Bandar Damsyik (siri 2)

souq hamidiyah yang besar dan luas

suasana dalam souq

Bandar ini bukan sahaja terkenal kerana masjid umawi yang mempunyai sejarah yang tersendiri, malah Bandar damsyik juga terkenal kerana souq hamidiyyah. ‘Souq’ atau dalam bahasa melayu bermaksud pasar. Souq ini adalah souq yang besar dan panjang yang terletak di sebelah masjid umawi. Souq ini adalah destinasi yang wajib dikunjungi oleh setiap pelancong yang datang menziarahi Bandar damsyik kerana nilai sejarah dan kepelbagaian barangan yang dijual di situ.

dalam souq

Souq Hamidiyyah

Dikatakan Souq Hamidiyyah telah berusia lebih 500 tahun yang telah dimajukan semula pada tahun 1873 dibawah kesultanan Turki-Uthmaniyyah Sultan ke-34 (Sultan Abd Hamid II-1876-1909). Panjang Souq Hamidiyyah ialah lebih kurang 1.5km.

dlm souq yang luas

bumbung souq

Terdapat deretan kedai pelbagai jenis jualan di sepanjang kanan dan kiri souq. Berjalan dan membeli belah di dalam souq pasti mengambil masa yang lama. Mungkin membeli belah 1 hari suntuk di dalam souq ini masih belum mencukupi. Lebih-lebih lagi pengunjung wanita. Kerana melihatkan kepelbagaian jenis barangan yang dijual di souq ini pasti membuatkan mata mana-mana wanita rambang untuk memilih. Bagi pelajar Malaysia yang tinggal di damsyik, souq ini merupakan destinasi utama untuk membeli barangan secara pukal. Barangan di sini bukan sahaja menarik dan berkualiti, bahkan harganya murah dan mudah membuat rundingan harga dengan penjual.

penjual air klasik

rempah ratus pun ada

pelbagai jenis kasut

Souq ini masih mengekalkan binaan zaman dahulu kala meskipun usianya yang mencecah beratus tahun. Seni binanya yang unik pasti memukau mata setiap pengunjung. Malah ada juga pengunjung yang datang dari jauh semata-mata mahu melihat seni bina souq ini tanpa mahu membeli barang. Di dalam Souq Hamidiyyah juga terdapat Madrasah Zahiriyyah, Madrasah Adiliyyah, Madrasah Jaqmasiyyah dan Hammam (ruang mandi) Al-Malik Az-Zahir.

cenderahati..

Makam Salahuddin Al-Ayyubi

Di tepi souq Hamidiyyah juga terdapat makam seorang pahlawan islam yang agung. Makam ini meskipun sudah beratus tahun usianya, tetapi keadaannya masih terjaga rapi.

Mengikut sejarah dahulu, Bandar damsyik juga amat terkenal kerana lahirnya seorang pahlawan agung islam yang masih kekal namanya meniti di bibir kebanyakan orang. Meskipun salahuddin adalah berasal dari Kurdish, tetapi beliau telah menghabiskan masa yang lama di damsyik untuk menghabisi pengajiannya. Sejarah kepahlawanannya tidak pernah terpadam dari buku sejarah dunia apabila kepimpinannya Berjaya menumpaskan golongan kristian di dalam perang salib. Malah Kepahlawanannya tidak pernah dinafikan oleh sesiapa malah golongan kristian juga mengiktiraf beliau sebagai pahlawan islam yang agung dan mempunyai kehebatan tersendiri.

makam yang terjaga rapi

solahuddin al-ayyubi

Mengunjungi dan menziarahi makamnya adalah sesuatu yang membuatkan aku terfikir. Bagaimana mahu melahirkan peribadi agung seperti beliau. Malah diri ini terasa kerdil apabila melihatkan semula sejarahnya yang memimpin sepasukan tentera pada usia yang terlalu muda. Timbul rasa malu kerana aku sedikit pun tidak mempunyai ciri kepimpinan seperti beliau. Apatah lagi kekuatan fizikal dan ruhani. Bagaikan jauh panggang dari api. Semoga suatu hari nanti akan lahir seorang islam yang berjiwa raga seperti beliau. Insyaallah. Ameeen.

Comments
12 Responses to “Bandar Damsyik (siri 2)”
  1. caliph says:

    x dpt gi sana dpt tgk kt en3 ni pun kira ok jgak.. arigatou, thanks for sharing🙂

  2. ZouL says:

    fulamak..memang best klu leh g ke damsyik tu…ni yg tak sabar tnggu jejak rasul lg ni..

  3. cheqna says:

    Salam..thanks berkongsi d journey Izzy..saya memang suka membaca kisah Al-Ayubi

  4. dina darwina says:

    bestnyerw..suke tgk kasut tu..nak satu kasut warna pink leh izzy??? hehehehehehe

  5. hadijah says:

    Ameen..semoga ramai belia Islam..malah tdk kira sesiapa pun menambil ikhtibar pahlawan2 Islam spt Sultan Muhamad A-Fateh, Salehuddin Al-Ayubi..dan ramai lagi.Malah, sebenarnya ilmu keibu bapaan penting dlm melahirkan generasi spt zaman kegemilangan Islam terdahulu..
    Berbalik pd Damsyik ni, brg2 apa yg murah..kain2 murah ke..huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: