sekolah rendah ibnu Khaldun, Klang.

Cuti hujung minggu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Bukan pulang ke rumah yang diharapkan, tetapi menetap di asrama bersama kawan sekepala itulah lebih penting dan menyeronokkan. Lebih-lebih lagi apabila tinggal beberapa kerat pelajar yang tidak pulang ke rumah. Ketika ini timbullah pelbagai idea dan perancangan pelik-pelik dek kerana kebosanan yang menyelubungi hidup aku dan kawan-kawan di asrama. Ditambah pula ustaz selaku warden asrama memberi kebebasan penuh kepada kami untuk melakukan apa sahaja dengan syarat berada dan tidur di asrama apabila malam hari.

Perancangan bermula apabila salah seorang rakanku mencadangkan supaya eksperimen dibuat keatas bahan-bahan mentah yang terdapat di sekitar asrama ketika itu. Dengan mengambil setiap bahan itu dan dicampurkan di dalam sebuah botol minyak wangi kecil yang telah dikosongkan. Botol kecil ini kami gelar sebagai botol uji.

botol minyak wangi yang digunakan

Kami menuju ke destinasi pertama iaitu tandas. Bahan pertama yang ditemui ialah bahan cuci ‘AMIN’. Bahan cuci tandas ini dulunya sangat terkenal kerana reputasinya membersihkan mangkuk tandas asrama dengan kadar segera berbanding sabun-sabun lain. setitik AMIN dituang didalam botol uji. Kemudian kami mencari bahan lain untuk dicampurkan bersama bagi melihat hasilnya.

Kami menemui dynamo. Sabun pencuci baju yang dikenali sebagai agen paling pantas membersihkan baju sekolah kami berbanding pencuci lain. setitik dicampurkan ke dalam botol uji. tiada reaksi tindak balas yang terhasil. Kami menggoncang kuat. Namun masih tiada sebarang perubahan ketara ke atas bahan eksperimen kami.

Kami menuju ke bilik mandi. Syampoo pelbagai jenama menjadi mangsa seterusnya. Setiap jenis syampoo dititiskan ke dalam botol uji. Sedikit sabun mandi juga dicampurkan. Botol uji digoncang kuat bagi melihat perubahan. Namun bahan-bahan campuran masih seperti tadi. Tidak memberi sebarang tindak balas.

Pencarian diteruskan dengan mengambil sedikit minyak kapak yang terkenal dengan kuasa anginnya. Setitik dititis kedalam botol uji. Bahan yang dicampur digoncang kuat. Sedikit perubahan mula terhasil. Bahan eksperimen menjadi putih. Kami teruja kerana eksperimen kami mula menampakkan perubahan. Ketika ini kami sudah merasakan diri kami lah saintis muda yang akan menghasilkan bahan cuci terbaik di dunia dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana syarikat bahan cuci antarabangsa. Tetapi hasrat kami tidak berhenti setakat itu. Pencarian bahan lain diteruskan.

antara bahan pencuci yang menjadi bahan ujian

Kami pusing keliling asrama, tetapi seakan-akan menemui jalan buntu. Tiada lagi bahan yang dirasakan sesuai untuk dicampur di dalam botol uji. Tapi secara tiba-tiba terpacul cadangan dari mulut seorang rakanku.

“apa kata kita campur kapur kasut? Sebab kapur kasut kan membersihkan kasut. Mesti power kan?!”

Mula-mula aku tak berapa setuju. Sebab setahu aku lah, kapur kasut bukan membersihkan kasut, tetapi memutihkan. Bermakna kekotoran kasut disalut dengan kapur menyebabkan kasut Nampak bersih. Tetapi disebabkan tiada cadangan bernas yang lain, maka cadangan itu diterima bulat-bulat oleh ahli syura dan berkuat kuasa hari itu juga.

Kapur kasut di rak kasut diambil kami. Aku membuka penutup kapur perlahan-lahan bimbang tumpah atau terkena baju. Setitis kapur dititiskan ke dalam botol uji kami.

“dup dap dup dap” jantung kami berdegup kencang seolah-olah baru selesai berlari mengelilingi padang sebanyak 10 kali.

Bahan campuran mula menampakkan perubahan ketara walaupun belum digoncang. Penutup botol uji ditutup rapat. Perlahan-lahan digoncang. Kami menanti penuh sabar. Menanti apa yang akan terjadi. Badan kami merapati botol uji yang sedang digoncang oleh salah seorang rakan ku.

“tak jadi apa-apa pun?”

“sabar la, goncang lagi. kuat sikit goncang tu” aku mengarahkan.

Kali ini kuasa goncangan ditambah. Semakin kuat dan laju. Kami semua semakin rapat menungggu sebarang perubahan yang bakal terjadi pada bahan kami itu. Tiba-tiba..

“pow!!!”

Botol uji kami meletup kuat. Pecah berderai. Bahan campuran terpercik kuat. Terkena pada badan dan baju kami. sedikit masuk ke dalam mataku. Aku pun apa lagi. menjerit la.

“adoooooooiiiii!!! Sakitnya! Air mana?? Air!!”

kami semua berlari menuju ke paip air dengan segera. Berebut-rebut membasuh apa yang patut. Nasib baik tiada apa-apa yang buruk berlaku atas kami. tapi ketika itu macam-macam fikiran negatif muncul dari benak fikiran kami. ada yang merasakan bahawa jika lambat basuh, kami akan bertukar menjadi incredible hulk atau zombi.

Setelah kejadian itu, maka kami telah diiktiraf oleh jemaah saintis sedunia sebagai kumpulan saintis termuda yang Berjaya menghasilkan bom berkapasiti kecil dengan hanya menggunakan cecair. Cadangnya nak cipta bahan pencuci yang power, tapi dah diiktiraf sebagai pencipta bom pun ok la tu. Hihi.

Jadi hasil dari cerita ini, dapatlah aku simpulkan bahawa zaman kanak-kanak amat menyeronokkan. Sentiasa mencari perkara baru untuk mengisi masa lapang yang terbuang. Biarpun sakit sikit, tapi pengalaman macam ini amat-amat berharga dan sentiasa tersemat kemas dalam kamus hidupku sampai bila-bila. Pengajarannya, jangan takut mencuba perkara baru selagi mana perkara itu tidak menyalahi syariat islam.

P/S: kepada adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, dan makcik-makcik, don’t try this at home jika tiada pantauan orang tua. Hihi.

Comments
20 Responses to “Saintis muda”
  1. wanzi says:

    semangat berani mencuba sesuatu yang baru adalah menguji seseorang itu untuk menempuh sesuatu kejayaan…

  2. sHeRrY says:

    you should add up a tagboard in here;]

  3. aNan says:

    huhu..mmg naughty boy..xpadan ngn muka jambu..huhu

  4. hawa 'iffah says:

    buas la dia ni sorg..hihihi..xlarat gelak baca cita ni

  5. ila says:

    nakal ea saintis tak jadi ni=D

  6. caliph says:

    klau guna tong gas msti impak lagi dasat, hukk…

  7. Hadijah says:

    zman kanak2 mmg zmn yg pling indah & manis kalau hndak dikenang..
    zman y nuraninya sentiasa meronta2 & berani mencuba sesuatu yg baru..
    tp kanak2 dulu n skrg lain, skrg media terlalu luas, penggunaan internet & kecanggihan teknologi juga menyebabkan ramai jugak bdk2 sgt berani..berani melakukan kesalahan yg menyalahi undang2 malah lg teruk menyalahi undang2 Allah..=)

  8. kecik je botol minyak wangi tu,
    mesti susah masa nak isi bahan-bahan tu.hehe

    • izzysabki says:

      aah….zaman dulu,trkenal dgn botol minyak wangi skecik tu…snang bwk merata2…lgpon bhan2 yg dcampurkn cume setitik atau 2 titik je..heheheh..asal boleh:P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: