Kisah seorang ustaz

gambar sekadar hiasan. tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meniinggal dunia.

Masa aku sekolah menengah dulu, aku tinggal di asrama. Pelbagai kenangan yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Semuanya masih tersemat kemas dalam kotak ingatan ku. Terutamanya kisah seorang ustaz. Ustaz yang sehingga kini masih menjadi misteri. Hidupnya penuh rahsia dan sering menguji kesabaran kami. terkadang kata-kata kesat yang tidak patut dituturkan oleh seorang ustaz juga pernah digunakannya. Terkadang juga sikap peliknya membuatkan kami jelik. Segalanya terbuku dalam sebuah kamus hidupku. Semuanya akan ku ceritakan disini. Selamat membaca.

HUKUMAN KERANA TINGGAL BUKU

Sewaktu aku di tingkatan 3, aku boleh diketegorikan sebagai budak skema. Sikap lurus bendul dan pelupa itulah aku. Dan perkara yang paling selalu aku lakukan ialah tertinggal buku teks pelajaran. Semuanya kerana fikiranku bukan pada sekolah. Tetapi pada TV dan komputer di rumah.

Namun ustaz-ustaz lain amat memahamiku. Tiada hukuman diberikan, sekadar peringatan. Paling teruk ditegur seperti ini: “izzy, lain kali ikat tali kat buku tu, pastu gantung kat leher. Nak buat apa pun, jangan tanggalkan. Nak makan bawak sekali. Masa mandi pun bawak sekali buku tu. Ustaz kompem lepas ni mesti tak tinggal dah”. Macam ayat perli pun ada kan? Tapi aku angguk je la. Tanda tidak setuju dalam diam.

Berbeza pula dengan ustaz ini. Ada dua jenis hukuman dia biasa berikan kepada pelajar yang seperti aku. Pertama, rotan sampai merah kedua-dua tapak tangan. Kedua, keluar kelas dan berdiri sambil memegang pagar tepi kelas dan tak boleh lepas sampailah habis kelas dia. Agak sadis juga sebab bukan sahaja letih dan panas, tapi kena gelak pula dengan kawan-kawan dalam kelas mahupun orang luar kelas yang melalui jalan itu. Bersabar adalah senjata utama ketika itu.

HUKUMAN TIDAK MENYUSUN SELIPAR

Hukuman ni antara yang paling best, ustaz ni tidak menghukum pemilik selipar, tapi dia menghukum selipar tersebut. dia tidak tendang pemilik selipar, tapi dia tendang selipar sampai ke hutan. Paling ringan dia campak dalam longkang. Apa yang peliknya, mungkin 2 atau 3 orang sahaja yang tidak susun selipar, tapi yang jadi mangsa ialah semua. Biasa sangat berlaku, hampir setiap kali lepas solat berjemaah di surau. Kalau keluar surau dengan muka masam mencuka ialah perkara yang sangat biasa. Kerana terpaksa mencari selipar di longkang atau di hutan berdekatan. Ketika itu bersabar juga senjata yang paling utama.

HUKUMAN MEMBAWA BARANG TERLARANG

Di asrama menjadi perkara biasa apabila membawa barang terlarang seperti handphone, walkman, radio, komik, novel dan lain-lain. Tetapi bukan semua terlibat dengan hal seperti ini, sesetengah pelajar sahaja. Aku tidak termasuk ketegori ni. Tapi kadang-kadang tu adalah. Bawa komik. Tapi jangan menyesal kalau bawa barang-barang ni. Kalau ada ‘spot check’ mengejut, alamatnya barang-barang ni tidak akan dapat semula pada pemiliknya. Tapi tengok pada ustaz pula, kalau dapat kat ustaz lain, kadang-kadang dia pulang semula dan bagi amaran terakhir.

Berbeza pula dengan ustaz seorang ni. Kalau dapat kat dia, tunggu la lepas solat jemaah, dia kumpul semua pelajar dalam surau, lepas tu dia bawa semua barang yang dirampas dan dipamerkan. Kemudian pelajar yang terlibat akan disuruh berdiri di depan. Dengan muka tak bersalah, ustaz pun memulakan operasinya. Diambilnya satu persatu barang, dan dihapuskan di situ juga. Didepan semua pelajar dan pemilik barang tersebut. kalau handphone, berderai lah kerana dicampak ke dinding. kalau novel, dikoyak setiap muka surat. Kalau radio yang keras, dipecahkan menggunakan batu. Kemudian setiap pesalah dirotan mengikut kadar yang dia tetapkan. Itulah hukuman kejam keatas pembawa barangan haram di asrama. Bersabar jugalah senjata terbaik.

HUKUMAN BISING KETIKA MAKAN

Aku tak boleh lupa hukuman ini. Hukuman yang aku anggap sebagai agak kejam dan sadis. Setiap kali sebelum maghrib, kami semua akan makan di bilik studi mengikut tingkatan masing-masing. Kami tidak terkecuali mempunyai bilik studi tersendiri. Ketika makan, menjadi adatlah untuk bersembang dan bergurau mesra bersama rakan-rakan. Tetapi semua itu tidak menjadi adat bagi seorang ustaz ni.

Semuanya bermula apabila kami terkuat melontarkan suara ketika bersembang. Maklumlah kami ni dah besar. Suara pun makin besar. Tapi ustaz ini tidak memandang semua itu sebagai alasan kukuh. Malah dia menganggap yang salah tetap salah sampai bila-bila.

Tengah syok sembang sambil makan, tiba-tiba..

“gedebangggg!!!” pintu bilik kami ditendang kuat sehingga terhempas kuat ke dinding. seorang ustaz kelihatan bercekak pinggang sambil muka masam mencuka.

“korang ni makan ke pesta hah!??

Kami ternganga dan tercengang. Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut kami dek kerana terkejut yang teramat.

“mulai hari ini, korang makan kat dorm (bilik asrama) korang!! Jangan makan di sini lagi. sampai bila-bila!! Faham tak??!!”

“err…faham…” menggigil kami menjawab.

Ustaz pun berlalu pergi sambil menutup kuat pintu bilik kami. “gedebanggg!!”

Jadi berkuat kuasa hari itu juga, kami makan di dorm kami setiap hari. Agak sadis dihalau seperti itu. Tetapi apakan daya, kami hanya pelajar. Tidak ada kuasa melainkan mengikut segala kehendak dan arahan seorang ustaz. Bersabar jugalah senjata terbaik ketika itu.

***

Sebenarnya masih banyak kisah tentang ustaz ini. Insyaallah akan aku ceritakan kepada korang semua di waktu yang akan datang. Insyaallah.

Comments
20 Responses to “Kisah seorang ustaz”
  1. shakshaf says:

    minat betul hg wat bersiri ni.. siap ada sambungan lagi.. terbaik.. haha

  2. tomato says:

    erkkk sedihnya kalau tgk barang sendrik kena wat camtu T_T
    tpi sape suruh bawak kan .. wuuu

  3. dhiera says:

    gile ganas ustaz ni~naseb masa kat asrama saya dulu xda ustaz macam ni. Paling kelakar pun sebab kena cium tiang pasal tak turun solat subuh kat surau.

  4. mak lagenda says:

    ayoooo..garang giler utz tu. Mesti ramai yg benci utz garang tu kan…

  5. sOoooour says:

    ganas betul ustaz2 dulu ya…..

  6. FF says:

    eer… takot nya lau ade ustaz cmtuh.. >_<"

  7. ila says:

    uish garang2..sy kenal tak?im wondering^_^

  8. Miss Meen says:

    Yeah!! Bersabar itu kunci dalam hati
    Lucu cerita neyh
    Teringat juga pada seorang ustazah tue masa duk asrama dulu
    Can’t wait da next st0ry Mr.Izzy !!
    ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: