imtihan

exam!!

Dalam proses belajar, kita sentiasa akan melalui ujian. Dengan ujian-ujian ini kita dapat mengetahui tahap kefahaman dan ingatan serta kecekapan kita dalam usaha menjawap persoalan-persoalan yang dikemukakan. Kita juga akan belajar bagaimana membuat pilihan terbaik dari ilmu yang kita pelajari. Bukankah kita boleh mengaplikasikan proses ini dalam kehidupan seharian?

Hidup Adalah Proses Ujian

Seperti mana dalam ujian peperiksaan, begitulah kehidupan sehari-hari kita. Sentiasa dalam ujian. Panduan dan rujukan kita adalah Al-Quran dan Sunnah Rasulullah Saw. Kita sentiasa dalam jalan pilihan, samada ia jalan kebenaran atau kesalahan.

Allah Swt telah mengajar kita melalui teladan paling istimewa yakni Muhammad bin Abdullah, Rasul kita untuk menjalani peperiksaan dan ujian seharian dalam kehidupan. Ia bermula dari bangun dari tidur, sehingga kita tidur semula. Begitu sehari-hari hingga kita akan menemui Allah swt.

Ujian-ujian ini akan membezakan manusia dengan pelbagai tahap. Anugerahnya hanya ada dua di akhir peperiksaan nanti, neraka ataupun syurga. Sudah tentu yang meletakkan matlamatnya syurga akan berusaha menjadikan kehidupan sehari-hari sebagai kehidupan bakal penghuni syurga. InsyaAllah. Bertaqwalah kepada Allah. Cintailah Pemilik Syurga.

editor: zulhafidz(iluvislam krew)
sumber: http://www.iluvislam.com/design/facebook/2074-imtihan.html

Comments
16 Responses to “imtihan”
  1. FiDda says:

    ahad?? study mane? blah utara ke? sy da merdeka..result pon da kua.alhmdulillah🙂

  2. FiDda says:

    orite…moge maju jaya🙂
    allahuyu’tikal afiah~

  3. misza says:

    dah abis exam la ni. merdeka sementara yer.

  4. tomato says:

    betoll .. sebagai hambaNYA kita pon kena bersedia hadapi ujian ujian tu kan ..🙂

  5. mJ o mJ says:

    exam? uhuh isn’t it.. life is full of test. I’ve been tested now, maybe… And get despair. Keputusan dari test tu , mengubah hidup ni.. I’m such a looser… I lose , and I have to get a new start. Huh… Shame on me =.=

    • izzysabki says:

      kenapakah??sabar MJ..stiap manusia ada jnis2 ujiannye..trletak kuat mana kite mnempuh ujian….mngalah sblm mnghadapi ujian adalah struk2 kekalahan…truskn mnmpuh ujian MJ!

  6. hadijah says:

    Ujian itu tarbiyah dari Allah..terima setiap ujian dgn cara positif..
    Law of Attraction..perkara2 abaik akan tertarik kpd kita jika kita sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif..
    Insyaallah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: