Pahala dan sistem MLM

dunia ladang akhirat


Pepatah arab ada menyebut: ‘dunia itu ladang akhirat’. Pernahkah kita terfikir bahawa dunia ni adalah ladang akhirat? Dan suatu hari nanti di akhirat sana, kita akan menyemai semua hasil pahala yang kita telah tanam di dunia? Jika kita pernah terfikir tentang ini, maka beruntunglah meskipun kita masih belum pernah melakukan apa-apa untuk kehidupan kita disana. Sekurang-kurangnya kita mempunyai kesedaran dan suatu hari nanti hati kita pasti tergerak mahu melakukan sebanyak mungkin amalan untuk dijadikan bekal menghadap Allah di sana.

Cara bijak mengumpul pahala

Setiap manusia ada cara sendiri mengumpul pahala. Ada yang mengumpulnya dengan banyak beribadah di masjid. Dan ada juga yang mengumpul pahala dengan memberi khidmat masyarakat. Tidak kurang ada yang suka bersedekah dengan hartanya. Ada juga yang menambah pahala dengan amalan-amalan wajib dan sunatnya. Biar apa pun caranya, matlamatnya mesti jelas. Mengumpul pahala sebanyak mungkin agar timbangan amalan kebaikan di padang mahsyar nanti lebih berat dari timbangan dosa. Maka ketika ini syurgalah tempat yang layak untuknya.

Pahala yang dicari bukanlah datang bergolek, tetapi memerlukan usaha. Sebanyak mana pahala yang diperoleh, bergantung pada usahanya. Banyak usahanya, maka insyaallah banyak pahalanya. tapi anda pernah dengar sistem MLM? Jualan pyramid? Bagaimana ia berfungsi dan apa kaitannya dengan pahala? Jom kita koreksi bersama.

Seperti mana harta, Mencari pahala juga memerlukan teknik yang betul dan bijak. Bagaimana mahu mengumpul pahala yang banyak meskipun dengan kerja yang sedikit. sistem MLM adalah rahsianya. Cuba kita bayangkan, kita mengetahui satu perkara kebaikan dan kita mengamalkannya sendirian tanpa mengajarkan pada orang lain. maka pahala yang diperoleh ketika itu hanya satu. Dan cuba kita bayangkan pula kebaikan yang kita ketahui itu kita kongsikan bersama orang lain. seperti tersebut di dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda: “sampaikan dariku walaupun satu perkataan”. hasil perkongsian itu, orang lain pula akan melakukan kebaikan tersebut. maka pahala orang yang dikongsi itu akan diperoleh juga oleh orang yang berkongsi itu. Sama seperti sistem MLM. Orang di atas akan memperolehi keuntungan hasil kerja orang bawahannya.
Mencari pahala pula bukanlah bermakna kita perlu meninggalkan dunia. Tetapi kita perlu melakukan kerja dunia dan akhirat seiring. Islam tidak pernah mengasingkan dunia dan akhirat. Sedangkan para nabi dan sahabat dulu pun bekerja sebagai peniaga. tetapi kerjanya itu tidak pernah melalaikannya dari mencari pahala. Sebagaimana kata-kata cendekiawan: “bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selamanya dan bekerjalah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok”. Islam itu kan sempurna. Sesuai dengan fitrah manusia.

Realiti kita sebagai penulis

Kita sebagai penulis pun dapat melakukan sistem MLM. Bagaimana? Mudah sahaja. Cuba kita selitkan di setiap penulisan kita sesuatu yang bermanfaat untuk manusia. Tidak kira menyentuh soal agama atau tidak. Asalkan tulisan kita itu menggalakkan manusia untuk melakukan kebaikan. bayangkan, walau hanya dengan satu perkataan kita bakal beroleh pahala, apatah lagi 10 , 100 atau 1000 perkataan. Cuba kita fikirkan. Dan kebaikan itu jika dikongsikan pada orang lain, maka pahala yang bakal kita perolehi juga berganda. Macam sistem MLM. Mudah kan?

Teringat pula aku pada kata-kata seorang sahabatku kepadaku: “ana cukup jeles dengan penulis. Kerana mereka memperolehi pahala meskipun mereka sedang tidur”

“aik? Apa yang anta cuba maksudkan?”

“cuba anta tengok pada penceramah, mereka berceramah sana sini. memang orang yang mendengar akan melakukan kebaikan hasil ceramahnya. Tetapi dia perlu bekerja keras ke sana ke sini untuk berceramah. Berbanding penulis yang hanya meninggalkan tulisannya di dalam blog atau buku yang ditulisnya. Ketika dia tidur, orang akan membacanya dan seterusnya mengamalkan kebaikan hasil dari tulisan itu. Penulis mendapat pahala walaupun dia sedang tidur.”

Jadi tunggu apa lagi wahai penulis-penulis sekalian. Jom kita jadi penulis yang memperolehi pahala meskipun sedang tidur. Selitkan sedikit nasihat atau kebaikan di dalam tulisan kita. Meskipun sedikit. Insyaallah akan dinilai Allah sebagai kebaikan yang berterusan. Jom.

Comments
22 Responses to “Pahala dan sistem MLM”
  1. ila says:

    i like the way u write…thankz 4sharing=)

  2. dina darwina says:

    pahala senang didapati dan senang jgak dapat dosa kan..huhuhu

    • izzysabki says:

      huhu…btul la 2 dina..takut nak ckp pasai dosa kt blog ni…xbrani lg..yg pnting kite usaha mlakukn pahala dulu…insyaallah lama2 ada la ksedaran nak tgglkn dosa..~

  3. cheqna says:

    Assalamualaikum..cantik peringatan ni..and semoga kita dapat menyumbang sedikit kabaikan atas apa yang ditulis.

    Keep it up!
    🙂

  4. Miss Meen says:

    Wah !!! Alhamdulillah.. ada dan baik buruknya jugak kan ^_^
    Tapi bergantung pada bahan / hasil penulisan
    0wh terima kasih atas perk0ngsian

    Huhu akan cuba untuk menulis bahan ilmiah ^_^
    Insyallah

  5. caliph says:

    nice sharing ^^

  6. wanzi says:

    terima kasih sudi kongsi info

  7. dhiera says:

    wah..itu lah keistimewaan agama islam. agama yang sempurna dan sentiasa realistik.

  8. wanzi says:

    singgah jenguk rakan2 sini….

  9. tomato says:

    wahhh ~ suka yg ni !
    senang je nak dapat pahala . tapi senang jgk nak dpt dosa .. hehe🙂

  10. neoiz says:

    salam,betul tu,,sangat terkesan penulisan saudara,,,sekadar perkongsian,saya dlu penah masuk program yang ada MLM,,konon ny xde gne piramid sistem..tapi bile masuk sy cek mmg ad,,mmg masyuk dpt duit,,tp tu r ,bila ada unsur riba sy jadi takut sbb dia akan merosakan kita,,,so skg ni sy stop da bisness MLM,,skg sy rasa bersalah dan banyak dosa,,so sy pesan kepada sumer xyah la join bisness yang ada sistem MLM,,sbb ada unsur riba,,tapi……..kalau saudara n saudari nk juga cari bisness sbb nk tmbah pendapatan tgk lah link ni,insyaAllah selamat. juz share kpd yg memerlukan http://www.eramillion.com/modules/pengguna/index.php..ini adalah program pay back,( pajak pati serai wangi) dgn syrikat..syrikat hanya amik 29% shja dari modal n untung kita,.xphm tny la,sy sudi membantu 013-7599957 (ishak)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: