Lif berpenghuni (episod 13)

misteri yang masih menjadi misteri


“razak!”

Namun jeritan khair tidak dipedulikan razak. razak diam kaku tidak membalas. Mr.cheng yang terjeropok di lantai tiba-tiba menggelabah seorang. Tambahan pula melihat sebilah pisau di dada razak, membuatkan dia merangkak laju menyembunyikan diri di belakang meja. Peluh berjejeran laju membasahi muka dan badannya. Seolah-olah dia sendiri tidak sedar situasi yang berlaku sebentar tadi. Ustaz Ibrahim dan khair sama-sama mendekati razak yang masih terduduk diam.

“razak, jangan banyak bergerak. Biar abah tengok luka razak”

“err….abah…razak….kena tikam ke?” perlahan-lahan razak menutur kalam.

“jangan risau razak. biar abah tengok. Rasanya tak dalam. Razak rasa macam mana?” ustaz Ibrahim membelek keadaan pisau yang masih tercacak di dada razak.

“entahlah abah. Razak tak rasa apa-apa ni. Abah tolong panggil ambulan. Razak tak nak mati kat sini. tolong bah. Tolong…” razak hampir teresak apabila memikirkan nyawanya bagai telur dihujung tanduk.

“ok razak, abah telefon ambulan sekarang juga”

“cepat sikit bah…” nada razak bergetar.

Belum sempat ustaz Ibrahim mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket, khair menahan.

“sekejap ustaz. Saya hairan la. kalau kena tikam, kenapa darah tak mengalir?”
Khair cuba menarik keluar perlahan-lahan pisau di dada razak. razak memandang ke arah lelangit rumah. Tidak sanggup melihat apa yang cuba dilakukan oleh khair. Ustaz Ibrahim sekadar memerhati.

“eh? Kenapa tak ada darah pada pisau?”

“awal-awal lagi saya dah agak ustaz” sambil tersenyum khair mengeluarkan sebuah alquran kecil dari poket baju razak. khair menunjukkan pada ustaz kesan lubang di alquran kerana ditusuk pisau. Ustaz Ibrahim pula tersenyum. Razak hanya menjeling. Dia masih tidak pasti apa yang dibincangkan oleh ayahnya dan khair.

“alhamdulillah……..” serentak ucapan syukur terlafaz dari mulut mereka berdua.

“ini alquran kecil saya ni. Saya suruh razak pegang sekejap. Sebab saya tak ada wuduk. Tak sangka pula alquran ni jadi penyelamat nyawa razak. Alhamdulillah. Apa-apa pun Allah lah penyelamat sebenar. Alquran ini hanya menjadi asbab dalam hal ini” ustaz Ibrahim memberi penjelasan. Namun sempat juga dia menyelitkan sedikit unsur dakwah di dalamnya.

Razak turut bersyukur. Kali ini baru razak betul-betul faham situasi sebenar. Dia meraba-raba dadanya. Dia bertambah tenang apabila mendapati tiada sebarang luka di dadanya. Tetapi ketenangan razak kembali berkocak apabila terlihat sesusuk tubuh mr.cheng yang masih terpinga-pinga dibelakang meja. Razak bangun dengan jiwa yang berapi-api.

“kau memang gila cheng. Kau nak bunuh aku ke? Cuba la sekali lagi kalau berani!”. Razak bingkas bangun dari duduknya. Razak terlalu marah sehingga hilang rasa hormatnya pada mr.cheng yang lebih tua darinya. Tetapi kemarahan razak segera dimatikan oleh khair. Khair menahan. Dimintanya bersabar. Bimbang berlaku situasi yang tidak diingini.

“sabar razak, dia tak tahu apa-apa. Dia mangsa keadaan. Ada ‘benda’ kawal dia tadi”

“benda kawal? Benda apa?”. Razak masih tidak berpuas hati.

“saya pun tak tahu razak. tapi mungkin ayah razak lebih tahu..” mereka berdua serentak memandang ustaz Ibrahim.

“ada betulnya apa yang khair cakap..” ustaz Ibrahim pula bersuara.

“tapi abah cakap dulu kat razak benda tu tak kan boleh rasuk badan orang bukan islam? Abah tipu razak?”

“bukan razak. abah tak tipu. Memang betul benda tu hanya boleh rasuk orang islam. Tetapi benda yang dimaksudkan khair ni kepunyaan orang lain. bukan yang abah cerita kat razak dulu”

“maksud abah?”

5 TAHUN SEBELUMNYA

Encik joe sibuk melakukan ritual sihir di sebuah pondok kecil di tengah hutan. Tujuannya hanya satu, mahu melihat perniagaan mr.cheng jatuh. Seterusnya dia mahu mr.cheng datang melutut padanya dan meminta maaf. Tujuannya bukan mahu mencederakan sesiapa. Apatah lagi membunuh.

Ketika ritual sihir dilakukan, encik joe merasa kurang selesa. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena. Benda itu seolah memberi isyarat kurang baik padanya. Berjejeran peluh keluar membasahi tubuhnya. Kali ini dia betul-betul hairan. Kebiasaannya ritual sihir yang dilakukannya tidak mengambil masa yang lama. tetapi kali ini seolah-olah ada benda yang lebih besar dan kuat menentang. Malah bukan itu sahaja, encik joe merasa seakan-akan benda itu sedang datang menujunya.

Sangkaan encik joe tepat. Badannya tiba-tiba kaku seperti dipegang. Tangannya tidak boleh bergerak. Ritualnya terhenti serta merta. Peluhnya deras mengalir. Seluruh anggota badan encik joe tidak dapat melakukan apa-apa kecuali mata dan mulutnya sahaja yang masih boleh berfungsi. Serta merta encik joe membaca mentera untuk menentang benda itu. Namun tiada sebarang perubahan. Malah benda itu semakin kuat. Menggigil kuat tubuhnya cuba menentang. Terbaring lemah encik joe seperti ditolak dan dihempap sesuatu. Ketika itu tiada lain yang difikirkan encik joe kecuali mati. Dia tahu tiada lagi daya atau usahanya yang dapat menghalang. Benda itu terlalu kuat dan encik joe tahu tujuannya ke situ pun adalah semata-mata untuk membunuhnya.

Di saat itu, encik joe hanya terfikirkan dosanya yang lalu. Badannya semakin lemah dan hanya menanti ruhnya dicabut dari jasad oleh malaikat maut. Tiada lagi yang boleh dilakukan kecuali lafaz istighfar memohon keampunan dari Allah.
“astaghfirullah….astaghfirullahal’azim….” encik joe lemah menutur kalam istighfar. Pandangan matanya samar-samar. Matanya hampir tertutup sepenuhnya. Segalanya hampir berakhir disitu. Dia redha, jika itulah balasan dosanya. Tetapi dia tidak sanggup mati dalam keadaan yang berdosa. Biar dia bertaubat dahulu sebelum mati. Kali ini mulutnya pula hampir tidak berfungsi. Dia beristighfar lagi.

“astaghfirullahal’azim…….ya Allah…ampunkan lah dosaku ya Allah..aku bersalah pada Mu…tetapi tolonglah beriku satu lagi peluang untuk hidup..aku janji aku akan menuruti segala perintah Mu dan meninggalkan segala yang dilarang….aku berjanji ya Allah…”

Mengalir air mata encik joe sambil menutur perlahan kalimah syahadah. Dengan secara tiba-tiba badannya terasa ringan. Semua anggota badan boleh bergerak semula. Encik joe pantas duduk dan beristighfar panjang. Peluh di mukanya segera dilap. Tercungap-cungap seperti baru terselamat dari mati lemas. Benda itu sudah pergi. Dia pun tidak pasti angkara siapa benda itu. Atau Allah sengaja mahu memberi pengajaran padanya dengan menghantar makhlukNYA untuk menguji. Supaya dia kembali ke pangkal jalan. Sekali lagi dia beristighfar panjang di dalam hati.

***

Selepas kejadian ngeri itu menimpa dirinya, encik joe segera berubah. Dia meninggalkan semua amalan sihir itu. Baginya Allah telah memberinya peluang kedua untuk hidup. Dan kali ini dia berazam tidak akan kembali ke dunia itu semula. Biarlah semuanya menjadi pengajaran berguna untuk menghabisi sisa-sisa umurnya di dunia. Kini seluruh hidupnya ditumpu untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin sebagai bekalan menemui Allah kelak.

Bermula hari itu juga, dia tidak lagi menggunakan nama samaran encik joe. Malah nama itu sebolehnya mahu dipadamkan terus dari diari hidupnya. Nama Ibrahim digunapakai. Dia melarikan diri ke perlis. Menemui rakan sefikrahnya suatu ketika dahulu, ustaz dahlan. Meskipun ustaz dahlan selaku pengetua sibuk menguruskan sekolahnya, namun dia tetap cuba membantu ustaz Ibrahim membimbingnya kembali ke jalan yang benar. Hampir setiap hari tarbiyah atau didikan diberikan. Namun itu semua masih belum cukup. Tarbiyah semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin perubahan diri. tetapi perubahan perlu diuji dengan terjun ke dalam medan masyarakat sebenar. ustaz dahlan bijak membantu ustaz Ibrahim. Tidak sampai 3 bulan proses tarbiyah berjalan, ustaz dahlan memberi tugas pertama kepada ustaz Ibrahim. Tugas sebagai pembantu ketua warden di asrama lelaki sekolah tersebut.

7 bulan kemudian, ustaz Ibrahim dibenarkan berhenti sebagai penolong warden di sekolah tersebut dan mencari kerjanya sendiri. setelah itu juga ustaz Ibrahim bertekad mahu mengajar di sekolah berhampiran dengan rumahnya. Karier barunya itu tidak bertahan lama apabila dia dijemput menjadi imam dan penceramah tetap di surau ar-rahman yang kebetulan ketika itu tiada siapa mahu mengisi tugas tersebut.

***

***

Cerita ustaz Ibrahim itu sudah cukup membuatkan khair berasa dirinya amat kerdil. Peribadi ustaz Ibrahim di depan matanya bukan calang-calang, tetapi banyak ujian pernah ditempuh sebelum boleh menjadi ustaz Ibrahim seperti hari ini. Cuma tinggal dua persoalan yang masih berlegar di kepala khair. Persoalan itu seperti sengaja dilupakan oleh ustaz Ibrahim.

“maaf ustaz, boleh saya bertanya?”

“boleh, tanyalah”

“ada tak polis buru ustaz sepanjang tempoh tu?”

“Alhamdulillah tak ada. Tak tau la pula kenapa”

“owh. Macam tu. saya nak tanya satu lagi soalan boleh?”

“silakan”

“hmmm..sampai sekarang ustaz tak tahu siapa yang cuba bunuh ustaz?” khair, razak dan mr.cheng memasang telinga menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut ustaz Ibrahim.

“emmm…tak” jawab ustaz Ibrahim selamba.

“owh..ok” khair tidak mahu bertanya lagi. bagi khair, ustaz Ibrahim sebenarnya sedang menyembunyikan sesuatu. Dan khair yakin, ustaz Ibrahim pasti tahu siapa yang menghantar benda itu untuk membunuhnya memandangkan dia adalah bekas pengamal ilmu hitam.

Sambung lagi……….

Comments
8 Responses to “Lif berpenghuni (episod 13)”
  1. hadijah says:

    Salam izzy..
    Alhamdulillah, dh lama x bertandang ke blog izzy ni.Maklumlah minggu sbeelum ni mmg busy ckit..
    nmpaknya episod kali ini byk menyedarkan akak..
    kerdilnya kita sebenarnya.Seharusnya diri ini menyedari hakikat bhw sbg HambaNya..
    seharusnya mengharap pada DIA yg SATU,Allah Yang Esa..
    Balik, pd jln cerita, nmpaknya semakin byk persoalan terjwb,seperti hint2 cerita ni dh semakin hampir ke penghujung..Moga Izzy dpt meneruskan menulis.Gunakan ilham yg Allah kurniakan ke jln dakwah..Eloknya dakwah dlm menulis ini sebenarnya lbh dekat memberi kesan pd jiwa..Insyaallah..

  2. misza says:

    kotak komen dah berwajah baru.
    panjang lagi ke sambungan citer ni.

  3. dhiera says:

    tak sabar nak tahu apa yang pegang encik joe tu. tapi razak tu buat cuak betul la..

  4. ila says:

    dah boleh wat novel ni..triller novel:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: