Bahana mulut

mulut oh mulut...

“kau selamba je kutuk dia. Terasa hati dia tau tak?”

“alah, biasa la tu. aku bukan buat apa pun. Gurau je. Yang dia terasa lebih kenapa?”

“hish. Payah la nak nasihat orang keras hati macam kau ni”

“eleh, yang kau ni lebih-lebih kenapa? Kau ni suami dia ke?”

“bukan suami dia atau siapa-siapa, tapi aku Cuma nak nasihat kau, tak elok kau berkasar macam tu, lebih-lebih lagi hati perempuan…jangan sebab mulut badan kau binasa.”

“macam la aku tak tau pepatah tu. alah, dah la. Esok ok la tu. kau tak payah takut-takut la”

“ikut kau la”

***

Apabila mulut tersalah cara pengurusannya, pasti akan mengundang perpecahan sesama manusia. Meskipun Nampak kecil, tetapi ia bakal menjadi besar apabila tidak ditangani segera. Mungkin sekadar gurauan atau melawak, tetapi dalam diam, dalam tidak sedar, gurauan boleh bertukar menjadi pergaduhan. Lebih teruk lagi, bakal berbunuhan. Mengambil dari kata pepatah melayu, ‘kerana mulut badan binasa’.

Jika kita teliti semula hadis rasulullah s.a.w yang menjadi sumber rujukan kita sebagai umat islam, terlalu banyak hadis yang menunjukkan betapa mulut atau percakapan manusia ini adalah punca segala penyakit hati. Diantara hadis tersebut berbunyi: Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam..”

MULUT SUMBER PAHALA DAN DOSA

Mulut kita ini mempunyai fungsi yang banyak. Malah fungsi-fungsi mulut ini jika diguna dengan baik, maka pemilik mulut ini bakal menjadi ahli syurga. Masakan tidak, jika mulut ini digunakan ke arah kebaikan seperti memberi salam, membaca al-quran, berzikir, makan makanan halal, mendoakan kesejahteraan orang lain, memberi nasihat, senyum dan lain-lain. Maka dengan amalan-amalan seperti ini, bermakna pemilik mulut ini bijak menguruskan fungsi mulutnya.

Berbeza pula jika pemilik mulut itu tidak bijak menguruskannya. Maka dengan mulut itu dia mengumpat, mencarut, menggunakan kata-kata kesat, menghina, mencaci, memaki dan sebagainya. Mulutnya telah menjadi punca bertambahnya jumlah dosanya. seterusnya pemilik mulut ini bakal menjerumuskan dirinya ke dalam azab api neraka kelak. Nauzubillah.
Maka jelas disini bahawa mulut adalah punca segala kebaikan dan ia juga boleh menjadi punca segala kejahatan. Jadi berhati-hatilah ketika menggunakan fungsi mulut.

Rasulullah s.a.w sekali lagi mengingatkan umatnya betapa bahayanya jika fungsi mulut disalah guna. Baginda bersabda: “Bukankah manusia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengendalikan lidahnya(mulutnya)?”. Dalam hadis ini, bolehlah kita katakan bahawa Baginda sengaja menggunakan ayat berbentuk soalan supaya kita semua berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.

KISAH SEORANG WANITA

Berlaku di zaman Rasulullah s.a.w seperti diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim, dimana para sahabat r.a mengadu kepada baginda: “seorang wanita berpuasa di siang hari dan bersolat di tengah malam, tetapi sering menyakiti hati jirannya”.

Rasulullah s.a.w menjawab: “bahawa tiada kebaikan padanya, sesungguhnya dia akan masuk neraka”

Kisah ringkas ini sudah cukup membawa maksud yang luas. Bahawa segala kebaikan dan amalan soleh akan terpadam serta merta hanya kerana menyakiti hati orang lain. Bahawa dengan kesalahan menggunakan mulut, maka tempatnya adalah neraka. Jadi benarlah kata pepatah, kerana mulut badan binasa.

MENYAKITI HATI ALAF BARU

Apabila menyebut tentang menyakiti hati orang lain, maka perlu diingat bahawa bukan percakapan sahaja yang dimaksudkan, tetapi banyak cara lain. Selain mulut, badan juga boleh menjadi punca. Kerana dengan badan, kita membuat gaya. Dengan tangan, kita membuat isyarat. Dengan tangan juga, kita menulis. Dengan jari pula kita menaip. Jadi semua anggota badan kita tidak akan terlepas dari kesalahan ini.

Lebih-lebih lagi di alaf baru ini. Pelbagai cara boleh digunakan untuk menyakiti hati orang lain. Dengan sms, email, facebook, blog, twitter dan lain-lain adalah antara mediumnya. Jadi jangan mudah mengambil ringan perkara ini. Kadang-kadang kita tidak sedar setiap kali kita menulis di status FB, kita menyakiti hati orang lain. Dengan melawak di twitter, boleh menyakitkan hati orang lain. Bergurau berlebihan atau fitnah dalam artikel di blog juga boleh menyakitkan hati orang lain.

Jadi beringatlah selalu kita tidak pernah terlepas dari kesalahan ini. Bimbang segala amalan kita yang bertimbun-timbun lenyap sekelip mata dek kerana 1 perkataan yang menyakitkan hati orang lain. Insyaallah sama-sama ambil iktibar. Setiap kesalahan itu masih sempat dibaiki selagi masih ada waktu. Maksud sebuah hadis: “setiap anak adam melakukan kesalahan, sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat”

***

Kan lebih baik dialog diatas itu ditukar ke dialog seperti ini.

“mat, aku rasa kita dah buat dia sakit hati la”

“aku pun rasa macam tu lah. Lepas kita gurau tadi, dia blah macam tu je. Muka pun masam je”

“aku risau la mat, elok kita mintak maaf balik la. Takut-takut dia berdendam. Susah kita mat.”

“jom la, tunggu apa lagi. Lagi cepat mintak maaf, lagi cepat setel masalah kan?. Jom”

# P/S: semoga kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran. Kalau selama aku menulis ni ada tersilap kata dan tersilap cakap, maaf sangat-sangat. May Allah bless u all^^

Comments
14 Responses to “Bahana mulut”
  1. tiefazatie says:

    erm..btol la pe izzy ckp nie..thanx 4 sharing..=)

  2. hadijah says:

    Terima kasih atas ingatan..
    Takutnya bila amal hilang kerana mulut..:(
    semuanya kerana menyakitkan hati insan lain..
    tambah2 bile di FB ni..ramai juga yg meluahkan ketidak puasan hati terhadap teman2, majikan atau apa2 sahaja..Sesungguhnya, dahsyatnya fitnah akhir zaman ..

  3. ila says:

    betul3.. nabi pun pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

  4. mQ says:

    salam akhi,
    masih diigtkh pd diri ini?
    tp yg pasti anda tidak saya lupakan,
    apa khbar? lama x jumpa..

    rasa mcm first tyem masuk di teratak damai ni,
    byk benda menarik.

    ok. mungkn itu dulu kata2 aluan,
    nk sambung baca d laman ini.
    ~ Pelaut Rabbani ~

    • izzysabki says:

      wslm….alamak…rasa mcm xbrape ingt la..sori sgt2…kite pnah jumpe kt mana ye sblm ni?apa2 pon syukran singgah di blog yg xda apa2 ni..salam ukhuwah:)

  5. mQ says:

    Hahaha. yaka? sedih2.
    xpa. xknal pun x pa..
    hanya hamba biasa.
    tp ana satu batch dgn salim wahab, anas hakim dll,

    moga terus berkarya dan menyentuh hati insan. (“,)

  6. caliph says:

    btul tu kena sentiasa berhati2..
    jgn sbb silap sikit, impaknya x tertanggung…

  7. hatikubaik says:

    tutur kata mecerminkn keperibadian “)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: