Demi cinta ilahi (bab 2)

lagu-lagu cinta


Mac 2003 – asrama putera – sekolah menengah islam klang

Petang itu, mejoriti warga asrama sudah keluar bermain bola sepak di padang yang terletak di perkarangan sekolah. Tinggallah izzat tersenyum seorang diri di atas katilnya sambil membaca sepucuk surat cinta yang diutuskan khas untuknya dari nurul hani. Sudah hampir 20 kali surat itu dibeleknya dalam masa seminggu. Surat itu ialah Surat kedua yang diberikan oleh gadis yang sama. Izzat angau seorang diri. teringat senyuman ikhlas dari gadis itu. Senyuman yang diukir khas untuk dirinya. Inilah kali pertama dia merasai hangatnya perasaan bercinta. Cinta pandang pertama. Sebelum ini dia hanya mengenal perkataan ‘cinta’, tetapi belum pernah merasainya. Perasaan ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Hanya orang yang bercinta sahaja akan tahu nikmatnya.

***

Meskipun jasad izzat ketika itu berada di dunia nyata, namun pada hakikatnya fikirannya sudah berada di syurga ciptaannya sendiri. Segalanya indah tanpa ada sesiapa pun yang dapat menghalang.

“ha..kau buat apa tu izzat? Senyum sorang-sorang? Kenapa kau tak pergi main bola? Hairan aku dengan kau ni, biasanya kau orang pertama ada kat padang waktu petang macamni” Izzat tidak menyedari kehadiran azim yang sedari tadi berada di tepinya. Azim seorang rakan sekelas dengan izzat juga merangkap kawan karibnya sendiri. Kedua-duanya tingkatan 4 dan akan mengambil sijil menengah agama (SMA) pada tahun itu.

“tak ada apa-apa lah, penat sikit hari ni” izzat perlahan-lahan menyelitkan surat cintanya di bawah bantal. Azim hanya mengerling kelakuan izzat.

“ala izzat, tak payah la nak sorok-sorok surat tu. macam la aku tak tau cerita kau dengan nurul ha…”

“shhhh!!, diam la. Kau ni la, kalau ustaz dengar macam mana? Eh? Macam mana kau boleh tau ni?”

“kau tak payah nak rahsia la, ramai dah tau kes kau ni. Ustaz imran pun dah lama tau. Dia saja je buat-buat pekak dan buta. Dia nak kau sedar sendiri. Kalau kau tak sedar-sedar juga, barulah ustaz akan ambil tindakan”

“ha? Betul ke kau cakap ni? Jangan gurau. Setahu aku, tak ada siapa yang tahu hal ni kecuali aku, dia dan dua orang kawan dia”

“haha, kau ni pun sengal la. Kau macam tak tahu yang makcik dalila dah siasat lama kes kau ni. Cuma bukti je masih tak cukup. Tu la kau, aku pernah pesan kat kau dulu, tak payah gatal-gatal nak bercinta” pucat muka izzat mendengar kenyataan yang keluar dari mulut azim. Lebih-lebih lagi makcik dalila yang sejak dulu dia hormati sebagai makciknya sendiri sudah mengetahui akan halnya. Makcik dalila adalah ketua warden asrama puteri.

“patutlah masa aku beli air waktu tengahari, dia selalu peril-perli aku. Sengih-sengih kat aku tak tentu pasal. Aduh, tapi tolong la cakap kat aku yang kau tipu aku ni. Please”

“la, tak kan aku nak tipu kot. dah lama aku nak nasihat kau, tapi selalu tak ada peluang. Masa kat sekolah, aku tengok kau suka lepak dengan budak tingkatan 2. Masa aku main bola, kau duduk dalam bilik. Masa solat jemaah, selalu aku tak Nampak kau. Masa studi, kau tidur. Waktu malam pulak, kau cepat-cepat balut badan kau dengan selimut”. azim meluahkan segala yang sudah lama terbuku di hatinya. Izzat tersekima. Kini dia tidak risau lagi masalahnya diketahui orang lain, tetapi dia lebih memikirkan tentang perubahan dirinya yang dia sendiri tidak sedar. selama ini dia cukup menjaga waktu solat, tekun mengulangkaji pelajaran, dan selalu meluangkan masa dengan kawan-kawan seasrama dengan aktiviti yang berfaedah. Tapi itu dulu. Kini dia bukan lagi izzat yang dulu. Dia kini ialah izzat yang baru.

“betul ke aku dah macam tu azim..” perubahan pada muka izzat sudah cukup menggambarkan dirinya sedang dalam kekusutan.

“hmmm, satu lagi, aku tengok muka kau…maaf kalau kau marah, tapi aku jujur ni. Muka kau tak macam dulu. Dulu muka kau ceria, cerah, Nampak macam bercahaya. Sekarang tak macam dulu. Banyak jerawat. Maaf kalau terlajak cakap..”

“tak mengapa. Aku suka kalau kau terus terang macam ni. Terima kasih banyak azim. Aku dah sedar sekarang. Malunya aku dengan ustaz-ustaz. Dulu diorang letak harapan tinggi dengan aku. Tapi last-last aku buat diorang kecewa. Patutlah aku tengok muka ustaz imran lain je bila bertembung dengan aku. Ya Allah, malunya”

“bagus la kau dah sedar. aku tegur ni sebab aku sayang kat kau. Tak nak la keputusan SMA kau nanti mengecewakan mak ayah kau”

Mendengar perkataan ‘mak ayah’ yang dituturkan oleh azim, segera membawa ingatan izzat kepada mak ayahnya di rumah.

“azim, terima kasih banyak. Pukul berapa sekarang?”

“pukul 5.42 petang. Kenapa?” azim pelik kerana tiba-tiba izzat memasukkan surat cintanya ke dalam poket sebelum turun dari katilnya dan mengambil beberapa duit syiling di almari pakaiannya.

“aku nak telefon la, aku pergi dulu ye. Terima kasih banyak” izzat meninggalkan azim kebingungan seorang diri. tiba-tiba izzat menjerit kuat “kau jangan fikir bukan-bukan la!, aku nak telefon mak aku la!. Hihi”

“owh, ok” azim tersenyum melihat sikap izzat yang terlalu cepat berubah. Dia cukup kenal kawannya seorang ni. Hati lembut. Mudah menerima teguran. Sekali lagi azim tersenyum mengenangkan sikap izzat.

Bersambung….^^

Comments
10 Responses to “Demi cinta ilahi (bab 2)”
  1. dina darwina says:

    hehehehe…nak citer hantu izzy..~weee…tp citer ne pun best gak…

  2. Hadijah says:

    salam izzy…
    wah, lama akk menunggu sambungan kisah ni..=)
    mmg kdg2 kita tak sedar prkara2 yg mmbuatkan kita leka sehingga ada seseorg yg boleh menegur kita..mesej yg baik izzy.moga, kisah ni menjadi ikhtibar kpd kita semua..
    jgn sandarkan harapan pd manusia..Harapan kita sbg hamba hanya utk Allah SWT.
    yakinlah dgn ketentuan Allah berkenaan dgn jodoh.
    =)

  3. Berry blog says:

    ambil award,follow me,kalau mau beramal bantu situs adik2 rohis dgn fllow http://www.rohis10.co.cc/

  4. sHeRrY says:

    you should add up a tagboard in here^^, vote on my poll;D

  5. aNan says:

    huhu..best2..pndai bdk nakal mengarang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: