Lif berpenghuni (episod 12)

lif yang masih berpenghuni~~

“ok. nak jumpa mr.cheng kan? Saya la mr.cheng. nak buat urusan menyewa rumah di flat ni?” mr.cheng meneka matlamat razak dan ayahnya ke situ.

“erm. Bukan. Saya datang nak jumpa mr.cheng dan encik khair sekali. Dia tak bagitahu mr.cheng? dia cakap nak bincang di sini…” khair yang sedari tadi menadah telinga dari jauh, sekadar tenang mendengar setiap kalimah yang keluar dari mulut razak. Dia hanya membiarkan sahaja perbualan mereka tanpa mahu campur tangan. Biar mr.cheng yang agak ego itu melihat sendiri badan empunya encik joe yang ditunggunya itu. Tetapi meskipun encik joe sudah didepannya, mr.cheng seolah-olah tidak memberi sebarang respon.

Khair berdialog dalam hati.“pelik juga mr.cheng ni. Kenapa dia seperti biasa? Macam tak ada sebarang kejutan? Atau mungkin dia sudah lupa wajah encik joe? Mustahil. Sebab baru 2 tahun mereka bersua ketika ayahnya masih hidup. Mustahil” khair semakin bingung perihal mereka ketika itu. Khair tidak sabar melihat wajah encik joe yang ditunggunya selama ini. Dia mula tidak senang duduk.

“bincang? Maksudnya? Emm..tapi kalau nak berjumpa Encik khair, dia ada di dalam. Jemput masuk dulu. Ajak ayah encik razak sekali” mr.cheng memaniskan roman wajahnya meskipun dia masih terkial-kial memahamkan matlamat sebenar kedatangan razak dan ayahnya yang tidak pernah dikenalinya sebelum ini.

Razak mendahulukan kaki kanannya memijak lantai rumah mr.cheng. khair segera bangun dari duduknya apabila wajah razak terpacul di ruang tamu. Sekuntum senyuman mesra diukir.

“assalamualaikum razak. apa khabar? Mana ayah ra..” soalan khair terhenti serta merta. Lidahnya kelu secara tiba-tiba. Matanya terpaku pada sekujur tubuh di belakang razak. khair mengelip-ngelipkan matanya berulang kali. seolah-olah tidak percaya individu yang dilihatnya itu berada dibelakang razak. razak hairan melihat reaksi spontan khair.

“errr…kenapa encik khair?”

“betul…betul ke ini ayah razak?” soalan khair membuatkan razak tidak sedap hati.

“ya la. Inilah ayah saya yang saya maksudkan” dengan segera khair meninggalkan razak dan menghampiri ayah razak. razak bertambah hairan. Mr.cheng yang memerhati gelagat mereka sejak tadi, juga menggeleng hairan. Meskipun perbualan mereka difahaminya, namun situasi di dalam perbualan tersebut kurang difahaminya. Seolah-olah ada kisah disebalik segala cerita yang bermain di kotak fikiran mereka ketika itu.

“assalamualaikum. Encik joe?” khair mahu menguji walaupun dia sendiri teruji dengan soalannya.

“waalaikumussalam. er…ya, saya lah encik joe yang dicari selama ini. Maaf sebab menghilang diri. Saya tahu saya bersalah. Tapi..” khair segera memeluk rapat tubuh lelaki separuh abad itu penuh sayu tanpa menghiraukan sekeliling.

Mr.cheng yang sedari tadi hairan dengan situasi tadi, sudah semakin faham. Dia tahu itulah encik joe yang dimaksudkan oleh khair selama ini. Encik joe inilah yang dicarinya selama ini. Encik joe inilah yang diburu polis sejak 2 tahun lepas. Dan encik joe inilah yang membunuh ayahnya. Mr.cheng segera ke dapur bagi mendapatkan sesuatu. Sifat warasnya mula menipis.

“inilah khair yang diceritakan razak ya? khair kenal ke saya sebelum ni?”

“kenal sangat” khair melepaskan pelukannya perlahan-lahan.

“kenal di mana?”

“di surau ar-rahman, rantau panjang. Tapi nama ustaz bukan Ibrahim ke?” khair cuba memastikan. Razak yang mendengar perbualan itu, barulah faham situasi yang sedari tadi memeningkan kepalanya. Dia baru teringat bahawa dia tidak pernah menceritakan kepada khair bahawa ayahnya itu seorang penceramah kuliah maghrib di surau itu.

“nama sebenar saya Ibrahim johari. Tapi saya hanya suka dikenali dengan nama ustaz Ibrahim. Yang dulu biarkan berlalu, bukan bermakna saya nak lari dari kesalahan saya satu ketika dahulu, tapi biarlah watak encik joe itu lenyap bersama sejarah hitamnya…” khair hanya mengangguk faham. Dia masih tidak percaya seorang ustaz yang disanjungnya selama ini kerana memberi kesan dalam penyampaian kuliahnya, pernah melalui zaman yang gelap. Kemudian semua itu ditinggalkan hanya kerana mahu kembali ke pangkal jalan. ‘hidup ini sentiasa ada sahaja hal yang sukar diterima akal’.

Razak yang sedari tadi mendengar perbualan mereka sekadar tersenyum. Sebenarnya kisah ayahnya ketika zaman gelapnya itu sudah hadam di dalam ingatannya. kerana itulah segala cerita aneh yang diceritakan oleh ayahnya dimuatkan di dalam blognya.

***

Razak duduk di sofa ruang tamu setelah penat berdiri. Membiarkan sahaja ayahnya dan khair bersembang panjang. Mungkin masih banyak kisah ayahnya yang belum diketahui oleh khair. Razak memerhati sekeliling rumah mr.cheng. timbul rasa kagum di hatinya. Rumah mr.cheng cantik dan kemas. Baru razak perasan mr.cheng tiada di situ sedari tadi.

‘mana mr.cheng ni? Mungkin dia ke dapur menyiapkan juadah. Mungkin’. razak berbaik sangka.

Tiba-tiba mr.cheng muncul dari dapur membawa sebilah pisau kecil di tangannya. Pada mulanya Razak hanya melihat tanpa mensyaki apa-apa. Tetapi perasaan curiga timbul secara tiba-tiba apabila melihat pada riak wajah mr.cheng. mukanya kemerahan. Matanya tajam merenung. Langkahnya longlai. Seolah-olah dirasuk sesuatu. Mr.cheng menuju perlahan ke arah ayahnya dan khair yang masih berbual. Pisau di tangannya diangkat melebihi paras kepalanya. Gayanya seperti pembunuh yang sedang menyerang mangsa. Razak yang melihat keadaan itu segera bangun dan menjerit memanggil ayahnya dan khair.

“ayah!! Khair!! Bahaya!!”

Khair yang terkejut mendengar jeritan itu segera menoleh. Mr.cheng yang semakin mendekat membuatkan khair bertindak diluar kawalan dengan menolak ustaz Ibrahim ke tepi. Nyawa ustaz Ibrahim dirasakan lebih penting dari nyawanya sendiri. Razak segera merapati ayahnya yang terjatuh di lantai. Dia menarik ayahnya menjauh dari khair. Kini Khair sudah bersedia membuka buah pertahanan bagi menghadapi serangan melulu mr.cheng itu. Dia cukup arif menumpaskan orang yang bersenjatakan pisau. Semuanya itu sudah dipelajarinya ketika di sekolah menengah dahulu.

Mr.cheng yang semakin menghampirinya tiba-tiba menukar arah secara mengejut. Kini dia berlari laju menuju ke arah ustaz Ibrahim yang masih lemah terduduk di lantai. Khair terkejut dan terpaku. Dia tidak menyangka langsung mr.cheng akan mengubah arah. Kini hanya razak sahaja yang boleh mempertahankan ayahnya. Terpacul kalimah suci dari mulut khair mengharapkan bantuan dari Allah. Sambil dia juga berlari cuba memintas kelajuan mr.cheng yang terlalu hampir dengan razak dan ustaz Ibrahim.

Namun semuanya sudah terlewat. Pisau kecil itu mengena tepat pada dada sebelah kiri razak.

“razak!!!” khair menjerit sekuat hati. Namun razak masih terpaku. ustaz Ibrahim di belakang razak juga terpaku melihat keadaan itu. Khair segera menuju pantas menendang kuat tangan kanan mr.cheng. mr.cheng terduduk tanpa membalas. Sebilah pisau kecil masih melekat di dada razak. Razak hanya terdiam tanpa kata.

“razaaaaak!!!”

Bersambung pulak dah….nantikan sambungannya ye…jangan marah..hihi..

#P/S: aku masih di dalam musim exam…doakan aku Berjaya..mekasih banyak semua..

Comments
22 Responses to “Lif berpenghuni (episod 12)”
  1. cikYana says:

    Salam
    CikYana dtg tinggal jejak n komen kat sini
    Salam perkenalan yer🙂

  2. Cik Rabbit says:

    good luck ! cik rabbit pun exam. wish u best of luck encik izzy !

  3. mizzapple says:

    ala. sambung lg ke?
    xsabar nk tau ending nye, huhu

    good luck 4 exam ye izzy!

    • izzysabki says:

      aah la…sbnrnye nak abiskn dah..tp tbe2 muncul idea nak bg ending yg lbh dramatik…hihi..sori ye mizz apple…apa2 pon terimes sbb doakn exam izi~

  4. dhiera says:

    grrr…bersambung lagi. good luck ye exam~

  5. aNan says:

    adess..npe lar berhenti smpai ctuh jer -__-”
    cpt la sambung..huhu

  6. Miss Meen says:

    Aduiii baru seronok baca pl0t demi pl0t …
    Terhenti pula ^_^

    Kepada Incik Izzy sem0ga success dalam EXAM ..
    Dan Sem0ga cepat sambung pl0t neyh yer ^_^

    m0de : Can’t Wait ^_^

  7. hadijah says:

    wah…satu kisah yg akk xjangka..moga sambungannya nanti menjawab segala teka teki yg bermain2 di kepal..
    tgh mood exam ye, akk doakan izzy leh jwb dgn baik semua soalan yg diberikan.buatlah sebaik boleh dan jgn lupa berdoa kepada Allah..:)

    • izzysabki says:

      hihi…mmg bru dpt idea ni…ingt nak abiskn cpt..kbetuln trlintas idea nak bg ending lbh dramatik…
      mekasih ye kak…insyaallah xlupe D.U.I.T….

  8. Peja says:

    laaa, episod 12 dah ke… syok bace😀

  9. misza says:

    baru sempat singgah baca. sambung lg la pulak.
    xpe pjg² pun tak kisah. lepas exam nanti lagi byk idea.

  10. hafidah hussain says:

    alah….xkan exam x habis lagi encik izzy…huhu…x sabar caye nak baca…hehe..:))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: