Sedikit lebih baik

biarpun amalanmu tidak dilihat manusia,cukuplah Allah yg lihat..

Mungkin ramai dari kita yang menganggap perkara yang banyak itu lebih baik. Tidak kira perkara apa, asalkan banyak, pasti disukai. Sehingga lupa yang banyak itu berpunca dari sedikit. Selalunya perkara kecil atau sedikit itu tidak dipandang langsung. Mereka lupa bangunan yang besar tidak dapat terbina jika tiada batu bata yang sedikit dan kecil. Persatuan yang gah terbina, tidak akan segah itu jika setiap ahli tidak memberi peranan masing-masing. Syarikat yang besar dan luas tidak akan besar jika pekerja-pekerjanya malas bekerja.

Malahan islam itu sendiri terbina dan tersebar luas ke merata dunia hasil dari individu-individu yang sedikit yang berkumpul menjadi besar. Ukhuwah sesama umat islam juga diibaratkan didalam hadis sebagai batu-bata di dalam sebuah binaan. “Sesungguhnya seorang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Masakan sebuah binaan ukhuwah itu terbina andai batu-batu yang kecil dan sedikit itu tidak bersatu.

Sedikit di dalam amalan

Di dalam islam, sedikit itulah yang sepatutnya di utamakan. Kerana amalan yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik dari amalan yang banyak tetapi jarang-jarang dibuat. Seperti tersebut di dalam hadis yang berbunyi: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Malah amalan yang sedikit pun akan dinilai Allah. Meskipun amalan itu dianggap sebagai terlalu halus dari habuk. Tapi ingatlah bahawa amalan sebesar zarah pun ada nilaian di sisi-Nya. Firman Allah yang berbunyi: “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya..” (surah Al-zilzal : 7). Zarah yang dimaksudkan di sini ialah sehalus-halus perkara yang ada di dalam dunia ini. Boleh juga dinamakan sebagai atom. Iaitu unsur kecil yang ada pada setiap makhluk yang ada di alam ini. Masyaallah. Sekecil itu juga ada nilaiannya.

Nilai iman setiap manusia juga ada kecil dan ada besarnya. Tetapi cuba kita bayangkan betapa islam sangat-sangat menitik beratkan amalan yang sedikit. Contohnya di dalam hadis yang bermaksud: “..dan membuang halangan di jalan adalah sebahagian dari iman”. Jelas tak disini bahawa amalan yang sedikit itu juga dikatakan iman. Jadi jangan sekali-kali kita memandang rendah pada orang yang melakukan amalan yang sedikit tetapi pada hakikatnya amalannya itu mungkin lebih baik dan lebih bernilai dari amalan kita yang banyak tetapi hakikatnya sedikit di sisi Allah. Nauzubillah.

Di dalam bersedekah juga ditekankan dalam islam supaya memberi mengikut kadar kemampuan masing-masing. sedekah tidak dinilai dari jumlah yang banyak, tetapi dilihat dan dinilai dari sudut nilainya mengikut kemampuan masing-masing. contohnya begini, jika anda mempunyai hanya rm10 di dalam simpanan anda, tetapi anda telah menyedekahkan rm1 kepada fakir miskin, maka anda sebenarnya telah memberi 10% dari kepunyaan anda. Tetapi seorang kaya yang mempunyai rm1,000,000 dalam simpanannya, dan dia telah menyumbang rm10000 kepada anak yatim, pada hakikatnya dia hanya memberikan 1% dari harta miliknya. Jadi jelas tak disini bahawa amalan yang sedikit itu tidak dinilai dari luaran zahiriyah semata-mata, tetapi batiniyah itulah yang paling utama.

Manusia mempunyai batas kemampuan. Kerana itulah islam sangat-sangat menggalakkan amalan yang sedikit dan berterusan supaya tidak cepat letih dan bosan dek kerana terlalu banyak beribadah. Mengambil dari satu kata-kata: “kalau tidak mampu melakukan semua, janganlah tinggalkan semua”.

Berubah sedikit demi sedikit

Bagi mereka yang ingin berubah dari buruk kepada baik, atau dari baik kepada yang lebih baik, maka berubahlah sedikit demi sedikit. Itu lebih baik dan sangat digalakkan. Kerana berubah bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan kesungguhan dan keazaman yang tinggi. Tetapi ketika inilah syaitan bijak memerangkap. Jika tersilap langkah, maka selama-lamanya kita akan rasa bosan dengan kebaikan. Masakan tidak, jika melakukan solat tanpa henti, berpuasa setiap hari, bersedekah sehingga tiada apa yang tinggal, duduk di masjid 24 jam dan bermacam-macam lagi. Maka inilah punca kebanyakan orang yang ingin berubah menjadi baik berpaling tadah dan mudah berputus asa. Ingatlah berlebihan dalam ibadah tidak terdapat dalam islam. Seperti yang tersebut dalam hadis yang bermaksud: Rasulullah s.a.w menegur sahabat yang berlebihan dalam ibadah, meskipun dia mampu, tetapi tetap ditegah oleh baginda. Dan Rasulullah s.a.w bersabda: “Jagalah dirimu dari sikap berlebih-lebihan! Karena sesungguhnya yang membinasakan kaum sebelum kamu tiada lain adalah sikap berlebih-lebihan itu.”

Praktikkan dalam dunia blog

Kita pun boleh lakukan amalan yang sedikit tetapi memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia. Sedarkah kita bahawa kelebihan kita adalah mengumpul pahala walaupun di depan laptop. Jangan difikirkan sangat keuntungan dunia sahaja, tetapi ambillah sedikit masa untuk mengumpul keuntungan untuk akhirat kelak. Bagaimana? Mudah sahaja. Tuliskan apa sahaja yang memberi maksud mengajak manusia kepada kebaikan. Meskipun sedikit. Ingat, meskipun sedikit, tetapi itulah yang akan dinilai oleh Allah selagi mana hati kita niat ikhlas untuk mengajak orang lain melakukan kebaikan. Semoga kita boleh sama-sama amalkan..

Comments
18 Responses to “Sedikit lebih baik”
  1. aNan says:

    jalan2 kat balad mafraq..singgah jap kat imarah tawilah & hayy dubat

  2. tomato says:

    etull .. sedikit tu kdg2 lbih baik dari yg banyak kan .. yg penting niat ..🙂

  3. krole says:

    alhamdulillah… entri ini membuat krole bertambah semangat untuk beribadah… terima kasih saudaraku… keep on making entry like this… realy like it~

  4. cheqna says:

    Assalamualaikum..teruskan dengan tazkirah2..semoga dipermudahkan segala urusan berdakwah.

  5. mak lagenda says:

    entry yg memberikan mak ruang untk berfikir dan baiki diri

  6. Miss Meen says:

    Alhamdulillah …
    Terima Kasih keraa berk0ngsi entry yg BARU …
    ^_^
    Sem0ga didatangi banyak lagi entry yang b0leh dik0ngsi ramai…

  7. hadijah says:

    Masyaallah…sgt menggemari tulisan izzy dlm post ‘sedikit lbh baik’..
    Ada hujah,huraian..diselitkan Hadis, spt membca tulisan Ustaz Pahrol pun ada..
    Akak suka ulasan Izzy..tak sangka selain menulis cereka..Izzy mempunyai daya penulisan yg matang.
    Alhamdulillah,syukur kurniaan Allah izzy gunakan pd jln dakwah.Bukan mudah nak hasilkan gaya tulisan mcm ni.Moga akak akan mampu dan diberikan kekuatan dlm menghasilkan tulisan2 yg mampu mendekatkan kita pada Maha Pencipta seterusnya meneruskan misi dakwah dlm penulisan ini..
    Spt yg ustaz pahrol katakan, jika mahu menulis, perlu byk membaca, kerana org yg menulis itu perlu lbh membaca dr menulis..Insyaallah,
    Teruskan usaha dakwahmu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: